Anda di halaman 1dari 17

TUGASAN

HBPE4403
BIOMEKANIK SUKAN / SPORTS BIOMECHANICAL
SEPTEMBER 2014 SEMESTER

Tutor
Nama : YEW YII HOCK
Email : yiihock1979@oum.edu.my
Other Email : yiihock@hotmail.com

E-Tutor

Nama : HAJIMOLKAN BIN ABU BAKAR

______________________________________________________________

NAMA PELAJAR NO MATRIK


MOHAMAD HAIRUL AKMAL 840402136245001
BIN SUPIAN

BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION) WITH HONOURS


Faculty Of Education And Language
SIBU LEARNING CENTRE

____________________________________________________

NAMA PENSYARAH:
YEW YII HOCK
Sebuah video contoh tentang lontar peluru (video analisis biomekanik) yang
beralamat url (http://www.youtube.com/watch?v=gToagJHMXnA) telah
dianalisis. Video ini dijadikan contoh untuk tugasan pada kali ini. Setelah
melihat dan menganalisis video ini, saya membahagikan ia kepada beberapa
bahagian yang akan dibincangkan nanti. Sebelum itu, saya akan menerangkan
tentang lontar peluru terlebih dahulu.

Sebagai acara padang dalam sukan olahraga, lontar peluru terus menjadi salah
satu acara yang dipertandingkan dalam kebanyakan perjumpaan olahraga. Oleh sebab
acara ini disertai oleh lelaki dan wanita, bermakna penyertaan agak meluas. Teknik
lontaran juga diperbaiki dan disesuaikan dari semasa ke semasa bagi menjamin
kelicinan dan peningkatan dalam lontarannya. Begitu juga dengan kaedah latihan
yang diadakan bagi mereka yang mengambil bahagian dalam acara ini, turut
ditingkatkan termasuk penekanan terhadap jenis, latihan, tempoh latihan aktiviti-
aktiviti sampingan, serta pemakanan.

Lontar peluru merupakan acara lontar yang paling mudah dilakukan


berbandingkan dengan tiga acara lontaran yang lain. Walaupun sebilangan besar
daripada peserta dan pemenang acara ini pada peringkat antarabangsa, terdiri daripada
peserta yang berbadan besar, tegap, berat dan kuat, tetapi ini bukanlah sesuatu yang
menjadi syarat utama yang menentukan penyertaan atau kejayaan seseorang dalam
acara ini. Pelontar peluru harus mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan
gaya lontaran yang baik yang diperolehi melalui latihan bersistem di bawah
pengawasan jurulatih khusus untuk acara ini. Lontar peluru yang merupakan satu lagi
acara lontaran dalam sukan olahraga diadakan dengan menggunakan peralatan
tertentu dan di dalam kawasan khas yang disediakan di kawasan yang bebas daripada
sebarang halangan atau gangguan. Dalam melaksanakan acara ini, peserta serta
pegawai pertandingan harus juga memberikan perhatian pada keselamatan sama ada
kepada peserta itu sendiri, atau peserta lain ataupun orang ramai.
Berdasarkan video oleh Didier Poppe tersebut, Jacko Gill telah membuat dua
kali lontaran percubaan. Percubaan pertama dengan bacaan lontaran sejauh 19,98 m
dan yang kedua sejauh 20,01 m. Perbezaan dua bacaan ini tidak terlalu besar. Terdapat
beberapa teknik yang telah dikenalpasti semasa Jacko Gill melontar peluru ini.
Teknik yang pertama ialah teknik berdiri. Tujuannya ntuk mendapatkan pergerakan
tangan dan bahu yang betul. Jacko Gill berdiri dengan mengangkang kedua-dua belah
kaki seluas lebih kurang 0.71 m, tangan memegang peluru di bawah dagu sehingga
bersentuhan dengan tengkuk. Siku tangan yang memegang peluru haruslah keluar dan
mendatar. Pusingkan sedikit arah ke kanan dan bawakan tangan kiri menyilang ke
kanan. Bawakan kembali tangan kiri dengan cepat ke arah kiri, manakala kaki
diluruskan dan peluru ditolak keluar. Tangan diluruskan mengikut arah lontaran
peluru, manakala tangan kiri membantu mengimbang tangan.
Teknik Lontaran sisi dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang dari
garisan tengah bulatan lontaran. Beliau telah menentukan kedudukan peluru adalah
selesa dan kemudian kaki kiri diangkat. Beliau meletakkan kaki kiri pada tanah dan
pusingkan sedikit bahu ke hadapan. kaki kiri beliau diluruskan dan bersedia untuk
membuat lontaran. Tapak kaki kanan dipusingkan dan tumit diangkat dan ditolak
peluru keluar.
Jacko Gill menggunakan teknik membelakangi kawasan lontaran Teknik ini
merupakan peringkat yang lebih maju. Walaupun atlit yang baru terlibat dalam acara
ini tidak digalakkan menggunakan teknik ini, namun ia menjadi suatu kelebihan jika
dapat dipelajari dan diaplikasikan. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut :
1. Mulakan dengan membelakangi arah membuat lontaran. Bengkokkan badan dan
lutut kanan serta luruskan kaki kiri di belakang.
2. Angkat kaki kiri sedikit.
3. Turunkan kaki kiri berhampiran dengan papan penahan dalam kawasan lontaran.
4. Pusingkan bahu dan pinggang ke arah lontaran.
5. Tolak peluru keluar sekuat mungkin

Teknik Pemindahan (0Brien) Teknik ini merupakan teknik yang digunakan


oleh pelontar-pelontar peluru peringkat tinggi yang mempunyai kemahiran tinggi serta
berpengalaman. Jacko Gill telah menggunakan teknik ini. Te rdapat empat fasa
lontaran dalam acara lontar peluru iaitu fasa persediaan, fasa gelungsuran, fasa
lontaran dan fasa pemulihan seperti latihan ansur maju. Pergerakan awal Jacko Gill
dalam memulakan lontaran dalam acara ini ialah kaedah memegang peluru yang betul
bagi membolehkan lontaran dibuat dengan selesa. Cara memegang peluru hendaklah
diberikan perhatian penting oleh setiap beliau dan jurulatih, kerana daripada pegangan
yang baik dan sempurna akan menghasilkan jarak lontaran yang diharapkan. Berikut
adalah perkara-perkara yang harus dilakukan dalam peringkat cara memegang peluru.
Persediaan awal ini merangkumi teknik berdiri di dalam bulatan lontaran dan
hayunan awal peluru. Jacko telah menggunakan teknik lontaran berdiri dalam
melakukan lontaran peluru.

Lontar Peluru Gaya Berdiri Jacko ialah

Berdiri sisi.
Buka kaki seluas bahu.
Bahu kiri menghadap arah lontaran.
Bengkokkan badan serendah mungkin.
Gerakkan kaki kiri ke kayu penghadang.
Ayun lengan kiri ke balakang semasa memutar pinggang dan bahu ke hadapan.
Gerakkan siku serta tangan ke atas.
Lepaskan peluru.
Berat badan dipindahkan daripada kaki kiri ke kaki kanan.

Jacko Gill juga membuat Lontaran Peluru Gaya Parry OBrien

Ada 4 Fasa :-

1) Fasa persediaan

Bengkokkan badan.
Bengkokkan kaki kanan.
Kaki kiri diangkat dan dibengkokkan.

2) Fasa Gelongsoran

Tendang kaki kiri cepat ke belakang kearah lontaran, serentak gelongsorkan


kaki ke kanan ketengah bulatan.
Letakkan kaki kiri dekat kayu penghadang dengan tidak mengubah bahagian
atas badan.
Luruskan dengan cepat serta badan diangkat dan diputarkan sedikit.
Kaki kanan mengerakkan pinggul ke atas dan ke hadapan.
Bahu menghadap arah lontaran..

3) Fasa Lontaran

Siku kanan diangkat tinggi.


Kaki kiri masih menyentuh bulatan.
Peluru dilepaskan.

4) Fasa Pemulihan

Lompat dan mendarat dengan kaki kanan.


Pindah berat badan daripada kaki kiri ke kaki kanan.

Lontar Peluru Gaya Lontaran Sisi Jacko Gill

Berdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang dari garisan tengah


bulatan lantaran. Tentukan kedudukan peluru adalah selesa dan kemudian kaki
kiri diangkat.
Letakkan kaki kiri pada tanah dan pusingkan sedikit bahu ke hadapan.
Luruskan kaki kiri dan bersedialah untuk membuat lontaran.
Pusingkan tapak kaki kanan dan angkatkan tumit dan tolakkan peluru keluar.

Lontar Peluru Gaya Membelangkangi Kawasan Lontaran juga digunakan

Teknik ini merupakan peringkat yang lebih maju. Walaupun atlit yang baru
terlibat dalam acara ini tidak digalakkan menggunakan teknik ini, namun ia menjadi
suatu kelebihan jika dapat dipelajari dan diaplikasikan. Jacko Gill telah menggunakan
cara ini juga. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

Mulakan dengan membelangkangi arah membuat lontaran. Bongkokkan badan


dan lutut kanan serta luruskan kaki kiri di belakang.
Angkat kaki kiri sedikit.
Turunkann kaki kiri berhampiran dengan papan penahan dalam kawasan
lontaran.
Pusingkan bahu dan pinggang kearah lontaran.
Tolak peluru keluar sekuat mungkin.

Dalam video lontar peluru oleh Didier Poppe ini, beberapa analisis
biomekanik yang terlibat telah dikenalpasti. Didier Poppe membuat analisis lebih
kepada analisis pergerakan secara saintifik semasa Jacko Gill melontarkan peluru
yang mengikut masa setiap pergerakan Jacko Gill. Kajian ini adalah berkaitan
pergerakan manusia (Kinesiologi). Pergerakan dalam analisis ini melibatkan
pengukuran dan pengiraan setiap pergerakan yang dilakukan Jacko Gill. Nilai
estetika dan kinestetik digunakan sewaktu melakukan analisis pergerakan atau
kemahiran ini. Terdapat dua pendekatan yang digunakan untuk mengkaji aspek
pergerakan mekanikal pergerakan manusia iaitu pendekatan kuantitatif dan kualitatif.
Setelah menganalisis video ini, ternyata Didier Poppe menggunakan pendekatan
kuantitatif yang mana melibatkan jarak dan masa Jacko Gill.

Kedudukan dan Sudut

Didier Poppe telah menggunakan Analisis Pengantaraan Sinematografi.


Pengiraan yang diambilkira dalam video ini ada jarak setiap langkah pergerakan dan
sudut bentuk badan Jacko Gill. Analisis Pengantaraan Sinematografi melibatkan
penggunaan filem ataupun video bagi menganalisis penguasaan kemahiran motor dan
analisis proses yang seterusnya. Ia merupakan analisis kaedah kuantitatif yang halaju
dan daya (bersama-sama dengan data yang lain) dikira, dan itu membolehkan
pengurangan terhadap beban kerja terhadap komponen kemahiran yang diberikan.
Video yang dirakam oleh Didier Poppe telah ditandakan jaraknya seperti rajah di
bawah.
Jika dilihat pada gambar Jacko telah berada dengan jarak 0.25 m dari sisi
kawasan bulatan tempat lontaran dijalankan. Dalam analisis video ini, saya dapati
Didier Poppe telah meletakkan unsur kinematik pergerakan projektil. Peluru yang
tersesar ke udara lalu jatuh ke bumi dan hanya dipengaruhi oleh daya semula jadi
(kuasa graviti dan rintangan udara). Tiga faktor yang mempengaruhi trajektori (laluan
penerbangan) projektil ialah sudut projektil, kelajuan projeksi dan ketinggian relatif
projeksi.

Permulaan Jacko dengan tangan kiri mengarah belakang dan beliau


menghadapi belakang dengan sudut 114.5 bahagian kaki.

Jacko kemudian bergerak ke arah kiri seperti rajah di atas.

Sudut kaki dan tangan adalah masing-masing 123.0 dan 47.0.


Terdapat empat fasa lontaran dalam acara lontar peluru :
1.Fasa Persediaan
2.Fasa Gelungsuran
3.Fasa Lontaran
4.Fasa Pemulihan

Latihan ansur maju sepintas lalu, pada anggapan umum memang mudah
melakukan lontaran, dan sesiapa sahaja boleh melakukan lontaran tanpa masalah.
Cara melakukan lontaran harus dipelajari oleh setiap peserta, manakala kemahiran
dalam melakukannya juga hanya diperolehi menerusi latihan.
Dalam melakukan lontaran, terdapat beberapa peringkat yang berlaku.
Peringkat-peringkat ini merupakan pergerakan yang berasingan, walaupun pergerakan
ini sebenarnya adalah satu pergerakan berterusan yang agak pantas. Kita akan pelajari
kaedah atau cara melakukan lontaran peluru mengikut peringkat-peringkat ini, yang
dianggap paling sesuai khususnya bagi mereka yang baru menceburkan diri dalarn
acara ini.

Peringkat-peningkat ini adalah seperti berikut:


1. Cara memegang peluru.
2. Persediaan dan pergerakan awal.
3. Perlakuan melontar.
4. Pendaratan peluru.
5. Ikut lajak dan meninggalkan kawasan lontaran.

Cara memegang peluru


Pergerakan awal seseorang peserta untuk memulakan lontaran dalam acara ini ialah
kaedah memegang peluru yang betul bagi membolehkan lontaran dibuat dengan
selesa.

Cara memegang peluru hendaklah diberikan perhatian penting oleh setiap peserta dan
jurulatih, kerana daripada pegangan yang baik dan sempurna akan menghasilkan jarak
lontaran yang diharapkan.

Berikut adalah perkara-perkara yang harus dilakukan dalam peringkat cara memegang
peluru. Peserta diharapkan dapat mengikut aturan ini supaya setiap pergerakannya
dapat dilakukan dengan sempurna.
1. Peserta meletak peluru pada tapak tangan yang akan melakukan lontaran. Peserta

bolehlah cuba mengawal atau mendapatkan berat peluru dengan cara

memindahkannya dan satu tangan ke satu tangan lain beberapa kali.


2. Untuk rnembuat lontaran, peluru hendaklah dipegang pada jari dan bukan tapak

tangan, iaitu pada dasar tiga jari tengah, manakala ibujari dan jari kelengkeng

bertindak sebagai penyokong.


3. Dalam pada itu peserta hendaklah mendapatkan kedudukan yang baik dalam
bulatan lontaran, dengan penekanan diberikan pada kedudukan kaki dan

keseimbangan badan.
4. Apabila peluru berada pada kedudukan sebenar, jari kelengkeng boleh

dibengkokkan atau diluruskan berhampiran dengan tiga jari tengah tadi. Kini

kedudukan peluru sudah hersedia untuk dilontarkan.

Persediaan dan pergerakan awal


Selepas peserta sudah mendapatkan kedudukan yang baik dan seimbang, serta
pegangan peluru juga selesa dan selamat, bermakna peserta sudah bersedia untuk
melakukan pergerakan seterusnya. Persediaan awal ini merangkumi teknik berdiri di
dalam bulatan lontaran dan hayunan awal peluru. Ketika ini juga peserta berada dalam
keadaan sedia termasuk dari segi mentalnya. Untuk melakulcan pergerakan awal,
peserta amat bergantung kepada teknik lontaran yang digunakan. Ini bermakna jika
teknik lain yang digunakan, persediaan dan pergerakan awal juga berbaza. Oleh itu
ada baiknya kita bincangkan peringkat-peringkat lontaran, pendaratan dan ikut lajak
mengikut teknik lontaran yang digunakan.

Teknik Lontaran Berdiri Statik


Teknik berdiri statik dalam melakukan Iontaran peluru, merupakan teknik atau kaedah
paling mudah untuk dilaksanakan. Kaedah ini hendaklah didedahkan kepada semua
mereka yang baru diperkenalkan dengan acara ini. Teknik ini boleh juga diasah dan
dimahirkan untuk digunakan dalarn pertandingan, malah peserta yang sudah
berpengalaman pula boleh menjadi pelontar peluru yang berjaya jika dia dapat
memahirkan diri dalam teknik ini.

Berikut adalah panduan dalam menggunakan teknik berdiri statik.


1. Peserta hendaklah berdiri di dalam bulatan lontaran dengan mengangkatkan salah
satu kakinya lebih kurang 30cm dan lantai bulatan. Tangan peserta dalam kedudukan
memegang peluru di bawah dagu sehingga bersentuhan dengan leher. Siku tangan
yang memegang peluru hendaklah keluar dan mendatar seperti gambarajah di bawah.
Peserta hendaklah memusingkan badan ke arah kanan dan sambil membawa tangan
kiri menyilang ke kanan.
3. Peserta membawa kembali tangan kiri dengan segera ke arah kiri, manakala kaki
diluruskan dan peluru ditolak keluar.
4. Peserta meluruskan tangan yang memegang peluru mengikut arah lontaran yang
dilakukan, sementara tangan kiri membantu mengimbangkan badan dan mengawal
kedudukan kaki supaya tidak terkeluar dan bulatan lontaran.
5. Peserta rnengawal pergerakan badan, tangan dan kakinya selepas melakukan
lontaran, sambil memerhatikan pergerakan dan pendaratan peluru.
6. Peserta meninggalkan bulatan lontaran melalui bahagian peserta mengawal
pergerakan badan, tangan dan kakinva selepas melakukan lontaran, sambil
memerhatikan pergerakan dan pendaratan peluru.

Isu Kejurulatihan lontar peluru.

1. Cara memegang peluru dengan menggunakan bola lisut tanpa memperkenalkan


peluru dahulu.
2. Memperkenalkan peluru.
3. Dirian tanpa menggunakan peluru dan gelonsor ke belakang di atas trek yang
lurus.
4. Ulang aktiviti di atas tetapi kali ini seorang rakan akan berdiri di hadapan dan
memegang tangan bebas pelaku.
5. Geongsoran dengan menggunakan peluru.
6. Gelongsor dengan menggunakan peluru kekedudukan dagu, lutut dan ibu jari kaki
Power Position (tapak kki bersudut).
7. Ulang aktiviti 4 dengan bantuan kawan memegang tangan bebas.
8. Dengan bantuan kawan memegang tangan bebas, dan kedudukan Power
Position (chin-knee-toe) dagu, lutut dan ibu jani, lakukan pergerakan pinggang
menghala ke arah lontaran.
9 Gabungkan keempat-empat pergerakan iaitu persediaan, gelungsuran, power
position dan putaran pinggang.
10. Dan kedudukan dinan buat gelongsoran dalam bulatan lontaran.
11. Dalam bulatan lontaran, ulang aktiviti 8 tetapi tambah pergerakkan pinggang
menghala ke arah lontaran.
12. Dalam bulatan lontaran, gabungkan kesemua kemahiran yang telah dipelajari dan
Iontar peluru melepasi tali yang direntangkan (tab direntangkan lebih kurang 7
kaki tinggi dan jarak 4 kaki dan bulatan lontaran).
13. Membuat lontaran berdiri atau Standing throw.
14. Membuat lontaran sisi.
15. Membuat lontaran membelakangkan kawasan lontaran.
16. Lakukan lontaran dengan cara Perry OBrien iaitu gabungan semua kemahiran
yang telah dipelajari dan jurulatih membetulkan kesalahan.

Langkah-langkah lontar peluru


I. Cara memegang dan menempatkan peluru pada bahu harus dilakukan dengan betul
sebelum gerakan ke belakang dimulakan.
II. Gerakan berjingkit(shift) ke belakang jangan dilakukan terlalu tinggi - iaitu
lakukan seberapa rendah yang boleh.
III. Semasa gerakan meluncur ke belakang dilakukan peluru hendaklah berada di bahu
dan siku tangan sentiasa di belakang peluru. Sebelum peluru lepas daripada bahu
pandangan hendaklah ditumpukan ke arah sudut lontaran.

Beberapa prinsip asas acara ini yang harus terdapat pada setiap peserta iaitu
peserta mestilah seorang yang sanggup mengikut latihan yang dianjurkan dengan
penuh semangat serta ingin mencapai kejayaan. Selain itu,peserta hendaklah
mempunyai matlamat tertentu dengan melibatkan diri dalam acara ini sama ada
matlamat dirinya atau pasukannya. Malahan peserta hendaklah mempunyai bentuk
serta ciri-ciri pelontar peluru supaya penglibatannya memberikan keberkesanan.
Tambahan pula,peserta hendaklah seorang yang mengambil bahagian dengan
mematuhi setiap peraturan yang berkaitan dengannya, serta mempunyai semangat
kesukanan tulen. Di samping itu, peserta hendaklah bersedia ketika mengambil
bahagian dalam sesuatu pertandingan sama ada daripada segi fizikal, kemahiran dan
mentalnya.
Aspek Keselamatan dan langkah-langkah keselamatan dalam lontar peluru

Keselamatan adalah faktor yang paling penting bagi peserta lontar peluru,
guru dan juga jurulatih. Berbeza dengan peserta lompatan, ia hanya membahayakan
dirinya sendiri jika dia cuai. Bagi peserta lontaran ia juga berkemungkinan
membahayakan orang lain di sekeliling kawasan lontaran atau yang berdiri terlampau
dekat dengan peserta. Oleh itu adalah penting

Iangkah-langkah ini diperhatikan:

1. Selalu pastikan kawasan peluru mendarat sesuai dan bebas dari gangguan.

2. Pastikan orang yang berada di keliling peserta memerhatikan apa yang sedang

dilakukan dan akan dilakukan oleh perserta.

3. Bila lontaran dibuat dalam kumpulan, ia mesti dilontar serentak dan bila

memunggut peluru juga dilakukan serentak.

4. Pastikan setiap peserta atau murid sudah di ajar cara-cara memegang dan

membawa peluru dengan cara yang betul. Beri masa yang cukup untuk murid

memegang peluru.

5. Semua lontaran mesti ke satu arah sahaja. Tidak ke arah kawan mereka.

6. Murid mestilah diletakkan sepanjang satu garis lurus dan sekurang-kurang

berjarak 5 meter antara satu sama lain.

7. Pastikan tidak ada murid yang melintas garisan lontaran selagi lontaran belum lagi

dibuat atau peluru mendarat. Mereka mestilah mengikut giliran dalam membuat

lontaran.

8. Murid yang melontar dengan tangan kiri mestilah diletakan dalam satu kumpulan
9. Pastikan blok kayu tidak bergigi atau tajam.

10. Jika peluru lembab atau basah, sapu dulu dengan kain.

11. Arahan guru mestilah TERANG, JELAS dan TEGAS.

Kesimpulan
Acara lontar peluru ini memerlukan kemahiran yang khusus jika seseorang
individu itu ingin melibatkan diri dalam bidang sukan ini. Sebagai acara pertandingan,
lontar peluru lebih sesuai bagi para pelajar sekolah menengah. Walau bagaimanapun,
asas melontar peluru seperti acara-acara olahraga yang lain, boleh juga diperkenalkan
kepada para pelajar sekolah rendah. Cara pengajaran dan latihan hendaklah
disesuaikan dengan kemampuan kumpulan pelajar yang diajar. Analisis terhadap
video Didier Poppe tadi amat berguna kepada mana-mana invidivu yang terlibat
dengan lontar peluru.
Rujukan.

http://www.youtube.com/watch?v=gToagJHMXnA&spfreload=10

http://olahraga2u.wordpress.com/2010/03/15/lontar-peluru-siri-4/

http://ms.wikipedia.org/wiki/Lontar_peluru

http://olahraga2u.wordpress.com/2010/03/15/lontar-peluru-siri-4/

http://books.google.com.my/books/about/101_Shot_Put_Drills.html?
id=1ldnPgAACAAJ&redir_esc=y

http://albert-olahraga.blogspot.com/2009/11/acara-lontar-peluru.html

Anda mungkin juga menyukai