Anda di halaman 1dari 3

MODUL LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK)

PROGRAM KEPIMPINAN 2011


SK KG BAHAGIA
LDK 1
Bidang
Tajuk
Objektif

:
:
:

Pembangunan Diri Murid


Aku Pemimpin
Pada akhir sesi murid dapat :
1. Murid memahami asas kemahiran kominikasi dengan baik.
2. Murid menyedari potensi dan kebolehan dalam berkomunikasi
dengan lebih baik.

Masa
Bahan
Langkahlangkah

:
:
:

60 minit
Kertas A4
Set Induksi :
- Sehelai kertas A4 akan diberikan dan setiap ahli dalam kumpulan
hendaklah memegang kertas tersebut. Ahli ditugaskan supaya berusaha
mendapatkan kertas tersebut tanpa mengoyakkan atau terkoyak.
- Ahli diberikan masa 3 minit untuk melakukan aktiviti tersebut.
(komunikasi diantara ahli penting untuk memastikan tugasan berjaya
dilakukan. Komunikasi yang baik perlu ada dalam setiap pemimpin)
1. Murid dibahagikan mengikut kumpulan mengikut pelbagai kebolehan.
Setiap kumpulan dianggotai oleh pengawas sekolah pengawas pusat
sumber, ketua kelas dan penolong ketua kelas
2. Fasilitator menerangkan mengenai kemahiran asas komunikasi dan
kepimpinan.
3. Setiap kumpulan pemimpin diarah membincangkan satu isu semasa.
Pengawas Sekolah Kes ponteng sekolah / dating lambat.
Ketua Kelas Murid bising di dalam kelas.
Pen Ketua Kelas Murid sering keluar kelas.
Pengawas Pusat Sumber Murid yang tidak pulangkan buku.
5. Setelah selesai, wakil kumpulan pemimpin membentangkan hasil
perbincangan dengan menggunakan kemahiran asas komunikasi.
6. Rakan lain dikehendaki mengemukakan soalan.
7. Fasilitator membuat rumusan .

:
Penilaian

Membentangkan hasil perbincangan dengan menggunakan asas


komunikasi.
:

Rumusan
Falsafah

Setiap individu memiliki asas komunikasi dan boleh ditingkatkan


melalui proses latihan.
:
1. Setiap individu boleh berkomunikasi dan telah memiliki asas
komunikasi.
2. Kemahiran berkomunikasi boleh ditingkatkan melalui proses latihan.
3. Komunikasi yang berkesan memberi impak dalam kehidupan seharian
terutamanya kepada seorang pemimpin.

LDK 2
Tajuk
Objektif

:
:

Timang-timang Anak
Pada akhir sesi murid dapat :
1. Mewujudkan kerjasama dikalangan ahli.
2. Menyedarkan ahli bahawa sesuatu kerja yang dibuat disempurnakan
dengan lebih baik.
3. Perancangan masa dan langkah tindakan sangat penting untuk
menentukan kejayaan.

Masa
Bahan

:
:

30 minit
Tali Rafia, 6 biji belon bagi setiap kumpulan.

Langkahlangkah

1. Setiap kumpulan diberikan tali raffia dan 6 biji belon.


2. Setiap kumpulan diberikan masa 5 minit untuk menjalankan aktiiti
ini.
3. Minta 2 ahli memegang 2 utas tali raffia dan menarik hujungnya
sehingga tegang dengan tangan kiri dan kanan.
4. minta 4 orang ahli lain memegang tali raffia dan menarik
hujungnya sehingga tegang dengan sebelah tangan.
5. Ahli lain dikehendaki meletakkan belon dihujung antara 2 tali yang
ditegangkan. Pastikan belon itu tidak terjatuh.
6. Lakukan aktiviti ini sehingga semua belon dapat diluncurkan tanpa
jatuh dalam masa yang ditentukan.

:
Penilaian

Fasilitator memimpin perbincangan setelah aktiviti dilakukan :


a) Bagaimana reaksi mereka?
b) Berapa biji belon yang berjaya diluncurkan.
c) Jika gagal, mengapa?
d) Apakah unsur pembelajaran yang didapati daripada aktiviti ini.
:

Rumusan

Tugas yang dijalankan oleh 2 orang adalah lebih mudah kerana


hanya dua orang sahaja yang mengawal pergerakan dan merancang
langkah tindakan.
Sekiranya dijalankan oleh ramai orang, tugas tersebut lebih sukar
dilakukan kerana masing-masing mempunyai idea sendiri. Ini lebih
menyukarkan dengan penglibatan ahli lain.
Peranan pemimpin penting untuk memastikan tugasan ini berjaya
dijalankan.
Ketekunan, kerjasama dan perancangan sangat penting untuk
menjayakan sebarang tugas yang diberi oleh guru.

Anda mungkin juga menyukai