Anda di halaman 1dari 3

Kem ini bermula dengan 

mass modul yang merangkumi 3  jenis aktiviti. Aktiviti pertama


ialah Sit in Groups, aktiviti kedua ialah Group Formation dan aktiviti 3 ialah Who Are We?.
Pelaksanaan aktiviti pertama bermula dengan ketua fasilitator menyebut empat ciri yang telah
ditetapkan iaitu i) warna tali kasut, ii) warna baju, iii) bulan kelahiran dan yang akhir sekali iv) umur.
Dalam aktiviti ini, para pelajar perlu mencari ahli kumpulan berdasarkan ciri-ciri yang telah
disebutkan oleh ketua fasilitator dalam jangka masa 5 saat.  Para pelajar seterusnya diminta berhenti
jika ketua fasilitator menyebut perkataan “berhenti”. Selepas aktiviti pertama selesai, aktiviti kedua
pula menyusul. Dalam aktiviti kedua ini, fasilitator mengedarkan cebisan kertas yang mempunyai
logo super hero. Para pelajar perlu mencari kawan-kawan mereka yang mempunyai
logo superhero yang sama tanpa mengeluarkan suara. Dengan kata lain, para pelajar perlu mencari
ahli kumpulannya dengan menggayakan aksi yang terdapat pada logo yang mereka terima. Kemudian
mereka akan duduk dalam satu kumpulan bersama-sama kawan-kawan yang mempunyai logo yang
sama. Untuk aktiviti ketiga pula fasilitator mengagihkan kain kepada para pelajar. Kain ini akan
digunakan sebagai tanda nama (name tags) yang perlu dililit dan diikat di kepala pelajar. Lilitan ini
memudahkan kawan-kawan dan terutamanya fasilitator untuk mengetahui nama setiap pelajar.
Setelah itu, para pelajar diminta untuk menentukan empat perkara iaitu i) ketua kumpulan, ii) nama
kumpulan, iii) sorakkan dan iv) moto kumpulan. Modul ini berlangsung selama lebih kurang 90
minit. Modul ini memberi satu pengajaran iaitu membolehkan para pelajar dan fasilitator dapat
mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat.

Seterusnya, selesai Mass Module tadi, kem ini diteruskan dengan modul yang pertama
iaitu Two Truth and a Tale. Dalam aktiviti ini, para pelajar perlu memperkenalkan diri
dengan  menyatakan nama, asal, umur dan tiga fakta tentang diri sendiri. Untuk tiga fakta ini, para
pelajar diminta untuk memberikan dua fakta yang benar dan satu fakta yang salah tentang diri
mereka. Ahli kumpulan lain pula perlu meneka fakta yang salah tentang pelajar berkenaan.
Seterusnya, pelajar berkenaan pula diminta untuk memberikan sebab fakta itu salah. Semua ahli
kumpulan akan membuat perkara yang sama. Modul ini mengambil masa selama 60 minit.
Pengajaran daripada modul ini adalah janganlah bersangka buruk kepada orang lain dan lebih baik
bertanya dahulu sebab sesuatu perkara itu berlaku sebelum membuat andaian sendiri.

Modul kedua pula berlangsung pada sebelah petang. Modul ini diberi nama Explorace. Para
pelajar perlu menyelesaikan 8 checkpoints (8 kumpulan) untuk memenangi explorace ini. Modul ini
memakan masa selama 135 minit. Setiap checkpoint mempunyai pengajaran tersendiri. Contohnya,
pada checkpoint ke-2 yang diberi nama Deco The Model, para pelajar dapat menggunakan kreativiti
masing-masing. Kreativiti ini  sangat penting dalam apa-apa jua perkara. Modul ini mengajar para
pelajar untuk bekerjasama antara satu sama lain dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
Seterusnya, modul ketiga ialah Town Planning. Dalam aktiviti ini, para pelajar perlu melukis
bandar impian mereka di atas kertas mahjong. Mereka perlu melantik lima orang menteri seperti
Menteri Pertahanan, Menteri Kesihatan, Menteri Pengangkutan, Menteri Belia Dan Sukan dan
Menteri Pendidikan. Selepas mereka selesai melukis bandar, menteri- menteri yang dilantik akan
membentangkan bandar impian mereka kepada semua kawan mereka. Modul ini mengambil masa
selama 1 jam 30 minit. Modul ini mempunyai dua objektif iaitu yang pertama adalah menjana idea
yang bernas melalui perbincangan sesama sendiri manakala objektif kedua adalah pelantikan menteri
untuk melakukan kerja masing-masing untuk menghasilkan kerja yang cepat dan efisien.

Kem ini diteruskan dengan modul yang keempat iaitu Periuk Api. Modul ini dilakukan untuk
memupuk rasa percaya antara ahli kumpulan, menguji cara para pelajar berkomunikasi antara satu
sama lain dan menerapkan sifat kejujuran dalam apa jua kerja yang dilakukan. Semua ahli kumpulan
diminta untuk menutup mata dengan tanda nama masing-masing kecuali ketua. Pelajar lelaki dan
perempuan disediakan tali rafia untuk menghubungkan mereka antara satu sama lain supaya barisan
tidak terputus. Seorang ketua daripada setiap kumpulan diminta memberi arahan kepada ahli
kumpulannya untuk mengumpulkan harta karun (stickey notes) sebanyak yang mungkin. Ketua perlu
membimbing ahli kumpulannya dengan sebaik yang mungkin kerana mereka perlu mengelak periuk
api (kerusi plastik) yang ada di dalam kawasan tersebut. Peruntukan masa untuk menyiapkan modul
ini adalah selama 90 minit. Pengajaran daripada modul ini adalah pengikut perlu mempercayai
ketuanya dalam apa jua situasi asalkan tidak bercanggah dengan ajaran agama sepertimana kita
sebagai umat Nabi Muhammad S. A. W perlu mempercayai Baginda.

 Modul kelima ialah Quick Ball.  Dalam modul ini, para pelajar perlu lengkapkan satu
pusingan dengan menghantar bola kepada setiap ahli kumpulan. Para pelajar perlu melengkapkan
satu pusingan secepat yang boleh. Maksudnya mereka perlu memikirkan strategi untuk
melengkapkan permainan ini dalam masa yang paling pantas. Syarat untuk menghantar bola adalah
para pelajar perlu menyebut apa sahaja perkataan yang terlintas dalam fikiran mereka sebelum
menghantar bola kepada ahli seterusnya. Modul kelima ini mengambil masa lebih kurang 60 minit
untuk mereka menyelesaikannya. Objektif modul ini adalah untuk memberitahu kepada para pelajar
bahawa masa itu emas dan strategi adalah sangat penting supaya apa sahaja yang kita rancang akan
berjalan dengan lancar.

Kem ini diakhiri dengan modul keenam iaitu Surat Layang. Modul ini bertujuan untuk para
pelajar memberi kata-kata semangat atau pujian atau harapan kepada kawan-kawan yang lain. Setiap
pelajar diberikan kertas untuk menulis kata-kata semangat kepada tuan empunya kertas. Ketua
fasilitator memberi isyarat seperti ‘tukar’ untuk para pelajar menghantar kepingan kertas kepada
rakan di sebelah kanan mereka. Modul terakhir ini memerlukan masa sebanyak 30 minit untuk
diselesaikan. Objektif modul ini adalah untuk menyemai rasa kasih sayang antara satu sama lain.

Anda mungkin juga menyukai