Anda di halaman 1dari 2

Topik 6 pentadbiran dan pentafsiran alat ukuran VPI, SDS, IMKS, dan BMRM

(alat ukuran minat kerjaya)

Ujian minat kerjaya

Dua jenis ujian minat kerjaya


1. Inventori kekunci empirikal (menghasilkan skor atau profil minat yang berkaitan dengan
pekerjaan khusus)
2. Inventori kekunci bukan empirikal (menghasilkan skor atau profil minat yang berkaitan
dengan bidang pekerjaan umum)
Contoh ujian minat kekunci bukan empirikal(banyak di pasaran-bukan empirikal)
1. Vpi
2. Sds
3. Imks
4. Rothwell-miller interest bank
Terdapat juga ujian yang menggunakan kombinasi. Contoh
1. Strong campbell interest bank
2. Western michigan university vocational interest questionaire
3.
Strategi pembentukan ujian minat kerjaya sama seperti ujian personaliti – rasional, empirikal, dan
faktorial

Kriteria dalam memilih item-item inventori untuk pemarkatan adalah relative kepada skala yang
digunakan. Kriteria-kriteria tersebut ialah
1. Pengakuran kepada lojik yang piawai atau common sense
2. Homogeniti item-item seoerti yang digambarkan oleh interkorelasi yang tinggi dengan
susuatu kelompok atau kluster dan interkorelasi yang rendah dengan item-item daripada
kelompok yang lain.
3. Pembezaan impirikal di mana gerak balas terhadap item oleh ahli-ahli dalam kumpulan
pekerjaan yang tertentu mestilah berbeza dengan gerak balas individu-individu dari
kumpulan yang umum.

Vocational Preference Inventory (VPI) oleh John L. Holland


Mengandungi 160 item senarai nama pekerjaan untuk mengukur minat vokasional dan personality
seseorang. Format jawapan suka atau tidak suka atau ya atau tidak
Mengandungi dua skala iaitu skala primer dan skala sekunder
Skala primer (subskala- riasek) dan skala sekunder (subskala- kawalan diri, maskuliniti-feminiti,
status, infrequency, dan acquescence)
Skor yang tinggi pada mana-mana subskala menunjukkan bidang-bidang utama yang diminati
manakala skor yang rendah bagi subskala lain menunjukkan bahawa personality seseorang tidak
selaras dengan bidang minat dan personality yang diwakili oleh subskala tersebut.
Lebih ekstensif berbanding alat ukuran SDS
Sesuai untuk para pekerja
Lebih sesuai untuk mengukur ciri-ciri minat orang dewasa atau pekerja
VPI mengandungi nama pekerjaan

Self-Directed Search (SDS) oleh John L. Holland


Mengandungi 192 item. Format jawapan ya atau tidak
Mengandungi 6 subskala pengukuran (riasek)-tiada skala sekunder seperti vpi
Mempunyai tiga bahagian iaitu bahagian I (kesukaan), bahagian II (kecekapan), dan bahagian III
(senarai nama pekerjaan).
Walaupun item(192) lebih banyak berbanding VPI (160), ia kurang komprehensif
Sesuai untuk pelajar
Lebih sesuai untuk mengukur ciri-ciri minat pelajar
SDS mengandungi tiga bahagian iaitu kesukaan, kecekapan, dan nama pekerjaan

Inventori minat kerjaya sidek (IMKS) oleh sidek mohd Noah


Berasaskan teori pemilihan kerjaya holland dan kamus pengkelasan pekerjaan.
Terdiri dari dua bahagian iaitu bahagian A (tema pekerjaan) dan bahagian B (nama pekerjaan)
Mengandungi 160 item dengan format jawapan ya atau tidak
Digunakan untuk menentukan minat individu terhadap aktiviti pekerjaan dalam bidang:
1. Realistik (pertanian dan perhutanan, perkhidmatan perlindungan, pekerjaan berkemahiran)
2. Investigatif (kejuruteraan, matematik dan sains, kaitan dengan perubatan, perubatan)
3. Artistik (seni dan hiburan, persuratan dan perundangan)
4. Sosial (sukan, perkhidmatan persendirian, perkhidmatan sosial)
5. Enterprising (pentadbiran perniagaan, urusniaga)
6. Conventional (pekerjaan perkeranian)

Kesahan dan kebolehpercayaan


Pekali kebolehperyacaan alpha cronbach yang tinggi. Kajian ke atas 300 sampel menghasilkan pekali
kebolehpercayaan alpha cronbach .965 bagi keseluruhan alat ukur dan antara .962 hingga .963 bagi
16 skala yang terkandung dalam imks.
Hasil kajian interkolerasi antara sds dan bmrm menunjukkan imks mempunyai kesahan gagasan yang
tinggi. Imks mempunyai kolerasi bernilai .95 dengan sds dan .93 dengan bmrm.

Borang minat rothwell-miller (BMRM) oleh miller dan dikemaskini oleh rothwell
Dibina dalam dua borang yang berlainan iaitu borang lelaki dan borang perempuan
Mengandungi108 item yang teridiri daripada nama pekerjaan.
12 subskala iaitu kerja luar, mekanikal, pengiraan, saintifik, bujukan, estetik, sastera, muzik,
perkhidmatan sosial, perkeranian, praktikal, dan perubatan.
Tiada borang jawapan khas, buat dalam kertas ujian itu sendiri
Berasaskan skor terendah, kedua terendah, dan ketiga terendah. Terbalik berbanding vpi dan sds.

Kegunaan alat ukuran SDS, VPI, IMKS, dan BMRM


- Mengenalpasti bidang minat dan jenis personaliti
- Membantu individu memilih program pengajian yang sesuai
- Membantu individu memilih kerjaya yang sesuai
- Membantu mengenal pasti tahap keselarasan kerjaya

Anda mungkin juga menyukai