Anda di halaman 1dari 1

PROSES PEMILIHAN PENGAWAS

Pemilihan Pengawas Biasa

Pemilihan Pengawas Sekolah melalui beberapa peringkat iaitu:


1. Borang Permohonan akan dibuka pada bulan Februari bagi menampung
penyusutan bilangan Pengawas akibat daripada pertukaran pengawas ke sekolah lain pada
bulan Februari dan pengurangan tugasan bagi Pengawas Tingkatan 3 dan 5 pada bulan
Jun.
2. Guru Kelas juga akan mencalonkan nama-nama yang sesuai di dalam kelas
seliaannya melalui borang yang disediakan dan penama-penama dalam borang tersebut
juga perlu mengambil Borang Permohonan Pengawas Sekolah untuk digunakan ketika
sesi temu duga.
3. Seterusnya calon-calon ini akan ditemu duga oleh Panel Penemu duga yang terdiri
daripada guru-guru disiplin sekolah. Pemarkahan akan berdasarkan beberapa kriteria khas
yang telah ditetapkan.
4. Murid yang melepasi proses temuduga itu akan disenarai pendek dan
dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Disiplin Sekolah sebagai tapisan terakhir.
5. Murid yang berjaya akan diberi peluang/tugas yang bertindak sebagai “Pengawas
Percubaan” selama 3 bulan.
6. Pengawas Percubaan akan dibimbing dan dipantau oleh Pengawas Senior dalam
bidang tugas yang telah ditetapkan. Perjumpaan dan nasihat akan dilakukan oleh Guru
Penasihat Badan Pengawas dari semasa ke semasa.
7. Selepas itu, pengawas percubaan yang telah lulus ujian tersebut akan dilantik
secara rasmi dalam Majlis Anugerah Watikah Pelantikan pada bulan Jun setiap tahun.

Pemilihan Ketua Murid / Penolong Ketua Murid


1. Calon Ketua Murid dan Penolong Ketua Murid akan dicalonkan oleh guru
penasihat, dan guru-guru disiplin dengan persetujuan pihak pentadbir.
2. Undian akan dijalankan dalam kalangan pengawas sendiri kerana mereka lebih
mengenali kelayakan rakan sebaya, dan juga guru-guru melalui kertas undian yang
disediakan sekiranya calon ramai.
3. Seterusnya, calon ini akan menghadiri sesi temuduga yang diketuai oleh Pengetua
sekolah, dan disertai oleh Kaunselor dan Guru-guru Kanan Pentadbiran.
4. Calon yang lulus dalam sesi temuduga ini akan diumumkan secara rasmi pada
bulan Jun setiap tahun di hadapan khalayak umum iaitu murid dan guru dalam satu majlis
perhimpunan rasmi khas.
5. Mereka akan mengambil alih tugas murid tingkatan 5 yang akan menduduki
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
6. Akhirnya, Jawatankuasa Induk yang baru pula akan terbentuk untuk memimpin
organisasi sehingga ke pertengahan tahun berikutnya.

Anda mungkin juga menyukai