Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS DARULAMAN
06000 JITRA, KEDAH.

JURNAL PRAKTIKUM

Nama pelajar : CALVIN KONG YUNG CHENG


Kad Pengenalan : 961013-13-6023
Kursus & Ambilan : PISMP AMBILAN JUN 2015
Tempoh Praktikum : 02 JULAI 2017 - 28 SEPREMBER 2017
Pengkhususan : SEJARAH
Nama Guru Pembimbing : PUAN CHEW SAW PHENG
Nama Pensyarah Pembimbing : PUAN ZAIMAH BINTI ABDULLAH

Catatan Minggu ke :1
Tarikh : 02 JULAI 2017 HINGGA 06 JULAI2017
(Hari Ahad hingga Hari Khamis)

Masalah/Isu/Peristiwa yang difokuskan


Kawalan kelas yang lemah.

Analisis masalah/isu/peristiwa
Pada minggu pertama saya menjalankan praktikum di SJK (C) Keat Hwa S, saya
mendapati saya menghadapi kekangan dalam kawalan kelas dalam beberapa kelas yang
saya mengajar.
Antara masalah yang saya hadapi termasuklah kekurangan rasa hormat daripada
murid kerana saya merupakan guru pelatih dan kerjasama yang kurang dalam
menjalankan aktiviti pembelajaran dan pengajaran. Antara kerenah yang murid sentiasa
melakukan termasuklah membangkang seperti tidak memberi kerjasama dan tidak
menghabiskan kerja rumah seperti yang diarahkan, mengganggu semasa pembelajaran
dan pengajaran dijalankan seperti membuat bising semasa penerangan guru dan berbual-
bual dengan rakan sekelas. Masalah ini tidak begitu kerap berlaku semasa saya mengajar
kelas yang dilabel sebagai kelas lemah pembelajaran seperti kelas Tahun Lima Hijau dan
Tahun Empat Biru tetapi lebih kerap berlaku di kelas Tahun Empat Kuning, iaitu kelas
kedua baik pencapaian seluruh Tahun Empat di SJK (C) Keat Kwa S.
Berdasarkan pemerhatian dan perbincangan dengan guru-guru pembimbing saya,
Puan Chew Saw Pheng dan Puan Lee Chen Hong, saya dapati murid kelas Tahun Tiga
Merah masih dalam kawalan dan tidak banyak menimbulkan masalah kerana tahap
kematangan murid kelas Tahun Tiga Merah yang lebih tinggi dan didikan guru yang tegas.
Hal ini tidak bermakna didikan guru kelas lain tidak tegas. Saya telah menjalankan sesi
perbincangan dengan rakan praktikum yang lain dan mendapati mereka juga menghadapi
masalah yang serupa walaupun diatur bertugas di kelas yang berlainan. Kami mencapai
kata sepakat terdapat beberapa perkara yang menyumbang kepada keadaan kelas yang
sukar dikawal adalah seperti berikut:
1. Aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang kurang menarik.
2. Sekolah tersebut biasa mengambil guru pelatih dan murid lebih mudah
mengambil kesempatan ini kerana menganggap guru pelatih tidak
segarang guru biasa.
3. Terdapat seorang dua dalam kelas yang selalu berperanan
membangunkan perbincangan di luar topik pembelajaran dan pengajaran.
4. Segelintir murid suka melapor menyebabkan murid bertindak lebih-lebihan
untuk menarik perhatian guru.
5. Kekurangan ilmu pengetahuan guru pelatih dalam bilik darjah yang
sebenar.

Cadangan penyelesaian
Semasa menyempurnakan kerja kursus yang memerlukan penghasilan Rancangan
Pengajaran Harian (RPH), guru pelatih mampu menulis RPH tanpa mengambil kira
keadaan sebenar dalam kelas yang mempunyai murid-murid yang naif serta suka
beraktiviti. Oleh itu, boleh dikatakan perancangan yang teliti penting untuk pembelajaran
dan pengajaran yang menarik. Mengikut Clark and Lampert (1986), perancangan guru
menentukan apa yang diajar di sekolah-sekolah. Sebuah perancangan pembelajaran dan
pengajaran sepatutnya melibatkan penggunaan masa dan pemilihan kaedah mengajar
yang sesuai agar boleh menarik minat pelajar dan mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang produktif. Dengan mempunyai aktiviti yang menarik perhatian dan
minat murid untuk belajar, maka murid akan mengurangkan gangguan terhadap
pengurusan guru dengan membuat bising atau tidak memberi tumpuan.
Untuk menyelesaikan masalah-masalah seperti dicatatkan di atas, saya mengambil
initiasif seperti berikut.
1. Memberi peneguhan yang positif kepada murid sekiranya seseorang murid
berkelakuan baik dan tidak mengganggu rakan-rakan yang lain.
2. Menyediakan aktiviti yang menark seperti lakonan dan pembentangan.
3. Memperkenalkan sistem token berbentuk cap.
4. Menetapkan satu sorakan seperti:
Guru: Hello kelas 3M!
Murid: Ya kami bersedia!
Seterusnya memberi galakan kepada murid yang berjaya memberi perhatian
serta meminta semua murid menumpukan perhatian mereka terhadap
aktiviti pembelajaran dan pengajaran.
5. Memberi dendaan dan menjelaskan akibat perbuatan yang mereka lakukan
membawa kepada dendaan ini supaya murid mengambil pengajaran dan
peringatan dan tidak mengulangi kesalahan tersebut.
6. Menasihati dan menegur murid jika murid menunjukkan tingkah laku yang
kurang sopan.
7. Mengenakan Time-out terhadap murid yang telah melakukan tingkah laku
negatif yang mengeluarkan murid tersebut daripada menyertai aktiviti
pembelajaran dan pengajaran.
8. Menjadi seorang guru yang mesra tetapi tegas terhadap tingkah laku murid.

Tempoh penyelesaian
Usaha-usaha ini akan dilakukan dari hari pertama minggu 2 sampai ke hari terakhir
praktikum iaitu dari tarikh 06 Julai 2017 - 28 Seprember 2017.

Tindakan susulan
Untuk kelas yang masih dalam kawalan seperti kelas Tahun Tiga Merah dan Tahun
Lima Hijau, saya akan menggunakan teknik sorakan manakala untuk kelas Tahun Empat
Kuning dengan Kelas Tahun Empat Biru akan saya menggunakan teknik teguran serta
Time-Out. Untuk memperbaiki teknik saya memberi arahan, teguran dan galakan, saya
akan berjumpa dengan Puan Chew Saw Pheng, guru pembimbing saya untuk
mempelajari ilmu mengenai teknik-teknik kawalan kelas kerana beliau merupakan guru
berpengalaman dan mengajar matapelajaran sejarah dalam beberapa kelas ini juga. Oleh
itu, beliau memahami keadaan murid seperti perangai dan keadaan pembelajaran dan
informasi sebegini membantu saya menyediakan aktiviti berdasarkan cara pembelajaran
murid. Sistem ganjaran cap akan saya menggunakan juga untuk setiap kelas bermula
pada minggu 2. Namun, saya mendapati teknik ini sebenarnya kurang memberi kesan
kepada murid kelas Tahum Empat Kuning dan Tahun Empat Biru kerana sekolah ini sudah
biasa mengambil guru pelatih dan guru-guru pelatih sebelum saya banyak menggunakan
teknik ini dan murid-murid sudah biasa dengan helah ini. Saya akan berusaha
memperbanyakkan memberi peneguhan yang positif kepada murid sekiranya seseorang
murid berkelakuan baik dan tidak mengganggu rakan-rakan yang lain kerana perbuatan
sebegini lebih kurang dalam minggu pertama saya menjalankan praktikum di sekolah ini.
Pada masa yang sama, saya akan berani untuk memberi dendaan dan menjelaskan
akibat perbuatan yang mereka lakukan membawa kepada dendaan ini supaya murid
mengambil pengajaran dan peringatan dan tidak mengulangi kesalahan tersebut.

Penutup
Kemahiran kawalan kelas merupakan teknik penting yang perlu saya kuasai dengan
cepat agar pengajaran dan pembelajaran saya mampu mencapai objektifnya. Saya
percayai bahawa sikap tegas mampu membantu saya mengatasi masalah yang berlaku
dan membolehkan murid memberi perhatian terhadap pembelajaran dan pengajaran saya.
Pada masa yang sama, saya akan berusaha memahami setiap tingkah laku anak murid
dan kerenah kanak-kanak di sekolah dan adalah penting bagi saya untuk mempunyai
sikap penyayang dan penyabar dalam menyelesaikan masalah.

Rujukan

Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2009). Siri pendidikan guru pengurusan bilik
darjah dan tingkah laku. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd..

Clark.C. dan Peterson, P. (1986). Teachers Thought Processes. Dalam Wittrock, M.C.
(ed.). Handbook of Research on Teaching, Edisi ke 3, New York:Macmillan
Publishing Company.

Provencher, L. (2017, Julai 05). Format dan Contoh Penulisan Jurnal. Didapatkan dari
SCRIBD: https://www.scribd.com/doc/51392065/Format-dan-Contoh-Penulisan-
Jurnal
Pandangan / komen guru pembimbing

..............................................
Tarikh : Tandatangan :
Nama : ..

Pandangan / komen pensyarah pembimbing

..........................................
Tarikh : Tandatangan :
Nama : ..

Anda mungkin juga menyukai