Anda di halaman 1dari 3

Minggu Praktikum : 3

Tarikh : 28 Jun 2019


Tajuk Jurnal : Guru sukar mengingati nama murid

1. Isu yang Difokuskan :

Sepanjang 3 minggu menjalani praktikum di SK KLIA bermula dari 11 Jun 2019, saya
mendapati saya masih sukar untuk mengingati nama murid saya. Saya hanya mengingati
nama murid yang sering melakukan tingkahlaku bermasalah dan lebih kerap memanggil
nama mereka berbanding murid yang lain. Apabila saya mengajukan soalan, saya sering
memanggil “Ya. Awak kat belakang” , “Awak yang bercakap tu” atau “Siapa nama kawan
awak, yang pakai spec tu?”. Kadangkala, saya sukar menegur murid yang sedang berbual
dan mengganggu pelaksanaan sesi PdP kerana saya tidak tahu nama murid tersebut.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu)

Hal ini berlaku mungkin kerana saya kurang menjalinkan hubungan mesra bersama
murid. Saya juga kurang prihatin terhadap murid dan hanya menumpukan perhatian
terhadap penyampaian ilmu bagi mencapai objektif pembelajaran. Kesannya, saya sukar
untuk melibatkan kesemua murid dalam mengikuti sesi PdP. Hal ini kerana saya tidak
mengetahui nama murid yang agak pasif dan tidak menumpukan perhatian semasa sesi
PdP sedang berlangsung.

3. Kajian Lampau Terhadap Isu

Menurut Nur Hanani Hussin & Mohd Aderi Che Noh (2013) yang menyatakan secara
asasnya, sangat penting bagi seseorang guru untuk menyedari bahawa bilik darjah
mereka dipenuhi oleh pelbagai murid yang inginkan pengiktirafan sebagai individu,
dipanggil dengan nama mereka dan mempunyai keperluan tersendiri yang mesti
dipenuhi. Oleh itu, pengajaran sepatutnya berlangsung dalam suasana sihat,
persekitaran yang mendorong untuk belajar, murid bersemangat untuk menimba ilmu,
mendapat sokongan dan motivasi daripada guru serta berlakunya interaksi dua hala
semasa proses pengajaran. Kunci bagi perkara ini adalah hubungan guru dengan murid.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal
pasti, saya cadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah:-

I. Memanggil murid berdasarkan senarai nama.


II. Menghasilkan satu kotak undian yang mengandungi nama murid untuk dicabut
secara rawak bagi menjawab soalan.
III. Menghasilkan pelan kelas untuk mengetahui kedudukan sebenar murid, nama dan
kumpulan masing-masing.
IV. Menghasilkan bekas nama semua pelajar
V. Menyediakan tag nama yang besar dan jelas untuk dipakai oleh murid.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

Bermula minggu ketiga dan masih dalam tindakan susulan

6. Tindakan Susulan

Setelah mengenal pasti kelemahan diri saya, saya telah membuat beberapa tindakan
susulan bagi mengingati nama murid-murid saya. Saya telah berjumpa dengan guru kelas 2
Satelit dan 3 Kargo bagi mendapatkan senarai nama murid dalam kelas tersebut. Saya juga
telah mengambil pelan kelas dan nama ahli bagi setiap kumpulan bagi mengenalpasti
kedudukan murid di dalam kelas. Bekas berisi nama setiap murid juga telah disediakan bagi
setiap kelas. Dengan ini, saya mudah untuk memanggil nama murid yang saya kehendaki.
Saya juga mula menjalinkan hubungan mesra dengan murid-murid.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

4 Julai 2019 dan masih dalam tindakan susulan

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesian yang


telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif, ini dapat dilihat melalui perubahan
tingkah laku murid semasa menjalani sesi PdP. Mereka kelihatan lebih bersedia dan
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti PdP yang dirancang. Saya juga mendapati murid
lebih seronok apabila saya mengajar. Saya juga dapat memanggil nama murid yang
berkelakuan baik untuk diberikan ganjaran dan berkelakuan negatif untuk diberikan amaran
atau dendaan.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan dan Halangan)

Saya merasa berpuas hati kerana setiap aktiviti PdP dapat dilaksanakan dalam keadaan
yang lebih terkawal. Murid kelihatan seronok dan bersedia untuk belajar. Kasih sayang yang
saya tunjukkan membuatkan murid menjadi mesra dengan saya. Namun begitu, saya masih
perlu mengekalkan sifat tegas agar mereka terus menghormati saya sebagai guru mereka.
10. Rujukan

Nur Hanani Hussin & Mohd Aderi Che Noh (2013). Elemen Mengenali Murid dalam
Pengajaran Guru Cemerlang. The Online Journal of Islamic Education. Vol 1 Issue 2.
(11-12).

Disemak Oleh Guru Pembimbing Disemak Oleh Pensyarah Pembimbing

Tandantangan : ……………….. Tandantangan : ………………..

Nama : ……………..... Nama : …………….....

Tarikh : ……………….. Tarikh : ………………..

Anda mungkin juga menyukai