Anda di halaman 1dari 2

AKTIVITI ICE-BREAKING

Salam Semut
Aktiviti :
i. Pelajar akan membentuk bulatan besar dan pelajar dan
muzik iringan akan dimainkan. (Cth. Lagu sahabat sejati).
ii. Pelajar akan bergerak untuk bersalam iaitu salam, peluk dan
usap sambil mengucapkan “tahniah” (Bagi sama jantina).
iii. Jika berlainan jantina, cukup sekadar melambai tangan
sambil menyebut “huuuuu” tanda kemesraan.
Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan perhubungan antara peserta di peringkat
awal aktiviti.

Kungfu Wacha (1,2,3,4)


Aktiviti :
Pergerakan 1 : Tumbuk hadapan (huh!)
Pergerakan 2 : Tarik tangan (hah!)
Pergerakan 3 : Tumbuk hadapan & tarik tangan (huh! hah!)
Pergerakan 4 : Tangan seperti ular mematuk ke hadapan, angkat kaki (wacha!)
Nilai / rasional aktiviti : Menguji fokus dan keyakinan diri

Aktiviti Keretapi
Aktiviti :
i. Setiap pelajar akan diedarkan sehelai kertas A4 dan
dilekatkan di belakang masing-masing menngunakan ‘masking
tape’.
ii. Fasilitator akan mengarahkan setiap pelajar untuk
menuliskan perkataan yang positif untuk rakan-rakan (beri masa
yang singkat untuk pelajar bergerak).
iii. Pelajar perlu bergerak untuk mendapatkan sebanyak
mungkin nilai-nilai positif yang ada pada diri mereka contohnya
baik hati, bertanggungjawab, suka menolong orang dll.
iv. Fasilitator perlu menetapkan sekurang-kurangnya 10 nilai
yang berjaya diperolehi dalam jangka masa yang ditetapkan ( 3
minit – 5 minit).
v. Setelah itu, pelajar akan mengira jumlah nilai yang
diperolehi.
vi. Fasilitator akan memanggil setiap pelajar secara rawak ke
hadapan untuk membaca nilai-nilai yang diperolehi.
Nilai / rasional aktiviti : Setiap individu mempunyai nilai positif yang kita tidak sedari.
Selagi ada nilai-nilai baik dalam diri, maka semua kita layak untuk memimpin.

Group in…
Aktiviti :
i. Pelajar diarah untuk bergerak dalam kumpulan tertentu iaitu
dengan mematuhi arahan fasilitator.
ii. Fasilitator akan menyebut “Group in 2, 5, 10 atau 20..”
iii. Pelajar akan bergerak dalam kumpulan besar untuk
membentuk kumpulan mengikut bilangan ahli kumpulan yang
telah ditetapkan.
iv. Setelah berjumpa ahli kumpulan, pelajar disuruh duduk dan
berkenalan secara ringkas.
Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta supaya menjadi lebih proaktif dan
menggalakkan penerimaan dalam kumpulan.

Sentuhan Kasih
Aktiviti :
1. Pelajar diarah memilih pasangan sama jantina (sebaik-baiknya pilih
pasangan yang belum dikenali dengan rapat)
2. Fasilitator akan memberi arahan supaya setiap anggota badan
bertemu antara satu sama lain.
3. Contohnya dagu bertemu dagu, dahi bertemu dahi, lutut bertemu
lutut dan sebagainya.
Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan rasa mesra, dan peka dengan arahan.

Fokus
Aktiviti :
1. Goyang-goyang tangan kanan dengan laju
2. Berikan arahan supaya letakkan tangan ke dagu tetapi fasilitator
meletakkan tangan ke dahi.
3. Lakukan berulang kali sehinga pelajar benar-benar fokus dengan
arahan
Nilai / rasional aktiviti : Menguji fokus (kordinasi antara audio, visual dan
psikomotor)

Anda mungkin juga menyukai