Anda di halaman 1dari 8

SKRIP MAJLIS PERKAHWINAN ERRA DAN RIDZWAN

20/8/22

Subhanallah pagi dan petang

Ganjaran pohon di dalam syurga

Pemanis kata selamat datang

Awal Bismillah pembuka bicara

Assalamualaikum wrb dan salam sejahtera

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah wt di atas limpah kurnia, taufik,

dan hidayah daripadaNya, dapat kita sama-sama berada dalam majlis

yang penuh barakah ini

Sirih junjung berhias indah,

Sekacip pinang pembuka kata,

Bunga manggar kilau bercahaya,

Datang berkunjung ke majlis meriah,

Sejarah terukir nilai permata,

Lembaran sejarah kini bermula.

Membuka tirai majlis yang penuh dengan senyuman dan kemeriahan ini,

Sama-samalah kita raikan ketibaan kedua mempelai.

1
Inilah dia pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi

menawan, pasangan raja sehari Erra Nathasya binti Mohd Arifin & Ahmad
Ridzwan Fauzin bin Nor Azmi.

Panas dan kering siapakan tahu,

Hujan rintik di Pulau Pandan,

Berjalan seiring bersentuh bahu,

Samalah cantik, samalah padan.

Dengan langkah yang penuh tertib.

Dengan senyuman terukir manis.

Saling menjeling tanda bahagia, itulah dia pasangan mempelai Erra dan
Ridzwan.

Selamat Pengantin Baru kami ucapkan.

Yang berbahagia, dato'-dato', datin-datin, tuan-tuan, puan-puan, hadirin yang


dihormati sekalian, bagi pihak keluarga Erra dan Ridzwan, 2 keluarga, yang
baru saja disatukan, mengalu-alukan kehadiran para hadirin yang sudi sama-
sama menyerikan majlis perkahwinan pasangan mempelai sama cantik dan
sama padan di dewan yang permai lagi berkat ini.

2
Burung nuri hinggap di balai,

Balai seri buatan pak tua,

Tempat berehat rakan dan taulan,

Duduk tersenyum kedua mempelai,

Menadah tangan memanjatkan doa,

Moga jodoh sentiasa berkekalan.

Bagi menzahir hasrat di hati, marilah kita sama-sama mengaminkan doa yang
akan dipimpin oleh( ). Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Amin3x ya rabbal alamin. Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima


kasih kepada Ustaz ( ) atas bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati, perkahwinan yang bahagia merangkumi doa kawan-


kawan, saudara mara dan yang paling utama doa ibu bapa dan keluarga kita.
Bagi merahmati perkahwinan kedua mempelai inisaya menjemput keluarga
pihak pengantin lelaki dan perempuan untuk memberi salam restu kepada raja
sehari kita. Dengan ini saya menjemput Bapa Pengantin Perempuan: Mohd
Arifin bin Maarof dan Kakak Pegantin Perempuan: Suzilawati binti Mohd
Arifin selaku wakil keluarga pegantin perempuan untuk hadir ke hadapan.

Terima kasih saya ucapkan kepada pihak pegantin perempuan kerana memberi
salam restu. Seterusnya saya ingin menjemput Bapa Pengantin Lelaki: Nor
Azmi bin Mohd Nor dan Ibu Pengantin Lelaki: Wan Zaliha binti Wan
Mohamed.

3
Alhamduillah, selesai sudah salam restu dari kedua keluarga pengantin
perempuan dan lelaki. Saya harapkan, dengan restu yang diberi, bahtera
perkahwinan raja sehari kita pada hari ini kekal hingga ke anak cucu dan
semoga bertemua jua mereka di Jannatul Firdausi.

Ahmad Ridzwan nama di beri,

Orangnya kacak lagi berbudi,

Jodohnya dengan Si bidadari,

Memang keduanya sama serasi.

Burung jelatik si burung undan,

Bersarang rendah burung tempua,

Sama cantik sama padan,

Bagaikan pinang di belah dua.

Untuk makluman para hadirin sekalian. Pasangan ini telah di jabkabulkan pada
hari jumaat bertarikh 20/8/2021 yang bertempat di (
).

Puteri dibawa ke Gunung Ledang,

Dibawa dengan penuh beradab,

Lauk pauk telah terhidang,

Kini masa makan beradab.

4
Jambangan indah berbunga seroja,

Diraut dibelai hiasan taman,

Hidangan menyelera penuh semeja,

Jemput mempelai santapan berteman.

Dengan rasa hormatnya, majlis menjemput pasangan pengantin dan ahli

keluarga untuk bersama - sama ke meja yang disediakan bagi menikmati

hidangan.

Baiklah sambil2 kita berhidang, saya mendapat satu permintaan di mana Adik
kesayangan pengantin perempuan dan cousin2 ingin memberikan sedikit
ucapan. Dipersilakan Saudara Ikmal dan barisan saudara mara.

Menitis air mata namun seribu senyuman diukir. Ucapan yang indah sebentar
tadi harap tersemat dihati.

Makan pun sudah, ucapan pun sudah alangkah molek jika kita meneruskan
majlis perkahwinan kita dengan upacara memotong kek demi merakamkan satu
memori indah dan kenangan manis majlis ini kepada kedua mempelai.

Si anak dara memakai lokek,

Lokek tersangkut dihujung julai,

5
Untuk majlis memotong kek,

Jemput persilakan kedua mempelai.

Dipersilakan kedua mempelai berangkat ke hadapan bagiupacara memotong


kek. Dipersilakan kedua mempelai Erra & Ridzwan.

Demikianlah tadi berakhirnya acara memotong kek. Jemput kedua mempelai ke


singgahsana sehari anda bagi sesi bergambar.

Hadirin yang dimuliakan, kita bertukar ke acara terakhir laitu sesi bergambar

Dipersilakan kedua mempelai berangkat ke pelaminan semula bagi

meneruskan sesi bergambar bersama kaum keluarga, sanak saudara

tercinta serta sahabat handai. Dipersilakan pihak keluarga pengantin lelaki


dahulu dan pengantin perempuan seterusnya sahabat handai. Silakan.

Para hadirin, Sesungguhnya manusia itu sememangnva memerlukan kepada


cinta.

Kerana cinta itu, menjadikan hidup manusia lebin bermakna, bahagia dan
sempurna apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut agama.

6
Tiup serunai di atas kota,

Uda memupuk bunga melati,

Mula kenal kemudian bercinta,

Cinta tersemai di dalam hati.

Sekali lagi tahniah kepada Erra & Ridzwan.

Selamat Pengantin Baru.

Selamat Menempuh Kehidupan berumah tangga.

Semoga dikurniakan zuriat yang soleh & solehah.

Berkekalan hingga ke akhir hayat.

Ribuan ampun dan maaf seandainya majlis yang tidak seberapa ini terselit
sebarang kekurangan dan kecacatan yang tidak disengajakan.

Yang baik datangnya dari Allah taala dan yang buruk datangnya dari kami

sendiri.

Pergi ke dusun memetik kelapa

Kelapa muda si kelapa bali

Jari disusun maaf dipinta

Panjang usia bersua kembali

7
Sekian.

Salam kemaafan, salam kecerian, dan Selamat pengantin Baru.

Wabillahi taufia wal hidayah, Wassalamualaikum wit.

Anda mungkin juga menyukai