Anda di halaman 1dari 5

PENGANTIN TURUN DARI ATAS

Panas kering siapakan tahu


Hujan rintik di Pulau Pandan
Berjalan seiring bersentuh bahu
Samalah cantik samalah padan

Diiringi alunan sepawat, berjalan ke arah meja santapan yang tersergam indah
yang tersedia, pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi
menawan, pasangan Raja Sehari; (NORHAMIZAH BINTI ZAINUDIN & MUHAMMAD
AIZZAD BIN AMIRUDIN)

Bunga mawar cantik berseri


Dipetik juragan dibawa ke pekan
Tarian kuda kepang nama diberi
Marilah bersama kita saksikan

Anak Cina memasang lukah


Lukah dipasang di Tanjung Selasih
Pasangan pengantin segak melangkah
Mara menuju mahligai kasih

Berarak menghampiri ke perkarangan rumah, pasangan raja sehari;


(NORHAMIZAH BINTI ZAINUDIN & MUHAMMAD AIZZAD BIN AMIRUDIN)

Hadirin dan hadirat sekalian, Majlis seterusnya ingin mempersilakan kepada


kedua-dua mempelai bersama pengapit mereka dan wakil ahli keluarga kedua-
dua mempelai untuk duduk di Meja Kasih yang telah disediakan. Dipersilakan.

Dipersilakan juga kepada ahli keluarga yang lain untuk duduk di meja yang telah
disediakan.

Bersarang merbah di Kuala Langat


Manis madunya pabila dimakan
Suasana meriah bertambah hangat
Tarian zapin kami persembahkan
Dari Raub pergi ke Pontian
Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan majlis
BismilLahir Rahmanir Rahim
Assalamu `Alaikum W.B.T.

Hari ini menugal jagung


Hari esok memintal tali
Hari ini kita berkampung
Meraikan mempelai dua sejoli

Di malam hari terang senegeri


Memberi cahaya di tengah balai
Majlis indah bertambah seri
Untuk meraikan kedua mempelai

Yang dihormati (CIK NORZAIMAH BINTI ZAINUDIN – akak pengantin perempuan &
ENCIK ZAINUREEN BIN ZAINUDIN – abang pengantin perempuan) selaku tuan
rumah kepada Majlis Perkahwinan kita pada hari ini, yang diraikan pasangan
mempelai; ; ((NORHAMIZAH BINTI ZAINUDIN & MUHAMMAD AIZZAD BIN
AMIRUDIN)
yang dihormati ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan kedua-dua mempelai,
hadirin dan hadirat para tetamu yang diRahmati Allah S.W.T. sekalian.

Selamat datang ke :

Majlis Perkahwinan pasangan (NORHAMIZAH BINTI ZAINUDIN & MUHAMMAD


AIZZAD BIN AMIRUDIN)

Melayang serindit di atas permatang


Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Burung Nuri hinggap di balai


Balai seri buatan Pak Toa
Tempat berehat rakan dan taulan
Duduk tersenyum kedua mempelai
Menadah tangan memanjatkan doa
Moga jodoh sentiasa berkekalan
Dengan itu, bagi memohon majlis ini diBerkati dan diRahmati Allah, marilah sama-
sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh
Al Fadhil Ustaz Hairul Anuar bin Hj Samiun . Dipersilakan.

Orang jauh dikenang-kenang


Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama bersatu

Anak Cina mengail patin


Mengail patin di tepi titi
Senyum terukir pasangan pengantin
Tanda gembira penuh di hati

Hadirin & hadirat yang dihormati sekelian,


Untuk makluman semua, setelah mengenal hati budi masing-masing sejak 26 Jun
2021 dan mendapat restu keluarga, Raja Sehari kita ini telah mengikat tali
pertunangan pada 28 SEPTEMBER 2021 (sambutan hari kelahiran Ustaz Aizzad).
Selepas itu mereka berdua telah selamat diijabkabulkan sebagai pasangan suami
isteri yang sah pada 3 FEBRUARI 2022 (sambutan hari kelahiran Ustazah Izah).
Dan pada hari yang penuh bermakna ini, janji sepakat telah dibuat & telah
ditunaikan di dalam Majlis yang penuh berbahagia yang bertempat di Kediaman
yang tersergam indah ini.

SALAM RESTU

Untuk meneruskan lagi majlis kita pada hari ini,


Saya ingin menjemput bonda & ahli keluarga tercinta pengantin lelaki ke pelamin
untuk sesi salam restu Raja Sehari.

Seterusnya kami menjemput pasangan ahli keluarga pengantin lelaki untuk sesi
salam restu

Seterusnya, Saya ingin menjemput bonda & ayahanda tercinta pengantin


perempuan, merangkap tuan rumah majlis kita pada hari ini, iaitu Puan Salasiah
binti Yunus & Encik Mohd Yahaya bin selamat ke pelamin untuk sesi salam restu
Raja Sehari kita.
Terima kasih ahli keluarga dari kedua-dua belah pengantin yang sudi salam restu
raja sehari kita pada hari ini

MAKAN BERADAT

Baiklah, bagi meneruskan lagi majlis kita yang penuh bermakna ini, saya
menjemput Raja Sehari kita (NORHAMIZAH BINTI ZAINUDIN & MUHAMMAD
AIZZAD BIN AMIRUDIN) untuk ke meja santapan makan beradat yang telah
disediakan.

Saya menjemput Al Fadhil Ustaz Hairul Anuar bin Hj Samiun untuk membacakan
doa makan.

POTONG KEK

Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta


itu, menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah
lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut agama.

Tiup serunai di atas kota


Uda memupuk bunga melati
Mula kenal kemudian bercinta
Cinta tersemai di dalam hati

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan
ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat
semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh
keberkatan ini.

Tanam langguna tumbuh kelapa


Terbit bunga pucuknya mati
Budi semua tak kami lupa
Sudah terpaku di dalam hati

Tuan puteri tersenyum-senyum


Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Berjumpa
kita lagi pada masa yang akan datang. Saya mengucapkan salam hormat buat
semua, wabilLahit Taufiq walHidayah wasSalamu `Alaikum W.B.T. Saya serahkan
kembali kepada rakan saya En. Ashaari. Dipersilakan.

Oleh : Noor Azaref bin Naim (Master of the ceremony of the day)
10 Ogos 2008
Di Dewan Seri Sayong, Felda Sungai Sayong, Kulai, Johor

p/s - Sila gunakan, tidak perlu mendapatkan keizinan saya. Moga dapat jadi
panduan kepada pengacara-pengacara majlis.

Anda mungkin juga menyukai