Anda di halaman 1dari 7

Aktiviti 1

Tajuk : Potret Wajah

Personalia: Fasilitator

Objektif:

1. Peserta mengenal diri sendiri .

2. Peserta peka terhadap diri sendiri dan rakan sekellingnya.

3. Berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan apa yang diinginkan.

Masa : 30 minit

Bahan : Kertas A4 dan pensil.

Langkah-langkah

1. Fasilitator mengedarkan kertas A4 kepada setiap peserta.

2. Peserta diminta melukis gambar wajah sendiri dalam masa 5 minit.

3. Fasilitator memungut semua gambar yang telah dilukis dan diedarkan semula gambar tersebut kepada
peserta yang berlainan.

4. Setiap peserta menerima sekeping gambar wajah kawannya.

5. Dalam masa 10 minit setiap peserta mencari gambarnya yang telah dilukis tadi sehingga dapat

6. Peserta yang paling lambat akan dikenakan denda.

Proses

1. Peserta berusaha untuk mendapatkan gambar mereka masing-masing untuk mengelakkan


daripada didenda.

2. Peserta juga perlu memastikan gambar yang diterima gambar yang telah dilukis sebelumnya.
Berkemungkinan ada peserta yang terlupa gambar yang telah dilukis kerana tidak mengambil
berat dan tidak fokus semasa melukis.

Penilaian

1. Kepuasan diri peserta tergambar apabila berjaya mendapatkan semula gambarnya.

Rumusan

Menyayangi dan menghargai anugerah yang telah dikurniakan.


Aktiviti 2

Tajuk : Bom

Personalia: Fasilitator

Objektif:

1. Kesepakatan di kalangan ahli dalam kumpulan.

2. Mengiktiraf dan mengikut arahan ketua.

3. Kecekapan dan ketajaman fikiran.

Masa : 30 minit

Bahan : Tiada.

Langkah-langkah

1. Fasilitator membahagikan peserta kepada 8 kumpulan dengan bilangan ahlinya seramai 12 @ 13 orang.

2. Ahli kumpulan berada dalam bulatan dan melantik seorang ketua.

3. Peserta juga diminta mencipta satu nama kumpulan berdasarkan nama negara yang mempunyai
dua suku kata. Fasilitator memperkenalkan setiap kumpulan dengan nama yang telah dipilih dan
dan meminta setiap kumpulan menghafaz nama kumpulan yang lain.

4. Fasilitator memulakan permainan dengan memilih satu kumpulan untuk memulakan teriakan
nama kumpulannya dan diakhiri dengan perkataan “BOM”

5. Kumpulan yang namanya disebut akan menyahut dan membuat teriakan nama kumpulannya sebanyak
tiga kali dan diikuti dengan satu nama kumpulan lain sebanyak sekali.
Contoh ; “ China Bom 3 kali.... Cuba bom 1 kali “

6. Kumpulan yang namanya disebut akan menyahut dan membuat teriakan ke arah kumpulan lain dan
seterusnya.

7. Kumpulan yang lambat menyahut dikira kalah dan terkeluar dari permainan.

Proses : Peserta berinteraksi di dalam kumpulan dan di antara kumpulan secara aktif. Berlaku proses
membina semangat kerja berkumpulan dan menghormati ketua.

Penilaian : Kumpulan yang terkeluar di anggap tidak mempunyai semangat berjuang, tiada kepekaan dan tidak
bersatu

Rumusan
Cinta dan kasih kepada negara
LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK)

Tajuk : Pemimpin Idola

Personalia: Fasilitator

Objektif:

1) Kesepakatan dalam kalangan ahli kumpulan.

2) Mencungkil pemahaman peserta tentang identiti pemimpin yang dicontohi.

3)Peserta dapat menerapkan ciri-ciri pemimpin idola dalam diri setiap peserta

Masa: 2 jam 30 minit

Bahan: Kertas dan pen marker

Langkah-langkah:

1) Setiap kumpulan diarahkan untuk memilih seorang pemimpin idola.

2) Seterusnya setiap kumpulan diminta untuk membincangkan 10 ciri dan identiti pemimpin idola yang dipilih .

3) Setiap ciri yang dipilih perlui disertakan dengan huraian dan contoh

4) Setiap kumpulan akan menyenaraikannya secara terperinci di atas kertas yang disediakan. Setiap kumpulan
diberikan masa 1 jam.

5) Setiap kumpulan diminta untuk membuat pembentangan.

6) Fasilitator akan membuat rumusan di akhir slot.

Penilaian :

Peserta dapat mengemukakan pemimpin idola masing-masing dan berjaya mengenal pasti serta menyenaraikan
ciri-ciri pemimpin idola yang dipilih dengan penyampaian yang sangat berkesan.

Rumusan :

Setiap manusia mempunyai kekuatan dan kelemahan sendiri


EKSPLORASI MINDA

Tajuk : Rantaian Nama

Personalia: Fasilitator

Objektif:

1. Peserta dapat mengenali nama rakan dalam kumpulan.

2. Meningkatkan daya hafalan dan ketajaman fikiran.

3. Membina satu jalinan hubungan di kalangan ahli kumpulan.

Masa: 20 minit

Bahan : Tiada

Langkah-langkah

1. Fasilitator meminta peserta pertama menyebut namanya.

2. Peserta kedua akan menyebut namanya dan nama peserta pertama.

3. Peserta ketiga akan menyebut namanya dan nama peserta pertama dan kedua. Ulang proses ini sehingga
peserta yang terakhir.

Penilaian

1. Peserta dapat mnyelesaikan aktiviti dengan sangat cepat dengan kerjasama dan kreativiti setiap peserta.

Rumusan:

Setiap manusia akan lebih selesa apabila dihargai dan disayangi


Tajuk : Matlamat Kumpulan

Objektif

1. Peserta dapat menggunakan kreativiti dan inovasi dalam mencipta logo, motto serta matlamat kumpulan.

2. Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan peserta untuk mencapai sesuatu matlamat.

Personalia : Fasilitator

Masa : 20 minit

Bahan : Kertas mahjong, maker pen biru,merah dan hitam

Langkah-langkah

1. Fasilitator mengedarkan kertas mahjong dan maker pen kepada kumpulan.

2. Setiap ahli kumpulan berbincang untuk mencipta logo, motto dan matlamat kumpulan.

3. Kumpulan yang kreatif dapat menyiapkan aktiviti dalam masa sangat cepat.

4. Fasilatator perlu menilai kreativiti pelajar dalam menyelesaikan aktiviti yang diberi.

Penilaian

1. Peserta dapat menyiapkan logo kumpulan dan menetapkan motto serta matlamat kumpulan.

Rumusan

Peserta mempunyai matlamat yang jelas dan mengetahui arah tuju .


Tajuk : Suara Patriotik

Objektif:

1. Peserta sedar kepentingan semangat patriotik

2. Peserta dapat menyanyikan lagu dengan penuh semangat dan penuh penghayatan.

Personalia : Fasilitator

Masa : 20 minit

Bahan : Tiada

Langkah-langkah

1. Peserta diminta berdiri tegak dalam barisan dan tangan disisi serta pandang ke hadapan.

2. Fasilitator meminta peserta menyanyikan lagu Negaraku, lagu Sabah Maju Jaya dan lagu sekolah.

3. Peserta akan mengulangi nyanyian sehingga fasilitator berpuas hati.

Penilaian

1. Peserta menyanyi dengan penuh semangat, serta menepati dan menjiwai semangat patriotik.

Rumusan

Cintai tanah airku


Tajuk : Si Buta Sayang

Personalia: Fasilitator

Objektif:

1. Peserta peka dengan arahan yang diberikan.

2. Sensitivity setiap peserta sangat dititikberatkan untuk menjadi seorang pemimpin yang hebat.

Masa : 20 minit

Bahan : Kain yang dipotong mengikut bilangan peserta dalam satu kumpulan.

Langkah-langkah

1. Setiap peserta dibekalkan dengan sehelai kain yang telah dipotong.

2. Peserta diminta menutup mata masing-masing menggunakan kain yang dibekalkan.

3. Fasilitator hendaklah memastikan peserta dengan sempurna.

4. Peserta diminta berbaris dalam satu barisan dan memegang rakan di hadapannya.

5. Fasilitator memandu kumpulan tersebut berjalan di tempat-tempat yang telah ditentukan.

6. Semasa dalam perjalanan fasilitator hendaklah sentiasa memberikan arahan kepada peserta.

Contoh:

“ jalan perlahan-lahan jalan tidak rata”

“ berhati-hati dawai tajam di kiri kanan kamu”

“ lompat… ada longkang di hadapan” … dan lain-lain.

7. Selepas selesai, peserta diminta membuka ikatan dan menanyakan perasaan peserta semasa aktiviti
dijalankan

Proses : Semasa aktiviti dijalankan peserta akan fokus kepada arahan fasilitator. Kita akan dapati ada peserta yang
tidak mendengar arahan dan tidak mengindahkan arahan. Deria pendengaran sangat penting dalam
aktiviti ini. Begitu juga dengan deria bau dan rasa. Peserta akan sentiasa peka dengan keadaan
sekeliling.

Penilaian : Sikap yang sentiasa peka kepada sekeliling dan mengikut arahan adalah sangat penting
bagi seorang pemimpin.

Rumusan : Kepekaan pemimpin menuju kecemerlangan.

Anda mungkin juga menyukai