Anda di halaman 1dari 6

Senarai Aktiviti/ Energizer

1. Tarian Xi Shua-shua
2. Para-para Dance
3. Potong Bebe Angsa
4. Tepuk Semangat/ Sayang

Ice Breaking
Aktiviti ‘Kita Serupa’
Langkah-langkah :
Setiap peserta dikehendaki mencari rakan-rakan yang sama dari segi :
- bulan kelahiran
- saiz kasut
- DLL
SENARAI LDK
PROGRAM CAREER ATTACK @ PPKS/ICATS

LDK I
Tajuk: Jambatan Kejayaan
Masa: 2 jam
Alat: Surat Khabar, Kerusi, Salotep., Batu Bata
Bilangan ahli: 10 orang

Objektif:
- Menggalakkan pemikiran kreatif peserta.
- Memupuk semangat kerjasama dan kepimpinan peserta.
Langkah:
1.Terangkan kepada peserta bahawa mereka perlu membina sebuah jambatan menggunakan
surat khabar lama.
2.Setiap peserta perlu memainkan peranan dengan menyumbangkan idea untuk membina
sebuah jambatan yang kukuh dan dapat menampung beban (batu bata).
3.Kerusi akan berperanan sebagai tapak kepada jambatan tersebut.
4. Setiap jambatan yang dibina perlu diberikan nama dab dihias dengan kreatif.
5. Masa yang diperuntukkan untuk membina adalah 1 jam.
6.Setelah selesai, setiap kumpulan akan menceritakan berkenaan dengan jambatan tersebut.
7.Fasilitator yang dilantik akan menguji jambatan setiap kumpulan dengan meletakkan batu
bata di atas jambatan tersebut. Jambatan yang paling banyak menampung batu bata/ yang
paling lama bertahan dinobatkan sebagai jambatan yang paling kukuh.
Bincangkan perkara-perkara berikut:
a) Apakah perasaan ketika melakukan proses membina jambatan tersebut?
b) Apakah yang peserta dapat pelajari daripada aktiviti hari ini?
c) Adakah sesiapa yang ingin memberi komen atau menambah kepada komen
tadi?
Pengajaran:
Fasilitator merumuskan bahawa kerjasama yang baik dalam kumpulan merupakan asas
dalam kejayaan. Proses memberi pendapat sesama ahli kumpulan perlulah dilakukan dengan
penuh berhemah supaya tidak mencetuskan perbalahan sesama ahli kumpulan. Hal ini juga
perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian sama ada di sekolah atau di alam pekerjaan.
LDK 2
Tajuk: Dunia ku dunia baru
Masa: 30 Minit
Alatan: Tiada
Objektif :
- Memberi peluang kepada peserta berkenalan antara satu sama lain dalam suasana yang
menyeronokkan.
- Mengurangkan rasa malu, rendah diri dan takut apabila berada dalam kelompok yang belum
dikenali.
Langkah :
1.Peserta diberi kad yang masing-masing bernombor 1–6.
2.Setiap nombor akan mewakili satu gerakan tertentu.
3.Peserta lelaki dan perempuan diminta berbaris sebelum kad diedarkan kepada mereka.
4.Ketua menyatakan bahawa peserta berada dalam dunia baru. Di dunia ini tiada siapa yang
boleh bertutur. Mereka hanya boleh melakukan gerakan yang tertentu. Mereka semua perlu
mencari rakan yang sama jenis untuk membentuk satu perkampungan.
-Jenis pertama aksi menangis
-Jenis kedua aksi burung terbang
-Jenis ketiga aksi ketawa
-Jenis keempat aksi garu kepala
-Jenis kelima aksi bunyi motor
-Jenis keenam aksi bunyi kucing
5.Apabila bertemu dengan jenis yang sama mereka perlu mengangguk dan cari rakan lain
yang sama jenis.
6.Ketua memastikan peserta tidak bercakap selain bunyi tertentu.
7.Jika ada jenis yang tidak menemui jenis yang sama. Maka mereka perlu buat gerakan itu
dan rakan mereka hendaklah menjemput mereka masuk kelompok.
Perbincangan:
1.Bagaimanakah perasaan peserta menjalankan aktiviti
2.Bagaimana cara berinteraksi apabila tidak boleh bertutur.
Pengajaran:
Untuk berkenalan dengan seseorang, kita perlu mempunyai sifat peramah, sedia
menghampiri dan tidak menunggu ditegur oleh orang lain.
LDK 3
Tajuk: Fantasi Kejayaan
Peralatan: TIADA
Lagu : Instrumental Song/ Lagu yg tenang/ Bunyi Alam
Jangka Masa : 50 minit
Objektif:
- Supaya peserta dapat mengetahui potensi pada diri.
- Peserta dapat menikmati erti nikmat sesebuah kejayaan.
Langkah:
1. Fasilitator meminta peserta untuk menenangkan diri, tarik nafas dan hembuskan kembali (
ulang beberapa kali).
2.Fasilitator meminta peserta unutk membayangkan satu hari yang amat menggembirakan
sekali sepanjang hidup anda. Tumpukan kepada kejayaan yang menggembirakan tersebut.
3.Ingat kembali kejayaan tersebut dan siapakah yang banyak memberi sokongan kepada
anda untuk mencapai kejayaan tersebut. Adakah anda merancang untuk mendapatkan
kejayaan tersebut ataupun apakah usaha yang anda lakukan untuk mencapainya.
4. Sekarang sedarkan diri anda dan kongsikan kejayaan tersebut kepada rakan-rakan anda.

Pengajaran :
1. Setiap orang pernah mempunyai kenangan manis dan kejayaan.

2. Individu mempunyai potensi diri dan peluang untuk mencapai kejayaan.


LDK 4
Tajuk : Dengar Baik-baik Naa..
Peralatan :Petikan Pendek
Objektif:
1. Mendengar maklumat dengan baik.
2. Menyelidik maklumat terlebih dahulu sebelum menyampaikannya kepada orang lain

Langkah :
1. Peserta pertama akan diberikan masa selama 30 saat untuk membaca petikan dan cuba
mengingati sebanyak mana maklumat yang terdapat di dalam petikan tersebut
2. Setelah 30 saat peserta pertama akan menuju kepada peserta kedua. Peserta pertama tadi
akan membisikkan maklumat yang telah dia peroleh daripada petikan tersebut kepada peserta
kedua dan masa yang diberikan juga adalah 30 saat.
3.Begitulah seterusnya, peserta ketiga akan mengulangi memberikan maklumat kepada
pemain keempat. Permainan akan diteruskan sehinggalah kepada pemain yang terakhir.
4) Apabila tiba kepada pemain yang terakhir, dia akan berlari ke hadapan dan menyebut
kesemua maklumat yang disampaikan kepadanya. Disini maklumat tersebut dapatlah kita
banding bezakan sama ada ia tepat, berkurang, terlebih atau apa sahaja daripada maklumat
asal dari petikan tadi.

Pengajaran:
1. Mendengar dengan baik merupakan salah satu asas penting ketika dalam proses
belajar.
2. Kegagalan untuk mendengar dengan baik menyebabkan kita gagal untuk
mendapatkan maklumat yang betul dan tepat. Kemungkinan besar kita juga akan
menyampaikan perkara yang tidak tepat kepada orang lain.
3. Selain itu sebelum menyebarkan sesuatu maklumat, perlulah diselidiki kebenarannya
terlebih dahulu.
LDK 5
Tajuk : Tanjak Saya
Peralatan : Kad Manila
Langkah-langkah:
1.Fasilitator melantik lima orang peserta dan mengasingkan mereka dan kemudiannya
meminta mereka bersedia untuk memberikan ucapan ataupun cerita pendek. Cerita atau topik
akan disediakan.
2. Fasilitator menyediakan lima tanjak daripada kad manila bertulis seperti berikut:
-JANGAN PEDULI CAKAP SAYA
-SAMPUK CAKAP SAYA
-DENGAR CAKAP SAYA
-KETAWAKAN SAYA
-KUTUK SAYA
3. Fasilitator mengingatkan semua peserta supaya memberi respon mengikut catatan pada
tanjak yang dipakai oleh rakan yang akan berucap.
4. Fasilitator memanggil ahli ( pemidato/pencerita) bergilir-gilir supaya bercerita ataupun
berucap selama tiga minit.
5. Selepas selesai sesi bercerita/berucap, fasilitator memberi peluang
pencerita/pemidato menyatakan perasaan mereka apabila mendapat reaksi daripada peserta
lain.

Pengajaran:
1. Bagaimana perasaan ataupun reaksi peserta apabila dipedulikan ataupun dihargai.
2. Bagaimana perasaan ataupun reaksi peserta apabila diberikan perhatian.
3. Menyelami perasaan orang lain sekiranya tidak dihargai ataupun dipedulikan
contohnya seorang guru yang mengajar tetapi tidak dipedulikan oleh pelajar.

Anda mungkin juga menyukai