Anda di halaman 1dari 7

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Tarikh : 3 April 2012



Masa : 10.35 pagi - 11.35 pagi

Tahun : 4 Cengal ( 36 orang)

Tema : Hargai Warisan Kita

Tajuk : Alat Muzik Tradisional Malaysia

Fokus Utama:

1. Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca atau
dialami.

Fokus Sampingan:

1. Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
memahami perkara yang dibaca.
2. Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang dibaca
dan didengar.

Objektif: Pada akhir pembelajaran murid dapat

1.Menyebutkan lima jenis alat muzik tradisional Malaysia.
2.Membaca petikan yang diberikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
3.Menulis jenis-jenis alat muzik tradisional Malaysia berdasarkan kaum dan cara
penggunaannya.

Pengisian Kurikulum: Sistem Bahasa
i) Sebutan dan intonasi: Membaca dengan sebutan dan intonasi
yang betul.
ii) Tatabahasa : Kata kerja
iii) Kosa kata : dipalu, tradisional, digesel

Kemahiran bernilai tambah: i)Kecerdasan pelbagai: Linguistik, Interpersonal
ii)Kemahiran berfikir : mengesan, menciri
iii)Kajian Masa Depan
iv)Konstektual

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran : Pendekatan Berpusatkan Murid
Penyerapan ilmu / nilai murni : Pendidikan Muzik, menghargai, baik hati,
menghormati

Penilaian : Melengkapkan jadual jenis alat muzik dan
cara menggunakannya.

Sumber Pengajaran dan Pembelajaran: i) Bahan Multimedia: LCD, CD
ii) Bahan Bercetak :Poster
iii) Bahan Maujud :Kompang

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat alat-alat muzik
tradisional seperti kompang.

AKTIVITI PENGAJARAN PEMBELAJARAN

SET INDUKSI (5 minit)
1.Guru menunjukkan kompang dan meminta dua orang murid memalu kompang.
2.Guru bersoal jawab dengan murid tentang kegunaan kompang.
3.Guru mengaitkan kompang dengan isi pelajaran.

LANGKAH 1 (10 minit)
1. Murid diberikan petikan teks Alat-alat Muzik Tradisional Malaysia. (Lampiran
A)
2. Murid membaca petikan dengan nada dan intonasi yang betul secara
berkumpulan.
3.Guru meminta murid mengenal pasti jenis alat muzik mengikut kaum serta cara
penggunaan.
4.Murid juga diminta menyenaraikan kata kerja yang diperoleh daripada petikan.

LANGKAH 2 (10 minit)
1.Guru menayangkan video alat-alat muzik tradisional mengikut kaum di
Malaysia.
2.Murid diminta menyebutkan nama alat-alat muzik tradisional mengikut kaum.

LANGKAH 3 (15 minit)
1.Murid diminta berbincang dalam kumpulan dan menyenaraikan jenis-jenis dan
kegunaan alat muzik.
2.Guru meminta setiap kumpulan menghantar seorang wakil untuk menjelaskan
satu alat muzik tradisional
serta informasi tentang penggunaannya.
3.Murid lain mendengar dan memberi maklum balas.
4.Kumpulan yang memberikan maklumat yang tepat diberikan markah.

LANGKAH 4 (15 minit)
1.Guru mengedarkan lembaran kerja. (Lampiran B)
2.Murid diminta melengkapkan jadual alat-alat muzik dengan maklumat yang
betul.
3.Guru berbincang dengan murid berkaitan jawapan yang tepat bagi melengkapkan
jadual.
4.Guru meminta murid menuliskan lima ayat lengkap berdasarkan petikan yang
telah dibaca.

PENUTUP (5 minit)
1.Murid dipertontonkan dengan video alat-alat muzik tradisional.
2.Guru memaklumkan bahawa alat-alat muzik tradisional merupakan warisan
negara yang perlu dijaga dan
dihargai.
3.Guru merumuskan pengajaran dan pembelajaran serta menegaskan tentang aspek
nilai yang terdapat
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran hari ini.


Langkah/
Masa
Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan
Set
Induksi
(3 minit)






Soalan:
1. Apakah nama benda
tersebut?
2. Apakah kegunaan konpang?


1. Guru memberi salam
dan bertanya khabar
murid.

2. Guru memaparkan
kompang kepada murid.

3. Guru memberi
arahan supaya setiap
murid melihat kompang
dan menyatakan apa
yang mereka dapat lihat.

4. Guru mengemukakan
soalan mengenai apa
yang murid dapat lihat
pada kompang tersebut
dan memperkenalkan
tajuk akan dipelajari hari

BBM:
Kompang


Kemahiran
Berfikir:
Menghubung
kait


Nilai:
Berani
Hormat-
menghormati
Bekerjasama
ini iaitu:



Langkah
1
(5 minit)





1. Guru memaparkan
teks dengan
menggunakan slaid
power point.

2. Guru mengiringi
murid baca teks dengan
intonasi
yang betul.

3. Guru memberi
penerangan tantang teks.




BBM :
Slaid Power point


Strategi :
Berpusatkan
guru, pelajar dan
bahan.

Kaedah :
Penerangan
dan penyoalan.

Nilai:
Berani
Hormat-
menghormati
Bekerjasama





Langkah
2
(10 minit)







1. Guru memaparkan
cara-cara membuat
kompang mengikut
urutan dengan
menggunakan slaid
power point.

2. Guru memberi
penerangan tentang
cara-cara membuat
kompang.




BBM :
Salid Power Point



Strategi :
Berpusatkan
guru, murid dan
bahan.

Kaedah :
Penerangan
dan penyoalan.

Nilai:
Hormat-
menghormati
Bekerjasam
Langkah
3
(10 minit)







1. Guru
memperkenalkan
permainan Mencari
kawan.

2. Guru menerangkan
peraturan dan cara
bermain permainan
Mencari Kawan.

3. Guru diminta mencari

BBM :
Kertas A4
Maker pen

Strategi :
Perbincangan
bersama rakan-
rakan.


Refleksi:

Tajuk pengajaran saya pada hari itu ialah "Kompang Berbunyi " dengan tema "Warisan
Kita Tahun 2". Saya telah menggunakan Kemahiran Memulakan Pengajaran dengan Kemahiran
Mencungkil Idea dalam menjalankan tugasan saya kali ini. Pada awal sesi rakaman, saya telah
menunjukkan kompang kepada murid-murid dan meminta mereka menyatakan apa yang dapat
lihat. Saya membincang bersama murid dengan menanya beberapa soalan yang berkaitan
dengan kegunaan kompang pada langkah yang seterusnya. Daripada maklum balas murid-
murid, saya dapati bahawa saya berjaya merangsang minat murid terhadap tajuk pengajaran
kawannya.

4. Murid yang berjaya
mencari
kawannya diminta baca
bersama-sama ayatnya.

5. Selesai aktiviti, guru
akan merumuskan secara
keseluruhan aktiviti
tersebut.

Kaedah :
Membaca
bersama rakan-
rakan.

Nilai:
Berani
Mematuhi
peraturan
Bekerjasama
Penutup
(2 minit)



Lampiran A:

Lembaran Kerja

1. Guru membuat
rumusan pada tajuk hari
ini dengan menanya
soalan.

2. Guru memberi
lembaran kerja kepada
murid.

3. Murid mejawab
latihan dalam rumah.

BBM:
Lembaran Kerja


Strategi :
Berpusatkan
guru, pelajar.
Kaedah :
Penyoalan dan
penerangan.

hari itu dengan menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada mereka yang pernah melihat dan
dapat menyaksikan persembahan kompang di dalam kampung. Kesediaan murid belajar juga
dapat saya wujudkan dengan penggunaan Kemahiran Memulakan Pengajaran yang sesuai.
Aktiviti yang saya rancang telah menjurus kepada pencapaian objektif pengajaran pada hari itu.
Namun begitu, terdapat juga kelemahan yang dikenal pasti dalam pelaksanaan
mikropengajaran saya iaitu kurang senyuman dan kurang memberi galakkan kepada murid yang
lemah dalam menjawab soalan yang dikemukakan. Walaupun secara keseluruhan penglibatan
murid agak memuaskan, namum penglibatan murid tidak cukup aktif bagi saya. Setelah
merenung kembali, suara saya yang lantang telah menghalang interaksi saya dengan murid
secara aktif. Saya dapati bahawa murid yang lemah nampak takut ketika menjawab soalan yang
saya kemukakan dan seterusnya teragak-agak di sana dan tidak dapat memberi respon yang
baik.
Bagi mengatasi permasalahan yang berlaku, tindakan telah disusun bagi
memastikan proses pengajaran dan pembelajarn di masa hadapan dapat dikemas
kini bagi mengelakkan permasalahan yang berulang kembali. Tidak ketinggalan
dengan merujuk kepada guru yang berpengalaman dan sukai ramai, saya juga perlu
mengenal pasti cara yang sesuai untuk memberi peluang dan membimbing murid
menjawab soalan yang dikemukakan selain daripada menaksir kefahaman murid
terhadap isi pengajaran hari itu. Saya juga perlu mewujudkan suasana yang
menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dalam pelbagai hala dalam kelas.
Melalui cara ini barulah saya dapat membantu murid-murid dalam mencapai objektif
pembelajaran mereka serta menyelesaikan masalah pembelajaran mereka.

Anda mungkin juga menyukai