0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
381 tayangan10 halaman

Kad Emcee

Majlis perkahwinan pasangan pengantin telah berlangsung dengan penuh istiadat dan adat resam Melayu. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan disusuli upacara salaman dan ucapan selamat oleh keluarga. Majlis berakhir dengan ucapan terima kasih dan doa restu untuk pasangan pengantin.

Diunggah oleh

New Shuk
Hak Cipta
© © All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
381 tayangan10 halaman

Kad Emcee

Majlis perkahwinan pasangan pengantin telah berlangsung dengan penuh istiadat dan adat resam Melayu. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan disusuli upacara salaman dan ucapan selamat oleh keluarga. Majlis berakhir dengan ucapan terima kasih dan doa restu untuk pasangan pengantin.

Diunggah oleh

New Shuk
Hak Cipta
© © All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PDF, TXT atau baca online di Scribd

Panas kering siapakan tahu

Hujan rintik di Pulau Pandan

Berjalan seiring bersentuh bahu


1
Samalah cantik samalah padan

Diiringi alunan paluan kompang, pengatin berarak ke pelamin, pasangan pengantin yang cantik lagi
menawan, yang segak lagi bergaya, pasangan raja sehari,

------------------------------------------------------------- dan pasangan Syurganya


__________________________________________ ... Dipersilakan..
2
Anak Cina memasang lukah

Lukah dipasang di Tanjung Selasih

Pasangan pengantin segak melangkah

Mara menuju mahligai kasih

Melayang serindit di atas permatang

Merbah berkicau di hujung muara

Pemanis kata selamat datang

Awal Bismillah pembuka bicara

Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamu `Alaikum W.B.T.........


3
Hari ini menugal jagung
Hari esok memintal tali
Hari ini kita berkampung
Meraikan mempelai dua sejoli

Di malam hari terang senegeri


Memberi cahaya di tengah balai
Majlis indah bertambah seri
Untuk meraikan kedua mempelai

Yang dihormati dato’-dato’, datin-datin, tuan-tuan, puan-puan serta hadirin sekalian, bagi pihak keluarga TUAN
HAJI / EN...........................................................DAN PUAN ........................................., majlis ingin mengalu-
alukan kehadiran semua tetamu jemputan pada hari ini. Sesungguhnya kehadiran para tetamu sekalian
amatlah bermakna dan dapat menyerikan majlis kita pada hari ini..
4
Burung Nuri hinggap di balai

Tempat berehat rakan dan taulan

Duduk tersenyum kedua mempelai


Moga jodoh sentiasa berkekalan

Indah mentari terbit di kuala,

Tampak cahaya cerah berserakan,

Majlis kita hendak bermula,


Bacaan doa kita mulakan

Dengan itu, bagi memohon majlis ini diberkati dan dirahmati Allah, marilah sama-sama kita menadah
tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh
............................................................................................. Falyataddal masykura..
Amin ya rabbal alamin.Terima kasih diucapkan ..................................................... atas bacaan doa sebentar
tadi.

Anak Cina mengail patin


Mengail patin di tepi titi
Senyum terukir pasangan pengantin
5
Tanda gembira penuh di hati

Menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin ini, mereka mula berkenalan pada tahun
....................... dan akhirnya memutik rasa cinta di dalam hati kedua-dua pasangan ini.
Setelah mengenal hati budi masing-masing dan mendapat restu keluarga, mereka mengikat tali pertunangan
pada .................. Setelah itu, pasangan mempelai ini telah selamat diijabkabulkan pada pagi hari ini
...........................Dan pada hari yang penuh bermakna ini, janji sepakat yang telah dibuat telah ditunaikan di
dalam Majlis yang penuh berbahagia ini.
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya

Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya

Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara


6
Dengan itu, Majlis ingin mempersilakan ......................................untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada .......................................iaitu ayah kepada pengantin perempuan atas ucapan
sebentar tadi. Kepada pasangan pengantin, itulah sebentar tadi luahan rasa hati daripada ayahanda tercinta
mendoakan agar ikatan yang terbina akan sentiasa diBerkati dan diRahmati Allah S.W.T

Majlis kita diteruskan lagi dengan acara seterusnya iaitu sesi salam restu. Mendahului tentatif kita pada hari ini,
majlis menjemput, ahli keluarga sebelah pengantin lelaki terlebih dahulu. Majlis dengan hormatnya menjemput
dan mempersilakan.
7
Puan dibawa ke Gunung Ledang
Dibawa dengan penuh beradab
Pinggan mangkuk telah terhidang
Kini masa makan beradab

Semerbak harum bunga seroja


Dibelai oleh dara pingitan
Lauk pauk penuh semeja
Jemput mempelai menikmati hidangan

Majlis diteruskan dengan acara seterusnya pada hari ini iaitu majlis makan beradab.

Untuk pengetahuan semua, hidangan makanan pada majlis hari ini adalah disediakan oleh
......................Dengan rasa hormatnya, saya menjemput pasangan pengantin dan ahli keluarga untuk
bersama - sama ke meja makan beradab yang disediakan bagi menikmati hidangan. Majlis dengan segala
hormatnya menjemput.
Tiup serunai di atas kota
Uda memupuk bunga melati
Mula kenal kemudian bercinta
8
Cinta tersemai di dalam hati

Hadirin yg dimuliakan, agenda majlis diteruskan ke upacara memotong kek selamat pengantin baru.
Dipersilakan kedua mempelai berangkat ke bahagian tersebut untuk upacara memotong kek. Majlis menjemput
dengan segala hormatnya.

Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta itu, menjadikan hidup
manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut agama.
9
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang
tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan
Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

Tanam laguna tumbuh kelapa


Terbit bunga pucuknya mati
Budi semua kami tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati
10
Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Berjumpa kita lagi pada masa yang
akan datang. Saya mengucapkan salam hormat buat semua, Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum
WBT.

Anda mungkin juga menyukai