Anda di halaman 1dari 15

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

MALAYSIA

MODUL
MENJULANG ASPIRASI
MEMBINA
KEUNGGULAN

DISEDIAKAN OLEH :

MAIZATUL AKMAM BT ABU BAKAR


SUHANA BT MOHD ISA
SLEVESTER EBIN
SHAHRULIZAM BIN AMAT
SALAM PERKENALAN 1

Tajuk: Tak Kenal Maka Tak Cinta


Masa: 30 minit
Bahan:
i. Kertas A4

Objektif: Di akhir aktiviti peserta akan dapat


1. Berkenalan dengan semua peserta program
2. Menghilangkan rasa malu untuk berkomunikasi dengan peserta lain
3. Berinteraksi sesama peserta dengan selesa.

Langkah-langkah:
1. Semua peserta diminta supaya menuliskan nombor kad pengenalan
masing-masing sahaja di dalam secebis kertas.
2. Setiap peserta diminta supaya meletakkan kertas yang bertulis nombor
kad pengenalan ke dalam sebuah kotak kecil. Fasilitator akan
menggaul kesemua kertas tadi.
3. Setiap peserta diminta mengambil semula kertas tadi dan mula mencari
tuan punya nombor kad pengenalan.

Falsafah :

Untuk menambah kenalan kita perlulah berusaha untuk mengenali orang lain. Komunikasi
lisan merupakan cara yang paling berkesan bagi membina persahabatan. Kita adalah orang
yang sepatutnya memulakan salam perkenalan. Komunikasi akan menjadi lebih berkesan
apabila wujud perhubungan dengan individu lain.
SALAM PERKENALAN 2

Tajuk : Jigsaw Puzzle


Peralatan : Jigsaw puzzle
Masa : 1 jam 30 minit

Objektif: Di akhir aktiviti peserta akan dapat


1. Berkenalan dengan semua peserta program
2. Menghilangkan rasa malu untuk berkomunikasi dengan peserta lain
3. Berinteraksi sesama peserta dengan selesa.

Langkah-langkah :
1. Setiap kumpulan diminta melantik seorang ketua dan ketua diminta untuk
mengambil kepingan puzzle daripada fasilitator.
2. Peserta kedua, ketiga dan seterusnya diminta mengambil kepingan kecil
puzzle sebanyak sepuluh keping setiap seorang.
3. Apabila kesemua peserta telah mengambil kepingan puzzle maka peserta
boleh memulakan aktiviti mencantum puzzle.
4. Peserta akan dibenarkan menukar puzzle antara kumpulan dan bertukar
puzzle dengan baki kepingan yang masih ada pada fasilitator.
5. Semasa melaksanakan aktiviti fasilitator membuat penilaian dan mencatat
tentang tingkah laku peserta.
6. Fasilitator membuat rumusan terhadap aktiviti.

Falsafah :

Untuk menambah kenalan kita perlulah berusaha untuk mengenali orang lain.
Komunikasi lisan merupakan cara yang paling berkesan bagi membina persahabatan. Kita
adalah orang yang sepatutnya memulakan salam perkenalan. Komunikasi akan menjadi lebih
berkesan apabila wujud perhubungan dengan individu lain.
LDK 1

Tajuk: Berat Sama Dipikul Ringan Sama Dijinjing


Masa: 2 jam
Bahan:
i. Petikan video – kerja berpasukan (setiap kumpulan 1)

Objektif: Di akhir aktiviti peserta akan dapat


1. Menyenaraikan aktiviti kerja berpasukan yang dipelajari dari petikan video
2. Menyatakan tanggungjawab ahli dalam meningkatkan prestasi organisasi
3. Membuat demonstrasi kerja berpasukan melalui aktiviti yang ditugaskan
kepada ahli kumpulan

Langkah-langkah:
1. Fasilitator memberikan satu petikan video bagi setiap kumpulan.
2. Setiap kumpulan diminta supaya menonton petikan video dan membuat
analisis mengenai tingkah laku kerja berpasukan yang terdapat di dalam
petikan.
3. Ahli kumpulan menulis hasil analisis petikan video di atas kertas mahjung
dengan cara yang paling kreatif
4. Ahli kumpulan diminta membuat pembentangan untuk hasil perbincangan
kumpulan mereka
5. Fasilitator membuat rumusan terhadap aktiviti yang telah dilaksanakan.

Falsafah :

Setiap ahli di dalam sesebuah organisasi mempunyai sumbangan yang tersendiri


dalam meningkatkan prestasi perkhidmatan. Kerjasama yang erat akan membantu organisasi
mencapai matlamatnya. Sekiranya semua ahli organisasi memberikan komitmen yang paling
optimum, semua halangan bagi mencapai matlamat organisasi pasti dapat diatasi
LDK 2

Tajuk: Indahnya Budi


Masa: 2 jam
Bahan:
1. Petikan video – Komunikasi Asertif (setiap kumpulan 1)

Objektif: Di akhir aktiviti peserta akan dapat


1. Menyenaraikan bentuk komunikasi ( baik dan buruk) yang
dipelajari dari petikan video
2. Menyatakan bentuk komunikasi yang boleh diamalkan semasa
bertugas, bersama rakan setugas dan juga pelanggan jabatan
3. Membuat demonstrasi komunikasi asertif melalui aktiviti yang
ditugaskan kepada ahli kumpulan

Langkah-langkah:
1. Fasilitator memberikan satu petikan video bagi setiap kumpulan.
2. Setiap kumpulan diminta supaya menonton petikan video dan
membuat analisis mengenai komunikasi berkesan yang terdapat di
dalam petikan.
3. Ahli kumpulan menulis hasil analisis petikan video di atas kertas
mahjung dengan cara yang paling kreatif
4. Ahli kumpulan diminta membuat pembentangan untuk hasil
perbincangan kumpulan mereka
5. Fasilitator membuat rumusan terhadap aktiviti yang telah
dilaksanakan.

Falsafah :

Komunikasi lisan merupakan alat perhubungan yang paling luas digunakan untuk
menyampaikan maksud seseorang. Komunikasi asertif merupakan komunikasi yang paling
sesuai diamalkan dalam mentadbir sesebuah organisasi. Komunikasi ini termasuklah
komunikasi di antara sesama ahli, dengan ketua jabatan dan pelanggan. Keberkesana
komunikasi bergantung kepada tahap asertif ahli organisasi sepanjang melaksanakan tugas.
EXPLORACE 1

Tajuk: Teka Silang kata (Nilai-nilai Etika Perkhidmatan Awam)


Masa: ½ jam
Bahan:
1. Teka silang kata (LAMPIRAN 1)

Objektif: Di akhir aktiviti peserta akan dapat


1. Menyenaraikan nilai-nilai murni yang perlu diamalkan oleh penjawat
awam ketika bertugas.
2. Menunjukkan semangat setia kawan dalam pasukan
3. Bekerja sama secara berpasukan.

Langkah-langkah:
1. Peserta diberikan tugasan bagi menyiapkan teka silang kata
2. Selesai menyiapkan teka silangkata peserta diminta melafazkan dalam
kumpulan dan seterusnya bergerak ke stesen yang seterusnya.
Falsafah :

Setiap penjawat awam perlu mengamalkan nilai-nilai murni ketika melaksanakan


tugas seharian supaya kredibiliti jabatan kerajaan di mata masyarakat dapat dipelihara.
EXPLORACE 2

Tajuk: Kod Etika Jabatan Kebajikan Masyarakat


Masa: ½ jam
Bahan:
1. Potongan kod etika jabatan (LAMPIRAN 2)
2. Kertas A4
3. Gam

Objektif: Di akhir aktiviti peserta akan dapat


1. Melafazkan kod etika jabatan dan menyenaraikan isi kandung kod etika
tersebut.
2. Menunjukkan semangat setia kawan dalam pasukan
3. Bekerja sama secara berpasukan.

Langkah-langkah:
1. Peserta diberikan potongan kod etika jabatan dan diminta untuk menyusun
dan menampal semula mengikut susunan asal serta men
Falsafah :

Setiap penjawat awam perlu mengamalkan nilai-nilai murni ketika melaksanakan


tugas seharian supaya kredibiliti jabatan kerajaan di mata masyarakat dapat dipelihara.
EXPLORACE 3

Tajuk: Kod Etika Jabatan Kebajikan Masyarakat


Masa: ½ jam
Bahan:
1. Potongan ikrar jabatan (bentuk puzzle) – setiap kumpulan berlainan warna
(LAMPIRAN 3)
2. Kertas A4
3. Gam

Objektif: Di akhir aktiviti peserta akan dapat


1. Melafazkan ikrar jabatan.
2. Menunjukkan semangat setia kawan dalam pasukan
3. Bekerja sama secara berpasukan.

Langkah-langkah:
1. Peserta diminta mencari potongan ikrar jabatan dan menyusun serta
menampal semula mengikut susunan.
2. Peserta diminta melafazkan ikrar secara berkumpulan.

Falsafah :

Ikrar jabatan merupakan janji kakitangan terhadap komitmen mereka kepada jabatan.
Oleh itu semua kakitangan jabatan wajar mengetahui, memahami dan menghayati isi
kandung ikrar tersebut bagi meningkatkan mutu perkhidmatan.
EXPLORACE 4

Tajuk: Jabatan ku
Masa: 45 minit
Bahan:
1. Kertas mahjung (LAMPIRAN 4)
2. Pen marker
3. Pensel warna

Objektif: Di akhir aktiviti peserta akan dapat


1. Menyenaraikan kod etika jabatan, ikrar jabatan dan menyanyikan lagu
jabatan
2. Menunjukkan semangat setia kawan dalam pasukan
3. Bekerja sama secara berpasukan.

Langkah-langkah:
1. Peserta diminta supaya menuliskan semula ikrar, kod etika dan lagu
jabatan di atas kertas mahjung.
2. Semua ahli kumpulan diminta melafazkan ikrar, kod etika dan
menyanyikan lagu jabatan dengan penuh semangat
Falsafah :

Bagi meningkatkan komitmen penjawat awam terhadap jabatan, adalah penting bagi
mereka mengetahui perkara-perkara yang paling asas mengenai jabatan mereka seperti kod
etika, ikrar dan lagu jabatan kerana melalui elemen-elemen inilah matlamat dan aspirasi
jabatan terhadap penjawat awam dapat diterjemahkan.
LAMPIRAN 1

A
I M
S S A B A R
A N I
I K H L A S T S
I H K E N
D U K A
E A U R
D I S I P L I N E
O I L
P T O
A S I M P A T I
I M A N D
B E R A N I
L

S A R
N I
I K L S
H K
D K
U R
D S L
L

S I A T
I N
B R I

LAMPIRAN 2

KOD ETIKA
Semua pekerja Jabatan Kebajikan
Masyarakat mengamalkan etika berikut;
- Menghormati Pelanggan Jabatan
sebagai seorang manusia tanpa
mengira kedudukan, keturunan dan
agama.
- Memberi perkhidmatan yang berkualiti
dan sama rata kepada semua
Pelanggan Jabatan.
- Mengutamakan kepentingan
Pelanggan Jabatan dalam usaha
mencapai objektif Jabatan.
- Menentukan kerahsiaan Pelanggan
Jabatan agar tidak dihebahkan kepada
pihak-pihak yang tidak berkaitan.
- Sentiasa sedar tentang hak mutlak
Pelanggan Jabatan dalam
menentukan keperluannya.
- Tidak boleh menggunakan kekerasan
atau keganasan dalam apa bentuk
atau situasi sekalipun terhadap
pelanggan.
- Bersopan santun dan berbudi bahasa
setiap masa terhadap Pelanggan
Jabatan.

LAMPIRAN 3

IKRAR

"Bahawa kami Pekerja Jabatan Kebajikan

Masyarakat dengan sesunggguhnya

berikrar bahawa kami akan berkhidmat

dengan cekap, jujur dan amanah dalam

menyempurnakan tanggungjawab dan

kewajipan kami untuk menyampaikan

perkhidmatan yang berkualiti dengan

penuh taat setia kepada organisasi kemi

berlandaskan budaya kerja cemerlang"


LAMPIRAN 4

LAGU "BERSATU UNTUK KEBAJIKAN"

Rakyat Malaysia Bersatu,


Hidup Berjiwa Mulia,
Tolong Menolong, Bantu Membantu,
Jadi Amalan Setiap Masa.
Yang Susah, Yang Derita,

Memerlukan Bantuan,
Sama Berbakti, Semangat Murni,
Itulah Amalan Yang Suci.
Tak Siapa Yang Meminta,
Dilahirkan Derita,
Sedarlah Taulan, Insaflah Rakan,
Kita Insan Biasa.
Bersatu Untuk Kebajikan,
Demi Kebahagian Semua,
Hidup Sejahtera, Aman dan Makmur
Itulah Harapan Kita
(ulang semula)
LAMPIRAN 5
TENTATIF PROGRAM
MENJULANG ASPIRASI MEMBINA KEUNGGULAN

HARI 8.30 -10.30 10.30 – 11.00 11.00 – 1.00 1.00 – 2.30 2.30 – 4.30 8.30 – 10.30

1 Pendaftaran Salam Perkenalan


Peserta Tak Kenal Maka
Tak Cinta

2 CERAMAH 1 CERAMAH 2 LDK 1 LDK 2


ASERTIF INVENTORI HARGA BERAT SAMA INDAHNYA
REHAT DIRI REHAT DIPIKUL BUDI
RINGAN SAMA (KOMUNIKASI
DIJINJING ASERTIF)
(KERJA
BERPASUKAN)
3 EXPLORACE 11.00 – 12.00-1.00
12.00

RUMUSAN MAJLIS
DAN PENUTUP
PENILAIAN

EXPLORACE

STESEN 1 : TEKA SILANGKATA (NILAI MURNI)


STESEN 2 : KOD ETIKA JKM
STESEN 3 : IKRAR JABATAN
STESEN 4 : NYANYIAN LAGU KEBAJIKAN

Anda mungkin juga menyukai