Anda di halaman 1dari 1

2b) Huraikan cara-cara bahan dan sumber p&p dipamerkan di bilik darjah tersebut

digunakan secara berkesan.

Guru sentiasa menggunakan papan hitam sebagai alat bantu mengajar. Guru
Matematik yang saya perhati menggunakan bahan lain untuk membantu
pengajarannya seperti sempua dan batang yang berwarna-warni. Sebagai contoh,
guru Matematik tersebut menggunakan batang untuk mengajar operasi tambah dan
tolak. Dengan ini, murid akan lebih memahami dengan lebih mendalam tentang
operasi tertentu.

2c) Catatkan bahan dan sumber p&p yang mudah digunakan oleh murid.
Sempua, batang, pensel, pembaris.

2d) Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran yang berasaskan
TMK?
Ya. Murid akan menghadiri kelas komputer sehari seminggu selama 1 jam. Murid-
murid akan berasa seronok semasa menghadiri kelas komputer. Mereka akan
mempelajari kemahiran asas komputer dan juga cara untuk mendapatkan maklumat
melalui internet.

2e) Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti
pembelajaran?
Guru akan memanggil murid ke hadapan untuk menunjukkan batang yang harus
digunakan. Selain itu, guru telah memberi setiap murid satu sempua semasa p&p.

2f) Bagaimanakah murid-murid dibahagikan kepada kumpulan tertentu?


Guru akan mengenal pasti murid yang bagus dan murid yang kurang pandai dahulu.
Selepas itu, guru akan mencampur murid lemah dengan murid yang pandai secara
seimbang dalam satu kumpulan. Dengan ini, murid yang pandai akan membantu
murid yang lemah semasa pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai