Anda di halaman 1dari 2

Perbincangan / Interaksi

Sekolah yang saya pilih untuk menjalankan PBS ialah sekolah SJK (C) Chung Hua
No.4 di bandar Kuching.
Semasa saya berada di sekolah SJK (C) Chung Hua No. 4, saya telah mengikuti
Cikgu Margaret Tu Yi Rong, seorang guru Bahasa Cina yang mengajar Tahun 2 untuk
membuat pemerhatian terhadap PdP. Saya telah mendapati bahawa Cikgu Tu telah
menggunakan teknik belajar sambil membaca untuk mengenal perkataan baru. Beliau juga
menggunakan alat bantuan seperti kad perkataan dalam proses PdP agar membantu murid
lebih mudah memahami perkataan baru tersebut. Untuk memastikan penguasaan murid
dalam pembelajaran, soalan-soalan yang berkaitan juga sentiasa ditanya oleh guru kepada
murid. Beliau juga berusaha untuk mewujudkan suasana PdP yang menarik dan mudah
difahami oleh murid-murid. Dengan ini, saya dapat mempelajari strategi yang digunakan
oleh Cikgu Tu untuk menjalankan proses PdP.

Selain itu, kem kepimpinan juga dilaksanakan untuk melatih dan memupuk
kemahiran kepimpinan dan sikap positif murid. Hal ini adalah untuk memastikan mereka
menjadi seorang yang berakhlak mulia dan dan dapat berbakti untuk Negara pada masa
depan. Ceramah Teknik Pengurusan Masa juga diadakan untuk memberi kesedaran
kepada umurid tentang kepentingan masa dan keperluan untuk menjadualkan masa kita
dengan sistematik supaya tidak dibazirkan dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

Sekolah SJK (C) Chung Hua No.4 juga mempunyai persekitaran yang cantik dan
bersih. Iklim dan budaya sekolah ini amat sesuai dan bagus. Semua murid bersifat rajin dan
bersopan santun. Mereka amat berdisiplin dalam mematuhi peraturan dan undang-undang
sekolah.

Sumber PdP dalam sekolah tersebut dikendalikan dengan sistem yang kemas.
Semua guru telah mencatatkan sumber PdP dalam sebuah buku agar dijadikan sebagai
rujukan bagi guru-guru lain. Hal ini juga amat memanfaatkan kami untuk mengumpulkan dan
mempelajari strategi dan kemahiran PdP.

Akhirnya, saya mendapati bahawa strategi PdP yang sesuai dengan tahap
kebolehan dan minat pelajar akan menarik minat mereka dalam proses pembelajaran. Hal
ini demikian kerana strategi PdP yang baik dapat membentukkan suasana yang ceria dan
murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran. Oleh itu, guru haruslah
menilai tahap kebolehan murid dan mengenal pasti minat mereka supaya proses PdP dapat
dijalankan dengan lancar dan secara berkesan.

Anda mungkin juga menyukai