Anda di halaman 1dari 8

UNIT 11: BENTUK TIGA DIMENSI (3D)

UNIT 11.1

193

HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Mengenal pasti bentuk tiga dimensi yang kelihatan secara keseluruhannya BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: Gambar objek 3D (Rujuk BBM ms.) Bagi aktiviti pengukuhan: Set bentuk 3D 1. 2. 3.

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Imbas kembali bentuk-bentuk dipelajari pada Tahun 1.

UNIT 11: BENTUK TIGA DIMENSI (3D)


3D yang telah UNIT 11.2

Bentukkan kumpulan (tiga orang).

Lekatkan pada papan tulis atau edarkan sekeping gambar objek 3D kepada setiap kumpulan. Minta murid mencari dan memperihalkan bentuk-bentuk 3D yang terdapat dalam gambar tersebut. Soal jawab: Apa bentuk 3D yang dapat kamu lihat? Bagaimana kamu tahu ini adalah ... (sebutkan nama bentuk 3D)? Bentuk ini (tunjuk pada satu bentuk 3D) berbeza dengan yang ini ... (tunjuk pada bentuk yang serupa tetapi pada gambar yang berbeza). Apa yang berbeza?

4. 5.

Bincang dan bandingkan dapatan murid. Edarkan Lembaran Kerja 11.1.

PERBENDAHARAAN KATA Bentuk 3D Kiub Kuboid Silinder Piramid Kon Sfera Sisi Atas Bawah

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan set bentuk 3D kepada setiap kumpulan. 2. Minta murid memerhatikan setiap bentuk tersebut dari 194 sudut pandangan yang berbeza. Kaitkan dengan bentukbentuk 2D. Soal jawab: Cuba lihat pada bentuk ... (sebutkan nama bentuk 3D).

UNIT 11: BENTUK TIGA DIMENSI (3D)


HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Membandingkan dan mengkelaskan bentuk tiga dimensi berdasarkan ciricirinya LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Bentukkan kumpulan (empat orang). Lekatkan kad imbasan bentuk 3D pada papan tulis. Imbas kembali ciri-ciri bentuk 3D yang telah dipelajari pada Tahun 1. 2. Minta murid menuliskan lirik dalam buku latihan dan menyanyikan lagu berikut (mengikut irama lagu This Is The Way...): Bentuk 3D ada sisi Ada sisi, ada sisi Bentuk 3D ada sisi Kecuali sfera Kubus, kuboid dan piramid Ada bucu, ada bucu Kubus, kuboid dan piramid Kesemuanya ada bucu 3. Bincang tentang lirik lagu di atas. Soal jawab: Bandingkan sfera dan bentuk 3D yang lain. Apa yang berbeza? Kubus, kuboid dan piramid kesemuanya ada bucu. Apa lagi persamaan mereka? Namakan bentuk 3D yang mempunyai ... (sebutkan satu ciri bentuk 3D). 4. Bincang tentang persamaan dan perbezaan antara bentuk 3D yang lain, contohnya, silinder dan kon keduaduanya mempunyai permukaan rata, permukaan melengkung dan sisi melengkung tetapi silinder tiada bucu. 5. Edarkan gunting dan gam kepada setiap kumpulan dan lembaran aktiviti kepada setiap murid. 6. Murid perlu menggunting gambar bentuk 3D tersebut. Kemudian secara berkumpulan, mereka berbincang untuk mengkelaskannya mengikut ciri-ciri berkenaan serta melekatkannya di dalam jadual. 7. Bincang dan bandingkan dapatan murid. Minta murid melekatkan lembaran tersebut dalam buku latihan. 8. Akhiri sesi pengajaran dengan menyanyikan lagu di atas. Kaitkan lagu tersebut dengan lembaran aktiviti. 9. Edarkan Lembaran Kerja 11.2.

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Kad imbasan bentuk 3D (Rujuk BBM ms.) 2. Lembaran Aktiviti 3. Gunting 4. Gam Bagi aktiviti pengukuhan: Set bentuk 3D

PERBENDAHARAAN KATA

AKTIVITI PENGUKUHAN

195

UNIT 11: BENTUK TIGA DIMENSI (3D)


Bentuk 3D Kiub Kuboid Silinder Piramid Kon Sfera Ciri-ciri Permukaan melengkung Permukaan rata Bucu Sisi melengkung Sisi lurus Sama Berbeza Bandingkan Kelaskan 1. Edarkan satu bentuk 3D kepada setiap murid. 2.Berikan arahan seperti berikut. Murid yang memegang bentuk 3D dengan ciri yang disebutkan hendaklah berdiri dan menunjukkan bentuk 3Dnya. Tunjukkan ... (Ulangi ayat ini sebelum setiap pembayang) bentuk yang mempunyai permukaan rata. 3.Ulangi langkah 3 bagi pembayang yang lain seperti: Bentuk yang mempunyai permukaan melengkung. Bentuk yang mempunyai permukaan rata SAHAJA. Bentuk yang mempunyai permukaan melengkung SAHAJA. Bentuk yang mempunyai bucu. Bentuk yang mempunyai permukaan melengkung DAN sisi. Bentuk yang mempunyai permukaan rata DAN bucu. Bentuk yang mempunyai bucu DAN sisi lurus. Bentuk yang mempunyai permukaan rata DAN permukaan melengkung. Bentuk yang mempunyai sisi. Bentuk yang mempunyai sisi lurus SAHAJA. Bentuk yang mempunyai sisi melengkung SAHAJA. 4. Minta murid bertukar-tukar bentuk 3D sesama mereka. Ulangi aktiviti ini.

UNIT 11.3 HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

196

UNIT 11: BENTUK TIGA DIMENSI (3D)


Murid berupaya: Melabelkan bahagianbahagian pada bentuk tiga dimensi 1. 2. Bentukkan kumpulan (empat orang). Edarkan gam kepada setiap kumpulan. Sediakan enam stesen. Di setiap stesen, sediakan sampul surat mengikut bilangan kumpulan yang berisi satu set kad perkataan dan lembaran aktiviti yang berikut: Stesen A - Kubus Stesen B - Kuboid Stesen C - Sfera Stesen D - Silinder Stesen E - Kon Stesen F - Piramid Di setiap stesen, setiap kumpulan perlu mengambil sampul surat yang disediakan dan melekatkan kad perkataan yang betul pada bahagian-bahagian tertentu pada bentuk 3D berkenaan. Setiap kumpulan perlu bergerak ke stesen berikutnya apabila guru meniup wisel. Teruskan selesai. aktiviti hingga kesemua stesen telah

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Gam 2. Sampul surat 3. Set kad perkataan (Rujuk BBM ms.) 4. Lembaran Aktiviti (dicetak pada kertas A4 mengikut bilangan kumpulan dan diletakkan di stesen yang telah ditetapkan) (Rujuk BBM ms.)

3.

4. 5. 6.

Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Papan tulis individu 2. Pen marker 3. Set bentuk 3D

Pada akhir permainan semua kumpulan perlu menyerahkan jawapan (dalam enam sampul surat). Kumpulan yang berjaya menamatkan permainan dengan jawapan betul yang paling banyak dikira pemenang. Edarkan Lembaran Kerja 11.3.

7.

PERBENDAHARAAN KATA

AKTIVITI PENGUKUHAN

197

UNIT 11: BENTUK TIGA DIMENSI (3D)


Bentuk 3D Kiub Kuboid Silinder Piramid Kon Sfera Ciri-ciri Permukaan melengkung Permukaan rata Bucu Sisi melengkung Sisi lurus Labelkan 1. Edarkan papan tulis individu dan pen marker kepada setiap murid. 2. Pamerkan satu bentuk 3D. Seterusnya tunjuk pada satu bahagian (bucu, sisi melengkung, sisi lurus, permukaan melengkung atau permukaan rata) pada bentuk tersebut. Minta murid menuliskan nama bahagian tersebut pada papan tulis dan menunjukkan jawapan mereka. 3. Ulangi langkah 2 dengan bentuk 3D yang lain.

Nota: Aktiviti ini juga boleh dijalankan secara berpasangan. Murid pertama akan tunjuk pada satu bentuk 3D dan rakannya akan menyebut nama bahagian tersebut.

UNIT 11.4 HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

198

UNIT 11: BENTUK TIGA DIMENSI (3D)


Murid berupaya: Mengenal pasti bentuk tiga dimensi berdasarkan huraian 1. Adakan permainan Lima Soalan Sahaja. 2. Lekatkan set kad imbasan bentuk 3D pada papan tulis. 3. Beritahu murid bahawa anda sedang memikirkan suatu bentuk 3D. 4. Murid hanya boleh menanyakan, paling banyak, lima soalan dan anda hanya boleh menjawab Ya atau Tidak bagi soalan tersebut, bergantung kepada bentuk yang difikirkan. 5. Murid perlu menggunakan pembayang bentuk 2D dan ciri-cirinya sahaja ketika menanyakan soalan. Sebagai contoh, soalan yang mungkin ditanyakan oleh murid bagi silinder adalah seperti berikut: Adakah bentuk itu mempunyai permukaan rata? (Jawapannya adalah Ya. Maka ianya mungkin kiub, kuboid, kon, silinder atau piramid) Adakah bentuk itu mempunyai permukaan melengkung? (Jawapannya adalah Ya. Maka ianya mungkin silinder, sfera atau kon) Adakah bentuk itu mempunyai bucu? (Jawapannya adalah Tidak. Maka ianya bukan kon atau sfera. Murid seharusnya boleh meneka ianya silinder tetapi mereka juga boleh menanyakan dua lagi soalan) Ia adalah silinder! 6. Setelah lima soalan itu diajukan, murid perlu meneka bentuk 3D apa yang sedang difikirkan oleh guru mereka. Murid boleh merujuk kepada set kad bentuk 3D pada papan tulis tadi. 4. Ulangi langkah 3 hingga 6 dengan bentuk 3D yang lain. 7. Edarkan Lembaran Kerja 11.4. Nota: Jika perlu, tunjukkan cara permainan ini bersama beberapa murid.

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: Set kad imbasan bentuk 3D (Rujuk BBM ms.) Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Set bentuk 3D 2. Kotak/uncang berwarna gelap

PERBENDAHARAAN KATA Bentuk 3D Kiub

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Masukkan satu set bentuk 3D ke dalam kotak/uncang berwarna gelap.

199

UNIT 11: BENTUK TIGA DIMENSI (3D)


Kuboid Silinder Piramid Kon Sfera Ciri-ciri Permukaan melengkung Permukaan rata Bucu Sisi melengkung Sisi lurus Bentuk 2D Segiempat sama Segiempat tepat Segitiga Bulatan Sama Berbeza 2. Masukkan kedua-dua tangan ke dalam kotak/uncang tanpa melihat. Pegang suatu bentuk 3D tanpa mengeluarkannya daripada uncang. 3. Perihalkan bentuk 3D tersebut dengan menggunakan pembayang bentuk 2D dan ciri-cirinya sahaja. Murid perlu meneka nama bentuk 3D tersebut. 4. Kemudian pilih beberapa murid untuk mengulangi aktiviti.

200

Anda mungkin juga menyukai