Anda di halaman 1dari 4

Bil

1.

AGENDA

Kata Alu-aluan
Pengacara Majlis

TEKS

Kompang Bergema Pusaka Bangsa


Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira.
Bismilahhirahmanirahim...
Yang Berusaha, Puan Fuziah bt Abdul Malek , Guru Besar
Cemerlang Sekolah Kebangsaan Seremban 2A,
Yang Berbahagia,Datuk Helmy b Jaafar,
Yang dipertua PIBG,SK Seremban 2A,
Barisan Guru Penolong Kanan
Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2014/2015
Barisan pendidik,
Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalian
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin
serta limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-12 tahun 2015 ini.
Pihak majlis serta seluruh warga SK Seremban 2A, turut
sama merakamkan ucapan terima kasih yang tidak
terhingga kepada seluruh hadirin dan hadirat kerana sudi
meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG yang kita rencanakan pada hari
ini.

4.

Bacaan Doa

Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah


tangan dengan penuh ketakwaan untuk mengaminkan doa
yang akan dibacakan oleh Ustaz Mohd Akramin b Ishak.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
.......................................
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Mohd
Akramin bin Ishak atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
Hadirin yang dihormati sekalian.

Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset


yang amat bernilai dalam sesebuah keluarga. Lantaran itu,
permuafakan antara ibu bapa dan guru adalah tunjang
pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan
sesebuah institusi pendidikan dalam usaha menjana
modal insan yang berdaya saing dalam melayari bahtera
kehidupan yang semakin mencabar ini.
Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh
guru dan ibu bapa, amat penting dalam usaha melahirkan
murid yang berketerampilan bukan sahaja dalam bidang
akademik, kokurikulum, bahkkan sahsiah diri yang
cemerlang.
5.

Ucapan Alu-aluan
oleh Guru Besar

Seterusnya, majlis menjemput Puan Fuziah bt Abdul Malek


Guru Besar Cemerlang Sk Seremban 2A untuk
menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan
.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan
Fuziah bt Abdul Malek atas ucapan itu tadi.

6.

Penyampaian
anugerah

Tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan,


Dalam majlis ini, kami mengambil kesempatan dan ruang
yang ada untuk menyampaikan penghargaan kepada
anak-anak didik sekolah ini yang tampil dengan
kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR dan UPKK 2014
yang lalu. Bagi menyempurnakan majlis ini ,dipersilakan
Yang Berbahagia Datuk Helmy bin Jaafar YDP PIBG SK
Seremban 2A dengan diiringi Puan Fuziah bt Abdul Malek
Guru Besar Cemerlang SK Seremban 2A untuk
menyampaikan anugerah, dengan segala hormatnya
dipersilakan.
Berikut adalah penerima anugerah Cemerlang UPSR
2014
Seterusnya penerima anugerah cemerlang UPKK 2014
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang
Berbahagia Datuk kerana menyempurnakan acara
sebentar tadi.

7.

Majlis Penyampaian
Cenderahati AJK
PIBG sesi 2014/2015

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Sijil kepada


AJK PIBG sesi 2014/2015. Untuk itu, majlis menjemput
Puan Fuziah bt Abdul Malek Guru Besar SK Seremban 2A
untuk menyampaikan sijil penghargaan kepada AJK PIBG
bagi sesi 2014/2015
Dipersilakan....
Yang berbahagia

YDP PIBG
NYDP PIBG
Setiausaha
Bendahari

AJK Ibu Bapa


1.
2.
3.
4.
5.
6.
AJK Guru
1.
2.
3.
4.
5.
6.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan
Guru Besar atas penyampaian sijil itu tadi.

8.

Majlis Penutup

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,


Dengan berakhirnya penyampaian sijil penghargaan itu
tadi, maka selesailah sudah majlis kita pada kali ini.
Ucapan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada
semua AJK PIBG bagi sesi 2014/2015 dan AJK pelaksana
Mesyuarat Agung PIBG kali ke 12 serta mereka terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan
majlis kita pada kali ini.

Dari mana asalnya, usah diusul


Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.
Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh..
Seterusnya,Majllis akan diteruskan dengan Mesyuarat
Agung PIBG kali ke 12 untuk itu saya serahkan majlis
kepada Yang Berbahagia Datuk Helmy bin Jaafar untuk
meneruskan agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali ke
12..dengan segala hormat dipersilakan..

Anda mungkin juga menyukai