Anda di halaman 1dari 4

MAJLIS PERJUMPAAN IBUBAPA DAN DIALOG PRESTASI PEPERIKSAAN

PERCUBAAN SPM SMK TENGKU SULEIMAN 2023/24


*****

NO. EVENT ACTION


Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.h.t, salam sejahtera, salam ukhwah, salam


Malaysia Madani dan salam negeri Perlis.

“Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis


UCAPAN ALUAN Maju”
PENGERUSI (1)
“# 09 Educators”

# Go Above & Beyond 2023

#Striving For Excellence

“SMK Tengku Suleiman – Melonjak Transformasi, Mengubah


Persepsi”

Yang Berusaha,
Puan Intan Nor Azlin Binti Ahmad Dahari,
Pengetua SMK Tg. Suleiman

Yang Dihomati,
Puan Mardziyah binti Abd Rahim
Pen. Pengarah Perancangan dan Pembangunan Pendidikan Islam
Sektor Pendidikan Islam,
JPN Perlis

Yang Dihormati,
Pn. Haslindawati binti
Pegawai SISC+
JPN Perlis

Yang dihormati lagi dikasihi,


Puan Che Saodah Binti Ibrahim - PK Pentadbiran SMK Tg.
Suleiman.
Puan Rus Miza Binti Ishak - PK Hal Ehwal Murid smk tengku
suleiman
Puan Wan Eliza Binti Wan Mohamed Noor – PK Kokurikulum smk
tengku suleiman

Guru-guru Kanan,
Guru-guru, murid-murid serta ibu bapa hadirin dan hadirat
sekelian.

1
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurniaNya,
pada pagi yang berbahagia ini dapat kita bersama-sama,
berkumpul untuk menjayakan Majlis Perjumpaan Ibubapa Dan
Dialog Prestasi Peperiksaan Percubaan SPM SMK Tengku Suleiman
tahun 2023

Hadirin sekalian,

Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, saya dengan sukacitanya
menjemput dan mempersilakan adik Mohd Naufal bin
BACAAN DOA Muhammad (imam muda) dari kelas 5 akaun untuk memimpin
bacaan doa, dipersilakan.

Aamin-aamin ya robbal alamin, terima kasih diucapkan kepada


adik Mohd Naufal bin mohammad di atas pimpinan doa aitu tadi

Para Ibu bapa/waris dan Hadirin yang dimuliakan,


UCAPAN ALUAN
PENGERUSI (2) Murid Tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan awam Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) adalah sangat diberi perhatian oleh para guru.
Oleh itu, pihak sekolah telah merancang dan alhamdulillah pada hari ini
dapat dijayakan Majlis Perjumpaan Ibubapa Dan Dialog Prestasi
Peperiksaan Percubaan Spm Smk Tengku Suleiman tahun 2023 bagi
menyuntik semangat kepada murid tingkatan 5 untuk cemerlang dalam
akademik, sahsiah dan kokurikulum. Dialog prestasi yang akan dijayakan
bersama waris pada hari ini juga diharapkan akan memberi semangat
baharu dan memberi perubahan sikap yang lebih baik kepada para
murid.

Bagi memastikan kemenjadian murid untuk menduduki peperiksaan


SPM , maka sokongan guru dan para waris amat diperlukan bagi
merangsang semangat murid agar lebih tekun dalam pembelajaran.
Fokus terhadap kecemerlangan dalam bidang akademik adalah amat
diutamakan bagi memastikan hala tuju pendidikan mereka pada masa
hadapan.

Hadirin yang dimuliakan,

Melilit rotan di dahan ara


Dicelah angsana mekar sekata
Ucapan keramat pembuka bicara
UCAPAN Madahan kata Tuan Pengetua
pengetua dan
Dengan itu, tanpa membuang masa majlis diteruskan dengan
menjemput dan mempersilakan Pn. Intan Noor Azlin Binti Ahmad
Dahari, Pengetua SMK Tengku Suleiman untuk menyampaikan
ucapan dan seterusnya membentangkan Keputusan Percubaan
SPM tahun 2023. Majlis mempersilakan.

2
UCAPAN PENGETUA
PEMBENTANGAN
KEPUTUSAN Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih
PEPERIKSAAN kepada Yang berusaha Tuan Pengetua atas kesudian
PERCUBAAN menyampaikan ucapan dan pembentangan keputusan
SPM peperiksaan percubaan spm kepada semua.

Seterusnya,
PENYAMPAIAN
CENDERAHATI Majlis diteruskan dengan Penyampaian cenderahati kepada
PELAJAR pelajar yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam
CEMERLANG peperiksaan percubaan spm 2023,

Dengan itu, majlis menjemput Pn intan noor azlin binti ahmad


Dahari pengetua smk tengku suleiman untuk menjemput dan
mengiringi puan Mardziyah binti Abd Rahim, Pen. Pengarah
Perancangan dan Pembangunan Pendidikan islam sektor
Pendidikan Islam JPN perlis merangkap Pegawai PIC sekolah untuk
penyampaian hadiah

Dipersilakan,

1. NUR ALYA SHAHIRA BT HALIM 5 SAINS COMPUTER BELIAU


MENDAPAT 2 A+, 4A, 2A- DAN 1B DENGAN PENCAPAIAN
GPK 1.33
2. NURUL NADHIRAH BINTI ANIZAM 5 SAINS KOMPUTER
BELIAU MENDAPAT 4A, 2 A-, 1B+, 1B DAN 1 E DENGAN
PENCAPAIAN GPK 2.56
3. ADIB HAZIQ BIN ALAM 5 AKAUN BELIAU MENDAPAT 4A,
2A-, 1B+, 1B, 1G DENGAN PENCAPAIAN GPK 2.67
4. QISTINA NURDANIA BT HISYAM RODZMAN 5 SAINS
KOMPUTER BELIAU MENDAPAT 3A, 3A-, 1B+, 1C+, 1D
DENGAN PENCAPAIAN GPK 2.67
5. SUMAYYAH BINTI ABD WAHAB 5 SAINS BELIAU
MENDAPAT 1A+, 3A, 2A-, 1B, 1C+, 1G DENGAN
PENCAPAIAN GPK 2.89

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas penyampaian


cenderahati itu tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan, hadirin dan hadirat sekelian,

Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi, majlis kita


sudah sampai kepenghujungnya, namun terdapat satu majlis lagi
yang akan diteruskan di Bilik Bunga Raya. Mohon perhatian ibu
bapa yang sewaktu pendaftaran tadi, telah mengisi satu borang
dan dimaklumkan oleh guru di meja pendaftaran untuk masuk ke
bilik bunga raya bolehlah bergerak ke Bilik Bunga Raya selepas

3
selesai majlis di dewan ini.

PENUTUP Inilah yang dikatakan


BAH MELAYU Ibarat menanam sudah dituai
Bagai berdayung telah tiba di muara
Umpama berjalan telah sampai ke destinasi

Sekali lagi, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua,


terutama kepada Yang Berusaha Tuan Pengetua Pn. Intan Noor
Azlin Binti Ahmad Dahari, dan pegawai-pegawai dari jpn perlis
atas kesudian hadir untuk sama-sama menjayakan Majlis
Perjumpaan Ibubapa Dan Dialog Prestasi Peperiksaan Percubaan Spm
Smk Tengku Suleiman tahun 2023 pada pagi ini. Dan yang terpaling
istimewa kami warga smk tengku suleiman mengucapkan
Tahniah dan ribuan terima kasih kepada semua Ibu bapa dan
waris murid tingkatan 5 yang hadir pada pagi ini kerana kehadiran
tuan puan ibu bapa dan waris amatlah dihargai oleh kami para
guru dan anak-anak tuan puan.

Alhamdulillah
Itu sahaja dari saya.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan segala yang
PENUTUP
buruk itu datang dari kelemahan diri saya. Saya memohon maaf
KESELURUHAN
andai tersalah bicara..Sehingga bertemu lagi. Sekian.

Wabillahitaufiq walhidayah, wassalamualaikum wht.

Anda mungkin juga menyukai