Anda di halaman 1dari 5

(KOMPANG KETIBAAN PENGANTIN)

Mendirikan rumah tangga merupakan salah satu tuntutan agama. Ini dijelaskan di dalam surah an-
Nur ayat 32:

‫َو َأنِكُحوا ْاَألَي اَم ى ِمنُك ْم َو الَّصاِلِحيَن ِم ْن ِع َب اِد ُك ْم َو ِإَم آِئُك ْم ِإن َي ُك وُنوا‬
‫ُفَقَر آَء ُيْغ ِنِه ُم ُهللا ِمن َفْض ِلِه َو ُهللا َو اِس ٌع َع ِليٌم‬

Maksudnya: “Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang
layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang
perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan karunia-Nya. Dan Allah
Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.”

Assalamualaikum. Buat pengetahuan semua hadirin, pengantin akan berarak


masuk ke dalam dewan pada bila-bila masa Sahaja.

(PASANG SELAWAT SEMASA PERGERAKAN PENGANTIN MENUJU KE


PELAMIN)

Berjalan sama cantik dan sama padan,

beriringan masuk ke dalam dewan,

pasangan pengantin cantik menawan,

Berseri-seri umpama rembulan.

Muhammad Sufyan Aiman bin Shari

Dan

Nur Aliaa Shairah binti Muhammad Shukri

*tunggu smpai habis perarakan dan pengantin duduk baru start ucapan
BismilLahir Rahmanir Rahim

Assalamu `Alaikum W.B.T……..

Hari ini menugal jagung

Hari esok memintal tali

Hari ini kita berkampung

Meraikan mempelai dua sejoli

Yang diraikan, pasangan mempelai pada hari ini, Puteri Nur Aliaa Shairah Binti
Muhammad Shukri, dan Putera Muhammad Sufyan Aiman Bin Shari. Yang
dihormati, Tuan Haji Muhammad Shukri bin Jaafar dan Puan Hajah Nik
Salida Harlina bt Nik Saleh, pasangan ayahanda bonda kepada pengantin
Perempuan. Yang dihormati, Tuan Haji Shari bin Omar dan Puan Hajah
Rokiah binti Husin, pasangan ayahanda bonda kepada pengantin lelaki, selaku
besan, kepada tuan majlis kita, pada hari ini.

Yang dihormati juga, semua keluarga rombongan pihak pengantin lelaki,


seterusnya ahli keluarga, saudara-mara, teman sekerja dan rakan-rakan kedua-
dua mempelai, hadirin dan hadirat, para tetamu yang dirahmati Allah S.W.T.
sekalian. Selamat datang diucapkan, Welcome, Ahlan wasahlan wamarhabam
bikum.

Hadirin sekalian, bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama
kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh adinda
pengantin, iaitu MUHAMMAD ZAHIN BIN MUHAMMAD SHUKRI. Dipersilakan.

(BACAAN DOA – 5 MINIT)

Aamiin aamiin Ya Rabbal Alamin.. Terima kasih diucapkan adinda bongsu,


Muhammad Zahin, di atas kesudian memimpin bacaan doa sebentar tadi.

*The kids akan beredar dari Kawasan perarakan ..

Anak muda mengail patin

Mengail patin di tepi titi

Senyum terukir pasangan pengantin

Tanda gembira penuh di hati


Seterusnya, majlis mempersilakan ayahanda bonda pengantin Perempuan, Tuan
Haji Muhammad Shukri bin Jaafar dan Puan Hajah Nik Salida Harlina
binti Nik Saleh, untuk memberikan sepatah dua kata. Dengan segala
hormatnya, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada ayahanda bonda pengantin Perempuan atas


ucapan yang disampaikan.

( LAGU MAHER ZAIN DIMAINKAN )

Baiklah, kita teruskan majlis kita pada hari ini dengan acara salam restu.
Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput ayahanda bonda
pengantin Perempuan, TUAN HAJI MUHAMMAD SHUKRI BIN JAAFAR dan
PUAN HAJAH NIK SALIDA HARLINA BINTI NIK SALEH, mewakili seluruh
keluarga pengantin Perempuan, Dipersilakan.

Seterusnya, majlis menjemput ayahanda bonda pengantin lelaki, TUAN HAJI


SHARI BIN OMAR dan PUAN HAJAH ROKIAH BINTI HUSIN bagi mewakili
seluruh keluarga pengantin lelaki, dipersilakan.

Berdua Bersama mencari renda,

Dapatlah satu di Inderagiri,

Pohon restu ayahanda bonda,

Agar majlis kekal berseri.

Seterusnya, sesi fotografi bergambar kenang-kenangan pengantin Bersama


pihak keluarga lelaki. Wah, Bagai cincin dengan permata ! Sepadan sungguh
pasangan sejoli yang segak dan cantik di singgahsana!

*selesai ambil gambar

Puan dibawa ke Gunung Ledang

Dibawa dengan penuh beradab

Aneka juadah telah terhidang

Kini masa makan beradab

Majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada hari ini, iaitu majlis makan
beradab. Dengan rasa hormatnya, majlis menjemput pasangan pengantin untuk
ke meja utama yang disediakan bagi menikmati hidangan.
(PENGANTIN BERJALAN DARI PELAMIN KE MEJA MAKAN BERADAB)

Semerbak harum bunga seroja

Dibelai lembut dara pingitan

Lauk pauk penuh semeja

Jemput mempelai menikmati hidangan

Bagi hadirin hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah malu janganlah segan
untuk sama–sama menikmati juadah enak yang disediakan. Bagi tetamu yang
baru tiba, saya mengalu–alukan kehadiran tuan tuan dan puan puan ke majlis
yang bersejarah ini.

(JAMUAN MAKAN - TUNGGU ISYARAT ACARA SELANJUTNYA)

PETANG : 2.30P.M. – ACARA MEMOTONG KEK..

Untuk ke acara seterusnya, majlis dengan ini menjemput pasangan mempelai


untuk acara memotong kek. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

(PENGANTIN MEMOTONG KEK)

Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana


cinta itu, menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna
apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut agama.

Tiup serunai di atas kota

Uda memupuk bunga melati

Mula kenal kemudian bercinta

Cinta tersemai di dalam hati

Inilah yang dikatakan

Umpama belayar telah sampai di pelabuhan

Umpama berkayuh telah sampai di muara

Umpama berjalan telah sampai ke destinasinya


Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan
ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga
buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang
penuh keberkatan ini.

Tuan puteri tersenyum-senyum

Melihat laksamana bermain rodat

Senyum-senyum jangan tak senyum

Sudah sempurna segala adat

Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Berjumpa
kita lagi pada masa yang akan datang. Saya mengucapkan salam hormat buat
semua, Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum WBT.

( PASANG LAGU PENGANTIN )

Anda mungkin juga menyukai