Anda di halaman 1dari 10

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran Sains


Tahun 3 Proaktif
Tarikh / Hari 21 September 2020
Masa 1.20 – 2.20 pagi (60 minit)
Bil. Murid 32
Tema Teknologi dan Kehidupan Lestari
Tajuk 10.0 Mesin
Standard Kandungan 10.1 Takal
Standard Pembelajaran 10.1.1 Menyatakan maksud dan kegunaan takal.
10.1.2 Memerihalkan cara takal tetap berfungsi dengan
menggunakan model.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pengajaran murid dapat:
1. Menyatakan maksud takal.
2. Menyatakan 2 contoh penggunaan takal dalam
kehidupan.
3. Mengetahui komponen yang ada dalam takal tetap.
4. Melabelkan 3 daripada 4 bahagian takal tetap dengan
betul.
5. Menceritakan bagaimana takal tetap berfungsi.
Pengetahuan Sedia Ada Murid pernah melihat bendera dinaikkan semasa perhimpunan
sekolah.
Kemahiran Saintifk  Memerhatikan demonstrasi guru menaikkan bendera
untuk menerangkan bagaimana takal tetap berfungsi.
 Berkomunikasi menggunakan model untuk
menerangkan cara takal berfungsi.
 Mendefinisi secara operasi maksud takal melalui
demonstrasi guru.
Kemahiran Berfikir  Membuat gambaran mental tentang cara takal
berfungsi berdasarkan model.
 Menilai kegunaan takal dalam kehidupan seharian
dengan menyelesaikan masalah situasi yang diberikan.
 Membuat kesimpulan tentang kegunaan takal dalam
kehidupan seharian.
i-Think Peta Alir – Memerihalkan bagaimana takal tetap berfungsi.
Tabiat Berfikir (HOM) - Berfikir secara fleksibel dalam memberikan contoh
penggunaan takal dalam kehidupan seharian.
- Berfikir dan berkomunikasi dengan jelas ketika
menceritakan fungsi takal.
- Menggunakan pengetahuan lepas ke situasi baru
- Berusaha untuk ketepatan
Sikap Saintifik dan Nilai - Berani mencuba untuk menjawab persoalan guru.
Murni (SSNM) - Berfikiran kritikal dan analitis mengaitkan komponen
takal dengan fungsinya.
Elemen Merentasi - Bahasa:
Kurikulum (EMK) Bahasa yang digunakan apabila berkomunikasi dengan
guru apabila diminta untuk membuat satu rumusan.
- Kreativiti dan inovasi:
Murid menganalisis masalah yang guru berikan.
Pentaksiran - Peta Alir.
- Lembaran kerja
Sumber PdP / BBM - Lembaran kerja
- Peta Alir
- Kertas Mahjong (Melabelkan takal)
- Buku aktiviti
- Buku Teks
FASA ISI KANDUNGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN
Orientasi Takal: 1. Guru meminta murid berdiri sambil menyanyikan Bahan Bantu Mengajar:
(5 minit) Satu contoh mesin lagu Negaraku.  Pembesar suara
ringkas yang 2. Seorang murid akan dipilih untuk menaikkan  Lagu negaraku
memudahkan beban model bendera di hadapan kelas.  Model tiang bendera
diangkat ke atas 3. Setelah selesai menyanyi, guru meminta murid Tabiat Berfikir
dengan menggunakan untuk menjawab beberapa soalan:  Menggunakan pengetahuan lepas ke
daya yang kecil. situasi baru
G: Bagaimanakah kawan awak menaikkan  Berfikir secara fleksibel
Takal digunakan bendera tersebut?
Kemahiran Proses Sains
dalam aktiviti: M: Menggunakan takal
 Memerhatikan
(i) Mengangkat bahan
 Mendefinisi secara operasi
binaan menggunakan G: Adakah dengan menaikkan bendera
Kemahiran Berfikir
kren. menggunakan takal lebih mudah?
 Membuat gambaran mental
(ii) Menaikkan bendera M: Ya, takal memudahkan bendera diangkat ke
SSNM
(iii) Menimba air dari atas menggunakan daya yang kecil.
 Berani dan mencuba
perigi.
(iv) Menaikkan barang G: Berikan contoh lain penggunaan takal dalam
dari bawah ke tingkat kehidupan seharian.
atas. M: Mengangkat bahan binaan menggunakan
kren/Menaikkan bendera/Menimba air dari
perigi/Menaikkan barang dari bawah ke
tingkat atas.
4. Murid yang memberikan jawapan yang betul
diberikan pujian manakala yang salah diberikan
teguran dan meminta rakan yang lain untuk
memberikan pendapat mereka.
Takal tetap 1. Guru menampalkan kertas mah-jong yang Bahan Bantu Mengajar:
mempunyai satu roda menunjukkan bahagian takal tetap.  Kertas Mahjong- Gambar bahagian
LANGKAH 1 beralur yang 2. Guru menyoal murid. takal tetap
Pencetusan membolehkan tali  Lembaran kerja
Idea melaluinya. G: Apakah komponen takal tetap yang Strategi
(15 minit) membolehkan ia untuk mengangkat beban? Konstruktivisme
Bahagian takal tetap: Kaedah
3. Guru meminta murid berfikir selama 3 minit Berpusatkan murid
sambil mengedarkan lembaran kerja. Tabiat Berfikir
4. Guru meminta murid menjawab Aktiviti 1 iaitu  Berfikir secara fleksibel
melabelkan komponen takal tetap.  Berusaha untuk ketepatan
5. Guru akan memanggil beberapa murid untuk  Berfikir, berkomunikasi dengan jelas
melengkapkan label pada kertas mahjong dan
dan tepat.
-Alur membincangkan jawapan bersama-sama murid.
Kemahiran Proses Sains
-Roda  Berkomunikasi
-Tali
Kemahiran Berfikir
-Gandar
 Menilai
 Membuat gambaran mental

1. Guru menunjukkan model tiang bendera. Bahan Bantu Mengajar


2. Guru meminta seorang murid untuk Model tiang bendera
LANGKAH 2 menyebutkan komponen atau bahagian yang Kaedah
Penstrukturan ada pada model tersebut dan menceritakan cara  Sumbangsaran
Semula Idea takal tetap berfungsi sebelum, semasa dan  Berpusatkan murid
(20 minit) selepas menarik tali model bendera tersebut.
3. Murid dikehendaki melengkapkan Aktiviti 2 iaitu Tabiat Berfikir
melabelkan cara takal tetap berfungsi dalam  Berfikir dan berkomunikasi dengan
peta alir. jelas ketika menceritakan fungsi takal.
4. Guru membincangkan lembaran kerja bersama  Menggunakan pengetahuan lepas ke
murid. situasi baru
Kemahiran Proses Sains
 Berkomunikasi
Kemahiran Berfikir
 Membuat gambaran mental
LANGKAH 3 1. Guru memberikan satu situasi kepada murid BBM:
Aplikasi Idea melalui penceritaan.  Gambar situasi
(20 minit)  Lembaran kerja
“Pada suatu hari, sebuah kampong dilanda Kaedah:
kemarau. Oleh itu, kesemua tangki air telah  Kajian masa depan
kering. Kemudian, penduduk kampong Strategi:
bekerjasama mencari sumber air. Akhirnya,  Penyelesaian masalah
ketua kampung telah menemui sebuah perigi Kemahiran Proses Sains
yang sangat dalam yang berisi mata air.
 Berkomunikasi
Apakah yang patut ketua kampong lakukan
Kemahiran Berfikir
untuk mendapatkan air untuk penduduk
kampungnya?”  Menilai
Lakarkan cara penyelesaian kamu dan  Membuat gambaran mental
ceritakan pada rakan-rakan 
6C
2. Guru memberi masa selama 15 minit untuk  Critical Thinking- Murid perlu
murid melengkapkan lembaran kerja. menganalisis cara untuk
3. Guru akan meminta beberapa murid untuk menyelesaikan masalah yang
menunjukkan hasil kerja mereka dan diberikan
menceritakan cara ketua kampung  Character – murid bebas
mendapatkan air untuk penduduk kampungnya. berimaginasi tanpa kongkongan
PENUTUP 1. Guru memanggil beberapa murid menjadi wakil Strategi:
(5 minit) untuk membuat rumusan tentang sesi  Pembelajaran inkuiri.
pembelajaran hari ini.  Guru bertanyakan tentang topik akan
2. Guru menegaskan semula hasil pembelajaran. datang kepada murid-murid.
Pendekatan
G: Apakah maksud takal?  Penyoalan lisan
M: Takal ialah satu contoh mesin ringkas yang Kemahiran Proses Sains
memudahkan beban diangkat ke atas dengan  Berkomunikasi
menggunakan daya yang kecil. Kemahiran Berfikir
 Membuat kesimpulan
G: Apakah 4 bahagian takal tetap?
M: Alur, Roda, Tali dan Gandar

G:Berikan contoh penggunaan takal dalam


kehidupan seharian.
M:Mengangkat bahan binaan menggunakan
kren/Menaikkan bendera/Menimba air dari
perigi/Menaikkan barang dari bawah ke tingkat
atas.

3. Guru meminta murid menyatakan apa yang


telah dipelajari dan apa yang murid hendak tahu
lagi pada buku nota melalui aktiviti “2 Star 1
Wish
Tarikh/ Masa : 21 September 2020/ 1.20 - 2.20 petang
Kelas : 3 Proaktif
Subjek : Sains

Refleksi selepas pengajaran


Pada akhir pengajaran, didapati bahawa 90% objektif pengajaran dapat dicapai oleh
murid. 1 daripada 5 objektif pembelajaran di dapati kurang tercapai disebabkan kekangan
masa. Hari ini merupakan perjumpaan pertama saya dengan murid-murid kelas 3 Proaktif.
Oleh itu, saya telah memulakan kelas dengan sesi perkenalan diri. Saya juga telah
memperkenalkan peraturan bagi memudahkan saya untuk mengawal keadaan kelas. Sesi
ini telah memakan masa selama 30 minit. Setelah itu, saya memulakan sesi PdP mengikut
RPH yang telah dirancang.

Pada fasa orientasi, saya telah menunjukkan model tiang bendera yang
menggunakan prinsip takal bagi mengangkat bendera ke atas. Saya telah mengaitkan
kandungan pembelajaran dengan kehidupan seharian murid. Kesannya, murid kelihatan
teruja dan dapat menghubungkait topik pembelajaran dengan pengalaman mereka yang
lepas

Pada fasa pencetusan idea, saya telah meminta seorang murid iaitu Hasziq untuk
menaikkan model bendera di hadapan kelas. Murid diminta untuk berdiri dan menyanyikan
lagu Negaraku seiring dengan bendera yang dinaikkan. Melalui aktiviti ini, saya dapati
kesemua murid menumpukan perhatian kepada tindakan Hasziq yang sedang menaikkan
bendera. Oleh itu, murid dapat membuat gambaran tentang bagaimana takal berfungsi
melalui demonstrasi tersebut. Setelah demonstrasi, saya telah mengajukan beberapa soalan
tentang takal dan menerangkan tentang cara ia berfungsi. Murid dapat memahami
penerangan saya dengan baik. Namun, saya sepatutnya meminta murid untuk
menerangkan cara takal berfungsi berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka sebelum
melalui fasa penstrukturan idea. Dengan itu, saya boleh memperbaiki miskonsepsi yang
berlaku.

Kemudian, saya telah mengedarkan lembaran kerja pada fasa penstrukturan semula
idea. Pada fasa ini murid dikehendaki melabelkan bahagian takal tetap yang telah saya
tampalkan di papan putih. Mereka diberikan masa untuk berfikir mencari jawapan.
Kemudian, saya telah meminta beberapa orang murid untuk memberikan jawapan. Setelah
itu, murid dikehendaki melengkapkan aktiviti 1 dan 2 bagi melabel bahagian takal tetap dan
menceritakan cara takal berfungsi berdasarkan demonstrasi yang ditunjukkan. Ada murid
yang tidak memahami arahan tugasan. Oleh itu, saya telah menerangkan arahan dan
menunjukkan cara untuk melengkapkan aktiviti tersebut.
Bagi fasa aplikasi idea, saya telah meminta murid untuk menyelesaikan masalah
yang berlaku dengan mengaplikasikan pengetahuan mereka dalam tajuk ini. Murid kelihatan
memahami arahan tugasan dengan baik. Namun begitu, perancangan aktiviti pada fasa ini
iaitu meminta mereka untuk bercerita tentang cara penyelesaian mereka tidak dapat
dilaksanakan disebabkan kekangan masa. Aktiviti 3 telah dijadikan sebagai kerja sekolah
yang akan dibincangkan pada kelas seterusnya.

Pada akhir pengajaran, saya berjaya merumuskan maksud takal dan meminta murid
memberikan 2 contoh kegunaan takal dalam kehidupan seharian. Namun begitu, keadaan
murid agak bising kerana loceng telah berbunyi. Saya sepatutnya merumuskan hasil
pembelajaran sebelum loceng berbunyi dan meminta murid untuk kekal fokus sehingga
habis pembelajaran.

Dari segi kawalan kelas, murid dapat menumpukan perhatian apabila saya mengajar.
Mereka menunjukkan respon yang baik apabila saya mengajukan pertanyaan. Murid yang
menunjukkan tingkah laku negatif telah diberikan amaran dendaan.

Langkah penambahbaikan:

1. Bersikap tegas dalam mendisiplinkan murid yang bermasalah dengan


memberikan akibat atas perbuatan negatif.
2. Menggunakan sistem dendaan dan ganjaran
3. Memastikan murid menumpukan perhatian apabila saya berkata-kata dengan
menggunakan “Attention Grabber”.
4. Guru perlu peka terhadap penggunaan masa bagi setiap fasa.
5. Merumuskan hasil pembelajaran sebelum bunyi loceng.
6. Menerangkan arahan aktiviti sebelum mengedarkan lembaran kerja atau
melaksanakan aktiviti.

Disemak Oleh Guru Pembimbing Disemak Oleh Pensyarah Pembimbing


Tandatangan : ……………….. Tandatangan : ………………..
Nama : ……………..... Nama : …………….....
Tarikh : ……………….. Tarikh : ………………..
Nama: __________________________ Kelas: ___________________

Takal Satu mesin ringkas yang ___________ beban diangkat ke

_________ dengan menggunakan daya yang _________.

Aktiviti 1: Labelkan 4 bahagian takal tetap dibawah.

Aktiviti 2: Lengkapkan peta alir dibawah dengan melukis

gambar dan fungsinya mengikut urutan

Cara takal tetap pada tiang bendera

berfungsi

Sebelum beban
diangkat

Kesimpulannya:

 Apabila tali _____________, beban akan ________________ ke ___________ melalui takal

tetap.
Aktiviti 3: Tolong Ketua Kampung !!!

“Pada suatu hari, sebuah kampung telah dilanda kemarau. Oleh itu,

kesemua tangki air telah kering. Oleh itu, penduduk kampung

bekerjasama mencari sumber air. Akhirnya, ketua kampung telah

Anda mungkin juga menyukai