Anda di halaman 1dari 42

AKTIVITI ENERGIZER

1.       Mukaddimah
Aktiviti :
i. Aktiviti yang hendak dijalankan sebaik-baiknya dimulakan dengan “Surah Al-
Fatihah” bagi mendapatkan keberkatan dalam menjalankan program.

2.       Wisel
Aktiviti :
i. Penggunaan wisel dalam mengawal pelajar.
ii. Pelajar perlu peka dengan wisel yang dibunyikan.
iii. Pelajar adalah diwajibkan memberi respon / tindakbalas setiap kali wisel
dibunyikan.

Nilai / rasional aktiviti : Tarik perhatian peserta supaya sentiasa peka dengan persekitaran

3.       Ucapan Tahniah
Aktiviti :
i. Pelajar diarah untuk mengangkat tangan kanan dan mengucapkan tahniah kepada
rakan sebelah
ii. Pelajar diarah mengangkat tangan kiri dan hidu bau ketiak masing-masing. Jika tidak
berbau busuk, maka masih segar lagi untuk mengikuti aktiviti ini

Nilai / rasional aktiviti : Pengahargaan kepada rakan-rakan

4.       Barang Amanah
Aktiviti :
i. Barang amanah seperti telur ayam, krakers dan sebagainya akan diagihkan kepada
setiap kumpulan dan perlu dijaga sehingga ke akhir program.
ii. Bagi yang gagal menjaga amanah contohnya ada yang pecahkan biji telur yang
diberi, maka semua ahli kumpulan akan didenda (pilih denda yang sesuai).

Nilai / rasional aktiviti : Pentingnya menjaga amanah yang telah diberi.

5.       Nyanyian Lagu Motivasi


Aktiviti :
i.                     Nyanyian lagu motivasi perlu dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan
pelajar sentiasa bersemangat dan bermotivasi.
ii.                    Contohnya lagu “Warisan” yang membawa makna setiap pelajar adalah warisan
pemimpin negara di masa hadapan.
Nilai / rasional aktiviti : Menyemai motivasi dalam diri peserta melalui lirik lagu.

6.       Salam Semut
Aktiviti :
i.                     Pelajar akan membentuk bulatan besar dan pelajar dan muzik iringan akan dimainkan.
(Cth. Lagu sahabat sejati).
ii.                    Pelajar akan bergerak untuk bersalam iaitu salam, peluk dan usap sambil
mengucapkan “tahniah” (Bagi sama jantina).
iii.                  Jika berlainan jantina, cukup sekadar melambai tangan sambil menyebut “huuuuu”
tanda kemesraan.
Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan perhubungan antara peserta di peringkat awal aktiviti.

7.       Senyum
Aktiviti :
i.                     Sebut perkataan “tempey”.
ii.                    Latihan senyum :
Nombor 1 : Senyum tidak ikhlas
Nombor 2 : Senyum tak berapa nak ikhlas
Nombor 3 : Senyum yang ikhlas
                Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan perhubungan antara peserta di peringkat awal
aktiviti.

8.       Kungfu Wacha (1,2,3,4)


Aktiviti :
                Pergerakan 1 : Tumbuk hadapan (huh!)
                Pergerakan 2 : Tarik tangan (hah!)
                Pergerakan 3 : Tumbuk hadapan & tarik tangan (huh! hah!)
                Pergerakan 4 : Tangan seperti ular mematuk ke hadapan, angkat kaki (wacha!)
Nilai / rasional aktiviti : Menguji fokus dan keyakinan diri

9.       Kelopak Jantung
Aktiviti :
1.       Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan besar.
2.       Kumpulan 1 akan menyebut perkataan “kelopak”
3.       Kumpulan 2 akan menyebut perkataan “jantung”
4.       Pelajar akan menyebut mengikut arahan tangan oleh fasilitator sehingga menghasilkan
bunyi kompang.
Nilai / rasional aktiviti : Keseronokan belajar

10.    Tepuk energy
Aktiviti :
                Tepuk 1 : Tepuk tangan seperti biasa
                Tepuk 2 : Tepuk tangan sambil menjerit “hooooo”
                Tepuk 3 : Tepuk tangan, jerit “hooooo” dan berdiri sambil bergerak
Nilai / rasional aktiviti : Melahirkan energy dan keseronokan belajar.

11.    Gosok Tangan
Aktiviti :
1.       Pelajar menggosok tangan daripada perlahan sehingga pantas.
2.       Pelajar mencium tangan sambil menyatakan apakah bau yang mereka hidu (bau tanah)
Nilai / rasional aktiviti :  Muhasabah diri bahawa semua kita adalah sama, iaitu diciptakan
dari tanah
12.    Fokus
Aktiviti :
1.       Goyang-goyang tangan kanan dengan laju
2.       Berikan arahan supaya letakkan tangan ke dagu tetapi fasilitator meletakkan tangan ke
dahi.
3.       Lakukan berulang kali sehinga pelajar benar-benar fokus dengan arahan
Nilai / rasional aktiviti : Menguji fokus (kordinasi antara audio, visual dan psikomotor)

13.    Pegang Dagu
Aktiviti :
1.       Pegang dagu / janggut rakan di sebelah (yang sama jantina sambil menyebut perkataan
“alololooo”
2.       Lakukan berulang kali sehingga semua pelaja melakukan aktiviti ini
Nilai / rasional aktiviti : Melahirkan rasa selesa dan rasa selamat

14.    Urutan
Aktiviti :
1.       Pelajar diarah berbaris dalam kumpulan sama jantina
2.       Aktiviti teraputik iaitu mengurut dalam barisan akan dilakukan mengikut arahan yang telah
diberikan oleh fasilitator contohnya urut kepala, hidung, tengkuk, bahu, belakang dll.
Nilai / rasional aktiviti : Menanam sifat bertolak ansur dan membina hubungan di kalangan
pelajar.

15.    Sentuhan Kasih
Aktiviti :
1.       Pelajar diarah memilih pasangan sama jantina  (sebaik-baiknya pilih pasangan yang belum
dikenali dengan rapat)
2.       Fasilitator akan memberi arahan supaya setiap anggota badan bertemu antara satu sama
lain.
3.       Contohnya dagu bertemu dagu, dahi bertemu dahi, lutut bertemu lutut dan sebagainya.
Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan rasa mesra, dan peka dengan arahan.

16.    Pengelompokan mengikut kriteria


Aktiviti :
i.                     Pelajar diarah untuk bergerak dalam kumpulan mengikut kriteria seperti :
a.       Sama jantina
b.       Sama  tahun lahir
c.        Sama bulan kelahiran
d.       Sama saiz kasut
e.       Sama warna baju / seluar dll.
ii.                    Setelah berjumpa ahli kumpulan, ahli diminta berkenalan antara satu sama lain.
Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta supaya proaktif dalam kumpulan.

17.    Group in…
Aktiviti :
i.                     Pelajar diarah untuk bergerak dalam kumpulan tertentu iaitu dengan mematuhi arahan
fasilitator.
ii.                    Fasilitator akan menyebut “Group in 2, 5, 10 atau 20..”
iii.                  Pelajar akan bergerak dalam kumpulan besar untuk membentuk kumpulan mengikut
bilangan ahli kumpulan yang telah ditetapkan.
iv.                  Setelah berjumpa ahli kumpulan, pelajar disuruh duduk dan berkenalan secara ringkas.
Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta supaya menjadi lebih proaktif dan
menggalakkan penerimaan dalam kumpulan.

18.    Kerusi Panas
Aktiviti :
i.                     Pelajar akan duduk di atas kerusi masing-masing dalam bulatan besar.
ii.                    Apabila arahan tukar tempat duduk diberikan, pelajar  akan tukar tempat duduk
dengan rakan-rakan yang lain.
iii.                  Pelajar yang paling lambat bertukar tempat duduk akan dikenakan hukuman di tengah
bulatan. (Hukuman yang sesuai contohnya menyanyikan lagu, poco-poco dll.)
iv.                  Arahan fasilitator perlu kreatif dan pelbagai contohnya “Siapa rasa dirinya lelaki tukar
tempat duduk”. Maka pelajar lelaki sahaja yang akan tukar tempat duduk. Setelah itu, pelajar
akan berkenalan dengan rakan sebelah.
 Nilai / rasional aktiviti : Pentingnya menerima, mendengar dan memahami sesuatu arahan
sebelum bertindak.

19.    Bunyi paling menarik


Aktiviti :
i.                     Pelajar akan berada dalam kumpulan masing-masing dan fasilitator akan mengarahkan
mereka untuk memilih dan menghasilkan bunyi binatang beserta dengan pergerakan yang
menarik.
ii.                    Markah akan diberi kepada bunyi dan pergerakan kumpulan yang paling menarik.
iii.                  Seboleh-bolehnya, bunyi binatang bagi setiap kumpulan tidak sama.
Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti dan mewujudkan semangat kerjasama dalam kumpulan.

20.    Pergerakan paling menarik


Aktiviti :
i.                     Setiap kumpulan akan menghasilkan pergerakan mengikut muzik yang telah
ditetapkan untuk setiap kumpulan.
ii.                    Muzik / lagu bagi setiap kumpulan perlu berbeza bagi melihat variasi pelajar.
iii.                  Pemilihan lagu mengikut kategori seperti lagu rancak, sentimental, irama Melayu,
Hindustan, Cina dan sebagainya.
iv.                  Fasilitator boleh menggunakan sistem markah atau token bagi aktiviti seperti ini bagi
menggalakkan penglibatan pelajar.
Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti dan mencerna semangat persaingan yang sihat dalam
melakukan sesuatu perkara. 

21.    Uji Bakat
Aktiviti :
i.                     Setiap pelajar diarah untuk melihat wajah ahli kumpulan masing-masing.
ii.                    Setelah itu, sila pilih ahli kumpulan yang paling layak menjadi
a.       Ketua
b.       Penolong
c.        Setiausaha.
iii.                  Mereka yang terpilih dipanggil ke hadapan untuk menjalani ujian emosi seperti disuruh
bersyarahan / berucap, melakukan aktiviti seperti berkokok,cat walk dan sebagainya dengan
diiringi muzik.
iv.                  Sebagai aktiviti salingan, fasilitator boleh melakukan aktiviti uji bakat ini dengan
mencari :
a.       Peserta yang paling comel
b.       Peserta yang paling bijak berbicara
c.        Peserta yang paling handsome dan sebagainya.
Nilai / rasional aktiviti : Setiap pelajar mempunyai bakat dan keupayaan tersendiri. Ada yang
dilahirkan menjadi pemimpin dan ada yang perlu belajar untuk memimpin.

22.    Aktiviti Keretapi
Aktiviti :
i.                     Setiap pelajar akan diedarkan sehelai kertas A4 dan dilekatkan di belakang masing-
masing menngunakan ‘masking tape’.
ii.                    Fasilitator akan mengarahkan setiap pelajar untuk menuliskan perkataan yang positif
untuk rakan-rakan (beri masa yang singkat untuk pelajar bergerak).
iii.                  Pelajar perlu bergerak untuk mendapatkan sebanyak mungkin nilai-nilai positif yang
ada pada diri mereka contohnya baik hati, bertanggungjawab, suka menolong orang dll.
iv.                  Fasilitator perlu menetapkan sekurang-kurangnya 10 nilai yang berjaya diperolehi
dalam jangka masa yang ditetapkan ( 3 minit – 5 minit).
v.                    Setelah itu, pelajar akan mengira jumlah nilai yang diperolehi.
vi.                  Fasilitator akan memanggil setiap pelajar secara rawak ke hadapan untuk membaca
nilai-nilai yang diperolehi.
Nilai / rasional aktiviti : Setiap individu mempunyai nilai positif yang kita tidak sedari. Selagi
ada nilai-nilai baik dalam diri, maka semua kita layak untuk memimpin.

23.    Brainstorming
Aktiviti :
i.                     Pelajar akan duduk dalam bulatan yang besar.
ii.                    Satu objek akan diletakkan di tengah-tengah bulatan. Contohnya botol mineral, kotak
kapur dll.
iii.                  Pelajar akan memikirkan sesuatu yang berbeza dengan ciri-ciri sebenar / asal benda
tersebut dan nyatakan secara bergilir.
iv.                  Setiap yang dinyatakan akan dicatatkan oleh 2 orang pencatat.
v.                    Jika diletakkan botol mineral di tengah bulatan, maka pelajar tersebut tidak boleh
menyebut benda tersebut air mineral tetapi perlu menyatakan benda lain contohnya kayu
hoki, syampu dll.
vi.                  Selain itu, pelajar diberi tugasan untuk melakukan brainstorming ini secara santai
dengan menyatakan idea-idea mudah. Contohnya, nyatakan perkara-perkara yang selalu anda
lakukan di bilik air dll.
vii.                 Setelah itu, brainstorm idea pelajar dengan menyatakan perkara-perkara yang lebih
ilmiah iaitu menyatakan idea masing-masing fokus tentang kepimpinan.
viii.               Contohnya : Nilai-nilai yang perlu ada pada setiap pemimpin, apa yang perlu ada pada
setiap pemimpin dll.
Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta  berkongsi idea melalui pengetahuan sedia
ada (konstruktivisme). Melalui perkongsian ini, maka ruang lingkup pemikiran peserta akan
lebih luas.

24.    Aktiviti ‘scanning’ (Strength and Weakness)


Aktiviti :
i.                     Aktiviti berpasangan iaitu setiap pasangan akan menceritakan kekuatan dan
kelemahan masing-masing.
ii.                    Setelah itu, mereka akan menceritakan kekuatan dan kelemahan pasangan dalam
kumpulan besar atau kumpulan kecil. (Sebaik-baiknya dibantu oleh fasilitator kumpulan yang
terdiri daripada guru-guru seperti guru bimbingan dan guru penyelaras)
iii.                  Dalam aktiviti ini, elakkan pelajar membincangkan perkara-perkara yang sensitif yang
boleh mengaibkan pasangan.
Nilai / rasional aktiviti : Luahan kendiri untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri.
Perlunya seseorang itu mengekal dan menambahbaik kekuatan serta memperbaiki
kekurangan.

25.    Sorakan Kumpulan / Cheers / Trademark


Aktiviti :
i.                     Pelajar berbincang untuk menghasilkan sorakan puak yang paling menarik dan
bercirikan kepimpinan / sesuai dengan nama kumpulan.
ii.                    Sorakan puak perlu dijalankan sebelum bermulanya sesuatu pembentangan kumpulan
bagi menaikkan semangat ahli kumpulan.
Nilai / rasional aktiviti : Meningkatkan motivasi / energy dalam kumpulan.

LDK: ice breaking

ICE BREAKING  (KELOMPOK BESAR)

Aktiviti 1         : Salam Mesra

Masa              : 20 Minit

Alatan                        : Tiada

Objektif          :

1.    Mewujudkan suasana yang selesa di kalangan peserta.

2.    Mengurangkan rasa tertekan, takut.

Langkah        :
1.    Buat bulatan besar ( asing lelaki dan perempuan )

2.    Bilang 1. 2. 3. mengikut peserta.

3.    Peserta angka ganjil buat bulatan di dalam. Peserta di luar ikut arah jam dan peserta di
dalam lawan arah jam.

4.    Setiap peserta memperkenalkan diri kepada semua ahli dalam bulatan.

Perbincangan:

1.    Apakah perasaan adik-adik… takut… tak selesa… malu…

2.    Apakah respons rakan-rakan adik apabila bercerita tentang diri… suka…dll

Pengajaran   :

1. Pengenalan diri akan mewujudkan perhubungan yang mesra dengan orang yang belum
dikenali.
2.

Aktiviti 2         : Dunia ku dunia baru

Masa              : 30 Minit

Alatan            : Tiada

Objektif          :

1.    Memberi peluang kepada peserta berkenalan antara satu sama lain dalam suasana yang
menyeronokkan.

2.    Mengurangkan rasa malu, rendah diri dan takut apabila berada dalam kelompok yang
belum dikenali.

Langkah        :

1.    Peserta diberi kad yang masing-masing bernombor 1 –6.

2.    Setiap nombor akan mewakili satu gerakan tertentu.

3.    Peserta lelaki dan perempuan diminta berbaris sebelum kad diedarkan kepada mereka.

4.    Ketua menyatakan bahawa peserta berada dalam dunia baru. Di dunia ini tiada siapa
yang boleh bertutur. Mereka hanya boleh melakukan gerakan yang tertentu. Mereka semua
perlu mencari rakan yang sama jenis untuk membentuk satu perkampungan.

-          Jenis pertama aksi menangis

-          Jenis kedua aksi burung terbang


-          Jenis ketiga aksi ketawa

-          Jenis keempat aksi garu kepala

-          Jenis kelima aksi bunyi motor

-          Jenis keenam aksi bunyi kucing

5.    Apabila bertemu dengan jenis yang sama mereka perlu mengangguk dan cari rakan lain
yang sama jenis.

6.    Ketua memastikan peserta tidak bercakap selain bunyi tertentu.

7.    Jika ada jenis yang tidak menemui jenis yang sama. Maka mereka perlu buat gerakan itu
dan rakan mereka hendaklah menjemput mereka masuk kelompok.

Perbincangan:

1.    Bagaimanakah perasaan peserta menjalankan aktiviti

2.    Bagaimana cara berinteraksi apabila tidak boleh bertutur.

Pengajaran   :

Untuk berkenalan dengan seseorang, kita perlu mempunyai sifat peramah, sedia menghampiri
dan tidak menunggu ditegur oleh orang lain.

LDK  (Kendiriku)

Aktiviti            :           Akukah itu?

Masa              :           30 minit

Alatan                        :Kertas A4 dan pen/pensel

Objektif          :           1.  Peserta mengenal diri mereka yang sebenar.

2.  Peserta akan dapat menyedari keadaan diri mereka.

3.  Timbul keinginan untuk meneroka keadaan diri sendiri.

Langkah        :          

1.            Peserta diminta untuk melukis gambar mereka sendiri mengikut kebolehan masing-
masing. (Kecantikan lukisan itu tidak penting)

2.            Peserta diminta tidak duduk terlalu dekat (jarak antara peserta) semasa melakukan
tugas ini.
3.            Letakkan tanda yang mudah untuk kenal pasti lukisan masing-masing. Tetapi
jangan tulis nama pada lukisan tersebut..

4.            Masa diberikan antara 5 – 7 minit untuk menghasilkan lukisan tersebut..

5.            Ketua akan mengumpul semua lukisan yang telah siap dan kemudian menyerahkan
semula kepada peserta. Tetapi  kena pastikan bahawa lukisan yang dibuat itu tidak diserahkan
kepada empunya lukisan.

6.            Peserta diminta untuk mengenal pasti tuan empunya lukisan gambar tersebut dengan
hanya menunjukan sahaja apabila diminta oleh ketua tanpa bergerak atau bangun dari kerusi.

7.            Bagi peserta yang salah meneka , ketua akan cuba bertanya mengapakah susah
untuk mengenal pasti empunya lukisan gambar tersebut dan bagi yang meneka dengan betul
ketua  akan menanyakan sebab mereka bolah meneka dengan betul.

Pengajaran/ Rumusan      :

1. Susah untuk mengenal pasti seseorang itu dengan hanya melihat   pada luaran sahaja
kerana mungkin apa-apa yang dilihat tidak sama     dengan sikapnya yang sebenar.  

2. Orang tidak akan dapat mengenal diri kita jika sekiranya kita sendiri        tidak kenal siapa
diri kita #         

Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan
untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang
sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan.

Aktiviti 1 : SIGN HERE..PLEASE..

Objektif : Untuk memberi peluang kepada peserta berkenalan di antara satu sama lain.

Masa : 30 minit

Peralatan :

 Borang ‘Sign here..please..’

Prosedur :

 Setiap peserta akan diberi sehelai borang ‘Sign here..please..’

 Dalam masa 10 minit, setiap peserta diminta untuk memenuhi kesemua ruang yang ada di
dalam borang tersebut dengan tandatangan daripada 19 orang yang berbeza.

Perbincangan :
Fasilitator memimpin perbincangan dengan mengemukakan beberapa soalan seperti berikut:

 Fasilitator reaksi dan perasaan setiap ahli kelompok : “Apakah perasaan anda apabila
dikehendaki meminta seseorang menandatangani ruang yang anda harapkan? ” dan “Apakah
perasaan anda apabila mendekati seseorang yang tidak / kurang dikenali?”

 Pernahkah anda mengalami situasi sedemikian dalam kehidupan harian anda? :

“ Pernahkan anda mengalami situasi sebegini di mana anda memperkenalkan diri dan rakan yang
baru memperkenalkan diri kepada anda? ”
 Apakah kesan daripada anda setelah memperkenalkan diri kepada orang lain? Apakah yang
menyebabkan anda tidak mengambil langkah untuk memperkenalkan diri kepada orang lain?

Rumusan :

Fasilitator merumuskan bahawa :


 Ahli berpeluang berkenalan antara satu sama lain.

 Setiap ahli mempunyai cara tersendiri untuk berkenalan dalam suasana yang selesa.
                           
“SIGN HERE…PLEASE…”

KATEGORI 1. PALING 2. PALING 3. PALING 4. PALING


SERIUS HANDSOME CANTIK COMEL
NAMA PESERTA

TANDATANGAN

5. PALING CERIA 6. PALING 7. PALING 8. PALING 9. PALING


COOL SETIA SISTEMATIK PENYAYANG

10. PALING SUKA 11. PALING 12. PALING 13. PALING 14. PALING
MENYANYI ROMANTIK PERAMAH LUCU PENDIAM

15. PALING 16. PALING 17. PALING 18. PALING 19.  PALING
PEMALU MATANG UNIK KREATIF SELAMBA
Aktiviti 2 : APA DI BELAKANG SAYA?

Objektif : 
 Membentuk kumpulan bagi para peserta.

 Memberi pendedahan kepada peserta mengenai penyelesaian masalah secara    kreatif.


Masa : 30 minit

Peralatan :

 Pelekat bergambar

Prosedur :

 Semua peserta diminta membuat satu bulatan besar dan berdiri tegak.

 Fasilitator akan mengambil pelekat bergambar dan melekatkannya di belakang setiap


peserta.

 Peserta seterusnya diberi arahan untuk membentuk kumpulan berdasarkan gambar pada
pelekat di belakang mereka dalam tempoh 10 minit. Mereka dikehendaki mencari seramai mungkin
ahli kumpulan mereka yang mempunyai pelekat bergambar yang sama. Syarat permainan ini,
peserta tidak dibenarkan bertanya kepada rakan mereka apakah gambar yang ada di belakang
mereka. Walau bagaimanapun, rakan mereka boleh memberi bayangan terhadap gambar tersebut.
Contohnya ‘Ia seekor binatang..’, ‘Ia berwarna merah..’ dan sebagainya.

 Kumpulan yang berjaya mengumpul ahli dan mendahului kumpulan-kumpulan yang lain
dianggap memenangi permainan ini.    

Perbincangan :

Fasilitator memimpin perbincangan dengan mengemukakan beberapa soalan seperti berikut:


 Apakah perasaan anda ketika menjalani aktiviti ini?

 Adakah anda mengalami kesukaran semasa menjalani aktiviti? Kongsikan.

 Apakah cara yang anda gunakan untuk menyampaikan maklumat mengenai gambar tersebut
kepada rakan anda?

 Apakah yang anda pelajari dalam aktiviti ini?

 Bagaimana anda dapat kaitkan apa yang anda pelajari di dalam aktiviti ini dengan
kehidupan seharian anda?

Rumusan :
Di dalam kehidupan, terdapat pelbagai halangan dan masalah yang perlu ditempuhi. Walau
bagaimanapun, kita seharusnya berfikiran kreatif dalam mencapai sesuatu matlamat bagi
menyelesaikan masalah.
Aktiviti 3 : Throw to me!
Objektif :. Untuk memulakan perkenalan di antara ahli kumpulan 
Masa : 30 minit

Peralatan :

Bola kecil

Prosedur :

 Fasilitator mengalu-alukan kedatangan ahli dan memperkenalkan diri kepada ahli.

 Fasilitator menerangkan aktiviti dan matlamat aktiviti.

 Fasilitator meminta setiap orang memperkenalkan diri kepada kumpulan dengan


menyatakan nama penuh, nama singkatan, umur, dan tempat tinggal. Ahli yang lain diminta untuk
memberi perhatian semasa seseorang ahli menceritakan tentang dirinya.

 Setelah semua ahli memperkenalkan diri, ahli diminta untuk mencari 3 lagi maklumat
tambahan mengenai diri setiap ahli di dalam kumpulan itu. Contohnya bilangan adik-beradik,
makanan kegemaran, atau hobi.

 Maka, untuk mengumpul maklumat tersebut fasi akan mula membaling bola ke arah mana-
mana ahli kumpulan. Kemudian fasi bertanyakan satu soalan mengenai diri ahli tersebut. Ahli
tersebut kemudian akan membaling bola itu ke arah mana-mana ahli kumpulan yang lain dan
bertanyakan soalan mengenai diri ahli itu. Setiap balingan hanya dibenarkan mengemukakan satu
soalan. Proses terus berjalan sehingga setiap ahli dapat mengumpul 3 maklumat tambahan kesemua
ahli dalam kumpulannya. 

Perbincangan :

Fasilitator memimpin perbincangan dengan mengemukakan beberapa soalan seperti berikut:


         Apa perasaan anda setelah berpeluang mengenali kesemua ahli kumpulan?
         Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda berkenalan dengan seseorang buat pertama
kalinya?
         Apakah perasaan anda ketika itu?
         Dapatkah anda mengingati kesemua maklumat mengenai diri ahli kumpulan? (ya / tidak)
         Apakah yang menyebabkan anda dapat/ tidak dapat mengingati maklumat-maklumat tersebut?
         Apakah elemen yang yang anda rasakan penting semasa berkenalan untuk kali pertama?
         Apakah yang anda perolehi dalam aktiviti ini?
Rumusan :
Ahli kumpulan dapat mengenali rakan di dalam kumpulannya dengan lebih mendalam. Perkenalan
yang dimulakan dengan cara yang baik dapat mengukuhkan hubungan dan membina kepercayaan di
antara ahli di dalam kumpulan.
Aktiviti 4 : FOR YOUR EYES ONLY
Objektif : Melihat kreativiti peserta dalam menyampaikan maklumat

Masa : 30 minit

Peralatan :

Tiada

Prosedur :

 Ahli kumpulan akan dipecahkan secara berpasangan (dyads). Dalam masa 10 minit, setiap
ahli dikehendaki mengenali pasangan masing-masing dengan bertanya mengenai kehidupan di
zaman kanak-kanak mereka.

 Ahli kumpulan kemudian diminta berkumpul semula dan menceritakan mengenai pasangan
mereka kepada ahli yang lain tanpa menggunakan perkataan. Mereka dikehendaki menyampaikan
maklumat diri pasangan mereka dalam bentuk ‘non-verbal’.

 Semasa seseorang ahli menyampaikan maklumat tersebut, ahli yang lain dikehendaki
memerhati ‘non-verbal’ ahli tersebut dan meneka apakah yang cuba disampaikan kepada
mereka.       

Perbincangan :

Fasilitator memimpin perbincangan dengan mengemukakan beberapa soalan seperti berikut:


 Apakah perasaan anda semasa menjalani aktiviti ini?

 Apakah yang berlaku di dalam minda anda semasa ingin menyampaikan maklumat kepada
rakan-rakan?

 Apakah yang anda perolehi dari aktiviti ini?

 Dapatkah anda kaitkan aktiviti ini dengan pemikiran kreatif?

Rumusan :

Ahli kumpulan berpeluang untuk mengenali ahli kumpulan yang lain dengan lebih dekat.
Penyampaian maklumat dapat dikongsi dengan pelbagai cara. Apa yang penting, kita haruslah
membuka minda dan melakukan pelbagai cara dalam mencapai matlamat.
SLOT 2 ( HARI PERTAMA ) –
PENGENALAN PEMIKIRAN KREATIF
 
Aktiviti 1 : My precious
Objektif :   
Masa : 30 minit

Peralatan :

 Kertas A4

 Pen / pensil

 Magic colour

Prosedur :

 Fasilitator mengedarkan sekeping kertas A4 kepada ahli kumpulan.

 Dalam tempoh 10 minit, setiap ahli kumpulan diminta untuk melukis gambar sebuah objek
yang paling kreatif yang pernah dicipta sepanjang hidup. Ahli dibenarkan menggunakan magic
colour yang disediakan untuk menghasilkan lukisan bagi menggambarkan objek tersebut.

 Setelah tamat tempoh 10 minit, fasilitator meminta setiap ahli membentangkan lukisan
masing-masing dan menerangkan mengenai objek yang dilukis.

Perbincangan :

Rumusan :
Aktiviti 2 : CHRISTOPHER COLUMBUS

Objektif : Memberi gambaran kepada peserta mengenai gaya berfikir dan


                 pemikiran kreatif . 
Masa : 30 minit

Peralatan :

 Artikel ‘Christopher Columbus’

 Kertas A4

 Pen / pensil

Prosedur :

 Artikel ‘Christopher Columbus’ diedarkan kepada setiap peserta. Dalam masa 10 minit,
peserta dikehendaki membaca dan memahami artikel tersebut.

 Fasilitator kemudian menerangkan mengenai artikel tersebut dan mengadakan


perbincangan bersama ahli kumpulan yang lain mengenai kandungan artikel itu.

 Seterusnya, peserta akan diberi sehelai kertas dan diminta untuk menyenaraikan apa sahaja
yang mereka faham dan yang dapat mereka kaitkan mengenai pemikiran kreatif. 

 Peserta diminta untuk menyimpan senarai tersebut sehingga ke akhir program.

Perbincangan :

 Apakah yang anda faham mengenai artikel ini? Kongsikan.

 Pada pandangan anda, apakah yang dimaksudkan dengan pemikiran kreatif? Senaraikan apa
yang anda tahu mengenai pemikiran kreatif di atas kertas yang disediakan. 

 Apakah pengajaran yang boleh anda perolehi daripada artikel ini?

Rumusan :

Pemikiran kreatif merupakan gaya pemikiran yang mementingkan matlamat dan penyelesaian


masalah. Maka, seseorang yang mempunyai gaya pemikiran kreatif adalah seseorang yang berfikiran
terbuka dan mempunyai idea yang pelbagai dalam mencapai matlamat. 
Artikel 1
Christopher Columbus
Christopher Columbus adalah seorang pelayar yang mempelopori penjajahan Eropah ke atas Benua
Amerika. Orang-orang bangsawan dan bijak pandai Sepanyol merasa iri hati dengan
kejayaan Columbus. Mereka menganggap apa yang dicapai olehColumbus bukanlah satu kejayaan
kerana sesiapa pun boleh belayar ke timur lautan Pasifik dan berjumpa Benua Amerika.
Untuk membela dirinya, Columbus menjawab dengan mencabar mereka menyelesaikan satu
masalah. Masalahnya ialah ‘tegakkan sebiji telur rebus di atas meja tanpa apa-apa perkakas’.
Semua bijak pandai Sepanyol yang hadir tidak dapat berbuat demikian.Columbus kemudian
mengemekkan satu hujung telur tersebut dan meletakkannya di atas meja. Orang bijak pandai
semuanya mencemuh dan berkata, “Kalaulah begitu, kami pun boleh buat ”.
Columbus menyambut cemuhan mereka dengan berkata, “Apabila sesuatu cara penyelesaian
masalah sudah ditunjukkan, memanglah semua orang boleh mengikutinya. Tetapi yang penting ialah
siapakah yang pertama sekali berjaya menyelesaikannya.”
Sebelum Columbus berjaya ke Benua Amerika, bangsawan dan bijak pandai Sepanyol berkeras
mengatakan tidak ada jalan ke Asiadan Amerika dengan cara belayar ke timur Pasifik. Andaian yang
mereka buat berdasarkan buku-buku yang ditulis pada zaman itu. Mereka mencemuh
pandangan Columbus yang bukan bangsawan Sepanyol, tetapi seorang berbangsa Portugis, dan juga
bukan dari kalangan bijak pandai.
Gaya pemikiran Bangsawan Sepanyol dipanggil pemikiran tegak. Pemikiran tegak samalah seperti
blok permainan, iaitu blok-blok yang boleh dilekatkan antara satu sama lain, yang ditindih satu
sama lain dan menjadi turus. Apabila salah satu bata jatuh, turus pun runtuh.
Columbus menggunakan pemikiran mendatar, di mana dia mengubah pendekatan masalah dari segi
yang berlainan. Orang bijak pandai Sepanyol mementingkan keadaan asal telur, menganggap telur
tersebut tidak boleh dikemekkan padahal tiada siapa yang mengatakan demikian. Tetapi Columbus
mendekati masalah dengan mementingkan matlamat penyelesaian.      
Pemikiran mendatar menceraikan kaitan batu blok dan oleh itu ia bersepah atas lantai. Ini
bermakna sesuatu blok tidak terikat kaitannya dengan hanya blok tertentu sahaja. Penyelesaian
dicari dengan mendapatkan kaitan antara satu blok dengan mana-mana yang sesuai. Corak
pemikiran ini adalah corak pemikiran kreatif.
Aktiviti 3 : HOW CREATIVE ARE U ?

Objektif : Memberi gambaran ringkas mengenai tahap kreativiti para peserta.


Masa : 30 minit

Peralatan :

 Ujian Creativity IQ

Prosedur :

         Fasilitator akan mengedarkan kertas ujian ringkas Creativity IQ.


          Dalam tempoh 10 minit, peserta diminta untuk menjawab ujian tersebut.
         Selesai menjawab, setiap peserta akan diminta untuk mengira markah masing-masing. Setiap
jawapan A akan diberi markah sebanyak 1, B sebanyak 2 markah, C sebanyak 3 markah, D sebanyak
4 markah, dan E sebanyak  5 markah.
         Setelah itu, fasilitator akan memberikan analisa kepada kuiz tersebut.
         Fasilitator dan peserta kemudian berbincang di dalam kumpulan mengenai keputusan masing-
masing.

Perbincangan :

 Apakah keputusan yang anda perolehi daripada kuiz ini?

 Apakah komen anda mengenai kuiz ini?

 Menurut pandangan anda, adakah apa yang dianalisa oleh kuiz ini bertepatan dengan diri
anda? Mengapa?

 Apakah perubahan yang ingin anda lakukan?

Rumusan :
 
Creativity IQ Test: Question 1
Are you quick to find fault with ideas, yours or others?
 Almost always
 Often
 Occasionally
 Rarely
 Never
Creativity IQ Test: Question 2
How frequently do you get attached to how things are done?
 Almost always
 Often
 Occasionally
 Rarely
 Never
Creativity IQ Test: Question 3
How often do you hold back from mentioning ideas for fear of looking silly or being "wrong?"
 Almost always
 Often
 Occasionally
 Rarely
 Never
Creativity IQ Test: Question 4
Do you ever have the tendency to stop at your first good idea?
 Almost always
 Often
 Occasionally
 Rarely
 Never
Creativity IQ Test: Question 5
How many ideas do you tend to generate - good or bad - when tackling a project?
 1 or 2
 3-5
 6 - 12
 13 - 25
 More than 25
Jawapan :
23 - 25 = A+ Very, very good. You should be working on a Nobel
prize, not wasting your time taking quizzes.
20- 22 = A Very good. You are very highly realized creatively.

17 - 19 = B+ Much better than average, but there are some areas


where you could improve.
15 - 16 = B Better than average, but enough room for
improvement to take the observations seriously.
13 - 14 = C+ Better than average, but just barely.
11 - 12 = C Your overall score is average, but when it comes to
creativity, average is not good enough. "Right brain"
thinking is in greater and greater demand as high-
technology takes away so many left brain jobs.
9 - 10 = D+ Below average.
6-8=D Well below average.

5=F You have a whole lot of work to do


 
Aktiviti 3 : Once upon a time…
Objektif :.Untuk menunjukkan kepentingan ilmu pengetahuan dalam melahirkan   
                  pemikiran yang kreatif.  
Masa : 30 minit.

Peralatan : Artikel “Once upon a time..”

Prosedur :

 Artikel “One upon a time..” akan diedarkan kepada ahli kumpulan.

 Dalam tempoh 5 minit, ahli dikehendaki untuk membaca dan memahami artikel tersebut.

 Kemudian, fasilitator akan menerangkan mengenai artikel itu dan membenarkan pertanyaan
daripada ahli sekiranya mereka kurang jelas dengan artikel tersebut.

 Ahli kumpulan diberi tempoh selama 15 minit untuk berbincang bersama ahli kumpulan
yang lain bagi mencari jalan penyelesaian.

 Selepas tamat tempoh itu, fasilitator akan berbincang bersama ahli kumpulan mengenai
jawapan mereka kepada masalah tersebut. Seterusnya, fasilitator akan memberi jawapan yang
sebenar kepada masalah itu. 

Perbincangan :

         Apakah yang anda faham mengenai artikel ini?


         Apa pandangan anda, apakah yang harus dilakukan oleh pencuri itu? Mengapa?
         Mengapa ada antara anda yang dapat memberi jawapan, dan ada yang tidak dapat memberi
jawapan yang tepat?
         Apakah yang anda pelajari melalui aktiviti ini?

Rumusan :
 
Dalam menjana idea yang kreatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah, ilmu dan pengalaman
adalah elemen penting untuk melahirkan idea-idea baru. Artikel ini berkaitan dengan aktiviti
masyarakat China zaman dahulu yang mempunyai kemahiran ‘juggling the ball’. Peserta yang
mempunyai pengetahuan akan lebih mudah mengaitkan pengetahuan ini dalam menyelesaikan
masalah yang diberi di dalam artikel ini. 
 
 
Artikel 2

Once upon a time…


               
                A famous thief in ancient China succeeded in breaking into the imperial palace and stealing
three gold balls. As he made his escape the palace guard began to give chase. On the outskirts of the
town the thief reached a rickety rope bridge. He had made his plans very carefully. He weighed 150 lb
and each gold ball weighed 10 lb. However, the thief knew that the bridge could only support 160 lb.
Once across to the other side he would be safe from pursuit from the heavily armored palace guard. With
a laugh he started to run to the other side and managed to bring all three balls with him. How did he do
it?      

 
 
 
 
Aktiviti 4 : CARI DAN CARI…

Objektif : Untuk menggalakkan peserta menganalisa sesuatu masalah dan tidak terus


                  membuat andaian atau penyelesaian secara terburu-buru  

Masa : 30 minit

Peralatan :

 Lampiran ‘The Hidden Triangles’

Prosedur :

 Setiap peserta akan menerima sehelai kertas lampiran ‘The Hidden Triangles’.

 Dalam masa 15 minit, para peserta diminta untuk mencari sebanyak mungkin segitiga yang
ada di dalam rajah tersebut.

 Peserta kemudian diminta untuk melaporkan bilangan segitiga yang berjaya dikesan di
dalam rajah.

 Peserta akan dimaklumkan bahawa terdapat 35 segitiga yang berada di dalam rajah
tersebut.

Perbincangan :

 Berapa banyakkah bilangan segitiga yang anda temui?

 Mengapa setiap orang menemui bilangan segitiga yang berbeza-beza?

 Bagaimana dapat anda kaitkan aktiviti ini dengan pemikiran kreatif?

Rumusan :

Pemikiran kreatif memerlukan seseorang memandang sesuatu masalah dari pelbagai sudut, supaya
penyelesaian kepada sesuatu masalah itu tidak tertumpu hanya kepada satu penyelesaian sahaja.
Sekiranya seseorang itu tidak menganalisa masalah dengan teliti, penyelesaian yang dapat ditemui
adalah terhad dan ini menghalang penyelesaian masalah secara kreatif.   
SLOT 3 ( HARI PERTAMA ) – SIKAP DAN PEMIKIRAN KREATIF

Aktiviti  1 : THE NINE DOTS  PUZZLE


Objektif : Untuk mendedahkan kepada peserta mengenai  kepentingan mencari
                  penyelesaian yang baru kepada masalah yang lama
Masa : 45 minit
Peralatan :

         Flip chart
         Pen marker
         Pen / pensil
         Kertas A4

Prosedur :

 9 titik akan dilukis di atas flip chart seperti di bawah :

.     .     .
                                                

                           .     .     .


                           .     .     .
 Peserta diminta untuk melukis titik-titik tersebut di atas kertas yang disediakan.

 Kemudian, arahan akan diberikan seperti berikut :

“ Tanpa mengangkat pen atau pensil, sambungkan kesemua titik-titik yang berada
  di atas kertas kertas anda dengan menggunakan 4 garisan lurus.”
 Para peserta diberi masa selama 10 minit untuk memikirkan cara menyambungkan titik-titik
itu.

 Selepas 10 minit, para peserta diminta berhenti, dan jawapan mengenai cara
menyambungkan titik-titik itu akan diberi.

 Para peserta kemudian diminta mencuba untuk menyambungkan titik-titik itu menggunakan
3 garisan lurus pula. Masa selama 10 minit diberi.

Perbincangan :
 Adakah anda mengalami kesukaran dalam menjalani aktiviti ini?

 Apakah kesukaran yang anda alami semasa cuba menyambung titik-titik tersebut?

 Mengapa ini berlaku?

 Apakah yang anda fikirkan apabila fasilitator memberi arahan untuk menyambungkan titik-
titik itu menggunakan 3 garisan lurus pula?

 Apakah yang anda perolehi dari aktiviti ini?

Rumusan :
Pemikiran kreatif wujud dalam bentuk ‘evolusi’, di mana ia berlaku hasil dari pembaikian idea lama
dan membentuk idea baru.  

* Critical principle : Every problem that has been solved can be solved again in a better way.

Aktiviti 2 : DOT IN A CIRCLE


Objektif :.Memberi gambaran kepada peserta mengenai kepentingan berfikiran positif
                 dalam menyelesaikan masalah secara kreatif.   
Masa : 30 minit
Peralatan :
         Flip chart
         Pen marker
         Pen / pensil
         Kertas A4
         Lampiran ‘Dot In A Circle’

Prosedur :

         Fasilitator akan melukis sebuah bulatan bertitik tengah seperti yang ditunjukkan di dalam lampiran
‘ Dot In A Circle’.
         Peserta kemudian dikehendaki melukis bulatan tersebut di atas kertas yang disediakan.
         Arahan yang akan diberikan adalah seperti berikut :
“ Lukiskan sebuah bulatan yang bertitik tengah seperti ini di atas kertas yang disediakan tanpa
mengangkat pen atau pensil anda.”
         Peserta diberi tempoh selama 15 minit untuk memikirkan cara untuk melukis bulatan itu.
         Selepas tempoh 15 minit, fasilitator akan membincangkan mengenai cara untuk melukis bulatan
tersebut bersama dengan peserta.
Perbincangan :

         Apakah perasaan anda semasa menjalani aktiviti ini?


         Apakah yang anda perolehi melalui aktiviti ini?

Rumusan :

Antara halangan yang menyekat kreativiti seseorang adalah pemikiran yang rigid, dan selalu
beranggapan bahawa sesuatu perkara itu tidak boleh diselesaikan dan tidak logik. Maka, sesuatu
masalah itu tidak akan dilihat secara teliti kerana anggapan negatif ini telah mempengaruhi
pemikiran.  

Aktiviti 3 : Si Luncai…

Objektif :. 
Masa : 45 minit

Peralatan :

         Artikel ‘Si Luncai’

Prosedur :

Perbincangan :
         Apakah yang anda faham mengenai artikel ini?
         Apakah yang akan berlaku kepada Si Luncai sekiranya Si Luncai berputus asa?
         Apakah pengajaran yang boleh diperolehi dari cerita ini?

Rumusan :

 
Artikel 3

Si Luncai

Dalam sebuah negeri, ada seorang pemuda bernama Si Luncai. Dia tinggal bersama
emaknya. Bapanya sudah meninggal dunia.
Pada suatu hari, dia pergi mengadap raja negeri itu. Sambil mengadap dia menangis.
“Ampun tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun”.
“Kenapa engkau menangis wahai Si Luncai?”
“Patik menangis sebab melihatkan wajah tuanku yang seakan-akan sama dengan wajah
bapa patik yang telah meninggal dunia itu!” beritahu Si Luncai sambil menangis teresak-esak.
“Diam!Engkau memang kurang ajar. Menjatuhkan maruah beta dengan membandingkan
muka beta dengan wajah bapa engkau! Pengawal! Tangkap Si Luncai dan buang dia ke laut!”
perintah baginda mendadak.
Si Luncai tidak menyangka bagitu sekali tindakan baginda. “Ampunkan patik tuanku. Patik
bukannya hendak menghina tuanku!”
“Sudah! Beta tak dapat mengampunkan kesalahan engkau!”
Dengan itu, Si Luncai pun dimuatkan dalam sebuah perahu dan dibawa ke tengah laut
bersama dengan empat hulubalang. Mereka akan membuang Si Luncai bila sampai di tengah laut
nanti.
Di atas perahu, Si Luncai bersuara. “Sebelum engkau semua membuangkan ku ke dalam
laut, aku minta sebiji labu itu,” sambil tangannya menunjuk kepada dua biji labu punggi di atas
perahu itu.
Permintaan itu dilayan.
“Sebelum aku mati, aku minta izin untuk menyanyi dan engkau berempat pun menyanyi
juga.”
“Ada-ada saja Si Luncai ini. Dekat nak mati orang minta nak sembahyang, dia minta nak
nyanyi,” kata salah seorang dari hulubalang.
“Turutlah apa kehendaknya kerana sekejap masa lagi dia akan mati lemas,” kata yang lain
menyokong permintaan Si Luncai.
Si Luncai pun memberitahu kehendaknya.
“Aku mahu engkau berempat menyanyi satu lagu. Dua orang berkata ‘Si Luncai Terjun’ dan
yang dua orang lagi menjawab ‘Biarkan’. Begitulah bunyi lagu itu. Hendaklah diulang sehingga aku
beri isyarat supaya berhenti.”
“Itu senang saja,”kata mereka serentak.
“Tapi ingat syaratnya itu, selagi aku tak suruh berhenti menyanyi, engkau semua jangan
berhenti,” pesan Si Luncai.
“Baiklah,”serentak saja jawapan mereka.
Mereka pun mula menyanyi. Dua orang berkata : “Si Luncai Terjun”. Dua orang lagi berkata
“Biarkan.”. Riuh rendah bunyi nyanyian itu, sehingga mereka menjadi asyik dengannya.
“Sekarang mereka asyik menyanyi. Inilah peluang bagi aku terjun dengan labu ini sebagai
pelampung,” fikir Si Luncai.
Dengan tidak membuang masa lagi, dia pun terjun. Kedua orang hulubalang yang menyanyi
“Si Luncai Terjun” melihat kejadian itu tetapi mereka tidak bertindak apa-apa. Mulut mereka masih
juga menyanyi dan dijawab “Biarkan” oleh yang dua orang lagi itu. Dengan itu, dapatlah Si Luncai
melepaskan diri. Si Luncai berenang dengan labunya untuk menuju ke darat sambil ketawa riang.
        
SLOT 1 ( HARI KEDUA ) – CERAMAH PEMIKIRAN KREATIF

Objektif : Memberi maklumat, panduan dan tips kepada para peserta mengenai
                  aplikasi pemikiran kreatif dalam menyelesaikan masalah 
Masa : 2 jam

Sinopsis : Ceramah ringkas ini akan merangkumi pengenalan kepada pemikiran kreatif, 
                 apakah kepentingan pemikiran kreatif, teknik pemikiran kreatif, halangan
                 pemikiran kreatif, sikap yang menggalakkan pemikiran kreatif dan sebagainya.
SLOT 2 ( HARI KEDUA ) – TEKNIK PEMIKIRAN KREATIF

Hunters

Objektif :. 
Masa : 30 minit

Peralatan :

         Kertas A4
         Pen / pensil

Prosedur :

 Fasilitator memberi tempoh 10 minit kepada ahli kumpulan untuk mencari 1 benda yang
paling bernilai bagi dirinya di sekitar kawasan.

 Peserta dikehendaki menyenaraikan 10 kegunaan barang tersebut.

Perbincangan :

Rumusan :

 
Aktiviti 1 : Brain writing 6-3-5

Objektif :.Mendedahkan kepada peserta mengenai teknik brain storming  


Masa : 1 jam

Peralatan :

         Lampiran 1
         Pen / pensil

Prosedur :

 Kertas lampiran 1 diedarkan kepada ahli kumpulan. Setiap ahli dikehendaki menulis satu
masalah yang paling mencabar di tempat kerja yang dihadapi di atas kertas tersebut.

 Dalam tempoh 5 minit, ahli dikehendaki mengisi 3 idea untuk menyelesaikan masalahnya.
Kemudian, setiap ahli dikehendaki memberi kertas tersebut kepada rakan di sebelah
kanannya. Fasilitator akan memberikan arahan seperti berikut :

      “Berikan kertas anda kepada rakan di sebelah kanan anda.”.


 Ahli kemudian dikehendaki membaca kertas yang diterima oleh rakannya, dan
menyumbangkan 3 idea untuk menyelesaikan masalah tersebut dalam tempoh 5 minit. Selepas 5
minit, ahli hendaklah memberi kertas yang diterima sebentar tadi kepada rakan di sebelah
kanannya. 

 Proses ini berulang sehinggalah ahli menerima kertasnya kembali.  

Perbincangan :

 Apakah perasaan anda semasa menjalani aktiviti ini?

 Pernahkan anda mengaplikasikan teknik ini dalam kehidupan seharian anda dalam membuat
keputusan?

 Ceritakan pengalaman anda.

 Apakah yang anda perolehi daripada aktiviti ini?

 Dapatkah teknik ini membantu anda dalam meningkatkan kemahiran anda dalam
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan?

Rumusan :
Teknik brain storming merupakan antara kaedah yang dapat digunakan bagi melahirkan idea-idea
baru yang kreatif bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Peserta digalakkan untuk berfikiran lebih
terbuka dan tidak menyekat idea-idea yang dianggap pelik sebelum ini.

Lampiran 1

Pernyataan masalah :

Idea 1 Idea 2 Idea 3


1

6
Reverse..Reverse..

Objektif :.Memberi contoh penyelesaian masalah secara kreatif menggunakan teknik


                 ‘reversal’.  
Masa : 30 minit

Peralatan :

         Kertas A4
          Pen / pensil
Prosedur :

 Setiap peserta diminta untuk memikirkan apakah cabaran, halangan, ataupun masalah yang
paling sukar dihadapi di tempat kerja. Cabaran, halangan, atau masalah itu ditulis di atas kertas
yang disediakan.

 Kemudian, peserta diminta untuk bertanya pendapat beberapa orang rakan yang lain
apakah langkah yang harus diambil untuk memastikan masalah yang dihadapi itu menjadi semakin
serius atau tiada apa-apa perubahan yang positif. Sebagai contoh, jika masalah yang dihadapi ialah
untuk meningkatkan penjualan sebanyak 3 kali ganda, peserta hendaklah bertanya kepada rakan
“Bagaimana kita dapat memastikan bahawa penjualan kita berada di tahap yang sama tanpa
sebarang peningkatan?”.

 Catitkan semua respon yang diberi.

 Seterusnya, peserta dikehendaki menulis kembali respon-respon tersebut tetapi dengan


cara yang bertentangan. (write it’s opposite)

 Pilih respon yang paling sesuai untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

 Bincang bersama ahli kumpulan yang lain mengenai jalan penyelesaian masalah yang telah
diambil. 

Perbincangan :

 Apakah perasaan anda semasa menjalani aktiviti ini?

 Bagaimana anda dapat kaitkan teknik ini dalam kehidupan harian anda sebagai seorang
pekerja?

 Apakah yang anda pelajari dari aktiviti ini?

Rumusan :
Kadang kala kita dikelilingi oleh orang yang tidak dapat menerima idea-idea yang baru, dan sering
mengkritik idea yang dirasakan pelik. Dengan menggunakan teknik ‘reversal’, kita dapat
mempelajari cara untuk menggunakan kritikan mereka sebagai kaedah untuk mendapat idea baru
bagi menyelesaikan masalah.
SLOT 3 ( HARI KEDUA ) – TEKNIK PEMIKIRAN KREATIF

Random Word Techniques

Objektif :.Mendedahkan kepada peserta mengenai teknik random word  


Masa : 1 jam

Peralatan :

 Kertas A4

 Pen / pensil
Prosedur :

 Peserta diminta untuk menulis satu jenis masalah yang dihadapi di tempat kerja di atas
sekeping kertas yang diedarkan oleh fasilitator.

  Mulakan ayat dengan ‘bagaimana ..’ (how to..) dan diikuti dengan masalah. Contohnya :
‘bagaimana saya dapat meningkatkan motivasi saya di tempat kerja?’ atau ‘bagaimana saya dapat
memperbaiki mutu perkhidmatan pelanggan?’.

 Kemudian, peserta diminta memilih satu perkataan secara rambang, dan tuliskan perkataan
tersebut di bawah  masalah yang dinyatakan sebentar tadi. Peserta juga dikehendaki menulis apa
sahaja yang terbayang di minda mereka yang berkaitan dengan perkataan itu.

 Seterusnya, peserta juga diminta untuk mengaitkan perkataan tersebut dengan masalah
yang dinyatakan, bagi melahirkan idea baru dan menyelesaikan masalah tersebut.

 Fasilitator digalakkan memberi contoh seperti lampiran 2 kepada para peserta sebelum
menjalani aktiviti ini.  
Perbincangan :

 Kongsikan apa yang anda alami sepanjang aktiviti ini.

 Adakah anda mengalami sebarang kesukaran dalam menjalani aktiviti ini?

 Pernahkah anda mengaplikasikan teknik ini dalam kehidupan anda? Jika ya, kongsikan
pengalaman anda.

 Adakah anda rasakan teknik ini relevan untuk diaplikasikan dalam membantu anda
menyelesaikan masalah kerja?
Rumusan :
Teknik ‘random word’ merupakan antara teknik ‘synthesis’ iaitu satu teknik penggabungan 2 idea
untuk mewujudkan 1 idea baru. Di dalam aktiviti ini, kita menggabungkan satu perkataan dengan
masalah yang ada, dan cuba mengaitkannya antara satu sama lain. Penghasilan idea yang baru
boleh terbentuk melalui aktiviti ini.  
Lampiran 2

Random Word - worked example


We start by stating the problem.
How to improve customer service in our store.
Note the statement is pithy, specific and says 'how to...'.

Swing
Now we move away from the problem and onto the word. What does it make us think of?
Garden, playing, funfair, boat, tassled ropes, long flowing dresses and parasols, bridge over
canal, summer sun.
Some associations are direct, others less obvious. The 'long flowing dresses and parasols' entry
refers to a painting of a woman on a swing.

Now look back at your problem and think how the associations might help. This is the bit that's
hardest to start with, but becomes easier in practice. Here's some examples (remember, we're
trying to improve customer service in our store):
Garden - have a garden party, start a garden outside the store where staff can go in their breaks,
start out of hours clubs.
Playing - make it fun to be at work, start a drama group.
Funfair - team/store outing to a theme park
Tasseled ropes - make working environment more pleasant
Long dress etc. - change uniform from utilitarian to something attractive. Competition for
customer service with prize of a holiday in the sun.
Bridge over canal - make bridges between staff and management: away session (on canal?) to
generate ideas for improved service.
Note that you don't have to use every association, and each can be used many times. Links can be
indirect, like jumping from garden to gardening club to out of hours clubs ... you get the idea.
PESONA

Objektif : Mendedahkan teknik ‘pesona’ kepada para peserta dalam menyelesaikan


                  masalah secara kreatif.   
Masa : 1 jam

Peralatan :

         Kertas A4
         Pen / pensil

Prosedur :

 Peserta diberi sehelai kertas dan diminta untuk menulis cabaran atau masalah yang
dihadapi di tempat kerja.

 Setelah itu, fasilitator akan meminta para peserta untuk menutup mata dan membayangkan
seorang pesona atau idola mereka. Kemudian, para peserta diminta untuk membayangkan diri
mereka sebagai pesona atau idola tersebut.

 Seterusnya, para peserta diminta untuk membuka mata dan membaca semula cabaran atau
masalah yang telah mereka tulis sebentar tadi. Dengan membayangkan diri mereka sebagai pesona
atau idola tersebut, mereka diminta untuk memikirkan apakah cara atau pendekatan yang akan
digunakan oleh idola mereka dalam menyelesaikan masalah yang tertera di atas kertas itu.

 Arahan fasilitator adalah seperti berikut : “ Bayangkan diri anda sebagai pesona tersebut,
apakah cara yang akan anda gunakan untuk menyelesaikan masalah anda? ”.

 Peserta digalakkan untuk menulis apa sahaja idea yang muncul di dalam fikiran, walaupun
idea tersebut kelihatan janggal atau pelik.  

Perbincangan :

 Apakah perasaan anda semasa menjalani aktiviti ini? Adakah anda berasa lebih
yakin? Kongsikan.

 Apakah yang anda perolehi melalui aktiviti ini?

 Bagaimana dapat anda aplikasikan teknik di dalam aktiviti ini dalam kehidupan seharian
anda sebagai pekerja?

Rumusan :
Pemikiran yang kreatif untuk menyelesaikan masalah juga boleh lahir apabila seseorang itu melihat
sesuatu masalah dari perspektif yang berbeza (see from other people’s eyes). Cara ini akan dapat
membantu seseorang agar lebih mudah menghasilkan idea baru kerana berasa ‘bebas’ dari
pemikirannya sendiri.

Anda mungkin juga menyukai