Anda di halaman 1dari 10

EKSPLORASI MINDA

Tajuk : Rantaian Nama

Personalia: Fasilitator

Objektif:

1. Peserta dapat mengenali nama rakan dalam kumpulan.

2. Meningkatkan daya hafalan dan ketajaman fikiran.

3. Membina satu jalinan hubungan di kalangan ahli

kumpulan. Masa: 20 minit

Bahan : Tiada

Langkah-

langkah

1. Fasilitator meminta peserta pertama menyebut namanya.

2. Peserta kedua akan menyebut namanya dan nama peserta pertama.

3. Peserta ketiga akan menyebut namanya dan nama peserta pertama dan kedua.
Ulang proses ini sehingga peserta yang terakhir.

Penilaian

1. Peserta dapat mnyelesaikan aktiviti dengan sangat cepat dengan kerjasama


dan kreativiti setiap peserta.

Rumusan:

Setiap manusia akan lebih selesa apabila dihargai dan disayangi


Tajuk : Matlamat Kumpulan

Objektif

1. Peserta dapat menggunakan kreativiti dan inovasi dalam mencipta logo, motto
serta matlamat kumpulan.

2. Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan peserta untuk mencapai


sesuatu matlamat.

Personalia : Fasilitator

Masa : 20 minit

Bahan : Kertas mahjong, maker pen biru,merah dan hitam

Langkah-langkah

1. Fasilitator mengedarkan kertas mahjong dan maker pen kepada kumpulan.

2. Setiap ahli kumpulan berbincang untuk mencipta logo, motto dan matlamat
kumpulan.

3. Kumpulan yang kreatif dapat menyiapkan aktiviti dalam masa sangat cepat.

4. Fasilatator perlu menilai kreativiti pelajar dalam menyelesaikan aktiviti yang

diberi. Penilaian

1. Peserta dapat menyiapkan logo kumpulan dan menetapkan motto serta


matlamat kumpulan .

Rumusan

Peserta mempunyai matlamat yang jelas dan mengetahui arah tuju .


Tajuk : Rantai Jarak

Objektif:

3. Peserta dapat menggunakan kreativiti untuk membuat satu rangkaian jarak


yang ditetapkan.

4. Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan peserta untuk mencapai


sesuatu matlamat.

Personalia : Fasilitator

Masa : 20 minit

Bahan : 2 buah kon

Langkah-langkah

1. Arahan : dengan menggunakan kreativiti pelajar tanpa menggunakan bahan lain,


buat satu rangkaian jarak mengikut jarak objek yang ditetapkan

2. Pelajar menyelesaikan aktiviti yang diberi mengikut kreativiti masing-masing

3. Kumpulan yang kreatif dapat menyiapkan aktiviti dalam masa sangat cepat.

4. Fasilatator perlu menilai kreativiti pelajar dalam menyelesaikan aktiviti yang

diberi. Penilaian

1. Peserta dapat menyelesaikan aktiviti dengan sangat cepat dengan kerjasama


dan kreativiti setiap peserta.

Rumusan

Usaha tangga kejayaan


Tajuk : Suara Patriotik

Objektif:

1. Peserta sedar kepentingan semangat patriotik

2. Peserta dapat menyanyikan lagu dengan penuh semangat dan penuh

penghayatan. Personalia : Fasilitator

Masa : 20 minit

Bahan : Tiada

Langkah-

langkah

1. Peserta diminta berdiri tegak dalam barisan dan tangan disisi serta pandang
ke hadapan

2. Fasilitator meminta peserta menyanyikan lagu Negaraku, Bangsa Johor dan


lagu sekolah.

3. Peserta akan mengulangi nyanyian sehingga fasilitator berpuas hati.

Penilaian

1. Peserta menyanyi dengan penuh semangat, serta menepati dan menjiwai


semangat patriotik.

Rumusan

Cintai tanah airku


Tajuk : Botol Harapan

Objektif:

1. Menyemai sikap teliti dalam menyelesaikan masalah.

2. Memupuk semangat setiakawan dan berganding bahu dalam setiap aktiviti


yang diusahakan.

3. Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai satu matlamat.

Personalia : Fasilitator

Bahan : Botol kosong dan baldi berisi air

Masa : 20 minit

Langkah-langkah

1. Peserta akan berbaris dalam satu barisan.

2. Peserta akan bergilir-gilir memasukkan air ke dalam botol menggunakan tangan


dalam jarak yang telah ditetapkan oleh fasilatator.

3. Kumpulan diminta berusaha untuk mengisi air sebanyak mungkin kerana


pemarkahan dinilai berdasarkan jumlah paras air yang diisi dalam botol dalam
masa 20 minit.

Penilaian

1. Peserta dinilai kecekapan dan ketelian mereka berdasarkan kesungguhan


menyelesaikan aktiviti dalam waktu yang telah ditetapkan dan mencuba tanpa
berputus asa.

Rumusan

Ketekunan dan fokus adalah penting dalam melakukan sesuatu perkara.


Tajuk : Lompat Pemimpin

Personalia : Fasilatator

Objektif:

1. Menyemai sikap ingin tahu peserta terhadap permainan tradisional.

2. Menguji semangat setiakawan dalam kalangan ahlu kumpulan

3. Membina ketahanan fizikal di kalangan pemimpin pelajar.

Masa : 20 minit

Bahan : Tepung dan duit syiling 50 sen

Langkah-langkah

1. Setiap kumpulan diminta memilih 3 orang wakil untuk menjalankan aktiviti ini.

2. Peserta pertama diminta membaling syiling ke petak pertama dengan


membelakangkan garisan dan melompat menggunakan satu kaki ke petak kedua.
Lompatan diteruskan mengikut urutan nombor di dalam rajah yang dilampirkan.

3. Sekiranya syiling terkena garisan atau terkeluar, peserta dikira batal dan
digantikan dengan peserta kedua.

4. Jika peserta terpijak garisan atau terkeluar garisan yang ditetapkan, maka
peserta tersebut terkeluar daripada permainan ini dan digantikan dengan
peserta kedua.

Proses
Aktiviti ini memerlukan kefahaman dan ketelitian serta fokus setiap peserta yang
terlibat. Ianya member satu pengalaman baru kepada peserta.I

Penilaian

1. Pemarkahan dikira berdasarkan kedudukan syiling dalam petak yang tertinggi.


Jika syiling berada pada :

Petak 1 = 5 markah. Petak 2 = 10 markah

Petak 3 =15 markah Petak 4 = 20 markah

Petak 5 = 25 markah Petak 6 = 30 markah (rujuk lampiran)

Rumusan

Menjaga warisan Negara.


Petak 5 Petak 6 Petak 4

Petak 3

Petak 2

Petak 1

Tajuk : Si Buta Sayang

Personalia: Fasilitator

Objektif:

1. Peserta peka dengan arahan yang diberikan.

2. Sensitivity setiap peserta sangat dititikberatkan untuk menjadi seorang pemimpin


yang hebat.

Masa : 20 minit
Bahan : Kain yang dipotong mengikut bilangan peserta dalam satu kumpulan.

Langkah-langkah

1. Setiap peserta dibekalkan dengan sehelai kain yang telah dipotong.

2. Peserta diminta menutup mata masing-masing menggunakan kain yang dibekalkan.

3. Fasilitator hendaklah memastikan peserta dengan sempurna.

4. Peserta diminta berbaris dalam satu barisan dan memegang rakan di hadapannya.

5. Fasilitator memandu kumpulan tersebut berjalan di tempat-tempat yang telah


ditentukan.

6. Semasa dalam perjalanan fasilitator hendaklah sentiasa memberikan arahan


kepada peserta.

Contoh:

“ jalan perlahan-lahan jalan tidak rata”

“ berhati-hati dawai tajam di kiri kanan kamu”

“ lompat… ada longkang di hadapan” … dan lain-lain.

7. Selepas selesai, peserta diminta membuka ikatan dan menanyakan perasaan


peserta semasa aktiviti dijalankan

Proses

Semasa aktiviti dijalankan peserta akan fokus kepada arahan fasilitator. Kita akan
dapati ada peserta yang tidak mendengar arahan dan tidak mengindahkan arahan.
Deria pendengaran sangat penting dalam aktiviti ini. Begitu juga dengan deria bau
dan rasa. Peserta akan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.

Penilaian

Sikap yang sentiasa peka kepada sekeliling dan mengikut arahan adalah sangat
penting bagi seorang pemimpin.

Rumusan

Kepekaan pemimpin menuju kecemerlangan.


Tajuk : Paip Ajaib

Personalia: Fasilitator

Objektif:

1. Memupuk semangat kerjasama sesama ahli kumpulan.

2. Mengasah kepekaan dan ketelitian peserta dalam melakukan sesuatu

aktiviti. Masa : 20 minit

Bahan : Batang Paip PVC ( 6 / 7 kaki

panjang) Langkah-langkah

1. Batang paip diletakkan di atas tanah atau lantai.

2. Peserta duduk di tepi kiri-kanan batang paip dan memasukkan jari telunjuk ke
bawah batang paip tanpa memegang dan menganggatnya.

3. Apabila sudah bersedia, ahli kumpulan secara serentak mengangkat batang


paip tersebut menggunakan jari masing-masing.

4. Fasilitator hendaklah mempastikan jari setiap ahli sentiasa bersentuhan dengan


batang paip. Jika ada ahli yang tidak menyentuh batang paip, permainan dihentikan
dan dimulakan semula dari atas lantai.

5. Proses ini diteruskan sehinggalah batang paip boleh diangkat sehingga ke


paras pinggang.

Proses

Berlaku proses kesukaran semasa mengangkat batang paip. Kerjasama setiap ahli
sangat penting untuk memastikan kumpulan berjaya mengangkat batang paip.
Proses mencuba hingga berjaya secara langsungnya dapat memberikan rasa
kepuasan yang tinggi di kalangan ahli.

Penilaian

Berapa lama masa yang diambil untuk mengangkat batang paip memberi gambaran
kepada ketekunan, semangat juang dan semangat bersatu dalam kumpulan di
samping mengikut arahan.

Rumusan

Bersatu ke arah kecemerlangan kumpulan.

Anda mungkin juga menyukai