Anda di halaman 1dari 18

UNIT 9: BENTUK TIGA DIMENSI (BENTUK 3D)

UNIT 9.1
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: 1. Mengenal dan menamakan bentuk 3D Kubus Kuboid Sfera Silinder Kon Piramid BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Lembaran Aktiviti 9.1 2. Pelbagai objek yang mewakili setiap bentuk 3D 3. Papan putih individu 4. Pen marker Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Tanah liat 2. Bentangan bentuk 3D 3. Set bentuk 3D 4. Gunting 5. Pita pelekat LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Beberapa hari sebelum sesi ini dijalankan, sediakan atau minta murid membawa beberapa objek seperti tin kosong, kotak kosong, topi hari lahir, kon ais krim, kotak tisu kosong dan sebarang jenis bola. Guru perlu ada satu set objek yang mewakili setiap bentuk 3D. 2. Bentukkan kumpulan (4 orang). Perkenalkan bentuk-bentuk 3D. Pastikan murid dapat menyebut dan mengejanya dengan betul. 3. Minta murid berkongsi objek yang dibawa bersama ahli kumpulannya. Bincang tentang persamaan dan perbezaan bentuk 3D tersebut, contohnya, tin sadin dan lilin kedua-duanya berbentuk silinder tetapi tin sadin pendek dan lebar manakala lilin panjang dan kurus. 4. Edarkan papan putih individu dan pen marker kepada setiap murid. Tunjukkan sebuah bentuk 3D. Minta murid menyebut dan menuliskan nama bentuk tersebut pada papan putih. Semak jawapan mereka. 5. Edarkan Lembaran Aktiviti 9.1 kepada setiap murid. Minta mereka melengkapkan lembaran tersebut secara berkumpulan. Bincangkan dapatan mereka bersama-sama. Minta murid melekatkannya dalam buku latihan. 6. Edarkan Lembaran Kerja 9.1. 7. Semua objek disimpan dengan cermat supaya ia boleh digunakan untuk sesi pengajaran yang berikut. PERBENDAHARAAN KATA Objek Bentuk 3D Kubus Kuboid Sfera Silinder Kon Piramid Tanah liat Bentangan Pita pelekat Kongsi AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Bentukkan kumpulan kecil. Edarkan tanah liat (untuk membentuk sfera), suatu bentuk 3D, gunting dan pita pelekat kepada setiap kumpulan. Edarkan juga bentangan bentuk tersebut kepada setiap murid. 2. Tunjukkan cara bentuk 3D dibina. Secara berkumpulan, minta murid membina sendiri bentuk tersebut menggunakan bahan-bahan yang diberi dan berkongsi hasil kerja mereka dengan murid lain. 3. Sebutkan nama suatu bentuk 3D. Murid yang memiliki bentuk tersebut diminta berdiri dan menunjukkannya kepada semua.

81

UNIT 9: BENTUK TIGA DIMENSI (BENTUK 3D)

Lembaran Aktiviti 9.1 Saya boleh mengenal dan menamakan bentuk 3-D. Nama: __________________ Kelas: _________ Tarikh:____________

Cari bentuk-bentuk ini. Lukiskan objek yang sama bentuknya.

Bentuk 3-D

Objek

Kubus

82

UNIT 9: BENTUK TIGA DIMENSI (BENTUK 3D)

Kuboid

Kon Bentuk 3-D Objek

Silinder

83

UNIT 9: BENTUK TIGA DIMENSI (BENTUK 3D)

Piramid

Sfera

UNIT 9.2(a)
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: 2. Menyatakan ciri-ciri bagi bentuk 3D Permukaan melengkung LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Bentukkan kumpulan (4 orang). Edarkan sebuah tin aluminium kepada setiap kumpulan. Minta mereka perhatikan tin tersebut. Soal jawab: Apakah yang diberikan kepada kamu? Apa yang kamu lihat pada tin tersebut? (Bincangkan mengenai tulisan, bentuknya, cara ia bergolek jika digolekkan dan sebagainya.) 2. Perkenalkan permukaan melengkung. Minta murid menyentuh permukaan melengkung tin tersebut. Kemudian, tunjukkan objek lain yang mempunyai permukaan melengkung, contohnya topi hari lahir,

BAHAN BANTU MENGAJAR

84

UNIT 9: BENTUK TIGA DIMENSI (BENTUK 3D)


Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Tin aluminium (susu, sadin, milo dsb.) 2. Objek yang mempunyai permukaan melengkung 3. Set bentuk 3D 4. Lembaran Aktiviti 9.2 Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Objek yang terdapat di sekitar kawasan sekolah yang mempunyai permukaan melengkung botol, bola dan sebagainya. Minta murid menyentuh permukaan melengkung setiap objek tersebut. Soal jawab: Ini adalah permukaan melengkung. Bagaimanakah kamu menggerakkan tangan pada permukaan melengkung? (Tunjukkan pergerakan tangan pada permukaan melengkung setiap objek tersebut seperti berikut.)

Bolehkah kita golekkan ... (nama objek) ini pada permukaan melengkung? (Tunjukkan setiap objek tersebut bergolek pada permukaan melengkung seperti berikut.)

Berapakah bilangan permukaan melengkung yang ada? 3. Edarkan satu set bentuk 3D kepada setiap kumpulan, dan Lembaran Aktiviti 9.2 kepada setiap murid. Secara berkumpulan, mereka perlu melengkapkan jadual tersebut (lajur pertama) berpandukan bentuk 3D yang diberi. 4. Bincangkan dapatan mereka bersama-sama. Minta murid melekatkan lembaran tersebut dalam buku latihan. 5. Edarkan Lembaran Kerja 9.2(a).

PERBENDAHARAAN KATA

AKTIVITI PENGUKUHAN

85

UNIT 9: BENTUK TIGA DIMENSI (BENTUK 3D)


Kubus Kuboid Piramid Kon Silinder Sfera Tin aluminium Topi hari lahir Botol Bola Permukaan Melengkung Gerak Golek 1. Bentukkan kumpulan (4 orang). Secara berkumpulan, bawa murid berjalan di sekitar kawasan sekolah untuk mencari objek yang mempunyai permukaan melengkung. Minta murid melukiskan objek tersebut dalam buku latihan. 2. Bincangkan dapatan mereka bersama-sama. Senaraikan semua objek yang mempunyai permukaan melengkung. Minta murid menyemak/menambah objek tersebut dalam senarai mereka. Soal jawab: Bagaimana kamu tahu ... (nama objek) mempunyai permukaan melengkung? (Murid boleh menunjukkan arah pergerakan tangan mereka pada permukaan melengkung atau menggolekkan objek tersebut.)

UNIT 9.2(b)
HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

86

UNIT 9: BENTUK TIGA DIMENSI (BENTUK 3D)


Murid berupaya: 1. Menyatakan ciri-ciri bagi bentuk 3D Permukaan rata 1. Bentukkan kumpulan (4 orang). Edarkan tin aluminium (yang telah digunakan dalam pembelajaran yang lepas) kepada setiap kumpulan. Soal jawab: Tunjukkan saya permukaan melengkung pada tin ini. Ada 2 permukaan lagi pada tin. Tunjukkan pada saya. (Murid menunjukkan 2 permukaan rata.) Ini adalah permukaan rata. (Tunjukkan permukaan rata.) Minta murid menyentuh permukaan rata tin tersebut. Kemudian, tunjukkan objek lain yang mempunyai permukaan rata, contohnya meja, buku, kotak dan sebagainya. Minta murid menyentuh permukaan rata setiap objek tersebut. Soal jawab: Bagaimanakah kamu menggerakkan tangan pada permukaan rata? (Tunjukkan pergerakan tangan pada permukaan rata seperti berikut.)

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Tin aluminium 2. Objek yang mempunyai permukaan rata 3. Set bentuk 3D 4. Lembaran Aktiviti 9.2 Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Bentuk 3D 2.

Bolehkah ... (nama objek) ini digolekkan pada permukaan rata? (Tunjukkan setiap objek tersebut tidak boleh bergolek pada permukaan rata.) Berapakah bilangan permukaan rata yang ada? 3. Edarkan satu set bentuk 3D kepada setiap kumpulan. Secara berkumpulan, mereka perlu melengkapkan jadual (lajur kedua) pada Lembaran Aktiviti 9.2 berpandukan bentuk 3D yang diberi. Bincangkan dapatan mereka bersama-sama. Edarkan Lembaran Kerja 9.2(b).

4. 5.

PERBENDAHARAAN KATA

AKTIVITI PENGUKUHAN

87

UNIT 9: BENTUK TIGA DIMENSI (BENTUK 3D)


Kubus Kuboid Piramid Kon Silinder Sfera Tin aluminium Meja Buku Kotak Gerak Golek 4. Edarkan bentuk 3D kepada setiap murid. Adakan permainan Tunjukkan Bentuk (seperti Simon Says). Apabila guru menyebut setiap ayat berikut, murid yang memegang bentuk 3D tersebut dikehendaki berdiri dan menunjukkan bentuk 3Dnya. Tunjukkan bentuk ... (Ulang ayat pertama ini sebelum setiap ayat berikut) yang mempunyai permukaan melengkung. yang mempunyai permukaan rata. yang mempunyai 6 permukaan rata. yang mempunyai 1 permukaan melengkung. yang mempunyai 2 permukaan rata. yang tidak mempunyai permukaan melengkung. yang tidak mempunyai permukaan rata. yang mempunyai 5 permukaan rata. 5. Minta murid bertukar-tukar bentuk 3D sesama mereka. Ulang Langkah 1.

UNIT 9.2(c)
HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

88

UNIT 9: BENTUK TIGA DIMENSI (BENTUK 3D)


Murid berupaya: 1. Menyatakan ciri-ciri bagi bentuk 3D Sisi 1. Bentukkan kumpulan (4 orang). Minta murid menuliskan lirik dalam buku latihan dan menyanyikan lagu berikut (mengikut irama lagu This Is The Way...): Semua pepejal ada sisi Ada sisi, ada sisi Semua pepejal ada sisi Kecuali sfera 2. Edarkan satu set bentuk 3D kepada setiap kumpulan. Soal jawab: Ini adalah sisi. (Tunjukkan sisi pada bentuk 3D.) Tunjukkan saya sisi pada bentuk 3D kamu. Sentuh sisinya. (Biarkan murid menyentuh sisi bentuk 3D.) Adakah kubus dan kuboid mempunyai sisi? Adakah kon dan silinder mempunyai sisi? Adakah sfera mempunyai sisi? Cari objek di dalam kelas yang mempunyai sisi. Tunjukkan saya di mana sisinya. Berapakah bilangan sisi yang ada? 3. Seterusnya, secara berkumpulan, mereka perlu melengkapkan jadual (lajur ketiga) pada Lembaran Aktiviti 9.2 berpandukan bentuk 3D yang diberi. 4. Bincangkan dapatan mereka bersama-sama. 5. Edarkan Lembaran Kerja 9.2(c). 6. Akhiri sesi pengajaran dengan menyanyikan lagu di atas bersama-sama. Kaitkan perkataan sisi dalam lagu tersebut dengan bentuk 3D yang diberi.

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Set bentuk 3D 2. Lembaran Aktiviti 9.2 Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Set bentuk 3D 2. Uncang berwarna gelap

PERBENDAHARAAN KATA Sisi Uncang Gambarkan Meneka

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Masukkan satu set bentuk 3D ke dalam sehelai uncang berwarna gelap. 2. Masukkan kedua-dua tangan ke dalam uncang tanpa melihat. Pegang suatu bentuk 3D tanpa mengeluarkannya daripada uncang. 3. Gambarkan bentuk 3D tersebut dengan menggunakan perkataan permukaan melengkung, permukaan rata dan sisi. Murid harus meneka nama bentuk 3D tersebut. 4. Kemudian, pilih beberapa mengulangi aktiviti. orang murid untuk

etc..

UNIT 9.2(d) 89

UNIT 9: BENTUK TIGA DIMENSI (BENTUK 3D)


HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: 1. Menyatakan ciri-ciri bagi bentuk 3D Bucu 1. LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Bentukkan kumpulan (4 orang). Minta murid menyanyikan lagu yang telah dipelajari sebelum ini tetapi tambahkan rangkap yang kedua. Minta murid menuliskan lirik dalam buku latihan seperti berikut: Semua pepejal ada sisi Ada sisi, ada sisi Semua pepejal ada sisi Kecuali sfera Kubus, kuboid dan piramid Ada bucu, ada bucu Kubus, kuboid dan piramid Semuanya ada bucu 2. Edarkan satu set bentuk 3D kepada setiap kumpulan. Soal jawab: Ini adalah bucu. (Tunjukkan bucu pada bentuk 3D.) Tunjukkan saya bucu pada bentuk 3D kamu. Sentuh bucunya. (Biarkan murid menyentuh bucu bentuk 3D.) Adakah kubus dan kuboid mempunyai bucu ? Adakah kon dan silinder mempunyai bucu? Adakah sfera mempunyai bucu? Cari objek di dalam kelas yang mempunyai bucu. Tunjukkan saya di mana bucunya. Berapakah bilangan bucu yang ada? Seterusnya, secara berkumpulan, mereka perlu melengkapkan jadual (lajur keempat) pada Lembaran Aktiviti 9.2 berpandukan bentuk 3D yang diberi. Bincangkan dapatan mereka bersama-sama. Edarkan Lembaran Kerja 9.2(d). Akhiri sesi pengajaran dengan menyanyikan lagu di atas bersama-sama. Kaitkan perkataan bucu dalam lagu tersebut dengan bentuk 3D yang diberi.

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Set bentuk 3D 2. Lembaran Aktiviti 9.2 Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Pembayang/Teka-teki bentuk 3D 2. Puzzle bentuk 3D

3.

4. 5. 6.

BAHAN BANTU

AKTIVITI PENGUKUHAN

90

UNIT 9: BENTUK TIGA DIMENSI (BENTUK 3D)


MENGAJAR Bucu Harta Karun Cari Pembayang Teka-teki Puzzle Sampul Surat 1. Bentukkan kumpulan (4 orang). Adakan permainan Mencari Bentuk 3D. 2. Letakkan pembayang/teka-teki/puzzle gambar bentuk 3D dalam sampul surat di setiap stesen untuk diselesaikan oleh setiap kumpulan. 3. Pada akhir permainan mereka harus menyerahkan jawapan. 3. Pemenangnya ialah kumpulan yang menjawab soalan dengan cepat dan tepat. dapat

Lembaran Aktiviti 9.2 Saya tahu ciri-ciri bagi bentuk 3D.


91

UNIT 9: BENTUK TIGA DIMENSI (BENTUK 3D) Nama: __________________ Kelas: _________ Lengkapkan jadual berikut.
Bentuk 3D Bilangan permukaan melengkung Bilangan permukaa n rata Bilangan sisi Bilangan bucu

Tarikh:____________

UNIT 9.3
HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

92

UNIT 9: BENTUK TIGA DIMENSI (BENTUK 3D)


Murid berupaya: 1. Mengkelaskan bentuk 3D Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah. 1. Gunakan objek 3D yang telah digunakan dalam Unit 9.1. Setiap murid diminta memilih satu objek. 2. Bentukkan 4 kumpulan. Aturkan kumpulan seperti lampiran Pelan Permainan. Setiap bakul dilabelkan dengan nama bentuk 3D. Kemudian, arahkan murid berada dalam barisan menghadap ke arah bakul sambil memegang objek yang dipilih. BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 5. Objek 3D yang telah digunakan dalam Unit 9.1 6. Bakul 7. Label nama bentuk 3D 8. Wisel Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Lembaran Aktiviti 9.3 2. Gunting 3. Gam 3. Aktiviti bermula apabila guru meniup wisel. Murid pertama dalam setiap kumpulan akan berlari ke arah bakul dan meletakkan objek yang dipegangnya ke dalam bakul yang betul. Dia kemudiannya berlari semula ke kumpulannya dan menepuk tangan murid berikutnya. Teruskan permainan sehingga selesai. Kumpulan yang paling awal menamatkan permainan dikira sebagai pemenang. 4. Bawa bakul ke dalam kelas. Minta murid membilang jumlah bentuk 3D di dalam setiap bakul. Sambil murid membilang, rekodkan tanda gundal di papan putih seperti lampiran Jadual Pengkelasan Bentuk 3D. 5. Seterusnya, bincangkan tentang jadual tersebut bentuk 3D yang manakah mempunyai bilangan yang lebih banyak/lebih sedikit daripada suatu bentuk 3D yang lain, paling banyak/paling sedikit, dan sebagainya. 6. Edarkan Lembaran Kerja 9.3. 7. Letakkan bakul di suatu sudut. Dari masa ke semasa galakkan murid mengasingkan objek tersebut mengikut pelbagai cara, contohnya: Objek yang mempunyai permukaan melengkung/tidak mempunyai permukaan melengkung Objek yang mempunyai permukaan rata/tidak mempunyai permukaan rata Objek yang mempunyai sisi/tidak mempunyai sisi Objek yang mempunyai bucu/tidak mempunyai bucu

PERBENDAHARAAN KATA

AKTIVITI PENGUKUHAN

93

UNIT 9: BENTUK TIGA DIMENSI (BENTUK 3D)


Barisan Bakul Label Lari Letak Sentuh Mempunyai Tidak mempunyai Potong Gunting Gam Kelaskan Melekatkan Jadual 1. Bentukkan kumpulan (4 orang). Edarkan gunting dan gam kepada setiap kumpulan dan Lembaran Aktiviti 9.3 kepada setiap murid. Murid perlu menggunting gambar bentuk 3D tersebut. Kemudian, secara berkumpulan, mereka berbincang untuk mengkelaskannya mengikut ciriciri berkenaan serta melekatkannya di dalam jadual. Bincangkan dapatan mereka bersama-sama. Minta murid melekatkan lembaran tersebut dalam buku latihan. Akhiri sesi pengajaran dengan menyanyikan lagu yang telah dipelajari dalam Unit 9.2(d). Kaitkan lagu tersebut dengan Lembaran Aktiviti 9.3.

2.

3.

4.

PELAN PERMAINAN

Murid

Bakul yang telah dilabel

94

UNIT 9: BENTUK TIGA DIMENSI (BENTUK 3D)

JADUAL PENGKELASAN BENTUK 3D

17

10

Lembaran Aktiviti 9.3 Gunting gambar bentuk 3D berikut.

95

UNIT 9: BENTUK TIGA DIMENSI (BENTUK 3D)

Lembaran Aktiviti 9.3 Saya boleh mengkelaskan bentuk 3D.


96

UNIT 9: BENTUK TIGA DIMENSI (BENTUK 3D) Nama: __________________ Kelas: _________ Tarikh:____________

Lekatkan gambar bentuk 3D di ruangan yang betul. Ciri-ciri Bentuk 3D yang mempunyai permukaan melengkung DAN sisi. Bentuk 3D

Bentuk 3D yang mempunyai permukaan rata DAN bucu.

Bentuk 3D yang mempunyai permukaan melengkung SAHAJA.

UNIT 9.4
HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

97

UNIT 9: BENTUK TIGA DIMENSI (BENTUK 3D)


Murid berupaya: 3. Membina model 8. Gunakan objek 3D yang telah digunakan dalam Unit 9.1. 9. Bentukkan kumpulan (3 orang). Edarkan satu set bentuk 3D kepada setiap kumpulan. Pilih seorang murid untuk menjadi model. Murid lain diuji untuk menghasilkan model manusia dengan menggunakan bentuk 3D yang diberi. Contohnya:

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 9. Objek 3D yang telah digunakan dalam Unit 9.1 Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Set bentuk 3D 2. Objek di sekitar bilik darjah/kawasan sekolah 3. Krayon/Pensel warna 10. Bincangkan tentang model yang telah dibina mengapa mereka memilih sesuatu bentuk 3D untuk mewakilkan bahagian badan tersebut. Minta murid melukis model berkenaan dalam buku latihan. 11. Edarkan Lembaran Kerja 9.4.

PERBENDAHARAAN KATA Model Manusia Bahagian badan Bangunan 5.

AKTIVITI PENGUKUHAN Murid duduk secara berpasangan. Edarkan satu set bentuk 3D kepada setiap pasangan. Minta pasangan pertama membina model menggunakan set mereka dan memerihalkannya (menggunakan ciri-ciri bentuk 3D) kepada pasangan kedua. Pasangan kedua akan cuba membina model yang serupa menggunakan set mereka dan dibenarkan bertanya. Kedua-dua pasangan tidak boleh melihat model masing-masing. Kemudian minta mereka membanding bezakan kedua-dua model. Bawa murid berjalan di sekitar bilik darjah/kawasan sekolah. Bincang tentang bagaimana bangunan atau objek dibuat menggunakan bentuk 3D. Minta murid melukis gambar objek tersebut dalam buku latihan.

6.

98

Anda mungkin juga menyukai