Anda di halaman 1dari 5

Minggu Praktikum : 2

Tarikh : 18 Julai 2019

Tajuk Jurnal : Meningkatkan Tahap Keberanian Pelajar Melakukan

Pembentangan.

1. Isu Yang Difokuskan :

Saya telah mengajar mata pelajaran Bahasa Cina di kelas 4M. Saya kerap

mengadakan sesi pembentangan yang berkaitan dengan topik yang diajar.

Langkah ini adalah bertujuan menguji serta meningkatkan pemahaman tahap

murid terhadap isi kandungan topik yang diajar. Setiap murid akan diberikan

peluang untuk berucap di depan rakan-rakan. Walau bagaimanapun, hanya

terdapat beberapa murid yang tertentu sahaja yang rela melakukan

pembentangan. Tambahan pula, apabila terdapat aktiviti yang memerlukan

murid membuat pembentangan di hadapan kelas, mereka adalah tidak bersedia

untuk berucap di khayalak ramai serta memerlukan guru menghabiskan masa

memujuk murid tampil ke hadapan.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu)

Saya sering mengadakan sesi soal jawab dan pembentangan murid semasa

menjalankan PdPc dalam bilik darjah. Apabila saya mengadakan sesi soal

jawab atau pembentangan dalam kelas, kebanyakan murid tidak rela untuk

bercakap di hadapan kelas. Tambahan pula, terdapat pelajar yang bersetuju

untuk membentang di hadapan, tetapi apabila berada di hadapan kelas, murid

tersebut berdiam diri pula dan memerlukan bimbingan daripada guru. Antara

sebab pelajar malu untuk bertanya ialah kerana tidak yakin dengan jawapan diri

sendiri dan bimbang diketawakan oleh orang lain. Begitu juga untuk bercakap di

hadapan kelas. Persamaan kedua-dua perkara ini ialah murid yang berucap di

hadapan kelas akan menjadi tumpuan kelas. Pelajar berasa risau bahawa

perbuatan atau percakapan dilakukan akan menjadi tumpuan umum. Kalau


jawapan murid salah atau ada yang tidak sama dengan rujukan jawapan, pasti

akan ditertawakan oleh rakan sekelas. Selain itu, mereka juga mungkin tidak

biasa untuk bercakap di hadapan kelas kerana ia tidak menjadi amalan

kebiasaan dalam PdPc dalam bilik darjah.

3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian

Lepas)

Antara sebab pelajar tidak berani untuk membuat pembentangan atau menjawab

soalan ialah risau diri mereka akan melakukan tingkah laku atau memberi

jawapan yang salah akan menjadi bahan ketawa rakan. Keadaan ini bertepatan

dengan peringkat perkembangan psikososial yang diperkenalkan oleh Erik

Erikson (1959). Menurut Erikson, terdapat lapan peringkat dalam

perkembangan psikososial. Fleming (2004) menyatakan bahawa Erikson

berpendapat bahawa setiap peringkat mempunyai cabaran tersendiri. Pelajar

sekolah rendah berada pada tahap yang ketiga, iaitu industri lawan rasa rendah

diri. Cabararan pada peringkat ini ialah keupayaan. Pelajar perlu menguasai

kemahiran-kemahiran tertentu di alam persekolahan, Kegagalan akan membawa

rasa rendah diri dan tiada keupayaan. Selaras dengan pernyataan ini, pelajar

takut kepada kegagalan. Akibatnya, mereka tidak memberanikan diri untuk

menjawab soalan dan melakukan pembentangan.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah

Dalam usaha meningkatkan tahap keberanian dan keyakinan pelajar untuk

memjalankan pembentangan semasa proses pembelajaran dan pemudahcaraan

(PdPc), saya telah memperuntukan masa bagi perbincangan dalam kumpulan

tentang soalan atau topik yang diberikan oleh guru. Pembelajaran berkumpulan

merujuk kepada pelajar bekerjasama membincangkan jawapan berkaitan dengan

soalan yang diberikan oleh guru. Selepas sesi perbincangan, pelajar akan

bersama-sama membentangkan jawapan di hadapan kelas. Dengan ini,


keberanian pelajar untuk menampilkan diri ke hadapan rakan sekelas dapat

ditingkatkan.

Pelaksanaan jalan penyelesaian ini merupakan peruntukkan masa selama 5 minit

untuk menjalankan perbincangan tentang topik yang berkaitan. Guru akan

memperuntukkan masa selama 5 minit pada setiap kali kelas untuk membimbing

seorang pelajar yang tidak tahu bagaimana menjawab soalan serta

melaksanakan pembentangan yang diberikan oleh guru. Galakkan juga akan

diberikan oleh guru walaupun jawapan yang diberikan oleh pelajar adalah salah.

5. Tempoh Masa Penyelesaian

1 Minggu

6. Tindakan Susulan

Saya telah membahagikan kelas kepada 18 kumpulan kecil 2 orang satu

kumpulan. Setiap kumpulan diberikan sehelai kertas latihan yang berkaitan

dengan topik pembelajaran. Kerja kumpulan ini adalah untuk memupuk semangat

kerjasama dan bantu-membantu. Setiap kumpulan diberikan satu tajuk berkaitan

isi kandungan buku teks. Saya memperuntukkan 20 minit untuk pelajar

menyelesaikan tugasan yang diberikan. Setiap kumpulan diminta untuk memilih

seorang ketua dan seorang pembentang untuk membentangkan hasil kerja

mereka. Semasa sesi pembentangan, ahli kumpulan hendaklah tampil ke

hadapan dan kumpulan yang lain menjadi pemerhati serta diwajibkan setiap

kumpulan bertanyakan soalan kepada kumpulan yang membentangkan hasil

kerja mereka. Berdasarkan aktiviti yang dilakukan saya dapati pelajar memang

gembira dan yakin untuk membentangkan hasil kerja masing-masing tetapi

sewaktu soal jawab dibuat oleh kumpulan pemerhati pelajar masih lagi takut dan

ragu-ragu untuk menjawab soalan. Saya merasakan kaedah ini agak kurang

berkesan dilakukan ke atas pelajar saya


7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan

23 Julai 2019

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan

Langkah ini yang dijalankan tidak memberikan kesan yang nyata disebabkan

oleh kerana jangka masa yang pendek. Walau bagaimanapun, terdapat

segelintir pelajar telah menunjukkan perubahan tingkah laku yang positif.

Pelajar yang jarang menjawab soalan secara sukarela dan mula memberanikan

diri unutuk angkat tangan untuk menjawab soalan. Walaupun, jawapan yang

diberikan oleh pelajar tidak betul, saya tetap memberi galakkan kepada pelajar

untuk berusaha lagi. Selain daripada itu, pelajar juga mula membiasakan diri

dengan sesi pembentangan pada waktu Bahasa Cina. Pelajar akan

meningkatkan suara dan berdiri dengan baik semasa melakukan pembentangan.

Tambahan pula, pelajar tidak lagi saling bertolak semasa melakukan

pembentangan di hadapan kelas.

9. Kesimpulan/ Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada)

Selepas melaksanakan langkah yang dicadangkan, saya merasakan hanya

segelintir sahaja yang berani dan yakin untuk membentang jawapan bagi soalan

yang dikemukakan di dalam kelas. Saya akan melaksanakan tindakan yang

selanjutnya dengan menambahbaikan kaedah pembelajaran berkumpulan. Selain

itu, masa yang diperuntukan untuk melaksanakan langkah ini juga amat terhad.

Hal ini kerana tempoh masa bagi menjalankan aktiviti adalah pendek dan tidak

menepati Hukum Latihan yang ditujukan oleh Thordike.

10. Rujukan

Fleming.J.S. (2004). Erikson’s Psychosocial Developmental Stages. Dilayari


pada 21 Oktober 2018 daripada
https://pdfs.semanticscholar.org/ab44/d6a2d3178e4e159108ab5333504d23
cc9508.pdf

Anda mungkin juga menyukai