Anda di halaman 1dari 4

NAMA : MOHAMAD AMIRUL HUSNI BIN MOHD NASIR

KELAS : PISMP D2
NAMA DAN KOD KURSUS : PENGAJARAN SUKATAN, GEOMETRI DAN PERWAKILAN
DATA (MTES3192)
NAMA PENSYARAH : MADAM M. VIJAYALETCHUMI A/P MANIVELOO

Berdasarkan Pembelajaran Abad ke-21, rancang aktiviti dan langkah-langkah untuk


mengajar geometri.

1. Tajuk : Bentuk 2- Dimensi (Menamakan bentuk dua dimensi)


Tahun :1
Aktiviti PAK-21 : Gallery Walk
 Murid secara berkumpulan diberikan tugasan dan perlu menyiapkannya
dalam bentuk kertas mahjong.
 Tugasan yang diberikan adalah melukis bentuk 2D yang ada pada permukaan
rata bentuk 3D dan menamakan bentuk 2D tersebut.
 Murid menampal hasil kerja di dinding kelas untuk dilihat oleh kumpulan lain
 Murid daripada kumpulan lain akan memberikan komen tentang hasil kerja
kumpulan yang lain pada ‘sticker note’ dan menampal pada hasil tersebut.
 Murid diterangkan maksud bentuk 2D dengan membandingkannya dengan
bentuk 3D

2. Tajuk : Bentuk 3 – Dimensi (Mengenalpasti bentuk dan ciri-cirinya)


Tahun :2
Aktiviti PAK-21 : Windows Pane
 Murid menyanyikan lagu boria bongkah untuk mengenal pasti sifat-sifat
bentuk
 Satu lukisan bentuk tiga dimensi dilukis pada papan putih .
 Ahli dalam kumpulan bergilir-gilir menyambung lukisan dan menerangkan ciri-
ciri sesuatu bentuk tiga dimensi.
 Jika ada ahli yang salah dalam menerangkan cirri-cirinya, ahli yang lain perlu
membetulkan kesilapan rakan tersebut..
 Murid memadankan kad perkataan sifat-sifat bentuk 3 D dengan bentuk asas
bagi tiga dimensi di papan putih.
 Murid lain akan menyemak jawapan rakan dengan menanda jawapan di
papan putih.
3. Tajuk : Prisma (Mengenalpasti bentuk dan jenis-jenis prisma)
Tahun :3
Aktiviti PAK-21 : Permainan Tic Tac Toe
 Setiap kumpulan diberi beberapa bahan maujud yang berbentuk ketiga-tiga
jenis prisma ke dalam sebuah kotak kepada setiap kumpulan.
 Contohnya kotak tisu, buku, coklat, bekas pensel, dan bumbung rumah
mainan.
 Murid diminta untuk mengasingkan objek-objek dalam kotak mengikut jenis
prisma.
 Setiap kumpulan kemudiannya diberi kad perkataan prisma segiempat sama,
prisma segiempat tepat dan prisma segitiga.
 Murid meletak kad perkataan pada bahan yang telah diasingkan tadi.
 Murid berbincang dengan guru hasil kerja mereka.
 Dalam kumpulan yang sama, murid mencari pasangan masing-masing.
 Setiap pasangan dikehendaki melukis petak 9 (Tic Tac Toe)
 Murid dibahagikan kepada murid X dan murid O.
 Murid X memilih satu petak dan terbalikkan petak tersebut. Di bawah petak
tersebut terdapat soalan.
 Soalan adalah mengenai prisma yang telah dipelajari.
 Murid X dikehendaki menjawab soalan dibawah petak tersebut. Jika betul
jawapannya, maka murid itu boleh memangkah X pada petak yang dipilih.
 Aktiviti ini diulang dengan giliran murid O sehinggalah mendapat satu garisan.
LAGU BORIA BONGKAH

Mari semua rakan dan taulan

Boria suka-suka kami dendangkan

Ini hanyalah sekadar gurauan

Untuk semua sebagai hiburan

Satu dua tiga empat dan lima

Kita mesti tahu bentuk cirinya

3 dimensi punyalah cerita

Barulah kita faham hendaknya

5 bentuk inilah kisahnya,

Kubus kuboid silinder tiga pertama,

Kon dan piramid tergolong juga,

Bentuk 3D punya cerita.

Ciri-cirinya sangat berbeza,

Tak kira sisi, bucu atau muka,

Perlu teliti dengan mata,

Baru jumpa jawapannya

Tamatlah sudah ragam dan suka

Harap semua terhibur dan ceria


Bentuk 3D jangan dilupa,

Ingat sekali ciri-cirinya.

Anda mungkin juga menyukai