Anda di halaman 1dari 1

KRITERIA-KRITERIA UTAMA SEBAGAI PENGAWAS SEKOLAH

 Bersifat Kepimpinan.
 Berdisiplin.
 Bertanggungjawab.
 Berdikari.
 Berakhlak Mulia.
 Tegas.
 Amanah.
 Akademik yang Cemerlang.
 Menjadi Contoh Teladan.
 Bekerjasama.
 Proaktif.
 Hormat Menghormati.
 Ambil peduli.
 Bersopan Santun.
 Kemas dan Bersih.

SUSUNCARA ATUR PROSES PEMILIHAN PENGAWAS

Proses Pemilihan Pengawas Sekolah melalui beberapa peringkat iaitu:

1. Pada bulan November akan dibubarkan saf barisan pengawas sekolah yang terdiri
daripada Pengawas Disiplin, Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Pengawas Pembimbing
Rakan Sebaya.
2. Guru Kelas akan mencalonkan nama-nama yang sesuai di dalam kelas seliaannya
melalui borang yang disediakan dan penama-penama dalam borang tersebut juga perlu
mengambil Borang Permohonan Pengawas Sekolah untuk digunakan ketika sesi temu duga.
3. Seterusnya calon-calon ini akan ditemu duga oleh Panel Penemu duga yang terdiri
daripada guru-guru Panel HEM sekolah. Pemarkahan akan berdasarkan beberapa kriteria khas
yang telah ditetapkan.
4. Murid yang melepasi proses temuduga itu akan disenarai pendek dan dibentangkan
dalam mesyuarat Jawatankuasa Disiplin Sekolah sebagai tapisan terakhir.
5. Murid yang berjaya akan diberi SURAT TAWARAN sebagai “Pengawas Sekolah.
6. Perjumpaan dan nasihat akan dilakukan oleh Guru Penasihat Badan Pengawas dari
semasa ke semasa.
7. Kem Kepimpinan Muda Sekolah ( Pengurusan Tugas ) akan dilaksanakan Sabtu
minggu ke dua bulan Januari 2020
8. Barisan Kepimpinan Muda Sekolah ( semua pengawas sekolah ) akan dilantik secara
rasmi dalam Majlis Anugerah Watikah Pelantikan Pengawas pada bulan Februari 2019
9. Semua pengawas sekolah yang telah dilantik akan mengikuti Kem Bina Semangat
yang dijangka akan diadakan pada bulan Mac 2019

Anda mungkin juga menyukai