Anda di halaman 1dari 3

1.

0 Pengenalan
Permainan sukaneka adalah sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh kebiasaannya kanak-
kanak untuk bermain, berseronok dan mengisi masa lapang. Permainan sukaneka mempunyai
peranan yang penting bagi murid-muid Pendidikan Khas. Walaupun objektif jangka pendek
adalah menghiburkan para peserta, permainan sukaneka banyak memberi sumbangan yang
baik terhadap perkembangan para peserta. Menerusi permainan sukaneka, para peserta dapat
membina sifat jasmani dan sosial seperti yang diingini. Kepantasan, daya tenaga,
ketangkasan, kemahiran dan game sense adalah beberapa contoh sifat jasmani yang
diperlukan. Selain itu, permainan sukaneka juga dapat memberikan pengalaman dan
pengetahuan kepada penganjur dalam pengelolaan sesuatu pertandingan seperti ini.

2.0 Matlamat
Matlamat sukaneka ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama,
persefahaman dan interaksi yang sihat di kalangan peserta. Selain itu, aktiviti permainan
sukaneka yang dijalankan dapat membentuk sikap dan amalan positif di kalangan peserta
dengan menunjukkan disiplin yang tinggi. Di samping itu, sukaneka ini juga secara tidak
langsung dapat menjadikan kanak-kanak tersebut aktif dan seronok menjalankan aktiviti yang
menarik dan produktif.

3.0 Objektif
1) Memupuk keyakinan dan sikap tidak berputus asa dalam diri para peserta.
2) Mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan peserta.
3) Membentuk peserta agar sentiasa bersikap positif.
4) Memberi peluang kepada peserta dalam menunjukkan bakat masing masing.
5) Memberi kebebasan kepada guru Pendidikan Khas untuk mencorakkan idea melalui
aktiviti-aktiviti sukaneka yang dijalankan.
6) Melahirkan nilai-nilai murni dalam diri seperti bekerjasama, rajin dan
bertanggungjawab.
7) Menambahkan nilai pengetahuan dan pengalaman guru pelatih dalam penghasilan
kertas kerja.
8) Memberi peluang kepada kanak-kanak mempelajari, mengaplikasi, memperoleh
pengalaman dan memperkembang kemahiran, pengetahuan dan nilai yang terdapat
dalam aktiviti sukaneka yang dijalankan.

4.0 Tarikh, Masa dan Tempat

Tarikh :25 Oktober 2018

Hari :Khamis

Masa :0710 – 1130

Tempat :Gelanggang Serbaguna SK Bandar Bintangor

5.0 Kumpulan Sasaran

19 orang murid-murid Pendidikan Khas Integrasi Sk Bandar Bintangor

6.0 Jawatankuasa
Pengerusi :Encik Fathi Bin Haji Tar (Guru Besar)

Timbalan Pengerusi :Encik Rajes Pisoon Abdullah (Penyelaras PPKI)

Seitausaha :Encik Robinson Ling Anak Sangah

Bendahari :Puan Hairulizila Binti Harun Arshid

Ahli Jawatankuasa :Puan Jenifa Jelika Anak Ajang

:Encik Restin Kemun Anak Ulie

:Puan Nancy Ana Anak Dundang


7.0 Acara Sukaneka
Acara individu

1) Lari 50 meter lelaki


2) Lari 50 meter perempuan
3) Memancing botol lelaki
4) Memancing botol perempuan
5) Mencari gula-gula dalam tepung lelaki
6) Mencari gula-gula dalam tepung perempuan

8.0 Anggaran Perbelanjaan

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(ROBINSON LING ANAK SANGAH) (RAJES PISOON ABDULLAH)

Guru Pendidikan Khas Integrasi Penyelaras Pendidikan Khas Integrasi

SK Bandar Bintangor SK Bandar Bintangor

Disahkan oleh,

(FATHI BIN HJ TAR)

Guru Besar

SK Bandar Bintangor

Anda mungkin juga menyukai