Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PROJEK KECERIAAN KELAS PRASEKOLAH

NAMA PELAJAR

: Robinson Ling Anak Sangah

PROGRAM

: PISMP (PK/PJ/PSV)

NAMA SEKOLAH

: SK ST Augustine, Betong

NAMA PROJEK

: Keceriaan Kelas Prasekolah

TEMPOH PELAKSAAN

: 4 Minggu ( 5 16 Oktober 2015 )

OBJEKTIF:

Membentuk individu yang dapat menyumbang kepada komuniti dan


Negara bermula dari projek-projek di sekolah

STRATEGI PELAKSANAAN:
Pada mulanya, saya telah bercadang untuk membuat mural pada
internship kali ini memandangkan saya mempunyai pengalaman melukis mural
pada internship yang lepas. Saya telah bertemu dengan Penolong Kanan
Pentadbiran, Encik Kamalul untuk berbincang dengan beliau mengenai projek
mural ini. Beliau telah memberi persetujuan dan mencadangkan supaya kami
membuat mural di dinding prasekolah. Ini kerana dinding tersebut masih kosong
dan tidak berhias. Saya kemudiannya berjumpa dengan guru prasekolah untuk
berbincang.
Kami berempat telah berbincang untuk mencari tema yang sesuai untuk
dibuat mural. Saya telah mencari gambar-gambar yang menarik di buku-buku

dan juga internet. Akhirnya saya telah memilih tema alam sekitar. Seterusnya
saya telah merangka kertas kerja dan seterusnya menghasilkan kertas kerja
sebelum memulakan projek.
Selepas disahkan oleh Guru Besar, Encik Setia, saya terus memulakan
langkah pertama iaitu melakar lukisan mural pada dinding. Sebelum itu saya
memastikan agar dinding betul-betul bersih supaya hasil mural nanti lebih
kemas.
Seterusnya, saya telah mula mewarnakan mural tersebut. Saya perlu bijak
membahagikan masa memandangkan saya turut mempunyai tugasan lain. Ini
penting untuk memastikan semua tugasan yang diberi dapat sempurnakan
dengan baik.
Mural tersebut mengambil masa tiga minggu untuk disiapkan. Diharapkan
mural tersebut berguna kepada sekolah khususnya dalam menarik minat murid
prasekolah untuk belajar.

DOKUMENTASI BERGAMBAR

Anda mungkin juga menyukai