Anda di halaman 1dari 6

SKRIP PENGACARA

MAJLIS PERKAHWINAN
AMEERA SOFEA BINTI ABDULLAH
&
MUHAMMAD IRFAN BIN MUHAMAD
5 MEI 2024 ( AHAD )

NO QUE SKRIP

1 Pengantin bersedia Subhanallah pagi dan petang


utk berarak masuk Ganjaran pohon di dalam
syurga Pemanis kata selamat
Berdiri bersama datang Awal Bismillah pembuka
rombongan (belum bicara
berjalan)
Assalamualaikum wrb dan salam sejahtera
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah swt di atas limpah kurnia, taufik, dan
hidayah daripadaNya, dapat kita sama-sama berada dalam majlis yang penuh
barakah ini.

Sirih junjung berhias indah,


Sekacip pinang pembuka kata,
Bunga manggar kilau
bercahaya,
Datang berkunjung ke majlis meriah,
Sejarah terukir nilai permata,
Lembaran sejarah kini bermula.

Membuka tirai majlis yang penuh dengan senyuman dan kemeriahan ini, Sama-
samalah kita raikan ketibaan kedua mempelai.

Inilah dia pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi
menawan, pasangan raja sehari Ameera Sofea Binti Abdullah &
Muhammad Irfan Bin Muhamad.

Dengan lafaz Bismillah, melangkahlah ke mahligai kasih wahai Raja dan


Permaisuri Sehari Dipersilakan.
2 Pengantin tiba di Panas dan kering siapakan tahu,
atas pentas. Hujan rintik di Pulau Pandan,
Berjalan seiring bersentuh bahu,
Samalah cantik, samalah padan.

Dengan langkah yang penuh tertib.


Dengan senyuman terukir manis.
Saling menjeling tanda bahagia…..itulah dia pasangan mempelai Sofea & Irfan.
Selamat Pengantin Baru.!

3 Menyambut tetamu Yang berbahagia, dato’-dato’, datin-datin, tuan-tuan, puan-puan, hadirin yang
yg hadir. dihormati sekalian, bagi pihak tuan rumah bersama,
En Abdullah Bin Abdul Wahab dan Dato’ Asmin Binti Yahya serta
kami sekeluarga, malah 2 keluarga, yang baru saja disatukan,
mengalu-alukan kehadiran para hadirin yang sudi sama-sama menyerikan majlis
perkahwinan Raja Sehari kita Ameera Sofea Binti Abdullah & Muhammad
Irfan Bin Muhamad di dewan yang permai lagi berkat ini.

3 Bacaan doa Burung nuri hinggap di balai,


Balai seri buatan pak tua,
Tempat berehat rakan dan taulan,
Duduk tersenyum kedua mempelai,
Menadah tangan memanjatkan
doa, Moga jodoh sentiasa
berkekalan.

Semua yg hadir, termasuk kaum keluarga, rakan taulan dan sahabat handai,
ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kedua-dua Raja dan
Permaisuri Sehari kita Ameera Sofea Binti Abdullah & Muhammad
Irfan Bin Muhamad.

Semoga mereka berdua tabah menghadapi hari hari mendatang dan dapat
hidup penuh bahagia dan dilimpahi kasih & sayang yang berkekalan.

Bagi menzahir hasrat di hati, marilah kita sama-sama mengaminkan doa yang
akan dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz XXXXXX Dengan segala hormatnya ,
dipersilakan Al Fadhil Ustaz XXXXXX

(DOA TAMAT)

Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz


XXXXXX atas bacaan doa sebentar tadi.
4 Selingan sebelum Muhammad Irfan nama di beri,
menepung tawar Orangnya kacak lagi berbudi
Jodohnya dengan Ameera Sofea
Memang keduanya sama serasi.

Burung jelatik si burung undan


Bersarang rendah burung
tempua Sama cantik sama padan
Bagaikan pinang di belah dua

Untuk makluman para hadirin sekalian,pasangan ini telah di ijabkabulkan pada


hari 4 Mei 2024.

5 Majlis Menepung Bagi meneruskan acara kita di hari yang berbahagia ini, majlis diteruskan dengan
tawar acara menepung tawar.

Dengan ini majlis mempersilakan ayahanda dan bonda kepada pengantin


perempuan En Abdullah Bin Abdul Wahab dan Dato’ Asmin Binti
Yahya untuk memulakan majlis ….Dipersilakan...

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan bonda dan nenda kepada


pengantin lelaki Puan Wan Khalidah Binti Wan Abdul Razak dan Hajah
Wan Musalmah Binti Hj Mokhtar untuk meneruskan upacara menepung
tawar kedua mempelai, Dipersilakan..

Seterusnya majlis juga mempersilakan saudara mara. Dipersilakan.

Begitulah tadi berakhirnya upacara menepung tawar kedua mempelai,dan majlis


merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi menyempurnakan
majlis.

6 Makan beradab Puan dibawa ke Gunung Ledang


Dibawa dengan penuh beradab
Lauk pauk telah terhidang
Kini masa makan beradab

Jambangan indah berbunga seroja


Diraut dibelai hiasan taman
Hidangan menyelera penuh
semeja
Jemput mempelai santapan berteman
Dengan rasa hormatnya, majlis menjemput pasangan pengantin dan ahli keluarga
untuk bersama - sama ke meja yang disediakan bagi menikmati hidangan.

Majlis dengan ini juga mempersilakan semua hadirin untuk menemani kedua
mempelai yang diraikan untuk bersantapan menjamu selera .

Dipersilakan .

7 Upacara Hadirin yg dimuliakan, demi merakamkan satu memori indah dan kenangan
Memotong Kek manis majlis ini kepada kedua mempelai, majlis diteruskan dengan upacara
memotong kek.

Si anak dara memakai lokek


Lokek tersangkut dihujung
julai Untuk majlis memotong
kek
Jemput persilakan kedua mempelai

Dipersilakan kedua mempelai berangkat ke sudut (lokasi


upacara memotong kek) untuk upacara memotong kek

Dipersilakan kedua mempelai Sofea & Irfan.

8 Sesi Bergambar Demikianlah tadi berakhirnya acara memotong kek.

Hadirin yg dimuliakan, kita bertukar ke acara terakhir iaitu sesi bergambar.

Dipersilakan kedua mempelai berangkat ke pelamin semula bagi


meneruskan sesi bergambar bersama kaum keluarga, sanak saudara tercinta
serta sahabat handai.

[ SESI BERGAMBAR ]
9 Penutup Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta
itu, menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi
melalui ikatan perkahwinan yang dituntut agama.

Tiup serunai di atas kota


Uda memupuk bunga melati
Mula kenal kemudian
bercinta Cinta tersemai di
dalam hati

Inilah yang dikatakan,

Umpama belayar telah sampai di


pelabuhan Umpama berkayuh telah sampai
di muara Umpama berjalan telah sampai di
destinasi

Sekali lagi tahniah kepada Sofea & Irfan.

Selamat Pengantin Baru.


Selamat Menempuh Kehidupan berumah tangga.
Semoga dikurniakan zuriat yang soleh & solehah.
Berkekalan hingga ke akhir hayat.

Majlis kita masih diteruskan dengan jamuan sehingga jam 4 ptg.

Kepada semua hadirin yang turut menyerikan majlis ini, ucapan penghargaan dan
terima kasih yang tidak terhingga kami hulurkan.

Kepada ahli keluarga kedua-dua pihak yang telah bertungkus lumus dengan
persiapan bagi menjayakan majlis perkahwinan ini, terima kasih diucapkan.

Tulus dan ikhlas bagi pihak En Zainuddin dan Puan Faridah serta
Puan Wan Khalidah sekeluarga.
Ribuan ampun dan maaf seandainya majlis yang tidak seberapa ini terselit
sebarang kekurangan dan kecacatan yang tidak disengajakan.
Yang baik datangnya dari Allah taala dan yang buruk datangnya dari kami sendiri.

Terima kasih di atas segala bantuan dan doa semua sehingga majlis ini dapat
disempurnakan.

Tuan puteri tersenyum-senyum


Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak
senyum Sudah sempurna segala
adat

Pergi ke dusun memetik


kelapa Kelapa muda si
kelapa bali Jari disusun maaf
dipinta Panjang usia bersua
kembali

Sekian.
Salam kemaafan, salam keceriaan, dan Selamat pengantin Baru.

Wabillahi taufiq wal hidayah, Wassalamualaikum wrt.

Nota:
- Peringatan kepada hadirin yang sudah selesai menjamu selera untuk memberi ruang kepada tetamu yang baharu hadir
- Dijemput hadirin yang sudah selesai menjamu selera untuk memberi ruang kepada tetamu yang baharu hadir

Anda mungkin juga menyukai