Anda di halaman 1dari 5

MAJLIS ANUGERAH TAMAT SIJIL PRASEKOLAH

SK BIDOR 2 TAHUN 2019


ATURCARA MAJLIS
1. KETIBAAN DAN PENDAFTARAN IBUBAPA

2. KETIBAAN GURU BESAR DAN PENOLONG KANAN

Mengumumkan ketibaan Pn Guru Besar SK Bidor 2, Pn HABSAH BT BUJANG.


Terima kasih kepada semua hadirin dan hadirat sekalian. Hadirin dan hadirat semua
dijemput duduk di tempat masing-masing.
Pagi yang indah penuh ceria.
hari yang berbahagia penuh bermakna
kita raikan,
Majlis anugerah tamat sijil prasekolah SK Bidor 2, tahun 2019.

BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T


Yang Berusaha Pn Guru Besar SK Bidor 2, Pn HABSAH BT BUJANG
Yang Berusaha PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SK BIDOR 2, EN TARMIZI BIN HUSSAIN
Yang Berusaha PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID SK BIDOR 2, PN ZANIAH BT
MOHAMED
Yang Berusaha PENOLONG KANAN KO KURIKULUM SK BIDOR 2, PN KARTINI BT OMAR
Guru-guru SK Bidor 2, murid-murid,
seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Hari ini menanam jagung,


Dibawa ke Perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis penuh ceria

Selamat datang ke :

Majlis hari anugerah tamat sijil prasekolah SK Bidor 2, tahun 2019..

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan
kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan
kejayaan anak-anak kita dalam bidang pelajaran.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin sekalian
kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini . Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu
bapa yang sudi meluangkan masa untuk memberi sokongan kepada anak-anak dan pihak
sekolah. Semoga usaha kita semua diberkati Allah.

3. BACAAN DOA

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-
sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: USTAZ
KHAIRUL AFHAN BIN MOHAMAD NOR Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz USTAZ
KHAIRUL AFHAN BIN MOHAMAD NOR atas bacaan doa itu tadi.

4. UCAPAN GURU BESAR

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Tangan ditadah penuh inayah,


Majlis dibuka penuh rahmatNya,
Mohon keberkatan serta hidayah,
Moga tercerna minda kelas pertama.
Majlis diteruskan dengan menjemput yang berusaha Pn Guru Besar SK Bidor 2, Pn HABSAH
BT BUJANG untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.
************(Ucapan GB.)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn Guru Besar SK Bidor 2, Pn HABSAH BT
BUJANG atas ucapan tersebut.

5. PENYAMPAIAN SIJIL KELAS ELIT

Hadirin yang dihormati,


Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih dan berterusan. Usaha yang
tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-
murid yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ini akan menjadi pencetus
semangat untuk terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.
Acara yang seterusnya adalah penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk prestasi
pelajar terbaik bagi kelas Elit.

Terlebih dahulu, majlis menjemput Pn Kamariah bt Abd Malek ke atas pentas untuk
menyempurnakan acara. Dipersilakan.

(1)************(Penyampaian hadiah )
Terima kasih diucapkan kepada Pn Kamariah bt Abd Malek,

6. PERSEMBAHAN KELAS CEMERLANG

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini, marilah bersama-sama kita menyaksikan
persembahan daripada murid-murid pra sekolah Cemerlang. Dipersilakan.

************(Persembahan).

Terima kasih kepada murid-murid pra sekolah yang telah membuat persembahan sebentar
tadi.

7. PENYAMPAIAN SIJIL KELAS BESTARI

Acara yang seterusnya adalah penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk prestasi
pelajar terbaik bagi kelas Bestari.

Terlebih dahulu, majlis menjemput PN ZANIAH BT MOHAMED ke atas pentas untuk


menyempurnakan acara. Dipersilakan.

************(Penyampaian hadiah )
Terima kasih diucapkan kepada PN ZANIAH BT MOHAMED,

8. PERSEMBAHAN KELAS ELIT

Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini, marilah bersama-sama kita menyaksikan
persembahan daripada murid-murid pra sekolah Bestari. Dipersilakan.

************(Persembahan).

Terima kasih kepada murid-murid pra sekolah yang telah membuat persembahan sebentar
tadi.
9. PENYAMPAIAN SIJIL KELAS CEMERLANG

Acara yang seterusnya adalah penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk prestasi
pelajar terbaik bagi kelas Cemerlang.

Terlebih dahulu, majlis menjemput EN TARMIZI BIN HUSSAIN ke atas pentas untuk
menyempurnakan acara. Dipersilakan.

************(Penyampaian hadiah )
Terima kasih diucapkan kepada EN TARMIZI BIN HUSSAIN

10. PERSEMBAHAN KELAS BESTARI

Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini, marilah bersama-sama kita menyaksikan
persembahan daripada murid-murid pra sekolah Bestari. Dipersilakan.

************(Persembahan).

Terima kasih kepada murid-murid pra sekolah yang telah membuat persembahan sebentar
tadi.

11. ANUGERAH KHAS

Seterusnya majlis menjemput Pn Habsah bt Bujang ke atas pentas untuk menyempurnakan


acara bagi kategori KEHADIRAN PENUH, SAHSIAH TERBAIK DAN ANUGERAH KO KURIKULUM.
Dipersilakan.

************(Penyampaian hadiah )

Terima kasih diucapkan kepada Pn HABSAH bt BUJANG

Anda mungkin juga menyukai