Anda di halaman 1dari 5

MAJLIS WALIMATUL URUS ALIN & FAKHRUL

TEMPAT: DARUL HANA, PETRA JAYA

4 DISEMBER 2022 (AHAD)

Pengacara Majlis:
Athirah (Ungu)
Ilyasa (Merah)
Duet (Biru)
NO. QUE SKRIP CATATAN

1 Pengantin bersedia Subhanallah pagi dan petang,


untuk berarak Ganjaran pohon di dalam syurga,
masuk Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi di


atas limpah kurnia, taufik dan hidayah
daripadaNya, dapat kita sama-sama berada
dalam majlis penuh barakah ini.

Anak Bidayuh memasang lukah,


Mencari tangkapan di Tanjung Selasih,
Pasangan pengantin segak melangkah,
Mara menuju mahligai kasih.

Dibawakan khas dari Darul Hana, pasangan


raja sehari, Siti Nurazlina binti Jamaluddin,
dan Muhammad Fakhrul Azmi bin Abd Majid.
Majlis mempersilakan.

(Kompang Dipalu)

2 Ketibaan pengantin Panas dan kering siapa yang tahu,


ke pentas Hujan dan rintik di Pulau Pandan,
Berjalan seiring bersentuh bahu,
Samalah cantik samalah pandan.

Dengan langkah yang penuh tertib,


Dengan senyuman terukir manis,
Saling menjeling tanda bahagia,
Itulah dia pasangan mempelai,
Nurazlina dan Fakhrul Azmi.

Selamat Pengantin Baru!


3 Salutasi tetamu Saya, Abdul Ilyasa Azman dan Nur Athirah
hadir Suhaili selaku pengacara majlis.

Yang berbahagia, tuan-tuan, puan-puan,


hadirin yang dihormati sekalian, bagi pihak
tuan rumah,

Encik Zainal bin Putit dan Puan Kadziana


binti Mursidi, serta Puan Faridah binti Mat
Jusoh sekeluarga.

Kita menyaksikan penyatuan dua keluarga


menjadi satu. Justeru, keluarga besar ingin
mengalu-alukan kehadiran para hadirin yang
sudi sama-sama menyerikan majlis
Walimatul Urus, raja sehari kita, Muhammad
Fakhrul Azmi bin Abd Majid dan
pasangannya, Siti Nurazlina binti Jamaluddin
di Darul Hana, Petra Jaya, Kuching Sarawak.

Selain itu, kami mengucapkan ribuan terima


kasih kepada Kumpulan Kompang
______________________________ dari
_________________________ dan Persatuan
Silat Melayu __________________ dari
_____________________.

4 Bacaan Doa Bagi menzahirkan hasrat di hati, marilah


sama-sama kita mengaminkan doa yang
akan dipimpin oleh Al Fadhil Imam
________________________.

Dengan penuh takzimnya, majlis


mempersilakan.

(DOA TAMAT)

Majlis merakamkan jutaan penghargaan dan


terima kasih kepada Imam
_____________________________ atas
bacaan doa sebentar tadi.

5 Selingan sebelum (Majlis masuk ke Informal)


Upacara Tepung
Tawar Fakhrul Azmi nama di beri,
Tampan orangnya lagi berbudi,
Memang patut Siti Nurazlina terpikat hati,
Jodoh keduanya sama serasi.
Burung jelatik si burung rudan,
Bersarang rendah burung tempua,
Sama cantik sama padan,
Bagaikan pinang di belah dua.

Ceritakan kisah pertemuan, bandingkan


zaman dahulu, sekarang dan beza kisah
pertemuan mereka. (Highlight dekat office)

Untuk makluman, para hadirin sekalian,


pasangan ini telah diijab kabulkan pada hari
Jumaat bertarikh 2 hari bulan 12, 2022 yang
bertempat di Masjid Darul Hana Petra Jaya.

6 Upacara Tepung Bagi meneruskan acara kita di hari yang


Tawar berbahagia ini, majlis diteruskan dengan
acara menepung tawar.

Dengan ini, majlis mempersilakan ayahanda


dan bonda kepada pengantin perempuan
untuk memulakan majlis… dipersilakan.

Majlis juga mempersilakan saudara-mara


pengantin perempuan.

(Ambil gambar sebelah pengantin p’puan)

Majlis diteruskan dengan mempersilakan


bonda kepada pengantin lelaki untuk
meneruskan upacara Tepung Tawar.

Majlis juga mempersilakan saudara-mara


pengantin lelaki.

(Ambil gambar sebelah pengantin lelaki)

Begitulah tadi berakhirnya upacara


menepung tawar kedua mempelai dan majlis
merakamkan ribuan terima kasih kepada
semua yang sudi menyempurnakan majlis.

7 Makan Nasi Temuan (Secara Informal)

Perihal tentang budaya masyarakat melayu


Sarawak semasa mengadakan majlis
pernikahan.

Perihal secara ringkas (3/3 round siapa laju)


(round 4 pengantin bersuap satu sama lain)
8 Makan Beradab Puan dibawa ke Gunung Ledang,
Dipikul dengan penuh beradab,
Lauk-pauk telah dihidang,
Kini masa makan beradab.

Jambangan indah berbunga seroja,


Diraut dibelai hiasan taman,
Hidangan menyelera penuh semeja,
Jemput mempelai santapan berteman.

Majlis mempersilakan.

9 Pengenalan Sambil hadirin sekalian dan pasangan raja


Pengantin sehari menikmati hidangan yang disediakan,
molek rasanya kita singkap latar belakang
pasangan pengantin.

Raja sehari kita, Muhammad Fakhrul Azmi


bin Abd Majid berasal dari
______________________________________
merupakan anak _________ daripada______
adik beradik __________ merupakan
_______________ dan kini berkhidmat di
________________________

Manakala, pasangannya, Siti Nurazlina binti


Jamaluddin berasal dari
______________________________________
merupakan anak _________ daripada______
adik beradik __________ merupakan
_______________ dan kini berkhidmat di
________________________

Orang jauh dikenang-kenang,


Hanya terkenang pada yang satu,
Mula berkenalan kemudian bertunang,
Akad dilaksana sama bersatu,

Orang Kelantan mengail patin,


Mengail patin di tepi titi,
Senyum terukir pasangan pengantin,
Tanda gembira penuh di hati.

10 Upacara Potong (Informal)


Kek

11 Sesi Bergambar Menjemput kedua-dua keluarga pengantin


bersama-sama untuk dipotretkan dalam
memori gambar.
12 Penutup Inilah yang dikatakan,

Umpama belayar telah sampai di pelabuhan,


Umpama berkayuh telah sampai di muara,
Umpama berjalan telah sampai ke destinasi.

Sekali lagi, tahniah diucapkan kepada


pasangan pengantin Muhammad Fakhrul
Azmi bin Abd Majid dan Siti Nurazlina binti
Jamaluddin.

Selamat Pengantin Baru,


Selamat menempuh kehidupan berumah
tangga,
Semoga dikurniakan zuriat soleh solehah,
Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

Sekian, salam kemaafan, salam keceriaan.

Saya Abdul Ilyasa Azman dan Nur Athirah


Suhaili ingin mengundur diri.

Wabillahi biltaufiq walhidayah, wasalam


alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai