Anda di halaman 1dari 18

ALAM HAIWAN

Konsep 'Outdoor' (Padang / Pantai) atau 'Indoor' (Dewan)


Slot Suai Kenal
Peralatan Wisel
Anggota Fasilitator
Objektif

1. Memupuk kemesraan dikalangan peserta.


2. Menghilangkan rasa malu dan gemuruh.
3. Menerapkan nilai cintakan alam sekitar melalui penghayatan dimana akan melakukan aksi dan tabiat sesuatu spesis.
4. Menguji kecekapan dan ingatan.

Kaedah Pelaksanaan

1. Semua peserta berada dalam satu bulatan besar. Fasilitator ditengah bulatan.
2. Peserta pertama memberitahu namanya dan melakukan aksi seekor binatang. Contohnya menepuk dada dengan kedua
belah tangan (Gorila).
3. Peserta kedua memberitahu nama dan melakukan aksinya dan aksi peserta pertama. Peserta ketiga memberitahu nama
dan melakukan aksinya dan aksi peserta pertama dan kedua. Begitulah seterusnya sehingga 10 peserta. Ulang langkah
yang sama kepada peserta ke 11 dan seterusnya dengan beraksi bunyi binatang. Peserta ke 21 hingga seterusnya aksi
cara binatang berjalan. Peserta ke 31 dan seterusnya aksi binatang makan.

Reflek

1. Fasilitator perlu mengucapkan tahniah dan memuji keupayaan peserta yang kreatif dan dapat menghayati sifat dan
tabiat makhluk lain dalam alam ini. Kita perlu berkongsi alam ini dengan lain-lain makhluk.

'PUZZLE' NASIB
Konsep 'Outdoor' (Padang / Pantai) atau 'Indoor' (Dewan)
Slot Pembentukan Kumpulan
Peralatan Gambar spesis hidupan marin (Saiz A4)
Gunting
Anggota Fasilitator
Objektif

1. Pemilihan kumpulan bergantung kepada nasib gambar mana yang mereka dapat.
2. Tiada unsur pilih kawan.
3. Menerapkan nilai cintakan alam sekitar melalui penghayatan di mana peserta akan membentuk gambar spesis.
4. Menguji kecekapan.

Kaedah Pelaksanaan

1. Semua peserta berada dalam satu bulatan besar. Fasilitator di tengah bulatan.
2. 4 keping gambar terlebih dahulu dipotong 10 bahagian dalam pelbagai bentuk.
3. Potongan gambar diselerakkan dan diterbalikkan dengan permukaan menghadap ke bawah di tengah bulatan.
4. Apabila wisel dibunyikan semua peserta akan mengambil hanya sekeping gambar. Kemudian setiap peserta akan mencari kumpulan
gambar yang sama bagi membentuk kembali menjadi sekeping gambar asal.
5. Apabila kumpulan telah dibentuk. Asingkan setiap kumpulan dan beri masa 5 minit untuk menubuhkan nama kumpulan dan melantik
ketua kumpulan.

Reflek
1. Setiap kumpulan perlu ada seorang ketua yang akan mengemudikan sesebuah kumpulan. Ketua Kumpulan perlu bertanggungjawab
terhadap apa-apa masalah ahli kumpulan. Buat checking sebelum dan selepas setiap aktiviti bagi memastikan setiap ahli dalam keadaan
sihat dan selamat.
Sentuhan Kasih
Aktiviti :
1. Pelajar diarah memilih pasangan sama jantina (sebaik-baiknya pilih pasangan yang belum dikenali
dengan rapat)
2. Fasilitator akan memberi arahan supaya setiap anggota badan bertemu antara satu sama lain.
3. Contohnya dagu bertemu dagu, dahi bertemu dahi, lutut bertemu lutut dan sebagainya.
Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan rasa mesra, dan peka dengan arahan.

16. Pengelompokan mengikut kriteria


Aktiviti :
i. Pelajar diarah untuk bergerak dalam kumpulan mengikut kriteria seperti :
a. Sama jantina
b. Sama tahun lahir
c. Sama bulan kelahiran
d. Sama saiz kasut
e. Sama warna baju / seluar dll.
ii. Setelah berjumpa ahli kumpulan, ahli diminta berkenalan antara satu sama lain.
Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta supaya proaktif dalam kumpulan.

17. Group in
Aktiviti :
i. Pelajar diarah untuk bergerak dalam kumpulan tertentu iaitu dengan mematuhi arahan fasilitator.
ii. Fasilitator akan menyebut Group in 2, 5, 10 atau 20..
iii. Pelajar akan bergerak dalam kumpulan besar untuk membentuk kumpulan mengikut bilangan ahli
kumpulan yang telah ditetapkan.
iv. Setelah berjumpa ahli kumpulan, pelajar disuruh duduk dan berkenalan secara ringkas.
Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta supaya menjadi lebih proaktif dan menggalakkan
penerimaan dalam kumpulan.

18. Kerusi Panas


Aktiviti :
i. Pelajar akan duduk di atas kerusi masing-masing dalam bulatan besar.
ii. Apabila arahan tukar tempat duduk diberikan, pelajar akan tukar tempat duduk dengan rakan-rakan yang
lain.
iii. Pelajar yang paling lambat bertukar tempat duduk akan dikenakan hukuman di tengah bulatan. (Hukuman
yang sesuai contohnya menyanyikan lagu, poco-poco dll.)
iv. Arahan fasilitator perlu kreatif dan pelbagai contohnya Siapa rasa dirinya lelaki tukar tempat duduk.
Maka pelajar lelaki sahaja yang akan tukar tempat duduk. Setelah itu, pelajar akan berkenalan dengan
rakan sebelah.
Nilai / rasional aktiviti : Pentingnya menerima, mendengar dan memahami sesuatu arahan sebelum
bertindak.

19. Bunyi paling menarik


Aktiviti :
i. Pelajar akan berada dalam kumpulan masing-masing dan fasilitator akan mengarahkan mereka untuk
memilih dan menghasilkan bunyi binatang beserta dengan pergerakan yang menarik.
ii. Markah akan diberi kepada bunyi dan pergerakan kumpulan yang paling menarik.
iii. Seboleh-bolehnya, bunyi binatang bagi setiap kumpulan tidak sama.
Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti dan mewujudkan semangat kerjasama dalam kumpulan.

20. Pergerakan paling menarik


Aktiviti :
i. Setiap kumpulan akan menghasilkan pergerakan mengikut muzik yang telah ditetapkan untuk setiap
kumpulan.
ii. Muzik / lagu bagi setiap kumpulan perlu berbeza bagi melihat variasi pelajar.
iii. Pemilihan lagu mengikut kategori seperti lagu rancak, sentimental, irama Melayu, Hindustan, Cina dan
sebagainya.
iv. Fasilitator boleh menggunakan sistem markah atau token bagi aktiviti seperti ini bagi menggalakkan
penglibatan pelajar.
Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti dan mencerna semangat persaingan yang sihat dalam melakukan
sesuatu perkara.

21. Uji Bakat


Aktiviti :
i. Setiap pelajar diarah untuk melihat wajah ahli kumpulan masing-masing.
ii. Setelah itu, sila pilih ahli kumpulan yang paling layak menjadi
a. Ketua
b. Penolong
c. Setiausaha.
iii. Mereka yang terpilih dipanggil ke hadapan untuk menjalani ujian emosi seperti disuruh bersyarahan /
berucap, melakukan aktiviti seperti berkokok, cat walk dan sebagainya dengan diiringi muzik.
iv. Sebagai aktiviti salingan, fasilitator boleh melakukan aktiviti uji bakat ini dengan mencari :
a. Peserta yang paling comel
b. Peserta yang paling bijak berbicara
c. Peserta yang paling handsome dan sebagainya.
Nilai / rasional aktiviti : Setiap pelajar mempunyai bakat dan keupayaan tersendiri. Ada yang dilahirkan
menjadi pemimpin dan ada yang perlu belajar untuk memimpin.

22. Aktiviti Keretapi


Aktiviti :
i. Setiap pelajar akan diedarkan sehelai kertas A4 dan dilekatkan di belakang masing-masing menngunakan
masking tape.
ii. Fasilitator akan mengarahkan setiap pelajar untuk menuliskan perkataan yang positif untuk rakan-rakan
(beri masa yang singkat untuk pelajar bergerak).
iii. Pelajar perlu bergerak untuk mendapatkan sebanyak mungkin nilai-nilai positif yang ada pada diri
mereka contohnya baik hati, bertanggungjawab, suka menolong orang dll.
iv. Fasilitator perlu menetapkan sekurang-kurangnya 10 nilai yang berjaya diperolehi dalam jangka masa
yang ditetapkan ( 3 minit 5 minit).
v. Setelah itu, pelajar akan mengira jumlah nilai yang diperolehi.
vi. Fasilitator akan memanggil setiap pelajar secara rawak ke hadapan untuk membaca nilai-nilai yang
diperolehi.
Nilai / rasional aktiviti : Setiap individu mempunyai nilai positif yang kita tidak sedari. Selagi ada nilai-
nilai baik dalam diri, maka semua kita layak untuk memimpin.

23. Brainstorming
Aktiviti :
i. Pelajar akan duduk dalam bulatan yang besar.
ii. Satu objek akan diletakkan di tengah-tengah bulatan. Contohnya botol mineral, kotak kapur dll.
iii. Pelajar akan memikirkan sesuatu yang berbeza dengan ciri-ciri sebenar / asal benda tersebut dan nyatakan
secara bergilir.
iv. Setiap yang dinyatakan akan dicatatkan oleh 2 orang pencatat.
v. Jika diletakkan botol mineral di tengah bulatan, maka pelajar tersebut tidak boleh menyebut benda
tersebut air mineral tetapi perlu menyatakan benda lain contohnya kayu hoki, syampu dll.
vi. Selain itu, pelajar diberi tugasan untuk melakukan brainstorming ini secara santai dengan menyatakan
idea-idea mudah. Contohnya, nyatakan perkara-perkara yang selalu anda lakukan di bilik air dll.
vii. Setelah itu, brainstorm idea pelajar dengan menyatakan perkara-perkara yang lebih ilmiah iaitu
menyatakan idea masing-masing fokus tentang kepimpinan.
viii. Contohnya : Nilai-nilai yang perlu ada pada setiap pemimpin, apa yang perlu ada pada setiap pemimpin
dll.
Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta berkongsi idea melalui pengetahuan sedia ada
(konstruktivisme). Melalui perkongsian ini, maka ruang lingkup pemikiran peserta akan lebih luas.

24. Aktiviti scanning (Strength and Weakness)


Aktiviti :
i. Aktiviti berpasangan iaitu setiap pasangan akan menceritakan kekuatan dan kelemahan masing-masing.
ii. Setelah itu, mereka akan menceritakan kekuatan dan kelemahan pasangan dalam kumpulan besar atau
kumpulan kecil. (Sebaik-baiknya dibantu oleh fasilitator kumpulan yang terdiri daripada guru-guru seperti
guru bimbingan dan guru penyelaras)
iii. Dalam aktiviti ini, elakkan pelajar membincangkan perkara-perkara yang sensitif yang boleh mengaibkan
pasangan.
Nilai / rasional aktiviti : Luahan kendiri untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri. Perlunya
seseorang itu mengekal dan menambahbaik kekuatan serta memperbaiki kekurangan.

25. Sorakan Kumpulan / Cheers / Trademark


Aktiviti :
i. Pelajar berbincang untuk menghasilkan sorakan puak yang paling menarik dan bercirikan kepimpinan /
sesuai dengan nama kumpulan.
ii. Sorakan puak perlu dijalankan sebelum bermulanya sesuatu pembentangan kumpulan bagi menaikkan
semangat ahli kumpulan.
Nilai / rasional aktiviti : Meningkatkan motivasi / energy dalam kumpulan.
Aktiviti 2 : Dunia ku dunia baru Masa : 30 Minit
Alatan : Tiada
Objektif :
1. Memberi peluang kepada peserta berkenalan antara satu sama lain dalam
suasana yang menyeronokkan.
2. Mengurangkan rasa malu, rendah diri dan takut apabila berada dalam kelompok
yang belum dikenali.
Langkah :
1. Peserta diberi kad yang masing-masing bernombor 1 6.
2. Setiap nombor akan mewakili satu gerakan tertentu.
3. Peserta lelaki dan perempuan diminta berbaris sebelum kad diedarkan kepada
mereka.
4. Ketua menyatakan bahawa peserta berada dalam dunia baru. Di dunia ini tiada
siapa yang boleh bertutur. Mereka hanya boleh melakukan gerakan yang tertentu.
Mereka semua perlu mencari rakan yang sama jenis untuk membentuk satu
perkampungan. - Jenis pertama aksi menangis - Jenis kedua aksi burung
terbang - Jenis ketiga aksi ketawa - Jenis keempat aksi garu kepala
- Jenis kelima aksi bunyi motor - Jenis keenam aksi bunyi kucing
5. Apabila bertemu dengan jenis yang sama mereka perlu mengangguk dan cari
rakan lain yang sama jenis.
6. Ketua memastikan peserta tidak bercakap selain bunyi tertentu.
7. Jika ada jenis yang tidak menemui jenis yang sama. Maka mereka perlu buat
gerakan itu dan rakan mereka hendaklah menjemput mereka masuk kelompok.
Perbincangan:
1. Bagaimanakah perasaan peserta menjalankan aktiviti
2. Bagaimana cara berinteraksi apabila tidak boleh bertutur.
Pengajaran :
Untuk berkenalan dengan seseorang, kita perlu mempunyai sifat peramah, sedia
menghampiri dan tidak menunggu ditegur oleh orang lain.
LDK (Kendiriku) Aktiviti : Akukah itu?
Masa : 30 minit
Alatan :Kertas A4 dan pen/pensel
Objektif :
1. Peserta mengenal diri mereka yang sebenar.
2. Peserta akan dapat menyedari keadaan diri mereka.
3. Timbul keinginan untuk meneroka keadaan diri sendiri.
Langkah :
1. Peserta diminta untuk melukis gambar mereka sendiri mengikut kebolehan
masing-masing. (Kecantikan lukisan itu tidak penting)
2. Peserta diminta tidak duduk terlalu dekat (jarak antara peserta) semasa
melakukan tugas ini.
3. Letakkan tanda yang mudah untuk kenal pasti lukisan masing-masing.
Tetapi jangan tulis nama pada lukisan tersebut..
4. Masa diberikan antara 5 7 minit untuk menghasilkan lukisan tersebut..
5. Ketua akan mengumpul semua lukisan yang telah siap dan kemudian
menyerahkan semula kepada peserta. Tetapi kena pastikan bahawa lukisan yang
dibuat itu tidak diserahkan kepada empunya lukisan.
6. Peserta diminta untuk mengenal pasti tuan empunya lukisan gambar
tersebut dengan hanya menunjukan sahaja apabila diminta oleh ketua tanpa
bergerak atau bangun dari kerusi.
7. Bagi peserta yang salah meneka , ketua akan cuba bertanya mengapakah
susah untuk mengenal pasti empunya lukisan gambar tersebut dan bagi yang
meneka dengan betul ketua akan menanyakan sebab mereka bolah meneka dengan
betul.
Pengajaran/ Rumusan :
1. Susah untuk mengenal pasti seseorang itu dengan hanya melihat pada luaran
sahaja kerana mungkin apa-apa yang dilihat tidak sama dengan sikapnya yang
sebenar.
2. Orang tidak akan dapat mengenal diri kita jika sekiranya kita sendiri tidak
kenal siapa diri kita.

Anda mungkin juga menyukai