Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP PROGRAM REKREASI MINDA

Nama : Fatimah Azaharah binti Mohamad


Program : PISMP Semester 8 Ambilan Januari 2012
:
Nama Sekolah Sekolah Kebangsaan Hutan Kampong

Nama Projek : Program Rekreasi Minda


Tarikh Pelaksanaan : 20 Oktober 2015

OBJEKTIF PROGRAM :

Program Rekreasi Minda telah dilaksanakan bagi memebuhi objektif berikut :

Memberi ruang kepada murid Tahun 6 merehatkan minda.


Menggalakkan murid berfikir secara kreatif dan kritis
Mengisi masa lapang murid Tahun 6

STRATEGI PELAKSANAAN

Setelah berakhirnya Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada bulan September
yang lalu, masa mereka diisi dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang diadakan di sekolah.
Justeru, saya dan rakan-rakan internship juga mengambil peluang merancang suatu aktiviti bagi
murid Tahun 6. Aktiviti yang dirancang adalah bertujuan membentuk kerjasama dalam kalangan
murid agar ikatan persahabatan antara murid dapat dieratkan meskipun mereka akan
membawa haluan masing-masing pada hujung tahun ini. Dalam masa yang sama, kami cuba
menggalakkan murid-murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif melalui aktiviti-aktiviti yang
dijalankan dalam program ini.

Program Rekreasi Minda yang dijalankan pada 20 Oktober 2015 dimulakan dengan
aktiviti Ikatan Kasih. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk menggalakkan murid untuk berfikir cara
membentuk ikatan yang lebih besar tanpa melepaskan pegangan tangan. Pegangan tangan
tersebut merupakan simbol bagi ikatan persahabatan antara mereka manakala bulatan besar
merupakan matlamat dalam kehidupan mereka. Jadi mesej yang cuba disampaikan dalam
aktiviti ini adalah hubungan persahabatan antara mereka perlu sentiasa dipelihara meskipun
mereka mempunyai matlamat yang harus dikejar dalam kehidupan mereka. Dalam aktiviti ini,
hanya dua kumpulan sahaja yang berjaya merungkaikan simpulan menjadi bulatan yang paling
besar.

Seterusnya merupakan aktiviti Apa Yang Penting. Dalam aktiviti ini, murid perlu menulis
perkataan kerjasama di atas kertas yang telah disediakan dengan menggunakan pen marker
besar yang diikat pada kayu dan setiap orang perlu memegang kayu tersebut. Dalam aktiviti ini,
kami cuba menyampaikan mesej kepada murid bahawa dalam suatu kumpulan atau organisasi
yang dibentuk, sikap kerjasama perlu dipupuk bagi mencapai suatu matlamat atau kejayaan.
Semua kumpulan telah berjaya menyelesaikan aktiviti ini dengan jayanya.

Aktiviti yang ketiga merupakan aktiviti Perjalanan Sebiji Belon. Dalam aktiviti ini, murid
dikehendaki membawa sebiji belon menggunakan belakang badan bersama seorang rakan.
Perjalanan yang ditetapkan merupakan perjalanan kehidupan mereka manakalan belon yang
dibawa pula merupakan masalah atau dugaan yang akan ditemui dalam kehidupan. Selain itu,
misi untuk menghantar rakan pula merupakan cita-cita atau matlamat mereka dalam kehidupan.
Jadi, aktiviti ini cuba menyampaikan mesej kepada murid-murid bahawa masalah yang ada
dalam kehidupan sama ada besar ataupu kecil perlu diatasi dan diuruskan dengan baik bagi
memastikan matlamat yang ditetapkan tercapai.

Selesai dengan aktiviti yang ketiga, program ini diteruskan dengan aktiviti Tali Botol Air
yang diadakan di padang sekolah. Dalam aktiviti ini, murid perlu membawa botol yang berisi air
untuk diisi dalam bekas yang diletakkan di hadapan. Botol-botol tersebut diikiat dengan tali di
mana setiap ahli dalam kumpulan perlu memegang satu tali. Bagi melaksanakan aktiviti ini,
murid perlu menggunakan strategi yang betul dan sesuai bagi membolehkan air masuk ke
dalam botol dan air dapat dituang ke dalam bekas. Kumpulan kedua telah berjaya
mengumpulkan jumlah air yang paling banyak dan sewaktu melaksanakan refleksi mereka
memberitahu bahawa mereka menggunakan strategi di mana sebahagian ahli perlu
menegangkan tali dan sebahagian ahli lagi perlu mengendurkan tali bagi membolehkan air
masuk dan keluar. Aktiviti ini telah berjaya dilaksanakan oleh setiap kumpulan dan kumpulan 2
diumumkan sebagai pemenang bagi aktiviti ini.

Selesai sahaja aktiviti di padang, murid-murid diarahkan masuk ke dewan semula bagi
melaksanakan aktiviti yang seterusnya. Setelah memberi ruang kepada murid melepaskan
lelah, program diteruskan dengan aktiviti Telefon Buruk. Aktiviti ini memerlukan murid untuk
berada dalamsatu barisan mengikut kumpulan masing-masing. Kemudian, mesej hanya
diberikan kepada individu yang pertama. Kemudian orang yang pertama akan menyampaikan
mesej kepada orang kedua dan yang seterusnya. Orang yang terakhir dikehendaki
mencatatkan mesj yang diperoleh daripada rakan dan membacakannya di hadapan. Hasil yang
diperoleh melalui pelaksanaan aktiviti ini ialah semua kumpulan tidak berjaya mencatatkan
semula mesej yang betul, namun kumpulan 2 dan kumpulan 5 mencatatkan mesej yang hampir
sama dengan mesej yang diberikan. Mesej yang cuba disampaikan melalui aktiviti ini ialah
dalam kehidupan ini, kita tidak boleh mendengar sesuatu mesej yang disampaikan secara
sambil lewa dan menyampaikannya kepada orang lain tanpa memikirkannya terlebih dahulu.
Murid dibenarkan untuk berehat setelah selesai aktiviti yang kelima ini.

Aktiviti yang keenam ialah aktiviti Menara Chopstick. Aktiviti ini dijalankan dalam
kumpulan masing-masing di mana setiap kumpulan perlu membina menara daripada chopstick
dan menara yang dibina mestilah kukuh dan menara yang apaling tinggi merupakan
pemenangnya. Semasa menjalankan aktiviti ini, didapati murid-murid hanya bermain-main
dengan chopstick pada awalnya. Hal ini adalah kerana murid tidak mengetahui cara untuk
membina menara tersebut. Namun setelah diberikan contoh serta gambar, murid mulai
mendapa idea bagi mebina menara masing-masing. Di penghujung aktiviti ini, setiap kumpulan
berjaya membina menara yang stabil serta kukuh dan kumpulan 2 yang mempunyai Negara
tertinggi merupakan pemenang bagi aktiviti ini.

Seterusnya,program diteruskan dengan aktiviti yang terakhir iaitu permainan tangram.


Aktiviti ini memerlukan murid menggunakan kepingan-kepingan tangram bagi menghasilkan
bentuk-bentuk yang ditunjukkan. Aktiviti ini menggalakkan murid untuk berfikir secara kritis dan
kreatif serta bekerjasama meluahkan idea bagi menyelesaikan masalah ini. Hasilnya, kumpulan
2 berjaya menyelesaiakan ketiga-tiga bentuk yang ditetapkan manakala kumpulan lain hanya
berupaya menghasilkan dua bentuk yang ditetapkan. Hal ini menunjukkan murid-murid
mengguanakan keupayaan mereka bagi menyelesaikan tangram yang diberikan.

Sebelum mengakhiri program ini, murid-murid diminta membuat refleksi dan


mengutarakan pengajaran yang diperoleh melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Kesemua
wakil kumpulan telah memberikan pandangan yang positif terhadap aktiviti-aktiviti tersebut.
Program ini seterusnya diakhiri dengan mengumumkan pemenang iaitu kumpulan 2 dan
pemberian cenderahati kepada semua peserta program.

LAMPIRAN
Persediaan program Rekreasi Minda dan Papan skor program Rekreasi Minda
pembahagian kumpulan

Murid melaksanakan aktiviti ikatan kasih Pelaksanaan aktiviti tali botol air

Pelaksanaan aktiviti perjalanan sebiji Murid berbincang untuk menghasilkan


belon menara chopstick
Menara choptick yang berjaya dibina oleh Murid berbincang untuk menyelesaikan
murid tangram

Tangram yang berjaya diselesaikan Murid membuat refleksi terhadap program

Anda mungkin juga menyukai