Anda di halaman 1dari 4

JURNAL MINGGUAN

Minggu Praktikum: Minggu 2

Tarikh: 21 September 2020 (Isnin)

Tajuk Jurnal: Tidak mengingat nama murid menyebabkan hubungan antara guru dan murid
jauh.

1.0 Isu yang difokuskan:


Saya telah mendapat jadual mengajar bagi 4 kelas dan diantara kelas-kelas tersebut
adalah 6 Inovatif, 6 Proaktif, 4 Kreatif dan 4 Inovatif. Purata jumlah pelajar bagi ketiga-
tiga kelas tersebut adalah lebih kurang 30 orang murid bagi setiap kelas. Sepanjang
sudah hampir 2 minggu saya mengajar kelas-kelas tersebut dengan bilangan masa
adalah 10 masa seminggu, saya mendapati yang saya masih tidak dapat mengenali
murid-murid tersebut atau lebih mudah lagi saya tidak dapat ingat nama-nama yang
kira-kira 122 orang pelajar saya bagi keseluruhan kelas tersebut. Hal ini menyebabkan
hubungan saya sebagai guru dan murid-murid tersebut tidak mesra di dalam kelas.
2.0 Analsis Isu yang difokuskan:
Berdasarkan apa yang saya lakukan di dalam kelas semasa PdP, saya akan
memanggil murid dengan ciri-ciri mereka seperti “kamu yang duduk dibelakang”, “kamu
yang pakai tudung biru”, “kamu yang pakai cermin mata”. Hal ini menjadi punca saya
tidak mampu mengingat nama-nama murid tersebut. Akibatnya, saya tidak dapat
mengingat langsung nama-nama murid kelas yang saya ajar. Selain itu, saya telah
minta senarai nama pelajar sejak hari minggu pertama praktikum. Namun, guru-guru
kelas masih belum berkesempatan untuk memberikan senarai nama tersebut kerana
senarai tersebut perlu di email dalam bentuk softcopy. Jadi, saya tidak dapat kenal
keseluruhan nama murid-murid tersebut. Saya juga rasa menyesal kerana saya tidak
meletakkan apa-apa usaha untuk mengingat nama-nama murid tersebut. Akibatnya,
saya memanggil mereka dengan kata ganti diri dan hal ini akan menyebabkan
hubungan saya dan murid menjadi longgar. Hal ini menyukarkan saya untuk menarik
perhatian mereka untuk lebih fokus didalam pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas kerana mungkin perkara ini membolehkan mereka rasa mereka tidak diberi
perhatian dan sebagainya.
3.0 Kajian Lampau (Literature Review):
Menurut Nur Hanani Hussin & Mohd Aderi Che Noh (2013) yang menyatakan secara
asasnya, sangat penting bagi seseorang guru untuk menyedari bahawa bilik darjah
mereka dipenuhi oleh pelbagai murid yang inginkan pengiktirafan sebagai individu,
dipanggil dengan nama mereka dan mempunyai keperluan tersendiri yang mesti
dipenuhi. Oleh itu, pengajaran sepatutnya berlangsung dalam suasana sihat,
persekitaran yang mendorong untuk belajar, murid bersemangat untuk menimba ilmu,
mendapat sokongan dan motivasi daripada guru serta berlakunya interaksi dua hala
semasa proses pengajaran. Kunci bagi perkara ini adalah hubungan guru dengan
murid.
4.0 Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah:
Antara cadangan dan idea penyelesaian bagi mengatasi isu ini yang saya boleh
lakukan adalah:
 Membuat satu kotak nama di mana di dalam bekas / cawan tersebut
terdapat semua nama murid yang telah di laminate. Jadi, saya boleh ambil
nama-nama murid dan guna jika minta murid untuk menjawab soalan atau
membuat apa-apa pembentangan.
 Sentiasa membawa senarai nama murid ke kelas semasa menjalankan sesi
PdP. Hal ini membolehkan saya mengingat murid-murid di dalam setiap kelas
tersebut.
 Saya boleh membuat tag nama besar untuk murid yang boleh dipakai atau
diletakkan di meja murid. Tag nama tersebut perlulah besar dan boleh dilihat
daripada hadapan. Hal ini memudahkan saya untuk berinteraksi dengan
murid dengan memanggil nama mereka sendiri.
5.0 Tempoh Masa Penyelesaian Masalah:
Bermula minggu ketiga dan masih dalam tindakan untuk menyelesaikan isu ini.
6.0 Tindakan Susulan:
Saya akan cuba berjumpa guru kelas dengan lebih kerap untuk meminta senraai nama
kelas yang saya ajar supaya saya lebih mudah untuk menjalankan tindakan selanjutnya.
Selain itu, saya perlulah menyediakan senarai nama yang hendak diletakkan di dalam
kotak/ bekas nama di dalam setiap kelas yang di ajar. Hal ini akan memudahkan saya
untuk memanggil dan mengingat nama-nama murid di dalam kelas yang saya ajar.
Botol nama telah disiapkan pada semua murid membolehkan aktiviti penyoalan lisan
dijalankan dengan lebih baik apabila saya dapat memanggil murid dengan nama yang
betul. Namun begitu, untuk tidak boleh dijadikan alasan untuk saya kerana saya pasti
dengan melakukan tindakan ini saya pasti akan lebih mudah mengingat dan lebih
mampu menyediakan sesi PdP yang mesra dan memudahkan murid untuk faham dan
terima kandungan pembelajaran.
7.0 Tarikh Tindakan susulan:
25 Sepetmber 2020
8.0 Keberkesanan Langkah Yang Dijalankan:
Tindakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang telah dikenalpasti telah
memberi akan membantu memberi impak yang positif falam menyelesaiakan masalah.
Namun begitu, saya telah berinteraksi dengan murid dan mencuba untuk bertanyakan
nama muridd sebelum murid bertanya, menjawab soalan atau memberikan pandangan.
Hal ini sedikit sebanyak membantu saya mewujudkan hubungan baik antara saya
dengan murid walaupun saya masih belum dapat mengingat nama-nama murid
tersebut.
9.0 Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) / Halangan (Jika Ada):
Saya merasa gembira kerana saya dapat mengenalpasti kelemahan saya semasa di
dalam kelas yang perlu diperbaiki. Namun begitu, saya dapat rasakan yang saya seperti
lambat bertindak menyebabkan sehingga diakhir minggu kedua lagi saya masih belum
dapat memulakan langkah yang banyak dalam mengatasi isu ini.

Rujukan
Nur Hanani Hussin & Mohd Aderi Che Noh (2013). Elemen Mengenali Murid dalam
Pengajaran Guru Cemerlang. The Online Journal of Islamic Education. Vol 1 Issue 2.
(11-12).

Anda mungkin juga menyukai