Anda di halaman 1dari 14

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran Sains


Tahun 4 Inovatif
Tarikh / Hari 21 September 2020
Masa 11.00– 12.00 pagi (60 minit)
Bil. Murid 27 / 32
Tema Sains Bahan
Tajuk 8.0 Bahan
Standard Kandungan 8.2 Sifat Bahan
Standard Pembelajaran 8.2.1 Memerihalkan sifat bahan dengan menjalankan aktiviti.

Hasil Pembelajaran Pada akhir pengajaran murid dapat:


1. Meramal 3 objek yang dapat menyalakan mentol di
dalam litar dan 3 objek yang tidak dapat menyalakan
mentol di dalam litar melalui aktiviti perbincangan di
dalam kumpulan menggunakan gambar bahan yang
diberi.
2. Mengenalpasti 3 objek atau bahan yang boleh
menyalakan mentol dan 3 objek atau bahan yang tidak
boleh menyalakan mentol mentol melalui aktiviti
penyiasatan.
3. Membuat pernyataan umum bahan yang boleh
membenarkan arus elektrik melaluinya di dalam litar
adalah konduktor dan bahan yang tidak membenarkan
arus elektrik melaluinya di dalam litar adalah penebat
melalui aktiviti penyiasatan dan kaedah
sumbangsaran.

Pengetahuan Sedia Ada Murid sudah belajar/ tahu:


Murid mengetahui cara untuk menghasilkan litar lengkap
melalui pembelajaran yang lepas.
Kemahiran Proses Sains 1. Memerhatikan
Murid menggunakan deria untuk membuat pemerhatian
terhadap nyalaan mentol apabila disambungkan
dengan bahan-bahan yang berbeza.
2. Mengelaskan
Murid mengelaskan bahan konduktor dan bahan
penebat melalui aktiviti perbincangan.
3. Mendefinisi secara operasi
Mendefinisi secara operasi “Konduktor” dan “Penebat”
melalui kaedah sumbang saran
4. Membuat inferens
Murid menyatakan sebab mentol menyala apabila
disambungkan dengan bahan konduktor kerana ia
membenarkan arus elektrik melaluinya dan mentol tidak
menyala kerana bahan penebat tidak membenarkan
arus elektrik melaluinya di dalam litar melalui aktiviti
penyiasatan dan perbincangan.
5. Berkomunikasi
Murid berkomunikasi dan berbincang secara
berkumpulan tentang hasil penyiasatan.
Kemahiran Berfikir 1. Meramalkan
Murid meramal tentang nyalaan mentol dalam litar
apabila disambungkan menggunakan bahan-bahan
yang disediakan berdasarkan pengalaman lalu
2. Membandingbeza
Membandingbeza bahan konduktor dan bahan penebat
melalui aktiviti penyiasatan
3. Mengelaskan
Mengelaskan bahan konduktor dan bahan penebat
melalui aktiviti perbincangan
4. Menghubungkait
Membuat perkaitan antara bahan yang digunakan
dengan nyalaan mentol.
5. Membuat kesimpulan
Membuat kesimpulan bahan konduktor adalah bahan
yang mengalirkan elektrik dan penebat adalah bahan
yang tidak mengalirkan elektrik semasa aktiviti
penyiasatan dan refleksi.
Kemahiran Manipulatif Mengguna dan mengendalikan peralatan dan bahan
(KM) sains dengan betul semasa aktiviti penyiasatan.
i-Think Peta Pokok
Tabiat Berfikir (HOM) 1. Berfikir secara fleksibel apabila membanding dan
membezakan objek-objek.
2. Berfikir dan berkomunikasi dengan jelas dan tepat ketika
mencirikan sifat objek berdasarkan bahannya.
Sikap Saintifik dan Nilai 1. Penggunaan masa yang baik mengikut peruntukan
Murni (SSNM) masa yang telah ditetapkan bagi aktiviti penyiasatan
dan aktiviti pembelajaran berasaskan bahan.
2. Bekerjasama sesama ahli kumpulan semasa
menjalankan aktiviti penyiasatan dan perbincanagn.
3. Jujur dan tepat dalam merekod hasil pemerhatian
dalam aktiviti penyiasatan
Elemen Merentasi 1. Kreativiti dan inovasi semasa menghasilkan litar
Kurikulum (EMK) berfungsi.
2. Nilai murni diterapkan dalam aktiviti sumbangsaran,
perbincangan, penyiasatan dan pembelajaran
berpusatkan projek seperti penggunaan masa yang
baik, yakin, bekerjasama dan jujur dan tepat dalam
merekod hasil penyiasatan.
Pentaksiran TP 4: Mengitlak sifat bahan dengan menjalankan penyiasatan,
demonstrasi dan projek.
TP 5: Membuat inferens tentang penggunaan bahan setiap
bahagian pada suatu objek melalui aktiviti perbincangan,
penyiasatan dan projek.
Sumber PdP / BBM Sel kering, Mentol, Wayar, Pemadam, duit syiling, alas kuih,
klip kertas, ubat pensil, gelung besi, batang aiskrim, ubat
stapler, tisu, fastener, “Lightman”, paku, kertas, Lembaran
kerja, gambar-gambar bahan konduktor dan penebat,
FASA ISI KANDUNGAN AKTIVITI PDP CATATAN

Orientasi Konduktor : 1. Guru menceritakan satu situasi kepada murid. Strategi:


(5 minit) Bahan atau objek yang  Penceritaan
G: “Pada suatu hari, ada seorang adiwira yang
membenarkan arus  Penyoalan
digelar “Lightman” ingin mencari bahan yang boleh
elektrik melaluinya.
menyalakan mentol di dadanya. Bagi
mendapatkan kuasa, “Lightman” perlu menyentuh KB: Menghubungkait
Penebat :
objek dengan kedua-dua wayar yang keluar dari Membuat perkaitan antara
Bahan atau objek yang
tangannya. “Lightman” cuba menyentuh sehelai bahan yang digunakan dengan
tidak membenarkan arus
kertas tetapi lampu di dadanya tidak menyala. nyalaan mentol.
elektrik melaluinya.
“Lightman” cuba pula menyentuh sebutir paku.
Akhirnya, mentol di dadanya menyala ”Lightman”
Kertas merupakan
memperoleh kuasanya!
objek/bahan yang tidak
2. Guru mengemukakan soalan berdasarkaan situasi
dapat mengalirkan arus
tersebut.
elektrik
Contoh soalan:
Paku adalah G: Apa yang berlaku pada mentol apabila wayar
objek/bahan yang disambungkan dengan kertas?
mengalirkan arus elektrik M: Mentol tidak menyala

G: Apa yang berlaku pada mentol apabila saya


sambungkan wayar dengan paku?
M: Mentol menyala.
G: Kenapa kertas tidak boleh menyalakan mentol dan
paku boleh menyalakan mentol?
M: Kerana kertas merupakan objek/bahan yang tidak
dapat mengalirkan arus elektrik dan paku adalah
objek/bahan yang mengalirkan arus elektrik

3. Guru menyatakan dengan jelas tajuk pembelajaran


iaitu “Sifat bahan yang boleh mengalirkan elektrik
dan tidak boleh mengalirkan elektrik” dan
menerangkan objektif yang hendak dicapai diakhir
pembelajaran di bahagian tepi papan putih.
Pencetusan Objek yang Aktiviti 1 : Meramalkan objek atau bahan yang BBM:
idea menyalakan mentol: menyalakan mentol dalam litar dan tidak Gambar objek boleh
(10 minit)  Ubat pensil boleh menyalakan mentol dalam litar menyalakan mentol dalam litar:
 Klip kertas 1. Guru membahagikan murid kepada 5 atau 6 orang  Duit syiling
 Ubat stapler satu kumpulan.  Klip kertas
 Gelung besi 2. Setiap kumpulan diberikan satu gambar objek.  Ubat pensil
3. Murid dikehendaki meramalkan sama ada objek  Gelung besi
 Duit syiling
tersebut boleh menyalakan atau tidak boleh
 Ubat stapler
menyalakan mentol dalam sebuah litar melalui
Objek yang tidak
perbincangan secara berkumpulan.
menyalakan mentol: Gambar objek yang tidak boleh
4. Murid dikehendaki menampalkan objek tersebut pada
 Tisu menyalakan mentol dalam litar:
 Alas kuih peta pokok yang telah dilukiskan oleh guru di papan  Pemadam
 Batang aiskrim putih.  Alas kuih
 Fastener  Batang aiskrim
 Getah pemadam.  Tisu
 Fastaner

KB:
Meramalkan
Murid meramal tentang nyalaan
mentol dalam litar apabila
disambungkan menggunakan
bahan-bahan yang disediakan
berdasarkan pengalaman lalu

Penstrukturan Objek yang Aktiviti 2 : Penyiastan bahan-bahan yang boleh BBM:


semula idea menyalakan mentol: menyalakan dan tidak menyalakan mentol. Sel kering, Mentol, Wayar,
(25 minit)  Ubat pensil Pemadam, duit syiling, alas
 Klip kertas 1. Guru akan mengedarkan lembaran kerja kepada kuih, klip kertas, ubat pensil,

 Ubat stapler setiap murid. gelung besi, batang aiskrim,

 Gelung besi 2. Guru akan memanggil murid secara rawak ubat stapler, tisu, fastaner dan
menggunakan teknik “Pick me” untuk menguji lembaran kerja.
 Duit syiling
bahan menggunakan “Lightman”.
3. Guru meminta murid membandingkan hasil KPS:
Objek yang tidak
penyiasatan mereka dengan ramalan pada peta  Memerhatikan
menyalakan mentol: pokok yang telah dijalankan pada fasa pencetusan  Mengelaskan
 Tisu idea.  Mendefinisi secara
 Alas kuih 4. Guru menyoal murid: operasi
 Batang aiskrim  Membuat inferens
 Fastener G: Adakah jawapan penyiasatan kamu sama  Berkomunikasi
dengan ramalan yang dibuat?
 Getah pemadam.
M: Ya/Tidak KB:
Konduktor :  Membandingbeza
G: Apakah objek yang menyalakan mentol?
Bahan atau objek yang  Mengelaskan
M: Ubat pensil, Klip kertas, Ubat stapler, gelung
membenarkan arus
besi, Duit syiling
elektrik melaluinya. HOM:
Berfikir, berkomunikasi dengan
G: Kebanyakan objek tersebut diperbuat daripada
Penebat : jelas dan tepat
bahan apa?
Bahan atau objek yang
M: Logam/ besi
tidak membenarkan arus NILAI:
elektrik melaluinya.  Penggunaan masa yang baik
G: Apakah objek yang tidak dapat menyalakan
 Yakin
mentol?
 Bekerjasama
M: Tisu, Alas kuih, Batang aiskrim, Fastener,
 Jujur dan tepat dalam
Getah pemadam.
merekod hasil penyiasatan.
Pentaksiran:
G: Kebanyakan objek tersebut diperbuat daripada
TP5: Merumus objek yang boleh
bahan apa?
menyalakan mentol adalah
M: Kertas, getah, kain, kayu, plastik
konduktor dan yang tidak
5. Guru merumuskan bahawa bahan yang menyalakan mentol adalah
menyalakan mentol ialah konduktor manakala penebat.
bahan yang tidak menyalakan mentol ialah
penebat.

Aplikasi idea Aktiviti 3 : Tolong juruelektrik.. KB:


(15 minit) Menghubungkait
1. Guru memberikan beberapa situasi kepada murid. Membuat perkaitan antara sifat
bahan dengan masalah situasi
Situasi 1: yang perlu ditangani.
Seorang juruelektrik perlu membetulkan wayar elektrik
yang rosak. Apakah yang perlu dipakai bagi HOM: Berfikir, berkomunikasi
memastikan keselamatannya. dengan jelas dan tepat
Situasi 2:
Jurutera menjumpai punca kerosakkan wayar yang
berlaku. Wayar elektrik didapati putus kerana digigit
tikus. Bagaimanakah cara untuk membetulkan wayar
tersebut?

2. Murid akan dipilih secara rawak melalui teknik


“Pick me” untuk memberikan pendapat mereka.
Penutup  Bahan yang 1. Guru memilih wakil kumpulan untuk membuat KB:
(5 minit) menyalakan rumusan tentang sesi pembelajaran hari ini. Membuat kesimpulan
mentol ialah 2. Guru menegaskan semula hasil pembelajaran. Membuat kesimpulan bahan
konduktor. konduktor adalah bahan yang
 Bahan yang tidak G: Apakah maksud konduktor? mengalirkan elektrik dan
menyalakan M: Bahan yang boleh mengalirkan elektrik melaluinya. penebat adalah bahan yang
mentol ialah tidak mengalirkan elektrik
penebat. G:Apakah maksud penebat?
M: Bahan yang tidak boleh mengalirkan elektrik.
Nama: _____________________ Kelas:________________

Ramal objek yang boleh menyalakan mentol pada litar dan tidak boleh menyalakan
mentol pada litar. Kelaskan objek pada jadual berikut.

Duit Syiling Getah pemadam Tisu Kayu aiskrim Ubat stapler

Ubat Pensil Ring besi Alas kuih Fastener Klip kertas

Mentol Menyala Mentol tidak menyala

1. 1.

2. 2.

3. 3.

4. 4.

5. 5.

Kumpulan : _______________________

Ramal objek yang boleh menyalakan mentol pada litar dan tidak boleh menyalakan
mentol pada litar. Kelaskan objek pada jadual berikut.

Duit Syiling Getah pemadam Tisu Kayu aiskrim Ubat stapler

Ubat Pensil Ring besi Alas kuih Fastener Klip kertas

Mentol Menyala Mentol tidak menyala

1. 1.

2. 2.

3. 3.

4. 4.

5. 5.
Nama: _____________________ Kelas:________________

Ramal objek yang boleh menyalakan mentol pada litar dan tidak boleh menyalakan
mentol pada litar. Kelaskan objek pada jadual berikut.

Duit Syiling Getah pemadam Tisu Kayu aiskrim Ubat stapler

Ubat Pensil Ring besi Alas kuih Fastener Klip kertas

Mentol Menyala Mentol tidak menyala

1. 1.

2. 2.

3. 3.

4. 4.

5. 5.

Kumpulan : _______________________

Ramal objek yang boleh menyalakan mentol pada litar dan tidak boleh menyalakan
mentol pada litar. Kelaskan objek pada jadual berikut.

Duit Syiling Getah pemadam Tisu Kayu aiskrim Ubat stapler

Ubat Pensil Ring besi Alas kuih Fastener Klip kertas

Mentol Menyala Mentol tidak menyala

1. 1.

2. 2.

3. 3.

4. 4.

5. 5.
Tarikh/ Masa : 21 September 2020/ 10.00 - 11.00 pagi
Kelas : 4 Inovatif
Subjek : Sains

Refleksi selepas pengajaran


Saya telah menyambung fasa aplikasi idea dan penutup bagi tajuk pembelajaran yang lepas
iatu 8.2 Sifat bahan: Serap air, kalis air dan terapung, tenggelam. Lembaran kerja yang diberikan
semasa fasa penstrukturan idea telah berjaya disemak bersama murid. Murid juga diminta menyalin
kesimpulan aktiviti penyiasatan yang memakan masa hampir 30 minit. Pada fasa aplikasi idea, saya
telah meminta murid membuat lakaran bot idaman mereka dengan mengaplikasikan pengetahuan
mereka mengenai sifat bahan. Murid menunjukkan keterujaan dan ada antara mereka yang telah siap
menghasilkan bot daripada botol plastik dan belon. Ada juga yang ingin ke koperasi untuk membeli
barang menghasilkan bot. Keadaan kelas agak bising dan saya terpaksa menggunakan attention
grabber berulang-ulang kali. Ada juga murid yang ke hadapan untuk menguji bot tanpa mengikut
arahan. Kesannya, murid berkumpul dan air besen merecik-recik. Murid yang telah menyelesaikan
tugas pula mula mengusik rakan dan berbual-bual. Saya sedar bahawa saya tidak cukup tegas
dengan murid. Saya hanya memarahi mereka tanpa memberikan akibat atas perbuatan negatif
mereka. Hal ini kerana, teknik ganjaran dan dendaan belum lagi diterapkan dalam kelas.

Pada akhir pengajaran, saya berjaya merumuskan 4 jenis sifat bahan yang dipelajari namun
ada murid yang hilang fokus dan bising kerana telah bunyi loceng. Oleh itu, saya perlu melaksanakan
fasa penutup 2 minit sebelum loceng dibunyikan. Rancangan pengajaran harian ini 8.2 Sifat bahan:
Mengalirkan dan tidak mengalirkan elektrik akan dilaksanakan pada minggu hadapan.

Langkah penambahbaikan:

1. Bersikap tegas dalam mendisiplinkan murid yang bermasalah dengan memberikan akibat
atas perbuatan negatif.
2. Menggunakan sistem dendaan dan ganjaran
3. Memastikan murid menumpukan perhatian apabila saya berkata-kata dengan
menggunakan “Attention Grabber”.
4. Menyediakan lembaran kerja bagi mengurangkan aktiviti menyalin.
5. Menggunakan “Timer” agar murid peka terhadap masa.
6. Guru perlu peka terhadap penggunaan masa bagi setiap fasa.
7. Merumuskan hasil pembelajaran sebelum bunyi loceng.

Disemak Oleh Guru Pembimbing Disemak Oleh Pensyarah Pembimbing


Tandantangan : ……………….. Tandantangan : ………………..
Nama : ……………..... Nama : …………….....
Tarikh : ……………….. Tarikh : ………………..

Anda mungkin juga menyukai