Anda di halaman 1dari 16

1

TAJUK 1 GEOMETRI ( BENTUK 2D DAN 3D SERTA AMALI YANG


DILAKSANAKAN)
Tajuk ini meliputi:
1. Penghasilan BBB dihasilkan secara asli
2. Satu manual penggunaan
3. Satu laporan akhir penghasilan BBB
4. Menggambarkan keseluruhan aktiviti PdP
5. Pembentangan hasilan BBB dalam sesi pengajaran mikro

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir kursus ini, pelajar boleh:
1. Mengenal ciri-ciri dan sifat segitiga, sisiempat, poligon, bulatan,
prisma dan polihedra
2. Mengklasifikasi pelbagai bentuk dua dimensi dan tiga dimensi

Tajuk : Sukatan dan Geometri
Topik : Ruang
Aras Kemahiran : 14.1 Mengenal pelbagai jenis prisma
1. Mengenal jenis prisma segiempat sama, prisma segiempat tepat, prisma
segitiga.
14.2 Membandingkan prisma dan bukan prisma
1. Membandingkan prisma.








2


DEFINISI
Satu poligon adalah rajah tertutup yang dibentuk oleh 3 atau lebih titik yang
disambung dengan garis lurus. Satu bucu poligon ialah titik dimana dua sisi
bertemu. Poligon boleh diklasifikasi sebagai sekata dan bukan sekata. Satu
poligon sekata mempunyai semua sisi yang sama dan semua sudut yang sama
saiz. Poligon tidak sekata mempunyai sekurang-kurangnya satu sisi yang tidak
sama panjang.
Anda mungkin mengajar segitiga, segiempat dan bulatan dan pelajar harus
memahami tatabahasa berkaitan untuk membayangkan bentuk-bentuk ini. Dari
segi tatabahasa, anda akan memberitahu pelajar bahawa segiempat mempunyai
4 sisi yang sama. Akan tetapi tatabahasa ini harus dihayati oleh para pelajar.
Bulatan merupakan satu garis yang membentuk satu lengkung tertutup; setiap
titik adalah berjarak tetap dari titik pusat bulatan.

1.2 CIRI CIRI
Jadual 1 : Ciri-ciri segitiga dan segiempat




Bentuk Segitiga Segiempat
2D







3 Bucu
3 Sisi
3 Sudut
Semua sisi bersambung








4 Bucu
4 Sisi
4 Sudut
Semua sisi bersambung



3

Projek 1. Membina bentuk 3D daripada bentangan 2D.
Satu cara untuk mengkaji ciri-ciri bentuk 2-D ialah melalui jaringan
geometri. Model 3-D boleh dibentuk dari jaringan 2-D . Contoh jaringan geometri
termasuk kuib, kuboid, kon, silinder, prisma, tetrahedron dan sfera.
Guru boleh membimbing para pelajar menyiasat ciri-ciri kuboid dengan
menggunakan kotak pensil. Minta pelajar memutar dan lukis bentuk kuboid itu
dari orientasi yang berlainan seperti dari atas, tepi dan depan.

Atas


Rajah 1. Sisi





Depan

1. Lukis permukaan atas dan bawah kuboid itu serta gunting lukisan tersebut.
Buat perbandingan dari segi saiz dan bentuk.

Rajah 2.

Atas saiz sama besar,
Sisi sama panjang

Bawah



CVCV
4


2. Kemudian, lukis permukaan depan dan belakang
Rajah 3.
Depan

Belakang
Sisi sama panjang


3. Lukis kedua-dua sisi kanan dan kiri gambarajah 1.
Kanan Kiri
Sisi sama panjang dan
sama besar

Rajah 4.

4. Seterusnya,buat perbandingan.
Permukaan Depan

Permukaan Belakang

Rajah 5. Permukaan tepi
/Sisi


Permukaan bawah

Permukaan atas
5

5. Gabungkan semua lukisan, ia akan membentuk satu pelan gabungan bagi
kuboid di atas.



Rajah 6.



6. Apabila rajah ini dicantumkan, ia akan membentuk kuboid seprti di bawah.




Rajah 7.

Seterusnya cuba perhatikan jaringan 2-D untuk kiub dan buatkan model kuib
dari jaringan kiub sebagai latihan.

Jaringan kuib



Rajah 8


6


Prisma Segitiga

Rajah 9.

Pyramid
Rajah 10.














LANGKAH MEMBINA BENTANGAN
7




BENTANGAN YANG TELAH SIAP





8


Projek 2.
BBB : Papan geometri
Cara-cara membina papan geometri:
1. Dapatkan papan atau kayu terpakai.
2. Buat ukuran/grid garisan segiempat tepat pada papan tersebut,
3. Paku pada setiap pertemuan garisan dengan paku 1 inci dan 2 setengah inci.
4. Warna atau cat papan geometri.
5. Papan geometri sedia digunakan untuk topik 2 dimensi dan 3 dimensi.



Seperti yang kita ketahui, sesuatu konsep dalam matematik boleh
diterangkan melalui sesuatu bahan bantu mengajar. Antara bahan bantu mengajar
yang menerangkan konsep matematik ialah papan geometri. Antara konsep yang
boleh diterangkan menggunakan Papan Geometri ini ialah bentuk dan ruang iaitu
yang terdapat dalam sukatan pelajaran KBSR dan KSSR. Murid boleh diminta untuk
membuat atau membentuk satu bentuk 2D dan 3D menggunakan gelang getah di
papan geometri. Selain itu, murid boleh diminta untuk mengukur panjang sisi bentuk
yang dibuat. Guru juga boleh mengaitkan pengiraan luas dan perimeter melalui
penggunaan Papan Geometri ini. Ia juga sangat sesuai untuk belajar sambil bermain
serta dapat menarik minat murid.



9

Projek 3. Membina bahan konkrit 3D daripada gabungjalin teknik Seni visual
1. Dapatkan surat khabar lama, gam, dan air
2. Hancurkan surat khabar dan isikan ke dalam air







3. Tepekkan surat khabar hancur tadi pada acuan berbentuk segiempat sama,
slinder, pyramid dan sebagainya.







4. Setelah selesai, jemur bahan berkenaan.







10

5. Apabila kering, tanggalkan bahan tadi dari acuan.










6. Melalui aktiviti ini, murid dapat mengenalpasti bilangan permukaan, bilangan
sisi, bilangan bucu dan jenis permukaan.
7. Guru mudah untuk membuat penerangan tentang bentuk 3 dimensi.














11

KLASIFIKASI

Mengklasifikasi bentuk 2 dimensi melibatkan proses membina, meneroka
dan menemui ciri-ciri bentuk. Pelajar harus dibimbing untuk mengenal bentuk
mengikut ciri-ciri yang sama dan yang tidak sama. Menyatakan dan
mengklasifikasikan bentuk mengambil masa dan ciri-ciri yang lebih kompleks
mungkin ditemui dengan edaran masa. Tatabahasa bentuk 2 dimensi juga
melibatkan istilah istilah yang mungkin ditemui oleh pelajar sendiri semasa
meneroka ciri-ciri dan mengklasifikasikan bentuk 2 dimensi. Sisiempat dan segitiga
merupakan bentuk 2-D yang mudah bagi mengkaji dan mengklasifikasi.









Bentuk Prisma Segitiga Prisma Segiempat Prisma Poligon
2D


3D












12


Klasifikasi : Segiempat sama, Rombus, Trapezium, Segiempat tepat,
Bentuk Gambar Sudut Bucu Sisi
Segiempat
sama

4

4

4
Sisi yang
sama
panjang
Segiempat
tepat


4


4

2 sisi
yang
bertentangan
adalah
sama
Segitiga sama
kaki


3


3

2 sisi yang
Sama
panjang
Segitiga
sama


3


3

3 sisi yang
sama panjang
Trapezium



4


4
Semua sisi
tidak sama
Rombus

4


4
Dua sisi
bertentangan
adalah sama




13

Bentuk-bentuk lain yang perlu diketahui:


Heptagon Oktagon Nonagon Dekagon Dodekagon


CIRI CIRI
Polihedra mempunyai permukaan yang rata. Satu kategori pepejal yang
merupakan bentuk 3 dimensi ialah prisma. Prisma ialah pepejal yang sama secara
keseluruhan. Contoh prisma ialah silinder, bungkusan Tobelerone, kotak kasut dan
pensil. Jika kesemua pepejal ini dipotong secara selari dengan tapak mereka, maka
hasilnya ialah sama bentuk dengan permukaan tapaknya. Euler telah menemui satu
pola bagi polihedra. Beliau telah mengkaji perhubungan di antara permukaan, bucu
dan sisi bagi polihedra.

Pepejal Permukaan Bucu Sisi
Kiub 6 8 12
tetrahedron 4 4 6
Piramid 5 5 8










14

Ciri-ciri Polihedra:
Polihedron ialah satu pepejal dengan permukaan yang rata. Setiap
permukaan rata merupakan poligon. Jadi, polihedron tidak boleh mempunyai
permukaan yang melengkung.

Semasa mengira bilangan permukaan, bucu dan sisi bagi pelbagai polihedra,
satu penemuan yang menarik boleh diperolehi :
Perhubungan ini boleh diwakili dalam satu persamaan seperti berikut:

Bilangan permukaan + bilangan bucu - bilangan sisi = 2
Formula Polihedra : F + V - E = 2
Ciri Oktahedron
Oktahedron mempunyai 8 permukaan. Setiap permukaan mempunyai 3 sisi
dan merupakan segitiga sisi sama dan mempunyai 12 sisi dan 6 bucu. Disetiap
bucu,4 sisi akan bertemu. Diberi nama oktahedron kerana ia mempunyai 8 (octa)
permukaan (seperti octopus yang mempunyai 8
tentacles).
Sekiranya ada lebih daripada satu oktahedron,
nama oktahedra digunakan. Oktahedron biasanya
merujuk kepada oktahedron sekata (pepejal yang sama
saiz
dan bentuk). Tetapi ini bukan semestinya selalu benar. Dalam pepejal ini, bukan
semua permukaan adalah sama.
15

Kuib dan kuboid adalah prisma manakala kon dan piramid bukan prisma.
Setiap pasangan permukaan bertentangan sebuah kuboid merupakan permukaan
yang sama. Sebagai contoh, bungkusan Tobleron merupakan prisma segitiga oleh
kerana pasangan segitiga adalah permukaan sama.
Polihedra merupakan kumpulan pepejal yang mempunyai semua permukaan
yang rata. Kiub dan piramid merupakan polihedra manakala silinder dan sfera
bukan polihedra. Satu cara untuk menyiasat polihedra ialah dengan
menggunakan jaringan geometri.
Semua piramid dan prisma adalah polihedra. Akan tetapi, terdapat hanya 5
polihedra yang sekata. Pepejal Platonik ini dinamakan oleh ahli Falsafah
matematik , Plato (430-349 S.M.) dan setiap pepejal Platonik dinamakan
berdasarkan bilangan poligon sekata yang membentuk permukaan mereka :


Pepejal merupakan bentuk 3 dimensi dan terdapat banyak di alam sekeliling
kita seperti kiub, kuboid, silinder, kon, piramid, sfera, prisma dan hemisfera. Satu
Nama Pepejal Platonik Bilangan permukaan
Kiub 6
Oktahedron 8
Tetrahedron 4
Dodecahedron 12
Icosahedron 20
16

kiub mempunyai 6 permukaan rata di mana kesemua enam permukaan ini
berbentuk segiempat yang mempunyai saiz yang sama. Kuboid pula, merupakan
pepejal yang mempunyai 6 permukaan rata tetapi permukaannya merupakan
segiempat atau segiempat tepat. Satu silinder merupakan pepejal yang mempunyai
dua permukaan rata dan satu permukaan lengkung dengan sisi tegak. Satu kon
merupakan pepejal yang mempunyai satu permukaan rata sebagai tapak dan satu
permukaan lengkung dengan sisi yang bercondong. Satu prisma merupakan pepejal
yang mempunyai dua tapak yang selari yang bersaiz dan berbentuk sama.
Permukaan yang lain merupakan segiempat selari (biasanya segiempat atau
segiempat selari). Sekiranya sisi prisma adalah bersudut tepat kepada tapak, maka
prisma itu dipanggil prisma tegak. Satu piramid merupakan pepejal dimana tapaknya
ialah poligon manakala permukaan lain ialah segitiga dengan bucu yang sama. Satu
sfera merupakan set titik-titik dalam ruang yang sama jarak dari satu titik tetap. Titik
tetap ini dinamakan pusat. Jarak tetap dari pusat ini dinamakan jejari. Cantuman
sfera dengan ruang dalaman dinamakan sfera pepejal. Hemisfera pula merupakan
separuh dari sfera.

Anda mungkin juga menyukai