Anda di halaman 1dari 5

Bismillahirrahmanirrahim..

Yang berusaha,
Tn Hj Fauzi bin Ibrahim,
Pengetua, SMK Chendering

Yang dihormati
En Mohd Shuki bin Ahmad
Penolong Kanan pentadbiran

Yang Mulia Tengku Mohd Abdussalam bin Tengku Awang


Penolong Kanan Hal ehwal Murid

Yang dihormati
Encik Zainudin bin Md Zin
PK Kokurikulum

Guru-guru kanan mata pelajaran, guru-guru, ibu bapa, para pelajar SPM 2021
serta hadirin hadirat yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Selamat datang kami ucapkan ke majlis penyampaian keputusan sijil pelajaran


malaysia (SPM) bagi tahun 2021

Tepi berangan rumpunan buluh


Buluh merimbun subur teramat
Diangkat tangan jemari sepuluh
Doa dipohon biar selamat

Agar majlis lebih berkat, agar ikatan terus muafakat


Majlis dengan sukacita mempersilakan Al Fadil Ustaz Tuan Zaki bin Tuan Mamat
untuk memimpin bacaan doa.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Bacaan doa)

Amin-amin ya rabbal alamin. Terima kasih diucapkan kepada Al Fadil Ustaz Tuan
Zaki bin Tuan Mamat atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Hadirin sekalian,
Majlis pada pagi ini diteruskan dengan mempersilakan Yang dihormati, Encik
Mohd Shuki bin Ahmad, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Chendering, untuk
menyampaikan laporan Keputusan SPM 2021. Dipersilakan.
(Ucapan PKP)
Terima kasih diucapkan kepada Yang dihormati, Encik Mohd Shuki bin Ahmad,
Penolong Kanan Pentadbiran SMK Chendering atas pembentangan laporan
sebentar tadi.

Meneruskan majlis pada hari ini, dijemput Yang berusaha Tn Hj Fauzi bin Ibrahim,
Pengetua SMK Chendering untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

(Ucapan Pengetua SMK Chendering)

Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Fauzi bin Ibrahim, Pengetua SMK


Chendering atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi

Hadirin hadirat sekalian,


Saat dan ketika ini sememangnya dinanti-nantikan oleh anak-anak pelajar
sekelian. Ini kerana setelah bertahun bergelumang dan berhempas pulas dengan
buku-buku kini tiba masanya mereka menuai hasil mereka sendiri.

Sebenarnya debaran yang anak-anak pelajar lalui kini turut dirasakan oleh
ibubapa, keluarga, guru-guru dan juga warga sekolah. Oleh itu, saya tidak ingin
menambahkan lagi debaran anak-anak SPM. Kini tibalah masa yang ditunggu-
tunggu oleh para pelajar SPM 2021 iaitu penyerahan slip peperiksaan SPM.

Penyerahan akan dimulakan dengan pelajar cemerlang SPM yang mendapat


keputusan 5A dan ke atas.

Bagi menyempurnakan acara, Majlis mempersilakan Yang berusaha Tn Hj Fauzi


bin Ibrahim, Pengetua SMK Chendering dengan diiringi oleh Yang dihormati, En
Mohd Shuki bin Ahmad, Penolong Kanan pentadbiran untuk menyampaikan
keputusan. Dipersilakan.

Dipersilakan……………..

Terima kasih kepada ayahnda Pengetua Tn Hj Fauzi bin Ibrahim dan Yang
dihormati, En Mohd Shuki bin Ahmad, Penolong Kanan pentadbiran atas
penyampaian Slip Keputusan sebentar tadi.

Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang telah Berjaya menjadi pelajar
cemerlang dalam SPM 2021. Semoga kejayaan mereka akan menjadi pembakar
semangat kepada semua murid-murid SMK Chendering.

Bagi yang kurang berjaya, jangan bersedih. Sebenarnya SPM bukanlah penentu
segalanya. SPM merupakan salah satu langkah permulaan kehidupan kepada
anak-anak kerana proses menuntut ilmu tidak pernah berakhir. Detik perjalanan
para pelajar masih jauh dan hari ini akan menjadi satu sejarah perjalan yang lebih
baik kepada anak-anak sekelian.semoga hari esok menjanjikan masa depan yang
lebih cerah dan para pelajar akan mengukir kejayaan yang lebih besar.insyallah.

Diminta semua pelajar cemerlang untuk naik ke pentas bagi sesi bergambar.

Hadirin sekalian, dengan berakhirnya penyampaian slip sebentar tadi, maka


berakhirlah majlis penyampaian keputusan SPM 2021. Majlis selepas ini akan
diteruskan lagi dengan penyampaian keputusan SPM di kaunter kelas masing-
masing.
Untuk makluman para pelajar juga, di luar dewan turut disediakan kaunter-kaunter
institusi Pendidikan dan agensi-agensi untuk melanjutkan pelajaran yang terdiri.

Sebelum mengundur diri, Mohon maaf andai sepanjang mengacarakan majlis ini
adalah tersilap bicara. Yang baik itu daripada Allah, dan yang lemah itu daripada
kelemahan diri saya sendiri.

Sekian wabillahitaufiq walhidayah.

SEKOLAH MERAKAMKAN
SEKALUNG TAHNIAH
KEPADA PARA
PELAJAR YANG TELAH
BERJAYA MENDAPAT
KEPUTUSAN YANG
CEMERLANG DALAM SIJIL
PELAJARAN MALAYSIA
2015. KEJAYAAN
MEREKA AKAN MENJADI
PEMBAKAR SEMANGAT
KEPADA SEMUA
PELAJAR SMK BAKAR
ARANG. BAGI YANG
KURANG BERJAYA, JANGAN
BERSEDIH. SEBENARNYA
SPM BUKANLAH PENENTU
SEGALANYA.SPM
MERUPAKAN SALAH SATU
LANGKAH PERMULAAN
KEHIDUPAN KEPADA ANAK-
ANAK KERANA PROSES
MENUNTUT ILMU
TIDAK PERNAH
BERAKHIR. DETIK
PERJALANAN PARA
PELAJAR
MASIH JAUH DAN HARI INI
AKAN MENJADI SATU
SEJARAH PERJALAN
YANG LEBIH BAIK
KEPADA ANAK-ANAK
SEKELIAN.SEMOGA HARI
ESOK MENJANJIKAN MASA
DEPAN YANG LEBIH CERAH
DAN PARA
PELAJAR AKAN MENGUKIR
KEJAYAAN YANG LEB

Anda mungkin juga menyukai