Anda di halaman 1dari 3

Aluan MC Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha En.

Naseer bin Mohd Yatib YDP PIBG SUPERB diiringi


Pengetua Cemerlang SUPERB, Yg Berbahagia Datin Rahimawati bt Ibrahim dan para pentadbir
masuk ke dewan.. Hadirin mohon berdiri..

Para hadirin dipersilakan duduk.

Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi


Dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,
Diucapkan puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATI
Diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi..

Yang dihormati Yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong SUPERB, Dr
Nasarudin bin Abdullah
Yang Berbahagia Datin Rahimawati binti Ibrahim, Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Agama
Persekutuan Bentong SUPERB,
Yang dihormati, Encik Wan Bukhari bin Wan Adnan, Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Yang dihormati, , Encik Luqman bin Mansur, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Yang dihormati, Encik Noorazlan bin Mohamad Guru Penolong Kanan Kokurikulum
AJK2 PIBG,Barisan Guru Superb, para ibu bapa dan penjaga, bekas pelajar tingkatan 5 2021 serta
para hadirin sekalian...

Assalamualaikum WBT..

Majlis mengucapkan selamat datang ke MAJLIS APRESIASI ERUDITE 1721, Leading Success at the
Fore of Global Pandemic.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi Tuhan yang Maha Agung
kerana dengan limpah kurnianya kita dapat sama-sama berkumpul di dewan nan permai ini, Dewan
Perdana SUPERB bagi satu lagi majlis GEMILANG,MENDEBARKAN, dan yang DITUNGGU-TUNGGU,
iaitu MAJLIS APRESIASI ERUDITE 2021.
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada YDP PIBG, Encik Naseer, Pengetua Cemerlang
SUPERB, Datin Rahimawati. Tidak lupa juga kepada para ibu bapa penjaga dan pelajar T5 2021 yang
hadir dari jauh mahupun dekat. Semoga dengan kehadiran semua, majlis kita akan lebih
sempurna,berseri dan bermakna.

Hadirin sekalian,
Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat,memohon berkat
agar segala urusan mendapat rahmat darinya. Untuk itu, majlis mempersilakan Ustaz Mohammad
Izzul Islam bin Said bagi memimpin bacaan doa.

Dipersilakan...
Bacaan Doa
Bacaan doa

amin, amin ya-rabbal ‘alamin……

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepadaUstaz Mohd Izzul Islam bin Said atas pimpinan
bacaan doa itu tadi. Mudah-mudahan majlis kita pada hari ini mendapat rahmat hingga ke
penghujungnya.

Seterusnya majlis menjemput Muhammad Syafi bin Mohd Zaini, pelajar tingkatan 5 ibnu Khaldun
untuk mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran..dipersilakan..
Bacaan alunan ***********
Al-Quran Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Muhammad Syafi si atas alunan ayat-ayat suci Al-
Quran sebentar tadi.

Nyanyian Lagu Seterusnya nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang dan Lagu sekolah.
Hadirin mohon berdiri.
***************
Para hadirin dipersilakan duduk.

###########################

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,


Majlis pada hari ini diadakan untuk memberikan pengiktirafan dan penyampaian keputusan spm
kepada semua pelajar yang telah menduduki peperiksaan sijil pelajaran malaysia (spm) pada tahun
2021.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Ucapan Majlis tanpa berlengah ingin menjemput Yang Berbahagia Datin Rahimawati binti Ibrahim,
Pengetua Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong SUPERB,
untuk membentangkan keputusan SPM 2021..mjlis dengan segala hormatnya mempersilakan...
...
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datin di atas ucapan pembentangan sebentar tadi.

Penyampaian Hadirin sekalian


Anugerah dan Majlis telah tiba ke acara penyampaian slip,sijil dan Anugerah kecemerlangan SPM 2021.
Slip SPM Untuk itu, majlis sekali lagi menjemput Yang Berbahagia Datin Rahimawati binti Ibrahim, Pengetua
kepada pelajar Cemerlang SUPERB, diiringi Yang diPertua PIBG SUPERB, En Naseer bin Mohd Yatib dan Ustaz Wan
cemerlang Bukhari GKP Pentadbiran SUPERB untuk naik ke pentas menyempurnakan majlis...dengan segala
hormatnya mempersilakan....

Baca list

setelah selesai
- Semua penerima anugerah cemerlang spm diminta untuk ke pentas bagi sesi bergambar bersama
pentadbir.
(atau ikut kesesuaian/keperluan keadaan semasa)

Penyerahan Seterusnya adalah panyampaian slip keputusan SPM kepada pelajar mengikut kelas.
Slip kepada Baca list:
pelajar SPM ******************************************
2021 Majlis merakamkan jutaaan terima kasih kepada Yg Berbahagia Datin dan Encik Naseer diatas
penyampaian slip sebentar tadi..Juga ucapan TAHNIAH kepada semua pelajar cemerlang SPM 2021!
Sesi fotografi Diminta semua pelajar SPM 2021 BATCH Erudite untuk naik ke pentas bagi acara fotografi.
*******************
*******************

Dengan ini, maka berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini..
Saya mewakili pihak sekolah ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar diatas pencapaian
spm tahun 2021.
Akhir kata, semoga kalian terus berjaya mengejar cita2!!!
Tamat Kami memohon maaf seandainya ada tersalah kata tersinggung rasa dan kesilapan sepanjang majlis
ini berlangsung..
Sekian, Assalamualaikum WBT.

Anda mungkin juga menyukai