Anda di halaman 1dari 4

Bismillahirrahmanirahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

salam sejahtera

lembut bersantun puteri kedah


dari kejauhan menanam padi
istimewa majlis diatur sudah
semoga menjadi kenangan yang abadi.

indah  sungguh tasik cini


di tambah seri pepohon ara
di petang jumaat bertemu di sini
izinkan saya mulakan acara.

ramai orang membeli jamu    


jamu di beli si anak dara                                                                             
hari ini kita bertemu
ikatan kasih jalinan mesra.

Yang dihormati Pn hjh Rusnidah bt Kaharuddin, Mantan Guru Besar SK Seremban 2A

Yang dihormati
Pn Lena bt Yusuf,
Pn Hjh Rabiah
Pn Mary Leong
Pn wan Fauziah
Pn Noraini Wahab
Pn Rahmah bt Arshad, Mantan Guru Penolong Kanan SK Seremban 2A

Seterusnya, yang dikasihi rakan-rakan sejawat yang sudah bersara, naik pangkat, bertukar,dan
yang masih lagi berada di SK Seremban 2A.

Selamat datang ke Majlis Sepetang Bersamamu

Di majlis yang permai ini ,marilah kita memanjatkan rasa syukur ke hadrat ilahi kerana
dengan  limpah izinnya  dapat kita berkumpul di Royale Chulan, Seremban yang serba indah ini.

lama terpisah kini bersua


bersua pula  di tepian telaga
terima kasih kepada semua
segala kerjasama amatlah berharga..
pergi berhuma di tanjung rokan
sebelum pulang mengail ikan
kehadiran semua kami alukan
kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan
Tujuan majlis ini diadakan,pastinya  menjalinkan ukhwah antara sesama rakan sejawat yang
sudah bersara, pernah bertugas(berpindah sekolah) dan sedang bertugas antara tahun 2003-2014
di SK Seremban 2A. Selain itu majlis ini juga diadakan bagi memperingati rakan-rakan yang
telah meninggal dunia dan mengirimkan doa buat roh mereka agar tenang di sana. Mendoakan
kesejahteraan buat rakan-rakan guru dan staf serta keluarga mereka yang diuji dengan penyakit.
Mengeratkan ukhuwah yang sedia terjalin dan meraikan persaraan Pn Rahmah bt Arshad, GPK
KPKP SK Seremban 2A.

ibarat pantun yang berbunyi

sungguh tinggi pohon bidara


tempat berteduh keluarga  pak rahim
sambil berkumpul beramah mesra
mempereratkan lagi silaturrahim

Hadirin Hadirat, sahabat handal yang di kasihi sekalian…

Untuk pengetahuan semua majlis ini sebenarnya dicetuskan oleh Pn Harlina bt Samsudin, yang
pada asalnya mungkin tidak seramai ini jangkaan yang akan menghadiri Majlis ini. Walaupun
majlis ini dirancang dalam masa yang singkat…ayat kak Harlina..dalam watsap x de AJK yang
ada cuma AJK memandai-mandai lantik diri sendiri. Tetapi Alhamdulillah, dipermudahkan
segala urusan maka kita semua dipertemukan pada tarikh 10 Julai 2020. Saya bagi pihak saya
sendiri amat berbesar hati dan berterima kasih kerana dijemput untuk hadir dan menjadi
pengacara majlis pada hari ini.

Hadirin-hadirat, rakan-rakan yang dihormati sekalian,

ikan merah dijual di pekan


syukur gembira dapat sebaldi
cuaca cerah turut mengizinkan
pohonkan doa ke hadrat ilahi.

Pada hari ini sempena hari yang mulia ini kita sama-sama ambil peluang ini untuk mengadakan
tahlil ringkas buat guru-guru dan kakitangan SK Seremban 2A yang telah pergi meninggalkan
kita, kembali ke rahmatullah antaranya
1. Allahyarham Mohd Nor b Mohd zain
2. Allahyarham M Radhi b
3. Allahyarham Iza Muhaizam b Ismail
4. Allahyarhamah Zalina bt Jamal
5. Allahyarhamah Jamaliah bt Omar

Bagi memberkati majlis dan mengetuai tahlil ringkas pada petang ini ,,dipersilakan al


-fadzil ustaz ____________________________ untuk mengetuai bacaan doa dan pada yang
bukan islam sama-samalah kita berdoa mengikut kepercayaan masing-masing.
majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada al fadzil ustaz
________________________ atas bacaan doa itu tadi.semoga pertemuan kita pada petang ini
dipelihara dilimpahkan sepenuh manfaat dan keceriaan ,menambah tautan kemesraan .serta
berpisahnya kita nanti akan diiringi dengan seribu ketenangan. Bagi yang sudah tiada doa yang
dibacakan tadi dapat memberikan ketenangan dan rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan
dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Rakan taulan yang dikasihi sekalian…

Amat Ketara pucuk siantan


Rasa segar tepian titi
Selamat bersara Ufuk Ingatan
Mekar Jasa di taman Bakti

Terasa lapar lepas solat


Makan Roti disapu coklat
Happy Birthday my sweetheart
Sayang kak Rahmah Dunia Akhirat

Majlis kita pada hari ini diteruskan lagi dengan upacara memotong kek bersempena hari lahir
Puan Rahmah bt Arshad yang secara rasminya telah menjadi YB dan boleh masuk group YB…
Dipersilakan Puan Rahmah untuk memotong kek

Kek kita pada hari ini adalah tajaan drpd Royal Chulan, terima kasih diucapkan atas tajaan ini.

Rakan-rakan taulan yang dikasihi sekalian masa yang ditunggu telah pun tiba…maaf jika banyak
sangat kata-kata…

rehat sebentar di pulau rusa


sambil menikmati air nira
hidangan tersedia seenak rasa
jemputlah semua menjamu selera.

beli ikan di pekan limbongan


anak ikan si anak sembilan
lauk pauk sedia terhidang
jemput hadirin untuk menikmati hidangan.

untuk itu semua tetamu dan yang berada di Coffee House the Royale Chulan
untuk  menjamu selera. 
Penutup

hadirin sekalian..dengan berakhirnya  

maka selesai sudah majlis kita pada petang ini. semoga majlis ini dapat mengeratkan ukhuwah di
antara kita dan memastikan hubungan yang terjalin ini akan berterusan dan berpanjangan antara
kita, moga kita sentiasa mengambil berat dan cakna akan masalah yang menimpa kepada rakan-
rakan kita dan tahu perkembangan dan keadaan rakan-rakan…

Sebelum majlis melabuhkan tirainya , saya mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun
dan maaf seandainya saya menerajui majlis ini ,terdapat tutur dan ungkap bicara yang
menyinggung hati dan jiwa.sesungguhnya apa yang terbaik itu adalah datangnya daripada allah
swt dan yang selainnya adalah kerana kelemahan saya sendiri.

selesai sudah majlis kita


gurau senda sekadar saja
silap bicara maaf dipinta
moga berjumpa dilain masa
.
penghargaan terima kasih yang tak terhingga juga diucapkan kepada semua sama ada yang
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

hadirin sekalian..

pergi bersenam waktu pagi


panjang umur jumpa lagi

# KITA JAGA KITA


# STAY CLEAN
# STAY SAFE
# KITA BOLEH LAKUKAN
#KITA MESTI MENANG

Bersama-sama kita memutuskan rantaian Covic 19

sekian,terima kasih. saya sudahi majlis dengan wabillahi taufik wahidayah.wassalamualaikum


wbt…

Anda mungkin juga menyukai