Anda di halaman 1dari 12

Pengajaran Sukatan – Ukuran Panjang, Jisim Dan Isi

Padu Cecair

Tajuk:
Mengenal pasti atribut:
i. Perbandingan perseptual
ii. Perbandingan langsung
iii. Perbandingan tak langsung
Disediakan oleh:
Mohamad Amirul Husni bin Mohd Nasir

Nama Pensyarah:
Madam M. Vijayaletchumi a/p Maniveloo
KONSEP
• Merujuk kepada perbandingan sesuatu secara persepsi.
Perbandingan • Perbandingan ini melibatkan penganggaran terhadap
sesuatu.
Perseptual • Menggunakan alat tertentu.

• Merujuk kepada perbandingan sesuatu secara terus.


Perbandingan • Contoh: tinggi-rendah, banyak-sedikit, berat-ringan

secara langsung

Perbandingan • Merujuk kepada perbandingan sesuatu secara tidak


terus.
secara tak • Memerlukan sesuatu untuk mengukur objek tersebut
bagi mengetahui ukurannya.
langsung
CONTOH PERBANDINGAN PERSEPTUAL
(UKURAN PANJANG)
1. Guru menyediakan klip kertas dan pencungkil gigi untuk
mengukur panjang sebuah buku.
2. Secara berkumpulan, murid diminta untuk mengukur panjang
tersebut menggunakan alat yang ditetapkan.
3. Murid menulis ukuran bagi kedua-dua alat tersebut.
4. Murid membandingkan anggaran ukuran yang diperolehi bagi
kedua-dua alat tersebut.
CONTOH PERBANDINGAN SECARA
LANGSUNG
(UKURAN PANJANG)
1. Setiap kumpulan disediakan dua batang pensel.
2. Guru meletakkan dua batang pensel yang berbeza
panjang di atas sebuah meja.
3. Kedua-dua pensel itu hendaklah bermula pada garis
yang sama.
4. Murid diminta untuk memerhatikan ukuran pensel
tersebut.
5. Murid menyatakan ukuran mana yang lebih panjang.
CONTOH PERBANDINGAN SECARA TIDAK
LANGSUNG
(UKURAN PANJANG)
1. Secara berpasangan, murid diminta untuk mengukur
ukur lilit kepala dan ukuran panjang tangan.
2. Murid dikehendaki menggunakan benang yang telah
disediakan.
3. Setelah selesai, murid diminta untuk meletakkan benang
tersebut di atas meja bersama pasangan masin-masing.
4. Murid membanding beza ukuran yang diperoleh.
CONTOH PERBANDINGAN PERSEPTUAL
(ISI PADU CECAIR)
1. Setiap kumpulan diberi tiga jenis alat penyukatt iaitu cawan
kecil, cawan besar dan jag besar.
2. Setiap kumpulan dikehendaki menggunakan alat penyukat
tersebut untuk mengisi air sehingga penuh dalam botol yang
mempunyai 1.5liter.
3. Setiap kumpulan dikehendaki menulis anggaran berapa kali
alat penyukat digunakan untuk memenuhkan ruang.
4. Murid membuat perbandingan bagi ketiga-tiga alat tersebut.
CONTOH PERBANDINGAN SECARA
LANGSUNG
(ISI PADU CECAIR)
1. Setiap kumpulan disediakan dengan dua jag air yang
mempunyai isi padu yang berbeza.
2. Setiap ahli kumpulan diminta untuk menuangkan air
tersebut ke dalam cawan yang disediakan.
3. Setelah selesai, murid dikehendaki menyatakan banding
beza cawan yang digunakan bagi setiap jag air tersebut.
CONTOH PERBANDINGAN SECARA TIDAK
LANGSUNG
(ISI PADU CECAIR)
1. Setiap pasangan diberikan dua pasangan jag iaitu
pasangan 1 (jag besar dan jag kecil) manakala
pasangan 2 (jag besar dan jag besar).
2. Setiap pasangan dikehendaki untuk mengira isi padu
bagi kedua-dua pasangan jag tersebut.
3. Isi padu bagi setiap jag ditulis dalam kertas.
4. Murid perlu membuat perbandingan pasangan manakah
yang mempunyai isi padu yang banyak.
CONTOH PERBANDINGAN PERSEPTUAL
(JISIM)

1. Guru menyediakan satu jadual sesuai untuk aktiviti


anggaran berat.
2. Murid dikehendaki membuat aktiviti anggaran berat bagi
objek tunggal yang lebih besar dalam unit gram.
3. Seterusnya, murid dikehendaki membuat anggaran
berat bagi objek yang lebih besar dalam unit kilogram.
4. Akhir sekali, murid dikehendaki membuat perbandingan
antara objek yang ditimbang.
CONTOH PERBANDINGAN SECARA LANGSUNG
(JISIM)

1. Setiap kumpulan dibekalkan dengan dua jenis plastik


yang berisi batu dan kacang hijau.
2. Murid dikehendaki membuat perbandingan antara dua
objek tersebut.
CONTOH PERBANDINGAN SECARA TIDAK LANGSUNG
(JISIM)

1. Guru menyediakan sekurang-kurangnya empat


penimbang dan dua jenis buah-buahan.
2. Murid diminta untuk menimbang buah-buahan tersebut
iaitu epal dan buah oren.
3. Hasil timbangan direkodkan.
4. Murid membuat perbandingan antara jisim kedua-dua
buah-buahan itu.
SEKIAN
TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai