Anda di halaman 1dari 14

KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM 08000 SUNGAI PETANI KEDAH DARUL AMAN

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JANUARI 2012

KERJA KURSUS PENDEK TUGASAN PROJEK

NAMA NO KAD PENGENALAN KUMPULAN / UNIT SEMESTER AMBILAN MATA PELAJARAN / KOD

: : : : : :

FATIMAH AZAHARAH BINTI MOHAMAD 920706-02-5122 PENGAJIAN MATEMATIK / P3D SEMESTER3 JANUARI 2012 PENDIDIKAN JASMANI / PJM 3101

NAMA PENSYARAH

ENCIK ROSLI BIN HAMID

LAPORAN PEMERHATIAN TERHADAP KELAS PENDIDIKAN JASMANI (PBS)

Pemerhatian terhadap Kelas Pendidikan Jasmani Sepanjang melakukan Pengalaman Berasaskan Sekolah di Sekolah

Kebangsaan Bohor, saya telah membuat pemerhatian terhadap salah satu kelas Pendidikan Jasmani untuk mengumpulkan maklumat tentang perjalanan kelas tersebut. Selain itu, saya juga telah mengadakan perbincangan dengan guru tersebut serta merekodkan data-data yang diperlukan. Berikut merupakan maklumat yang telah kami kumpulkan sepanjang pemerhatian : Mata Pelajaran Masa Kelas Nama Guru Bilangan Murid : Pendidikan Jasmani dan Kesihatan : 7.40 pagi 8.15 pagi : Tahun 1 : Cik Anita : 22 orang

1.0 Aktiviti Memanaskan Badan

Memanaskan badan merangkumi aktiviti kardiovaskular dan senaman ringan seperti gerakan aerobik yang mudah. Ia biasanya membabitkan aktiviti yang ingin anda lakukan tetapi pada kadar yang lebih perlahan. Sebagai contoh, jika anda ingin berlari, panaskan badan dengan larian yang perlahan dan jika anda ingin berenang, mulakan dengan renangan yang ringan. Aktiviti ini adalah penting diadakan di awal kelas Pendidikan Jasmani bagi mengelakkan berlakunya kekejangan otot di kalangan murid.

1.1.

Adakah aktiviti memanaskan badan dijalankan ?

Memandangkan kelas Pendidikan Jasmani Cikgu Anita berlangsung pada waktu pertama, jadi murid-murid telah bersedia dengan pakaian sukan masing.masing. Cikgu Anita telah sedia menunggu murid-murid dengan peralatan yang tersusun untuk menjalankan aktiviti yang telah dirancang.

Sebelum melaksanakan aktiviti yang telah dirancang, Cikgu Anita telah mnegadakan aktiviti memanaskan badan terlebih dahulu. Guru memulakan aktiviti memanaskan badan dengan meminta murid untuk berlari setempat secara perlahan dan kemudian menambah kelajuan larian. Kemudian, guru meminta murid untuk berlari seperti burung layang-layang secara bebas. Aktiviti seperti ini membantu memanskan badan supaya nadi murid dan menyediakan murid untuk melaksanakan aktiviti yang lebih berat dilaksanakan.

Setelah selesai aktiviti memanaskan badan, aktiviti regangan pula dilaksanakan. Murid-murid diminta untuk membuat bulatan yang besar. Guru telah meletakkan dua orang murid di tengah-tengah bulatan sebagai ketua dalam aktiviti regangan ini. Guru membimbing pelaksanaan aktiviti ini dari luar bulatan. Aktiviti regangan yang dilakukan merangkumi semua anggota penting seperti kepala, tangan, pinggang dan kaki. Selain itu, aktiviti regangan yang dilakukan juga mengikut turutan yang betul iaitu dari kepala ke kaki. Melaui aktiviti regangan yang telah dilakukan oleh Cikgu Anita, sifat kepimpinan mampu terbentuk dalam diri murid-murid. Di samping itu, murid juga dilatih untuk menguasai langkah-langkah melaksanakan aktiviti regangan. Setelah melakukan aktiviti regangan dengan baik, murid-murid bersedia untuk melakukan aktiviti yang telah dirancangkan oleh guru.

Gambar 2 : Guru menjalankan aktiviti 'warm up'

Gambar 1 : Guru membetulkan cara murid melaksanakan aktiviti warm up

1.2.

Adakah penerangan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan dijalankan ?

Selesai sahaja aktiviti memanaskan badan, guru menekankan kepada murid kepentingan melakukan aktiviti tersebut dengan cara yang betul dan baik. Kepentingan aktiviti ini telah dijelaskan kepada murid bahawa aktiviti ini adalah untuk mengelakkan berlakunya kecederaan semasa bermain atau melakukan sebarang aktiviti. Penjelasan ini hanya dilakukan secara umum kerana pendekatan ini lebih sesuai dengan murid Tahun Satu untuk memahaminya. Di samping itu,penjelasan yang lebih terperinci lebih sesuai dijalankan di dalam kelas dengan bantuan alat bantu mengajar agar murid lebih mudah memahaminya dan mendapat gambaran yang lebih jelas.

Gambar 3 : Guru menerangkan kepada murid kepentingan melaksanakan aktiviti 'warm up'

1.3.

Adakah otot-otot besar untuk aktiviti yang dirancang diberi perhatian?

Semasa aktiviti memanaskan badan dan regangan dilakukan, beberapa otot-otot besar untuk aktiviti yang telah dirancang diberikan lebih penekanan. Antara penekanan yang diberikan ialah regangan pada otot kaki dan tangan apabila murid diminta untuk berlari secara bebas sambil tangan berterbangan seperti burung. Penekanan yang diberikan terhadap otot-otot tersebut mampu membantu koordinasi badan murid semasa murid melaksanakan aktiviti yang dirancang. Di samping itu, regangan terhadap otot-otot tersebut juga berupaya untuk melatih pergerakan tangan dan kaki murid secara tidak langsung. Justeru, guru tersebut telah berusaha memberi penekanan pada otot-otot yang akan digunakan dalam aktiviti seterusnya untuk memudahkan murid menguasai kemahiran yang akan diajar selain mengelakkan berlakunya kecederaan.

1.4.

Adakah aktiviti yang diadakan semasa pengajaran dan pembelajaran membahayakan otot-otot, sendi dan lain-lain anggota badan ?

Sepanjang

pemerhatian

dilakukan

terhadap

proses

pengajaran

dan

pembelajaran tersebut, tiada aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan yang didapati membahayakan otot-otot, sendi dan lain-lain anggota badan. Guru tersebut sangat menekankan isu keselamatan di mana beliau memastikan aktiviti yang dirancang dilaksanakan dengan cara yang betul. Elemen keselamatan ini penting dalam melaksanakan aktiviti terutamanya bagi murid Tahun Satu kerana mereka tidak mampu memikirkan bahaya sesuatu.

Justeru, guru tersebut telah merancang perjalanan kelas tersebut dengan baik di mana aktiviti memanaskan badan dijalankan di awal kelas. Kemudian

guru tersebut melaksanakan sedikit latihan tentang kemahiran membaling seterusnya permainan kecil yang melibatkan kemahiran tersebut. Aktiviti yang dijalankan berlangsung dengan lancer. Malahan, kebanyakkan murid telah berupaya menguasai kemahiran yang telah diajar guru.

Di samping langkah pengajaran yang diatur dengan baik, teknik pengajaran yang digunakan oleh guru tersebut juga berkesan bagi mengelakkan berlaku perkara-perkara yang membahayakan. Salah satu konsep yang telah diterapkan dalam proses pengajarannya ialah konsep peniruan. Bagi

menunjukkan cara yang betul untuk membaling, guru telah menunjukkan demonstrasi sambil murid-murid meniru gaya yang ditunjukkan oleh guru. Selain itu, guru juga telah menerapkan konsep ansur maju dalam pengajaran tersebut bagi mengukuhkan kemahiran yang telah dikuasai murid. Konsep ansur maju telah dilaksanakan dalam permainan di mana jarak balingan yang harus dibuat oleh murid ditambah dari masa ke masa. Melalui langkah pengajaran yang tersusun dan gaya pengajran yang baik, kejadian yang membahayakan dapat dielakkan.

2.0 Adakah aktiviti warm down dijalankan dan diberi penjelasan kepada murid-murid ?

Selesai sahaja melaksanakan aktiviti yang telah dirancang, murid-murid melaksanakan aktiviti warm down atau menyejukkan badan. Guru meminta murid untuk membentuk satu bulatan besar dan guru berada di tengah-tengah bulatan. Guru memimpin aktiviti ini dengan memulakan aktiviti tersebut dari bawah ke atas iaitu dari kaki ke kepala. Kemudian, guru juga menerangkan kepentingan melakukan aktiviti tersebut secara ringkas iaitu membolehkan kadar degupan jantung kembali ke kadar berehat selepas melakukan aktiviti sukan mahupun riadah.

Gambar 4 : Guru menjalankan aktiviti 'warm down'

3.0 Adakah peralatan yang digunakan sesuai dengan aktiviti yang dijalankan ?

Semasa menjalankan pemerhatian, guru tersebut telah mengadakan aktiviti berdasarkan kemahiran membaling. Dalam melaksanakan aktitviti yang

dirancang, guru perlulah menitikberatkan aspek keselamatan. Antara aspek keselamatan yang perlu diambil kira ialah penggunaan peralatan yang sesuai adan tidak membahayakan. Ini penting kerana kanak-kanak masih belum mampu untuk memikirkan tentang bahaya sesuatu dan hanya ingin berseronok. Justeru, guru perlu mengambil langkah berjaga-jaga bagi mngelakkan sebarang kemalangan atau kecederaan berlaku semasa murid-murid melakukan aktiviti. Setelah mempertimbangkan tentang aspek keselamtan, guru tersebut telah memilih beberapa peralatan yang sesuai bagi menjalankan aktiviti yang dirancang Antara peralatan yang digunakan ialah kon, bola getah, gegelung. Kon digunakan untuk menandakan kedudukan murid untuk membaling bola. Selain itu, bola getah yang digunakan juga lembut kerana angin di dalamnya telah dikurangkan. Gegelung pula digunakan sewaktu menjalankan permainan kecil di mana murid-murid perlu membaling bola kepada rakan menerusi gegelung. Selain itu, guru tersebut telah menyusun peralatan yang digunakan dengan susunan yang sesuai dan menggunakan jarak yang selamat.

Gambar 6 : Peralatan yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran

Gambar 5 : Murid mengemas peralatan setelah selesai proses pengajaran dan pembelajaran

4.0 Adakah pembahagian masa dari mula hingga tamat aktiviti pendidikan jasmani sesuai seperti yang dirancang ?

Pelaksanaan aktiviti dalam kelas Pendidikan Jasmani, pelbagai aspek perlu dipertimbangkan bagi memastikan kelas tersebut berjalan dengan lancar dan setiap aktiviti dijalankan mengikut perancangan. Aspek-aspek yang perlu dipertimbangkan ialah dari segi pembahagian masa mengikut aktiviti daan ketepatan masa. Justeru, guru yang mengendalikan kelas semasa pemerhatian telah membahagikan aktiviti di dalam kelas dengan pembahagian masa yang sesuai. Guru tersebut memulakan kelasnya dengan aktiviti memanaskan badan selama 5 minit. Kemudian, kelas diteruskan dengan demonstrasi cara balingan yang betul oleh guru sambil diikuti oleh murid-murid. Demonstrasi tersebut dijalankan kira-kira 5 minit sehingga murid berjaya menguasai teknik balingan yang betul. Setelah itu, murid bermain permainan kecil di mana murid perlu membaling bola kepada rakan dan jarak balingan akan ditambah. Permainan kecil ini berlangsung selama 15 minit dan murid berjaya menguasai kemahiran tersebut pada aras yang tinggi. Guru itu juga mengambil masa 5 minit untuk melakukan aktiviti menyejukkan badan serta membincangkan dengan murid pelajaran yang telah diajar. Selain itu, guru tersebut juga telah memastikan setiap aktiviti berjalan mengikut masa yang ditetapkan. Meskipun terdapat murid yang mengeluh kerana masa sesuatu aktiviti itu dijalankan terlalu pendek, namun guru tersebut bijak menangani sikap murid-murid. Kedua dua aspek tersebut telah diberi perhatian oleh guru tersebut telah berjaya memastikan kelas tersebut berjalan dengan lancar.

5.0 Berikan

saranan

anda

untuk

tindakan

penambahbaikan

dalam

pengajaran tersebut

Pemerhatian dari pelbagai aspek telah dilaksanakan di kelas tersebut. Perancangan yang terperinci dan teratur oleh guru yang mengandalikan kelas tersebut dilihat berhasil apabila murid-murid berjaya mencapai objektif pembelajaran di akhir kelas. Murid berupaya untuk membuat balingan samada dengan menggunakan kedua-dua belah tangan atau sebelah tangan dan balingan jarak jauh serta dekat. Selain itu, murid juga mampu membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh rakan. Namun, beberapa penambahbaikan boleh dibuat bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran tersebut lebih berkesan. Salah satu saranan yang boleh diberikan kepada guru tersebut ialah cuba melaksanakan permainan kecil dalam bentuk pertandingan. Guru boleh membahagikan murid kepada dua kumpulan dan membuat pertandingan kumpulan yang berjaya membuat balingan paling banyak melalui gegelung dalam masa tertentu. Melalui pertandingan yang dibuat itu, motivasi pelajar akan meningkat dan cuba menguasai kemahiran tersebut dengan baik. Di samping itu, pertandingan ini juga mampu memupuk semangat berdaya saing secara sihat dalam kalangan murid-murid. Selain itu, guru tersebut juga harus bersikap lebih tegas dalam mengendalikan kelasnya. Ini kerana semasa proses pengajaran dan

pembelajaran berlangsung, terdapat segelintir murid yang enggan mendengar arahan guru dan melakukan sesuka hati dengan peralatan. Sikap guru yang lebih tegas dapat mendisiplinkan murid dan memastikan murid mengikut arahan yang diberikan. Sikap guru yang lebih tegas juga dapat membentuk murid yang lebih menghormati guru. Kesimpulannya, proses pengajaran dan pembelajaran ini yang telah dilaksanakan oleh guru tersebut sangat menarik dan telah mencapai objektif yang ditetapkan. Di samping itu, pengajaran yang disampaikan dalam bentuk

yang santai dan menarik membuatkan murid seronok untuk belajar dan meninggalkan kesan yang mendalam kepada murid-murid. Kelas yang telah dikendalikan oleh guru tersebut juga telah memeberi peluang kepada saya untuk mempelajari pelbagai teknik dan langkah pengajaran yang sesuai untuk dipraktikkan di kelas. Semua perkara yang telah saya pelajari dan maklumat yang telah saya kumpulkan akan gunakan sebaiknya di masa akan datang dalam usaha saya menjadi seorang guru yang mampu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial.

Anda mungkin juga menyukai