Anda di halaman 1dari 55

ICE BREAKING (KELOMPOK BESAR)

Aktiviti 1 : Salam Mesra

Masa : 20 Minit

Alatan : Tiada

Objektif :

1. Mewujudkan suasana yang selesa di kalangan peserta.

2. Mengurangkan rasa tertekan, takut.

Langkah :

1. Buat bulatan besar ( asing lelaki dan perempuan )

2. Bilang 1. 2. 3. mengikut peserta.

3. Peserta angka ganjil buat bulatan di dalam. Peserta di luar ikut arah jam dan peserta di dalam
lawan arah jam.

4. Setiap peserta memperkenalkan diri kepada semua ahli dalam bulatan.

Perbincangan:

1. Apakah perasaan adik-adik… takut… tak selesa… malu…

2. Apakah respons rakan-rakan adik apabila bercerita tentang diri… suka…dll

Pengajaran :

1. Pengenalan diri akan mewujudkan perhubungan yang mesra dengan orang yang belum dikenali.

Aktiviti 2 : Dunia ku dunia baru

Masa : 30 Minit

Alatan : Tiada

Objektif :

1. Memberi peluang kepada peserta berkenalan antara satu sama lain dalam suasana yang
menyeronokkan.

2. Mengurangkan rasa malu, rendah diri dan takut apabila berada dalam kelompok yang belum
dikenali.

Langkah :

1
1. Peserta diberi kad yang masing-masing bernombor 1 –6.

2. Setiap nombor akan mewakili satu gerakan tertentu.

3. Peserta lelaki dan perempuan diminta berbaris sebelum kad diedarkan kepada mereka.

4. Ketua menyatakan bahawa peserta berada dalam dunia baru. Di dunia ini tiada siapa yang boleh
bertutur. Mereka hanya boleh melakukan gerakan yang tertentu. Mereka semua perlu mencari rakan
yang sama jenis untuk membentuk satu perkampungan.

- Jenis pertama aksi menangis

- Jenis kedua aksi burung terbang

- Jenis ketiga aksi ketawa

- Jenis keempat aksi garu kepala

- Jenis kelima aksi bunyi motor

- Jenis keenam aksi bunyi kucing

5. Apabila bertemu dengan jenis yang sama mereka perlu mengangguk dan cari rakan lain yang
sama jenis.

6. Ketua memastikan peserta tidak bercakap selain bunyi tertentu.

7. Jika ada jenis yang tidak menemui jenis yang sama. Maka mereka perlu buat gerakan itu dan
rakan mereka hendaklah menjemput mereka masuk kelompok.

Perbincangan:

1. Bagaimanakah perasaan peserta menjalankan aktiviti

2. Bagaimana cara berinteraksi apabila tidak boleh bertutur.

Pengajaran :

Untuk berkenalan dengan seseorang, kita perlu mempunyai sifat peramah, sedia menghampiri dan
tidak menunggu ditegur oleh orang lain.

2
LDK (Kendiriku)

Aktiviti : Akukah itu?

Masa : 30 minit

Alatan :Kertas A4 dan pen/pensel

Objektif : 1. Peserta mengenal diri mereka yang sebenar.

2. Peserta akan dapat menyedari keadaan diri mereka.

3. Timbul keinginan untuk meneroka keadaan diri sendiri.

Langkah :

1. Peserta diminta untuk melukis gambar mereka sendiri mengikut kebolehan masing-masing.
(Kecantikan lukisan itu tidak penting)

2. Peserta diminta tidak duduk terlalu dekat (jarak antara peserta) semasa melakukan tugas ini.

3. Letakkan tanda yang mudah untuk kenal pasti lukisan masing-masing. Tetapi jangan tulis
nama pada lukisan tersebut..

4. Masa diberikan antara 5 – 7 minit untuk menghasilkan lukisan tersebut..

5. Ketua akan mengumpul semua lukisan yang telah siap dan kemudian menyerahkan semula
kepada peserta. Tetapi kena pastikan bahawa lukisan yang dibuat itu tidak diserahkan kepada
empunya lukisan.

6. Peserta diminta untuk mengenal pasti tuan empunya lukisan gambar tersebut dengan hanya
menunjukan sahaja apabila diminta oleh ketua tanpa bergerak atau bangun dari kerusi.

7. Bagi peserta yang salah meneka , ketua akan cuba bertanya mengapakah susah untuk
mengenal pasti empunya lukisan gambar tersebut dan bagi yang meneka dengan betul ketua akan
menanyakan sebab mereka bolah meneka dengan betul.

Pengajaran/

Rumusan : 1. Susah untuk mengenal pasti seseorang itu dengan hanya melihat

pada luaran sahaja kerana mungkin apa-apa yang dilihat tidak sama

dengan sikapnya yang sebenar.

2. Orang tidak akan dapat mengenal diri kita jika sekiranya kita sendiri

tidak kenal siapa diri kita

# Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan
untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang
sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan

3
LDK: 3 personaliti

Nama Aktiviti:Ice Breaking 3 Personaliti Diri Anda.

Sasaran:

Dalam aktiviti ice breaking ini 3 personaliti diri anda ini disasarkan kepada kelompok pelajar unit
Bimbingan Dan Kaunseling kumpulan 2 yang di ajar oleh cikgu Julianah.Unit bimbingan kumpulan 2
ini terdiri daripada 40orang pelajar, yang terdiri daripada BK1 dan BK2.

Peralatan:

Didalam ice breaking ini saya menggunakan peralatan kertas mahjung.

Jangka masa /tempoh

Aktiviti ini mengambil masa lebih kurang 40minit untuk 40 0rang pelajar.

Objektif dan Falsafah

1.Kita lebih kenal diri sendiri dan membuat pendedahan kendiri.

2.Lebih kenal dan mesra dengan ahli-ahli kelompok.Ini kerana tidak semua ahli rapat dan mengenali
rakan masing-masing dengan lebih mendalam,memandangkan juga kumpulan bimbingan berasingan
kelas iaitu dari bk 1 dan bk 2.

3.Memberi focus dan mendengar dengan aktif.

Langkah-langkah:

Langkah1: setiap pelajar akan diarah mencari rakan yang mempunyai saiz kasut yang sama.

Langkah 2:Setelah ahli dapat mengenal pasti rakan yang mempunyai saiz kasut yang sama,mereka
akan duduk dalam kumpulan masing-masing.

Langkah 3:Didalam kumpulan itu lah mereka akan meluahkan 3 personaliti masing-masing dan akan
menulis personaliti yang sama dengan ahli kelompok dalam kumpulan dan menulisjuga personaliti
yang tidak sama.

Langkah 4:Setiap kumpulan akan memilih wakil dari kumpulan untuk membentangkan personaliti
ahli kumpulan setelah berbincang dan meluahkan persoaliti diri.

Refleksi

Hasil daripada aktiviti ice-breaking yang dilakukan pelajar dapat mengenali diri dan rakan-rakan
dengan lebih dekat lagi dan hubungan diantara pelajar akan lebih mesra.Tambahan pula,tidak semua
unit bk1 dan bk 2 kenal diri masing-masing dengan rapat disebabkan kelas yang berasingan.

4
LDK 1

NAMA PROGRAM : KAWAN SAYA DAN SAYA

MASA : 50 MINIT

OBJEKTIF :

1. MENGGALAKKAN PELAJAR BERKENALAN

2. MEMBERI PELUANG KEPADA PELAJAR LEBIH MESRA ANTARA SATU DAN YANG LAIN

3. MENGIKIS RASA MALU PELAJAR

PERALATAN :

KAEDAH :

1. PELAJAR DIMINTA MENCARI SEORANG RAKAN (SAMA JANTINA) DAN DIBERI MASA 5 MINIT
UNTUK BERKONGSI BEBERAPA PERKARA PERIBADI SEPERTI ; NAMA, MINAT, JANTINA, ASAL,
BILANGAN ADIK-BERADIK, MAKANAN KEGEMARAN, CITA-CITA, DAN LAIN-LAIN. SETIAP PASANGAN
DIMINTA BERKONGSI SATU PERKARA PERIBADI YANG MENARIK UNTUK DICERITAKAN SEPERTI
PENGALAMAN MANIS ATAU PAHIT, BINATANG KEGEMARAN, HOBI DLL

2. SELEPAS ITU, UNTUK SETIAP PASANGAN, SEORANG PELAJAR AKAN BERDIRI DIHADAPAN DAN
PASANGANNYA AKAN BERDIRI RAPAT DI BELAKANG PELAJAR PERTAMA. PELAJAR DI HADAPAN AKAN
MEMELUK PELAJAR DI BELAKANG MANAKALA PELAJAR DI BELAKANG AKAN MENGHULURKAN
TANGAN DI HADAPAN SEOLAH-OLAH TANGAN PELAJAR YANG DI HADAPAN SEDANG BERCERITA
TENTANG DIRI BELIAU DAN RAKANNYA.

3. SETIAP PASANGAN AKAN DIBERI PELUANG MENCERITAKAN PERIHAL DIRI SENDIRI DAN RAKAN
PELAJAR KEPADA PELAJAR YANG LAIN. CARA PENYAMPAIAN ADALAH TANPA SKRIP NAMUN KEDUA
PELAJAR TERSEBUT AKAN MENCERITAKAN SECARA SERENTAK.

4. PELAJAR DI HADAPAN AKAN MENCERITAKAN SECARA RINGKAS TENTANG DIRI SENDIRI DAN
DIIKUTI PASANGANNYA MANALA PELAJAR DI BELAKANG AKAN MEMBUAT GAYA TANGAN SEPERTI
YANG DICERITAKAN OLEH PELAJAR DI HADAPAN.

5. AKHIR SEKALI PELAJAR DI HADAPAN AKAN BERCERITA SATU PERKARA MENARIK TENTANG
BELIAU DAN SATU PERKARA MENARIK TENTANG RAKAN BELIAU.

6. MASA UNTUK SETIAP PASANGAN BERKONGSI CERITA ADALAH SELAMA 5 MINIT SAHAJA.

5
LDK 1

NAMA AKTIVITI : LATIHAN DALAM KUMPULAN / TEAM BUILDING

NAMA PROGRAM : BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING

MASA : 35 MINIT

OBJEKTIF :

1. MEMUPUK SEMANGAT KERJASAMA ANTARA SEMUA PELAJAR

2. MEMAHAMI HAKIKAT KERJA BERKUMPULAN PERLU KOMUNIKASI

RASIONAL :

1. MENERANGKAN KEPADA PELAJAR BAHAWA SEBELUM MEMULAKAN SETIAP TUGASAN PELAJAR


PERLU MEMAHAMI TUGASAN, DAN PERLU MEMATUHI ARAHAN KETUA SEKIRANYA PERLU SEORANG
KETUA.

2. PERSEFAHAMAN ANTARA AHLI KUMPULAN AKAN MEMBANTU MEMUDAHKAN KERJA.

3. SETIAP TUGASAN MEMPUNYAI PERINGKAT SETIAP PERINGKAT PERLU DITURUTI UNTUK


MEMUDAHKAN MENYIAPKAN TUGAS TERSEBUT.

4. AGAR PELAJAR SELALU MENETAPKAN TANDA ARAS PENCAPAIAN. SEKIRANYA PERLU LETAK
SASARAN YANG PALING TINGGI DALAM HIDUP.

PERALATAN : BEBERAPA BATANG PAIP PVC (BERSAIZ 1”) YANG DISAMBUNGKAN SECARA TIDAK
LURUS

KAEDAH :

1. BATANG PAIP PVC TERSEBUT AKAN DILETAK DI ATAS LANTAI.

2. SEMUA PELAJAR AKAN DUDUK MENGHADAP BATANG PAIP TERSEBUT SECARA RAWAK.

3. SEMUA PELAJAR AKAN DIARAH MENGANGKAT PAIP TERSEBUT DENGAN KEDUA-DUA BELAH
TANGAN SECARA SERENTAK.

4. SETIAP PELAJAR HANYA DIBENARKAN MENGGUNAKAN SATU JARI SAHAJA. PELAJAR BEBAS
MENGGUNAKAN MANA-MANA JARI UNTUK KESELESAAN.

5. SEMUA PELAJAR AKAN MENGANGKAT SERENTAK PAIP TERSEBUT HINGGA KE PARAS DADA
SECARA SERENTAK.

6. ARAHAN AKAN DIBERI SEMULA SEKIRANYA PAIP TIDAK DIANGKAT SECARA SERENTAK DAN
RATA.

6
LDK: telinga yang baik

NAMA AKTIVITI : Telinga yang baik

PERALATAN YANG DIGUNAKAN : Sebuah Tongkat atau Kayu

PENGLIBATAN : 30 hingga 50 orang

SASARAN : kanak-kanak, remaja dan orang dewasa

OBJEKTIF : 1. Memupuk keyakinan dan keberanian diri peserta.

2. Memudahkan peserta berinteraksi dalam suasana yang

baru.

3. Mendidik peserta agar menjadi pendengar yang baik.

4. Menyedarkan peserta agar sentiasa peka kepada pesekitaran

Mereka.

5. Memupuk nilai disiplin dalam diri peserta.

JANGKA MASA : 30 minit

LANGKAH DAN KAEDAH :

Semua peserta berdiri dan membuat satu bulatan. Mereka ini dikenali sebagai pengikut. Seorang
daripada mereka yang cukup bertuah akan menjadi pemimpin dan berdiri di tengah-tengah bulatan.
Pemimpin tersebut akan memukul tongkat/kayunyta ke lantai dan berkata ‘JALAN!’...maka pengikut
pengikut itu harus mengatakan ‘MBEK’...sambil berjalan mengelilingi bulatan tersebut. Suara
pengikut itu harus sesuai dengan irama pukulan yang dibuat oleh pemimpin. Kalau pukulannya cepat,
maka pengikut-pengikut itu harus berjalan dengan cepat. Kalau pukulannya lambat, maka pengikut-
pengikut itu harus berjalan dengan lambat. Kalau pemimpin mengangkat tongkatnya/kayunya,
pengikut-pengikut itu harus bertepuk tangan dan berhenti berjalan. Tepukan mereka juga harus
sesuai dengan irama yang diberikan oleh pemimpin. Kalau tongkat/kayu di angkat satu kali, maka
pengikut-pengikut itu bertepuk tangan satu kali. Kalau tongkat/kayu itu digerakkan dengan cepat,
maka tepukan mereka juga harus cepat.

Seandainya ada di antara pengikut-pengikut yang membuat kesilapan, dia akan didenda.

FALSAFAH PERMAINAN INI:

Untuk menjadi pemimpin yang baik, kita perlu menjadi pengikut yang baik.

7
TEAM BUILDING

NAMA AKTIVITI : MENYALAKAN LILIN

PERALATAN YANG DIGUNAKAN : BATANG MANCIS,

TANAH LIAT SATU BUNGKUS,

BENANG

UBAT NYAMUK,

TANGKAI PANCING

PENGLIBATAN : 8 ORANG DALAM BEBERAPA KUMPULAN

SASARAN : REMAJA SEKOLAH

OBJEKTIF : 1. Membantu peserta untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran

Yang baru (tempat,situasi,rakan-rakan)

2. Untuk mewujudkan kerjasama di dalam satu pasukan

3. Memupuk nilai tolong-menolong dan berusaha untuk mencapai


satu

Kejayaan dalam pasukan.

4. Ingin mewujudkan semangat ‘ kita satu pasukan’ (kesatuan)

5. memupuk nilai keberanian dan keyakinan diri.

JANGKA MASA : 30 MINIT

LANGKAH DAN KAEDAH :

Permainan ini boleh dilakukan di dalam atau di luar bilik.

Semua peserta dibahagikan kepada beberapa kelompok dan setiap kelompok tersebut membentuk
satu barisan. Tidak jauh dari barisan kelompok tersebut, diletakkan tanah liat yang telah pancake
dengan 8 batang mancis.

Pada permulaan permainan, orang yang pertama dari setiap kumpulan membawa batang pancing
yang telah dipasang dengan ubat nyamuk yang menyala dan kemudian dia akan berlari di depan
barisan tadi. Dalam waktu setengah minit, dia harus berusaha menyalakan setiap batang mancis.

Jika masa yang telah ditetapkan telah berakhir, pancing tersebut perlu diserahkan kembali kepada
orang kedua dan diteruskan kepada orang lain yang ada di dalam kumpulannya secara bergilir sampai
selesai.

Kumpulan yang berjaya menyalakan batang mancis paling banyak dianggap sebagai pemenang.

FALSAFAH LDK INI :

8
Satu satu faktor utama kejayaan sesebuah pasukan adalah dengan adanya KESATUAN di dalam
kumpulan. KESATUAN ini tidak akan wujud tanpa adanya kerjasama dan semangat bantu-membantu
di kalangan ahli dalam pasukan tersebut.

9
LDK: titanic, love your look

LDK 1

TAJUK : TITANIC

OBJEKTIF : 1. Peserta dapat berkongsi pengalaman dan terbuka untuk

berkongsi tentang kehidupannya.

2. Supaya peserta dapat bertindak dengan pantas beserta dengan

pemikiran yang tajam.

3. Keputusan mestilah dibuat secara tepat dan tidak terburu-buru.

PERALATAN : Reben (warna hijau, merah, putih, kuning, biru), belon, tali, pen

marker dan gunting.

LAGU : Lagu sumazau, dan lagu slow rock

JANGKA MASA : 50 minit

LANGKAH- : 1. Fasilitator memberikan penerangan kepada peserta apa yang

LANGKAH perlu mereka hasilkan.

2. Fasilitator meminta peserta memilih reben mengikut warna

pilihan, belon, tali dan pen marker.

3. Fasilitator meminta peserta untuk mengikat reben di

tangan sebelah kiri dan meniup belon. Kemudian peserta

dikehendaki melukis sebuah kapal dan menulis 5 orang yang

perlu diselamatkan mengikut keutamaan di atas belon tersebut.

Belon itu perlu diikat di kaki kiri peserta.

10
4. Fasilitator memaklumkan peserta bahawa belon itu perlu dijaga

dan dilindungi sama seperti mereka bertindak sebagai

penyelamat yang berada di dalam sebuah kapal dan perlu

menjaga orang-orang penting di dalamnya.

4. Fasilitator meminta peserta menari sambil berpusing dalam

bulatan mengikut muzik yang telah ditetapkan kemudian sebaik

sahaja muzik dihentikan, peserta saling memijak belon peserta

yang lain. Masa yang diperuntukan adalah 10 minit.

5. Kumpulan diminta berkumpul mengikut warna reben yang

dipilih.

6. Dalam kumpulan peserta berbincang dan berkongsi tentang

aspek :

~ Strategi keselamatan

~ Pendapat mereka tentang penyusunan nama tersebut.

FALSAFAH : 1. Seseorang itu perlu bijak bertindak.

2. Tenang menghadapi saat-saat genting.

3. Keputusan yang baik hasil pemikiran yang tajam.

4. Menghargai dan menyayangi orang lain sama seperti

menyayangi diri sendiri

5. Bijak menyusun strategi.

11
LDK 2

TAJUK : LOVE YOUR LOOK

OBJEKTIF : 1. Peserta dapat berkongsi idea, pengalaman dan kemahiran di

dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang

diarahkan.

2. Peserta dapat memperlihatkan bakat kepimpinan di dalam

merancang dan melaksanakan sesuatu tugas sehingga

selesai.

3. Peserta dapat bekerjasama berfikir secara kreatif dan kritis

untuk menghasilkan sesuatu benda yang baru

PERALATAN : Kad manila, surat khabar, gam, pen marker, & gunting.

LAGU : Sean Kingston (Beautiful Girl)

JANGKA MASA : 50 minit

LANGKAH- : 1. Fasilitator memberikan penerangan kepada peserta apa yang

LANGKAH perlu mereka hasilkan.

2. Fasilitator meminta peserta membentuk 5 kumpulan iaitu, 8

orang dalam 1 kumpulan. Setiap kumpulan melantik seorang

ketua dan setiap kumpulan diberi peralatan tersebut di atas.

3. Fasilitator meminta setiap kumpulan untuk menghasilkan 1

pakaian menggunakan peralatan itu dan seorang ahli kumpulan

menjadi model pakaian tersebut. Masa yang diberi adalah 40

minit.

12
4. Fasilitator meminta peserta menggayakan pakaian itu.

5. Kumpulan diminta menamakan pakaian yang direka dan

menjelaskannya. Hasilnya akan dipertandingkan.

6. Fasilitator dan peserta-peserta berbincang tentang aspek :

~ Kekemasan

~ Pengurusan masa

~ Keunikan pakaian yang direka

~ Kerjasama ahli kumpulan

FALSAFAH :1. Usaha Tangga Kejayaan.

2. Bersatu Teguh Bercerai Roboh.

3. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

4. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

5. Belajar menghargai pendapat orang lain.

6. Kerja secara berkumpulan adalah lebih baik daripada secara

bersendirian.

7. Jika kita dapat uruskan masa dengan baik untuk menjayakan

sesuatu.

8. Kita dapat elakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak baik.

13
LDK: piramid, kenali rakan

LDK 1

TAJUK : Membentuk Piramid

MASA : 10 minit

BILANGAN AHLI : 4 orang

BAHAN / ALAT : Duit Syiling atau batu

OBJEKTIF : 1) Menyegarkan minda ahli.

2) Menggalakkan fikiran kreatif dalam menyelesaikan masalah

LANGKAH

1. Gambar akan dilukis berbentuk pyramid seperti dalam rajah di bawah :

Text Box: o o o o

o o o

o o

Rajah 1:1

2. Setiap kumpulan akan diarahkan untuk mengeluarkan 10 duit syiling yang sama saiz. Setiap
kumpulan diminta untuk menyusun duit syiling tersebut seperti rajah di atas.

14
3. Fasilitator akan memberikan arahan dengan menyatakan bahawa susunan tersebut adalah
susunan pyramid yang terbalik. Tugas kumpulan adalah untuk memperbetulkan sususan pyramid
tersebut dengan hanya mengalihkan 3 sahaja duit syiling supaya ia membentuk piramid.

4. Selesai sahaja aktiviti diatas, fasilitator bersama dengan semua kumpulan membuat penilaian dan
perbincangan mengenai permainan sebentar tadi. Tujuannya adalah untuk mengetahui mengapa
ada kumpulan yang cepat menyelesaikan tugas dan ada yang sebaliknya.

REFLEKSI:

Di dalam menghadapi masalah yang sukar di dalam kehidupan ini sama ada ia masalah yang besar
atau kecil, sememangnya ada jalan untuk menyelesaikannya. Semua ini bergantung kepada individu
itu untuk berani mengambil risiko. Terdapat masalah yang memerlukan masa yang lama tetapi ada
juga yang boleh melakukannya dengan segera. Di dalam keadaan sebegini, kita haruslah mempunyai
kesabaran dan kepercayaan terhadap diri sendiri dan kepada Tuhan bahawa usaha yang dibuat
adalah yang terbaik bagi kita.

Text Box: C

o o o o

o o o

o o o o

A o B

Text Box: A B

o o o o

o o o

o o

Penyelesaian: Alihkan butang A, B dan C seperti ditunjukkan di bawah.

15
LDK 2

TAJUK : Mengenali rakan baru

MASA : 40 minit

BILANGAN AHLI : 4 orang

BAHAN / ALAT : Kertas dan Pen

OBJEKTIF :

1) Menggalakkan ahli mengenali rakan dengan lebih dekat

2) Menggalakkan ahli supaya tidak berasa takut atau malu berinteraksi dengan ahli
lain.

3) Memberi peluang kepada setiap ahli untuk bergaul dan bertukar-tukar maklumat dalam kumpulan.

LANGKAH

1. Ahli akan berpasangan dengan seorang ahli yang lain yang mereka paling tidak kenali di dalam
kelompok.

2. Mereka diberikan masa 5 minit hingga 10 minit untuk mengenali antara satu sama lain. Pada
pertengahan masa tersebut, pengenalan akan diberhentikan agar setiap pasangan tersebut boleh
menulis catatan tentang pandangan pertama mereka terhadap pasangan mereka.

3. Setelah mereka selesai berbuat demikian, mereka dibenarkan menyambung semula perbualan
mereka sehingga tamat masa tersebut.

4. Setelah tamat sesi pertama ini, pasangan kedua tadi digabungkan dengan satu pasangan
kumpulan yang lain untuk membentuk kumpulan berempat.

5. Dalam kumpulan ini, seorang ahli dari pasangan A tadi perlu mengenalkan pasangannya kepada
pasangan B. Mereka akan bergilir-gilir memperkenalkan pasangan masing-masing.

6. Sesi kedua ini mungkin mengambil masa 10 hingga 15 minit iaitu sehingga keempat-empat ahli
tadi mengenali antara satu sama lain.

7. Seterusnya, dua daripada kumpulan berempat tadi akan bergabung dengan membentuk 8 ahli.

8. Fasilitator akan member peluang kepada kumpulan yang lebih besar ini berinteraksi secara
bebas tanpa peraturan tertentu.

16
9. Masa yang ditetapkan untuk menjalankan sesi yang ketiga ini ialah 15 minit.

REFLEKSI:

Teknik ini amat berguna bagi menggalakkan peserta mewujudkan rasa percaya antara satu sama lain
dan seterusnya timbul rasa untuk lebih mengenali peserta-peserta lain secara lebih mendalam.

17
LDK: jambatan

TAJUK : “JAMBATAN”

SASARAN : SEMUA PERINGKAT UMUR

OBJEKTIF AKTIVITI :

1. Menggalakkan peserta untuk mengekspresikan diri

2. Mengeratkan hubungan antara para peserta

3. Melahirkan kesefahaman dan perpaduan antara peserta

4. Menyemai semangat bekerjasama dalam kumpulan

PERALATAN :

1. PVC (panjang = 10 kaki)

JANGKA MASA : 15 – 30 MINIT

LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN:

1. Para peserta dikehendaki untuk membentuk kumpulan kecil (10 orang)

2. Semua kumpulan kecil akan dibekalkan sebatang PVC

3. Kemudian, kumpulan kecil ini akan membuat barisan lurus masing-masing (bahagian bahu
bersentuhan)

4. Setiap peserta dalam kumpulan kecil tersebut akan menggunakan jari telunjuk sahaja untuk
memegang (menyangkut) PVC yang telah dibekalkan.

5. PVC tersebut tidak dibenarkan daripada terjatuh daripada jari setiap ahli dalam kumpulan kecil
tersebut

6. Fasilitator akan menyuruh semua kumpulan kecil untuk turun mencangkung ke bawah bersama –
sama ahli kumpulannya masing-masing sambil memegang (menyangkut) PVC di jari.

7. Kumpulan kecil yang dianggap gagal ialah apabila PVC terjatuh ataupun paras ketinggian tidak
sama rata semasa mencangkung untuk turun ke bawah (tidak sekata).

FALSAFAH :

Kepentingan kerjasama dan kesefahaman dalam interaksi lisan mahupun bukan lisan dalam
kumpulan (pasukan) amat penting bagi melahirkan pasukan yang berkesan dan mampu mencapai
matlamat kerja berpasukan.

18
LDK:jual barang, mari seberang

LDK 1

Nama Aktiviti : Jual Barang

Tempoh Masa : 15 minit

Kumpulan Sasaran : 10 hingga 40 orang

Bahan : -

Objektif Aktiviti

Mengalakkan berlakunya komunikasi dikalangan peserta

Mengalakkan sesi suai kenal dalam suasana yang lebih tenang

Langkah Pelaksanaan

Semua peserta diarahkan untuk membuat satu bulatan besar dan di minta untuk memikirkan
barangan yang hendak dijual – ( Tidak kira apa jua jenis barang yang hendak dijual )

Fasilitator akan memulakan aktiviti jualan dengan menyebut jualannya, contohnya KAKI BESI, sambil
melaungkan jualan, fasilitator akan bergerak mengikut bulatan peserta dengan aksi seperti
mengayuh basikal.

Fasilitator akan menyentuh seorang peserta dan peserta yang disentuh itu akan mengantikan tempat
fasilitator sebagai penjual barang.

Sama seperti fasilitator, peserta juga akan melakukan perkara yang telah dilakukan oleh fasilitator
pada peringkat permulaan lagi.

Begitulah seterusnya sehingga tempoh masa tamat.

19
LDK 2

Nama Aktiviti : Mari Seberang

Tempoh Masa : 15 hingga 20 minit

Kumpulan Sasaran : 5 hingga 10 0rang

Bahan : Tali Dan Meja

Objektif Aktiviti

Mengalakkan perkongsian pendapat dan penglibatan secara aktif dari ahli kumpulan

Memupuk kerjasama dengan ahli kumpulan sewaktu menghadapi tugasan yang melibatkan
penglibatan ramai.

Langkah Pelaksanaan

Setiap kumpulan diberikan tali yang telah diputuskan, setiap ahli mesti mempunyai tali.

Kaki meja diikat dengan tali merentasi keempat-empat kaki meja.

Tugas ahli kumpulan, perlu menyambung tali yang ada sepanjang yang mungkin tanpa ada yang
terputus.

Cabarannya ialah, tali hendaklah disambung oleh ahli dibawah meja, dengan syarat ahli kumpulan
tidak boleh tersentuh tali yang telah direntangkan di bawah meja.

Sambil menyambung tali, setiap peserta yang talinya telah disambung akan ke sebelah meja,
kemudian ahli kumpulan hendaklah menyeberangkan tali tanpa perlu tersentuh dengan tali
penghalang.

20
LDK: masuk kandang kambing

Tajuk: masuk kandang kambing….

Masa: 30 minit

Alat: Empat atau lima set kad gambar ayam, kucing, harimau, kambing,itik dan sebagainya

Bilangan ahli : 20-30 orang atau lebih

Objektif:

1. Menggalakkan ahli kelompok supaya tidak berasa takut atau malu berinteraksi dalam
kumpulan.

2. Memberi peluang kepada ahli bergaul dan bertukar-tukar maklumat dalam kumpulan.

3. Menggalakkan ahli berasa selesa dengan bahasa bukan lisan dan komunikasi melalui bunyi.

Langkah:

1. Sediakan empat atau lima set kad yang mengandungi gambar binatang seperti kucing, harimau,
kambing, ayam, itik, burung, ikan, dan sebagainya atau fasilitator bolehmenyediakan kad bernombor
daripada 1 hingga 4 atau 5 mengikut bilangan ahli bagi satu kategori binatang.

2. Edarkan kad tersebut kepada ahli dan beritahu supaya ahli tidak menunjukkan kad tersebut
kepada rakan-rakan mereka. Sekiranya menggunakan nombor tuliskan apa nama binatang bagi
setiap nombor. Misalnya nombor 1 ayam.

3. Dakam masa dua minit, minta ahli mencari rakan-rakan kelompok mereka tanpa bercakap
tetapi mencari dengan membunyikan bunyi binatang berkenaan. Pastikan kumpulan mempunyai
sekurang-kurangnya lima oorang ahli.

4. Apabila setiap ahli telah mendapat kumpulannya, fasilitator mengarahkan mereka untuk
berdiridalam kumpulan dalam bentuk bulatan.

5. Terangkan kepada mereka yang satu kumpulan orchestra akan ditubuhkan dengan muziknya
daripada bunyi binatang kumpulan masing-masing.

6. Fasilitator menjadi konduktor orchestra dengan menunjukkan kepada kumpulan-kumpulan


tertentu. Apabila kondoktor menunjukkan kepada satu kumpulan, maka kumpulan itu haris
membunyikan bunyi binatangnya.Lakukan aktiviti ini sehingga fasilitator berpuas hati dan semua ahli
mengambai bahagian.

7. Fasilitator membimbing perbincangan dengan bertanya:

a). Apakan aktiviti mereka terhhadap aktiviti ini?

b)Mengapakah terdapat ahli yang mengambil masa membunyikan bunyi binatang?

c) Apakah yang timbul dalam fikiran mereka?

21
d) Mengapakah mereka berupaya membunyikan bunyi binatangdalam bentuk orchestra?

e) Apakah pembelajaran yang mereka dapati melalui aktiviti ini?

8. Fasilitator merumuskan bahawa dalam suasana gembira berkenalan, kita kadang kala
mengetepikan rasa segan silu lalu mengambil bahagian. Dengan berbuat demikian, ahli akan berasa
selesa sesame sendiri dan berkenalan dengan lebih lanjut seterusn

22
LDK: mencari pembunuh, sarang mancis kayu

LDK 1

Tajuk: Mencari Pembunuh

Peserta:

Minimum 10 orang

Waktu:

15 – 30 minit

Bahan:

Setiap peserta mendapat sekeping kertas yang dilipat. Salah satu kertas mempunyai perkataan
“MEMBUNUH” dan yang selebihnya kosong.

Ruangan:

Ruangan yang besar atau terbuka

Petunjuk:

“Perhatian! Di antara kamu ada seorang pembunuh yang akan berusaha untuk membunuh kamu
satu persatu. Siapa yang berhati – hati akan selamat dari maut dan dapat menangkap si pembunuh
sebelum dia sempat membunuh semua peserta.

Sekarang berjalan – jalan di ruang ini. Salah seorang membahagikan secarik kertas kepada
setiap peserta. Seseorang yang mendapat kertas yang berisi perkataan “pembunuh” bererti si
pembunuh yang akan membunuh korbannya dengan kerdipan matanya. Kalau si pembunuh
mengerdipkan mata ke arah seseorang peserta, iaitu mangsanya, maka peserta tersebut harus jatuh
dan mati dalam masa 3 saat. Waktu 3 saat ini sangat penting, supaya si pembunuh tidak terus dapat
ditangkap.

Peserta yang mencurigai seseorang sebagai si pembunuh boleh melapor dan berkata: “ saya
mencurigai dia” dan menunjukkan orang yang ditekanya sebagai pembunuh. Kalau tekaannya benar,
maka pembunuh tertangkap dan permainan pun berakhir. Namun, kalau tekaan peserta salah maka
ia pun harus berhenti bermain.

Permainan ini berakhir kalau pembunuhnya tertangkap atau kalau si pembunuh telah
berhasil membunuh semua peserta lain.

23
LDK 2

Tajuk: Sarang Mancis Kayu

Objektif

Mengajak peserta untuk belajar bekerjasama dan mengerti perasaan orang lain. Tugas untuk
kelompok sangat sederhana. Oleh itu, para peserta dapat memusatkan perhatian pada prosesnya.

Peserta:

Semua golongan umur. Besar kelompok adalah bebas.

Bahan:

Satu kotak mancis kayu penuh untuk setiap peserta dan satu botol kosong untuk setiap kelompok
kecil.

Masa:

15 -20 minit

Petunjuk:

Kelompok besar dibagi – bagi menjadi kelompok kecil dengan 5 anggota. Setiap kelompok kecil
mendapat satu botol kosong dan setiap peserta mendapat satu kotak mancis kayu. Secara bergilir –
gilir peserta meletakkan satu batang mancis kayu di atas bibir botol tadi untuk mencipta satu sarang
botol. Peserta tidak boleh bercakap. Mereka harus saling membantu, misalnya dalam menunjukkan
di mana satu lagi dapat di letakkan. Kalau ada batang mancis kayu jatuh harus di letakkan kembali
sampai sarang burung selesai dibuat.

Variasi

Setiap kelompok kecil membuat satu gambar dengan menggunakan semua mancis kayu tersebut.

Evolusi dan refleksi:

1. Bagaimana kami bekerjasama?

2. Bagaimana perasaan saya ketika kawan saya menjatuhkan semua mancis kayu itu.

3. Apakah saya sekarang bangga dengan hasil kerja kumpulan saya?

4. Apakah ada seorang dalam kumpulan yang menjadi pemimpin, atau ada peserta mempunyai
pengaruh lebih dari yang lain?

5. Apakah ada cara dalam kumpulan bila orang boleh meletakkan mancis kayunya?

24
LDK : paper roll

PAPER ROLL

Sasaran : Pelajar Sekolah Rendah Tahap II dan ke atas

Jangka Masa : 20-30 Minit

Peralatan : Kertas A4, Pen / Pensel

Langkah – langkah :

1. Pelajar diminta memilih kawan yang paling dirapat di dalam kelas secara berdua-dua.

2. Individu diminta mengambil kertas sebanyak mana yang mereka mahu.

3. Tuliskan butir diri sepanjang kertas yang mereka ambil dan kertas tersebut dibacakan oleh
pasangan yang satu lagi dan sebaliknya.

Objektif : Menguji keterbukaan dan sifat perkongsian dengan rakan sekelas yang lain.

Falsafah : Berusaha bersifat lebih terbuka

25
LDK: lembut lidah

LDK 1: Ice Breaking

Objektif:

I. Membentuk kumpulan dalam kalangan peserta supaya mudah dalam


proses penyampaian maklumat sepanjang program berjalan.

II. Merapatkan jurang antara peserta dan fasilitator agar tugas fasilitator dapat
diperjelaskan lagi sebagai pemudahcara dan pembimbing peserta.

III. Merapatkan lagi jurang pemisah antara ahli supaya hubungan yang lebih
eratdapat diwujudkan pada masa hadapan.

IV. Membentuk ikatan berkumpulan dan semangat kerjasama dalam kumpulan


agar segala masalah dapat diselesaikan secara bersama untuk masa hadapan.

Pecahan Kumpulan (puzzle)

Langkah:

I. Peserta akan diberi cebisan gambar setiap seorang.

II. Peserta dikehendaki mencari ahli kumpulan mereka berdasarkan gambar


tersebut dan membentuk sekeping gambar yang lengkap.

III. Seterusnya membentuk kumpulan.

Ta’aruf- Pukulan Kasih

I. Fasilitator akan menanyakan nama penuh,nama panggilan,asal,hobi,cita-


cita, dan sebagainya mengikut kesesuaian.

II. Peserta dikehendaki membuat satu bulatan mengikut kumpulan masing-


masing.

III. Seorang peserta dikehendaki berdiri di tengah-tengah.

IV. Fasilitator akan menyebut nama seorang ahli dalam kumpulan tersebut dan
peserta di tengah hendaklah memukul nama yang disebut dengan lembut,menggunakan surat
khabar yang digulung.

V. Setiap orang peserta hendaklah diberi peluang berdiri di tengah dan


memukul ahli yang lain pula sehingga semua nama ahli telah disebut.

Aduhai Kumpulanku Sayang – Aktiviti dalam kumpulan.

I. Ahli kumpulan diminta untuk memikirkan nama untuk kumpulan mereka.

26
II. Setelah itu setiap kumpulan akan mempersembahkan nama kumpulan dan
sorakan mereka.

Falsafah:

-Memupuk kerjasama di kalangan ahli di dalam kumpulan masing-masing.

-Menunjukkan bahawa setiap kumpulan mempunyai identiti masing-masing.

-Meningkatkan keyakinan diri peserta.

-Melatih peserta agar peka dan bertanggungjawab terhadap kumpulan mereka sendiri.

27
LDK 2: World Cup

Objektif:

-menguji kepekaan peserta terhadap arahan yang diberi

-melatih kerjasama antara ahli kumpulan

Kaedah:

-setiap kumpulan akan diberikan satu perkataan seperti sepak,tendang,tanduk dan gol.

-ketua fasilitator yang bertindak sebagai central akan memberikan arahan kepada setiap kumpulan
bagi melaungkan perkataan bagi kumpulan masing-masing

-permainan akan diteruskan berdasarkan budi bicara ketua fasilitator yang bertindak central

LDK:3 Tarikan Kasih

Objektif;

-melatih kerjasama antara ahli kumpulan

-membentuk sikap sabar dan berhati-hati dalam diri peserta

-melatih sifat kepimpinan peserta

Kaedah;

-setiap kumpulan akan dibekalkan secawan air dan setiap ahli kumpulan akan mendapat seutas tali

-setiap peserta dikehendaki mengikatkan tali masing-masing pada cawan tersebut

-setiap kumpulan dikehendaki bergerak dari garisan permulaan hingga ke garisan penamat sambil
membawa caawan yang berisi air tersebut dimana setiap peserta akan menarik hujung tali masing-
masing

-permainan akan dinilai berdasarkan isipadu air yang masih terdapat dalam cawan tersebut

28
LDK 4: Telefon rosak

Objektif;

-melatih sifat peka dalam diri peserta

-membentuk kerjasama antara ahli kumpulan

-melatih kreativiti peserta dalam berfikir

Langkah;

-setiap kumpulan akan diberikan satu frasa ayat

-peserta pertama yang menerima frasa tersebut dikehendaki memberitahu frasa tersebut kepada
peserta yang berikutnya dan akan berterusan hingga kesemua ahli kumpulan mengetahui frasa
tersebut

-peserta yang terakhir dikehendaki menterjemahkan frasa tresebut dalam bentuk lukisan

LDK 5: PEMBAHAGIAN KUMPULAN

Nama pelajar akan diagihkan oleh fasi.

Nama akan ditampal di papan kenyataan sekolah bersama nama fasi.

Objektif:

1) Menggalakkan peserta bergaul dan berkenalan diantara satu sama lain.

2) Menyedarkan peserta bahawa kerjasama itu penting.

Falsafah:

1) Membina semangat untuk bekerjasama yang lebih erat antara satu sama lain.

2) Menggalakkan interaksi didalam kumpulan

(20 minit)- Aktiviti Dalam Kumpulan

i) Fasilitator akan menanyakan nama penuh, nama panggilan, asal,

hobi, cita-cita dan sebagainya mengikut kesesuaian

ii) Kemudian fasilitator boleh membuat aktiviti ringkas untuk

mengingati nama peserta dan berkenalan dengan rapat mengikut kekreatifan


masing-masing jika berkesempatan.

iii) Setiap kumpulan juga diminta untuk melantik ahli kumpulan masing-masing.

29
Aduhai Kumpulanku Sayang (60 minit)-Aktiviti Dalam Kumpulan

Objektif:

i) Mencipta nama kumpulan sendiri mengkut kretiviti masing-masing.

ii) Mencipta sorakkan semangat untuk kumpulan sendiri.

iii) Menghasilkan ahli kumpulan yang teguh.

Langkah:

i) Ahli kumpulan akan diarahkan untuk menulis

nama kumpulan di atas sekeping kertas.

ii) Kemudian peserta juga akan diminta untuk membuat sorakan

kumpulan.

iii) Setelah itu setiap kumpulan akan mempersembahkan nama

kumpulan dan sorakan mereka.

Falsafah :

-Memupuk kerjasama dikalangan ahli di dalam kumpulan masing-masing

-Menunjukkan bahawa setiap kumpulan mempunyai identiti masing-

masing

-Meningkatkan keyakinan diri peserta

-Melatih peserta agar peka dan bertanggung jawab terhadap kumpulan

mereka sendiri.

SLOT 1

Tajuk: Mari Berkenalan

Masa : 20 Minit

Alatan : Borang Bingo, Pen

Objektif:

1) Menggalakkan ahli berkenalan diantara satu sama lain.

2) Menyedarkan ahli bahawa terdapat orang lain yang mempunyai minat yang sama dengan
mereka.

Langkah:

1) Fasilitator menerangkan kepada peserta bahawa aktiviti ini memerlukan mereka bergerak dan
mencari rakan yang mempunyai minat yang sama dengan mereka dalam masa 5 minit.

2) Fasilitator akan mengedarkan borang Bingo dan meminta peserta menandakan sekurang-
kurangnya 6 hobi mereka.

30
3) Dalam masa 3 minit, peserta perlu mencari rakan yang mempunyai hobi yang sama dan
menurunkan tandatangan mereka pada ruang berkenaan. Satu tandatangan bagi satu ruang.

Falsafah:

1) Penting bagi semua mengetahui maklumat rakan supaya perhubungan dapat dieratkan lagi.

2) Membina perasaan rasa dipunyai.

BORANG BINGO:

Layari Internet

Membela binatang

Membaca novel

Menolong keluarga

Kumpul setem

Tidur

Membeli-belah

Menjahit

Kerja amal

Kumpul syiling lama

Memancing

Berkhemah

Menanam pokok bunga

Panjat gunung

Memasak

Berbasikal

Bersukan

Gubah bunga

Mengemas rumah

Berkelah

Menonton televisyen

Kumpul majalah

Mendengar radio

Berkayak

Melancong

31
Kad Harapan

Tajuk : kad Harapan

Masa : 30 minit

Alat : 2 kad/1 kertas A4(dibahagi 2) & pensel warna

Objektif:

1) mengalakan pelajar berkongsi dan berinteraksi dalam kumpulan

2) memupuk pendedahan kendiri supaya pelajar dapat mengenali rakan dengan lebih rapat.

Langkah-langkah

1) pelajar dibekalkan 2 kad dan pensel warna setiap seorang dan disuruh melukis 1 kad tentang
harapan dan 1 kad ketakutan diri.

2) dalam masa 10 minit, pelajar disuruh berhenti dan tidak dibenarkan rakan-rakan melihatnya.

3) kemudiannya, pelajar akan disuruh untuk membentangkan kad tersebut dalam kumpulan tentang
harapan dan ketakutan yang ada dalam diri.

4) fasi hanya bertindak sebagai pendengar kumpulan tersebut.

Falsafah

Perlu berani tonjolkan diri dan perlu berkeyakinan dalam menghadapi cabaran hidup

PASANGAN KEMBAR KU

MASA : 15-20 ( bergantung kepada bilangan ahli kumpulan).

ALATAN : Kertas A4

PROSEDUR

Semua peserta diberikan kertas A4

Setiap peserta diminta untuk menulis tujuh (7) perkara atau fakta mengenai diri peserta masing-
masing.

a) Bulan Kelahiran

b) Tempat kelahiran

c) Bilangan adik-beradik

d) Kedudukan dalam keluarga

e) Warna kegemaran

f) Hobi

Setiap peserta diminta untuk mencari peserta lain yang mempunyai salah satu persamaan perkara
atau fakta tentang diri mereka.

Apabila menemui ahli tersebut dan mendapatkan tandatangan dibahagian sebelah fakta itu.
32
Peserta yang Berjaya menjumpai pasangan yang mempunyai paling banyak persamaan tentang
maklumat diri adalah pemenang.

FALSAFAH

Untuk mengetahui bahawa setiap manusia adalah unik meskipun adakalanya terdapat persamaan
dengan yang lain.

Kita dilahirkan dengan keunikan tersendiri. Setiap manusia ada persamaan dan perbezaan.

Gunakan potensi yang ada pada diri untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah.

Mengenali diri sendiri adalah sangat penting sebelum kita mengenali orang lain.

LDK 6

TAJUK: LEMBUT LIDAH

Objektif

i. Meningkatkan kecekapan otak atau minda bagi mentafsir input (rangkap ‘Lidah Tergeliat’ yang
diberi) dengan cepat dalam masa yang singkat

ii Menguji kelancaran dan kefasihan bertutur.

Menguji kemahiran menuturkan perkataan yang hamper sama sebutannya.

Dapat meringankan tekanan.

Kaedah Permainan

i Pemain hanya diberikan peluang sekali sahaja untuk menyebutkan anglap yang diberi dan tidak
boleh mengulanginya.

ii. Sebutan hendaklah jelas,tidakterhenti-henti dan pantas.

Peraturan Permainan

Para peserta dikehendaki menyebutkan rangkap-rangkap berikut:

PETER PIPER PICKED A PACK OF PEPPER

DID PETER PIPER PICK A PACK OF PEPPER?

IF PETER PIPER PICKED A PACK OF PEPPER,

WHERE’S THE PACK OF PEPPER PETER PIPER PICKED?

LANKY LAWRENCE LOST HIS LASS AND LOBSTER

DID LANKY LAWRENCE LOSE HIS LASS AND LOBSTER?

IF LANKY LAWRENCE LOST HIS LASS AND LOBSTER,

WHERE ARE THE LESS AND LOBSTER LANKY LAWRENCE LOST?

33
LDK: PUZZLE DAN LUKISAN, PEREKA FESYEN

TAJUK: PUZZLE DAN LUKISAN.

MASA: 30 minit

Alat : kad manila berbentuk segiempat yang telah dipotong kepada 6 bahagian dalam bentuk yang
tidak seragam. satu set kad manila terdiri daripada 6 keratan. Setiap set terdiri daripada warna yang
sama.

BILANGAN AHLI: 6 orang untuk satu set, ahli tidak terhad.

OBJEKTIF: Bagi memupuk sikap kerjasama dalam mencapai sesuatu matlamat.

LANGKAH-LANGKAH:

1. Keratan- keratan kad manila dikumpulkan didalam sebuah kotak. Kemudian setiap ahli akan
diminta untuk mengambil satu keratan kad sahaja.

2. Dalam masa 10 minit ahli diminta untuk mencari 5 lagi keratan kad manila yang lain untuk
dicantumkan dengan keratan miliknya untuk menjadi satu segiempat yang sempurna.

3. Apabila satu segiempat kad manila telah terhasil, maka setiap pemilik keratan kad manila tersebut
akan mambentuk satu kumpulan.

4. Arahan diberikan kepada setiap kumpulan untuk melukis objek yang dikehendaki contohnya
gambar bola, kasut dan sebagainya dengan syarat lukisan yang dibuat mestilah melibatkan keenam-
enam keratan kad tersebut.

5. Hanya pemilik keratan tersebut sahaja yang boleh melukis pada keratan miliknya. Ini bermaksud
setiap ahli akan terlibat untuk melukis 1 objek yang dikehendaki. Hasil lukisan perlulah diwarnakan.

34
TAJUK: PEREKA FESYEN

MASA : 45 MINIT

ALAT; SURAT KHABAR LAMA, GUNTING, GAM, STAPLER, PENSEL BERWARNA,

BILANGAN AHLI : 6 ORANG

OBJEKTIF: Memudahkan ahli untuk bergaul diantara satu dengan yang lain

LANGKAH-LANGKAH:

1. Satu kumpulan yang terdiri daripada 6 orang ahli ditubuhkan. Salah seorang daripada ahli
kumpulan dipilih sebagai bakal peraga fesyen untuk meragakan hasil karya rakan mereka.

2. Setiap kumpulan dibekalkan peralatan seperti yang dinyatakan diatas. Pada mulanya ahli
kumpulan perlu berbincang tentang fesyen yang ingin dihiaskan kepada rakan mereka.

3. Setelah kata sepakat diperolehi maka setiap seorang ahli kumpulan akan mereka bentuk
hiasan yang sesuai untuk diragakan oleh rakan yang dipilih tadi.

4. Sebagai contoh sekiranya ahli kumpulan ingin memperagakan fesyen seorang sultan di
zaman dahulu kala, maka setiap seorang akan menghasilkan karya masing-masing untuk diragakan
oleh rakan mereka nanti. Fesyen yang khusus tidak ditetapkan dan ini bergantung kepada pilihan ahli
kumpulan tersebut

5. Sebagai contoh seorang ahli akan membuat keris, seorang ahli lain membuat kasut sultan,
seorang ahli lain menyiapkan seluar sultan, seorang peserta lain membuat baju dan seorang ahli lain
membuat songkok untuk sultan. Semua bahan- bahan yang digunakan hanyalah menggunakan bahan
yang diberikan sahaja.

6. Ssetelah 30 minit masa berlalu, maka setiap ahli kumpulan akan membentangkan hasil karya
mereka. Mereka diminta untuk mempersembahkan karya mereka dan dalam pada masa yang sama
mereka akan memperkenalkan diri mereka secara tidak langsung. Contohnya:

Sultan: “ Beta bernama Kristito. Beta merupakan seorang sultan bagi kerajaan Kota Belud.
‘beta memiliki 7 orang bersaudara dan beta adalah anak yang ke- 5. Beta telah menamatkan
pengajian beta dalam jurusan Ekonomi pada tahun 2004 di Universiti Malaysia Sabah dan kini beta
sedang menuntut ilmu pertahanan diri pencak silat Bimbingan dan Kounseling. Hari ini kamu semua
harus berasa bertuah kerana beta berkenan untuk mempersilakan pakar pereka fesyen beta kepada
kamu semua”.

Ahli sebagai pereka kasut: Hamba bernama Asrul. Hamba yang telah mereka khas kasut ini.
Hamba merupakan seorang pereka kasut terkenal yang berasal dari Putera Jaya Telipok. Sebelum ini
hamba telah menuntut ilmu mereka kasut di Universiti Malaysia Sabah dalam bidang Psikologi
pembangunan belia dan komuniti. Sehingga kehari ini hamba masih belum berumah tangga…..

7. pembentangan diteruskan oleh ahli yang lain. Pembentangan dilakukan mengikut kreativiti ahli
dengan tujuan untuk memperkanalkan diri mereka kepada ahli yang lain.

35
Beberapa Permainan Memecah Kejenuhan (ICE BREAKER GAME) Rabu, Agustus 28, 2013

Halo kawan-kawan dan agan-agan semuanya, mungkin ada yang sudah mendengar tentang
permainan untuk memecah kejenuhan saat pertemuan, pelatihan, MOS atau OSPEK yaitu Ice Breaker,
ini bermanfaat buat ade-ade SMA sekalian yang sedang nge-Ospek atau sejenisnya, sedikit saja
penjelasan mengenai permainan ini (siapkan secangkir teh hangat terlebih dahulu) hehe.Berikut
adalah salah satu contoh permainan ice breaker yang patut kita coba. Ice breaker game ini berjudul
“Jika – Maka” (Seru dan lucu menurut saya, hehe).

Ice Breaker adalah sebuah permainan untuk memecah kejenuhan saat ada acara pertemuan,
mungkin dari namanya “Menghentikan Es... hehe” maksudnya adalah menghentikan kebekuan
(Mungkin seperti itu), tapi saya sendiri pun masih bingung apa maksud dari nama ini, berhubung
karena nama ini sudah umum digunakan ya kita ikuti saja lah... hehe. OK langsung saja saya akan
Share beberapa games nya:

36
LDK : Kain dan marker pen.

Tujuan

*Menanamkan sifat kepimpinan dan potensi dalam diri peserta.

* Melatih bagaimana bermesyuarat, membuat keputusan yang rasional dalam membuat


perancangan.

* Menimbulkan nilai-nilai murni.

Kaedah

* Peserta dibahagikan ke dalam beberapa kumpulan.

* Peserta diminta untuk melukis logo kumpulannya, lengkap dengan organisasi dan maklumat
mengenai logo tersebut.

LATIHAN DALAM KELOMPOK 1

Masa : 2 jam

Aktiviti 1 : Taaruf Berantai

Masa : 30 minit

Objektif

* Mengenal ahli-ahli dengan lebih rapat.

* Melatih peserta untuk mengingati nama-nama ahli dan juga fasi.

Kaedah

* Fasi dan ahli-ahli kumpulannya duduk di dalam bulatan.

* Fasi menerangkan tujuan kita mengenali sahabat-sahabat.

* Fasi akan memperkenalkan dirinya dahulu dan kemudian barulah diikuti oleh anak buahnya.

* Perkara yang perlu disebut adalah nama, panggilan manja, sekolah, latar belakang keluarga dan
perkara-perkara yang difikirkan perlu.

* Selepas giliran peserta pertama, peserta kedua hendaklah menyebut nama peserta pertama dahulu
kemudian baru memperkenalkan dirinya.

* Begitulah untuk peserta-peserta seterusnya secara berantai.

Aktiviti 3 : Surat Muhasabah

Masa : 15 minit

Bahan : Surat

Objektif

* Mengenal pasti kejujuran peserta dalam menilai sahabatnya sendiri.


37
* Mengesan kelemahan dan kekuatan dalam diri peserta.

Kaedah

* Kedudukan masih dalam keadaan bulatan.

* Fasi akan memberikan sedikit taklimat berkenaan surat muhasabah.

* Peserta akan dibahagikan secara berpasangan dan tidak dimaklumkan siapa pasangannya.

* Sepanjang program, peserta akan menilai pasangannya dari setiap sudut dan aspek.

LATIHAN DALAM KELOMPOK 3

Masa : 2 jam

Aktiviti 1 : Pokok Ajaib

Masa : 30 minit

Kaedah

* Pilih peserta pertama membaca handout. Baca dengan kadar biasa. Kemudian, fasi meminta
peserta lain untuk cuba membuat gambaran. Jika kelihatan mereka ragu-ragu, maka minta peserta
lain untuk cuba membaca pula. Ulang sebanyak empat kali jika kelihatan peserta masih ragu-ragu
dan akhirnya fasi tunjukkan jawapan beserta penerangan.

Objektif

* Fikir dahulu baik dan buruknya.

* Kita perlu berhati-hati dalam membuat satu tindakan.

* Dengar dahulu sebelum membuat tindakan.

Cerita :

Diceritakan pada satu masa dahulu, terdapat sebatang pokok ajaib di Negeri Tanjung Karma. Pokok
itu bercabang tiga bermula di pangkal. Terdapat tiga cabang dahan pada cabang yang pertama di
pangkal di mana pada cabang yang kedua daripada cabang yang kedua daripada cabang yang
pertama di pangkal, terdapat dua cabang dahan yang lain.

Cabang yang kedua di pangkal mempunyai tiga cabang dahan. Terdapat dua cabang yang lain pada
cabang yang ketiga daripada cabang yang kedua di pangkal dan pada cabang yang ketiga di pangkal
poko, terdapat dua cabang dahan.

Pada cabang yang kedua daripada cabang kedua di cabang yang pertama yang berasal dari pangkal,
terdapat tiga biji buah tetapi tiada dan pelepah. Terdapat tiga daun pelepah tetapi tiada buah pada
cabang yang pertama daripada cabang ketiga di cabang kedua yang berasal daripada pangkal. Dan
pada cabang yang pertama daripada cabang ketiga di pangkal, tiada buah dan pelepah tetapi
terdapat tiga ekor monyet.

38
Aktiviti 2 : Persediaan untuk malam amal.

Masa : 2 jam

Kaedah

* Latihan bersama fasi

LATIHAN DALAM KELOMPOK 4

Masa : 1jam

Aktiviti 1: Saya OK

Masa : 30 minit

Bahan : Kertas A4 dan pen.

Objektif

* Menumpukan kepada kemahiran mengenal potensi diri.

* Melihat pegangan hidup peserta.

* Memastikanahli kelompok dapat mengenal pasti matlamat penglibatan sepanjang program.

Kaedah

* Peserta dikehendaki menulis saya ok pada pagi ini kerana…….

* Peserta dikehendaki menyenaraikan lima pernyataan positif tersebut.

* Fasi wujudkan suasana perbincangan dengan mengajukan soalan :

* Adakah sukar bagi anda untuk meluahkan pernyataan positif.

* Apa yang akan berlaku jika anda berfikiran seperti sedemikian.

* Apakah kesan yang paling teruk jika anda dalam situasi yang mempunyai tekanan.

Aktiviti 2: Penyerahan Surat Muhasabah

Masa : 15 minit

Bahan : Surat Muhasabah

Kaedah

* Peserta diminta untuk menyerahkan surat muhasabah kepada pasangannya.

* Peserta juga diminta untuk membuta ulasan mengenai surat tersebut.

Aktiviti 3: Kesimpulan

Masa : 15 minit

39
Kaedah

* Fasi membuat kesimpulan.

Latihan Dalam Kelompok ( LDK )

Slod 1 : Taaruf

Aktiviti 1 : Taaruf Berantai

Masa : 10 minit

Objektif

ü Mengenal ahli-ahli dengan lebih rapat.

ü Melatih peserta untuk mengingati nama-nama ahli dan juga fasi.

Kaedah

ü Fasi dan ahli-ahli kumpulannya duduk di dalam bulatan.

ü Fasi menerangkan tujuan kita mengenali sahabat-sahabat.

ü Fasi akan memperkenalkan dirinya dahulu dan kemudian barulah diikuti oleh anak buahnya.

ü Perkara yang perlu disebut adalah nama, panggilan manja, sekolah, latar belakang keluarga dan
perkara-perkara yang difikirkan perlu.

ü Selepas giliran peserta pertama, peserta kedua hendaklah menyebut nama peserta pertama dahulu
kemudian baru memperkenalkan dirinya.

ü Begitulah untuk peserta-peserta seterusnya secara berantai.

Atau

Aktiviti 2 : Taaruf Posmen

Masa : 10 minit

Objektif

ü Menghilangkan sifat pemalu peserta untuk bertanya ataupun memperkenalkan dirinya.

ü Menghilangkan rasa mengantuk dikalangan peserta atau ahli.

40
Kaedah

ü Fasi duduk di dalam bulatan kelompoknya.

ü Fasi menerangkan secara ringkas tujuan kita mengenali seseorang.

ü Ahli-ahli diminta untuk mengeluarkan kertas kosong.

ü Fasi memberi masa selama 5 minit kepada ahli-ahli untuk mendapatkan segala maklumat daripada
semua ahli-ahli di dalam kelompoknya walau apa cara sekalipun.

ü Fasi akan memilih dikalangan peserta untuk membentangkan maklumat rakan-rakannya.

ü Fasi memberi kesimpulan bagaimana perasaan kita apabila orang mengenali diri kita.

Slod 2: Wasiat

Masa : 15 minit

Objektif

ü Merapatkan lagi hubungan ukhuwwah dikalangan peserta dan fasi.

ü Mengenal kelemahan dan kekurangan diri.

Kaedah

ü Peserta diminta mencari pasangan dikalangan ahli kelompok.

ü Fasi meminta setiap pasangan menulis keburukan dan kekurangan pasangannya di muka hadapan
sekeping kertas.

ü Kemudian, dibahagian belakangnya dituliskan wasiat ataupun pesanan buat sahabat.

ü Fasi akan mengutip kembali kesemua kertas-kertas dan ahli diingatkan supaya tidak mendedahkan
kepada pasangannya.

ü Fasi menyerahkan kertas-kertas tersebut kepada nama pemiliknya.

ü Fasi membuat rumusan.

Slod 3 : Pelan Tindakan

Masa : 35 minit

Objektif

ü Mengenal kekuatan diri.

ü Menyediakan diri bagi menghadapi segala dugaan dan cabaran hidup.

41
ü Mengetahui persepsi keburukan diri dan harapan seorang sahabat.

Kaedah

ü Fasi akan menerangkan tujuan dan kaedah aktiviti 3K.

ü Peserta diminta menyenaraikan 3 kekuatan yang sedia ada dalam dirinya.

ü Setiap peserta diminta membentangkan kekuatan tersebut.

ü Fasi memberi kesimpulan terhadap kesemua aktiviti yang dijalankan.

MODUL BENGKEL PEMUDAHCARA BINA INSAN

ICE BREAKING (JEJAK INSAN)

Objektif

Ø Menanamkan sifat inginkan kawan dalam diri peserta

Ø Menyatukan peserta menjadi satu kelompok yang bersatu

Ø Membina semangat setiakawan dalam diri peserta

Ø Memecahkan peserta kepada beberapa kelompok kecil

Ø Melihat bagaimana perhubungan mereka sebelum ini

Gerak Kerja

Ø Fasi mengeluarkan kertas yang memastikan peserta mendata tandatangan daripada

ciri-ciri individu yang tertulis di kertas.

Ø Peserta dikehendaki mendapat tandatangan sebanyak 50 individu yang ciri-cirinya ada di kertas.

Ø Fasi akan melakukan proses penyatuan kelompok melalui kaedah ‘sinar nombor’.

Ø Kelompok dikehendaki 1) Namakan Kelompok 2) Etika Kelompok 3) Wujudkan ketua kelompok 4)


Logo

LDK 1 (POHON / POKOK MUHASABAH DIRI)

42
Objektif

Ø Mengenal watak dan perilaku ahli lain

Ø Mewujudkan kejelikitan di kalangan ahli kelompok

Ø Mencari sifat sebenar ahli kelompok

Ø Bagaimana ingin mengetahui dan memahami tingkah laku dan perilaku ahli kelompok.

Gerak Kerja

Ø Peserta diberikan kertas A4 dan dikehendaki melukis pokok selain pokok pinang,

Ø pisang, kelapa sawit dan salak.

Ø Fasi mengumpul dan menafsirkan perwatakan ahli kelompok berdasarkan sifat yang ditunjukkan
melalui lukisan pokok muhasabah tersebut.

Ø Dapatkan persetujuan ahli mengenai tafsiran yang dibuat ke atasnya.

Ø Asimilasikan dengan sifat atau akhlak yang baik atau sebaliknya.

LDK 2 (THE LAST GENERATION)

Objektif

Ø Melihat kepintaran kelompok memberi pendapat

Ø Memastikan kelompok mempunyai ide yang bernas

Ø Melihat bagaimana pencapaian inkuri ahli kelompok

Ø Disiplin ahli dengan peraturan yang telah ditetapkan

Ø Mendapatkan gambaran sebenar mengenai tahap kesabaran dan tolak ansur ahli

kelompok

Gerak Kerja

Ø Peserta dipecahkan kepada dua kumpulan besar jika peserta terdiri daripada lelaki dan perempuan,
peserta akan dipecahkan kepada kumpulan mengikut jantina.

Ø Peserta dikehendaki memilih untuk menyelamatkan generasi terakhir di bumi untuk dipindah dan
membangunkan satu planet baru.

Ø Daripada 12 individu terbabit, peserta hanya dikehendaki memilih 6 yang terbabit untuk
dipindahkan ke planet baru.

LDK 4 (FESYEN KEPIMPINAN)

Objektif
43
Ø Memberi kesedaran bahawa pemimpin dan anak pimpinan akan sentiasa saling

Ø bergantungan

Ø Menanamkan sikap bertolak ansur dan mematuhi arahan selaras dengan tugas

Gerak kerja

Ø Ahli kelompok akan memilih seorang fasinya untuk dipakaikan dengan pakaian

Ø ciptaan kelompoknya

Ø Fasi akan mengikut sahaja setiap arahan yang diberikan oleh kelompok semasa

Ø proses penciptaan fesyen

Ø Pakaian yang dicipta daripada kertas yang berwarna warni oleh kelompok akan

Ø diperagakan oleh fasi . Ketua fasi akan memberi ulasan.

APRESIASI ALAM

Objektif

Ø Mewujudkan kejelikitan dan membuka minda peserta

Ø Memberi kesedaran akan pentingnya sifat kerjasama

Ø Mencungkil kemahiran dan kekuatan kognitif peserta

Ø Memberi ruang kegembiraan kepada peserta

44
Ø Melepaskan perasaan yang tidak menepati dengan bengkel

Gerak Kerja

1. Paku Millenium

Peserta dikehendaki meletakkan 13 batang paku di atas sebatang paku yang

tercacak di atas sekeping papan. Peserta akan dikehendaki membawa paku

tersebut sejauh jarak yang telah ditetapkan.

2. Mengapungkan Bata

Peserta akan dikehendaki mengapungkan bata dengan menggunakan 4 helai kertas A4. Apungan
bata tersebut hendaklah melepasi tangan yang dihulurkan

melaluinya.

3. Belon Sifat

Peserta dikehendaki meniup belon dan mengikatnya dengan cantik dan paling

kreatif. Belon tersebut akan dijaga agar tidak dipecahkan oleh ahli yang lain.

Tertakluk kepada perubahan

Ice-breaking : Mencari Rakan

Masa : 30 minit

Bahan : Kertas keras, pen

Objektif :

1. Memberi peluang kepada peserta untuk mengenali ahli kumpulannya dalam suasana yang
menyeronokkan.

Mengurangkan rasa rendah diri dan takut apabila berada dalam satu kumpulan yang berbeza umur.

Kaedah :

Peserta-peserta diberi kad/keratan yang bergambar.

Setiap kumpulan akan memiliki satu atau isyarat (mencantumkan kepingan-kepingan kad atau
keratan) . Contoh bunyi ayam, bunyi katak dan sebagainya.

45
Peserta dikehendaki mencari ahli kumpulan masing-masing seperti yang dinyanyikan/diisyaratkan.

Apabila bertemu dengan rakan yang mempunyai bunyi atau isyarat yang sama, peserta perlulah
memberi salam dan mengekori peserta tersebut dan terus mencari ahli kumpulan yang lain.

Fasi perlu memastikan para peserta tidak bercakap atau sebagainya.

Jika ada ahli kumpulan yang masih tidak menemui kumpulan masing-masing setelah masa tamat,
mereka dikehendaki menyanyi dan kumpulan yang berkenaan akan menyambutnya.

Latihan Dalam Kelompok 1 (LDK I)

Objektif :

Mengeratkan hubungan antara peserta dan fasilitator.

Mewujudkan sifat setiakawan dan semangat kerjasama dalam kumpulan.

Mewujudkan sifat keterbukaan dalam diri peserta.

Menggalakkan individu memberi maklumbalas terhadap ahli kumpulan yang lain.

Aktiviti 1 : Salam Muhibbah

Masa : 10 minit

Kaedah :

Fasi memperkenalkan diri dahulu.

Diikuti oleh peserta.

Fasi menutup mata salah seorang peserta.

Peserta yang ditutup matanya dikehendaki meneka rakannya dengan sentuhan dan suara.

Aktiviti 2 : Impressi Kali Pertama

Masa : 20 minit

Kaedah :

Peserta masih berada di dalam satu bulatan.

Seorang daripada ahli diminta berdiri di tengah-tengah bulatan.

Setiap ahli diminta membuat tanggapan tentang individu yang berada di tengah bulatan.

Apabila semua ahli kumpulan telah memberikan impressi mereka, proses itu diulang sehingga semua
ahli mendapat maklumbalas daripada ahli lain.

46
Aktiviti 1 : Resolusi

Masa : 10 minit

Objektif :

Mengetahui tahap kefahaman peserta selepas Slot 2.

Meningkatkan pengukuhan dan motivasi diri peserta.

Mengenal pasti kelemahan diri peserta.

Kaedah :

Ahli-ahli duduk di dalam satu bulatan.

Setiap ahli diminta membuat satu rumusan.

Aktiviti 2 : Beg Kendiri

Masa : 1 jam

Bahan : Kertas Mahjong, pen marker, gam, gunting, majalah dan akhbar lama.

Objektif :

Meningkatkan keyakinan diri ahli kumpulan.

Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri setiap kumpulan.

Mengenal pasti tanggungjawab sebagai pengawas.

Kaedah :

Setiap kumpulan mendapat dua helai kertas mahjong.

Fasi dikehendaki memecahkan kumpulannya kepada 2 kumpulan kecil.

Dengan daya kreativiti masing-masing, setiap kumpulan diminta membuat sebuah beg.

Fasi mengarahkan peserta menggunting gambar / huruf / perkataan di dalam akhbar lama yang
berkaitan dengan peranan dan tanggungjawab serta kelemahan dan kekuatan sebagai seorang
pengawas.

Gambar / Huruf / Perkataan yang menggambarkan kekuatan dan tanggungjawab ditampal di luar beg
manakala gamabar / huruf / perkataan yang menunjukkan kelemahan disimpan di dalam beg.

Perbincangan :

Ahli kumpulan diminta menerangkan tentang beg kumpulannya.

Fasi menggalakkan ahli kumpulan bertanya soalan.

47
Rumusan :

Kekuatan dan tanggungjawab seorang pengawas boleh dilihat dan ditonjolkan.

Kelemahan seorang pengawas perlu disimpan dan diperbaiki.

Tanggungjawab berpunca daripada kekuatan dan kelemahan seorang pengawas.

Aktiviti 3 : Soal Selidik Diri

Masa : 20 minit

Bahan : Borang soal selidik

Objektif :

Mengenal pasti kejujuran peserta.

Mengesan kelemahan dan keutan dalam diri peserta.

Kaedah :

Kedudukan masih dalam keadaan bulatan.

Fasi akan memberikan sedikit taklimat berkenaan borang soal selidik.

Fasi meminta setiap ahli kumpulan untuk mengisi borang soal selidik.

MODUL 1

Aktiviti 1 : Muslim Cemerlang Ummah Gemilang

Masa : 1 jam

Bahan : Kertas mahjong, marker pen dan gam.

Objektif :

Membuka pemikiran peserta ke arah perbincangan dan pemahaman.

Mengenal pasti kemampuan peserta di dalam melakarkan sesuatu yang diusulkan.

Kaedah :

Fasi akan membacakan cerita yang diarahkan.

Semua peserta diminta membuat lakaran berdasarkan arahan fasi.

Cerita :

“Man, hang mai sini nak tidoq ka nak baca buku ?”. “Aku memang setai nie, mula-mula tidoq, lepaih
tu baru studi.”
48
Begitulah suasana Samad dan rakannya yang baru mula menumpukan study kerana exam yang sudah
dekat, di sebuah pulau yang agak jauh dari rumah mereka. Pulau tersebut menjadi pilihan lantaran
suasananya indah dan permai dengan pembangunan yang menggagumkan. Selesai mereka
berceloteh, mereka meneruskan study mereka.

“Bedegum !!!! Begedum !!!! Peng !!! Peng !!!!”

Kedengaran bunyi letupan yang dahsyat di sana-sini.

“Woi, lari woi !”. “Selamatkan diri masing-masing…”. “Masuk ke bilik rahsia dekat sini, cepat……”,
jerit Man kepada kawan-kawannya.

Mereka bergegas masuk ke dalam bilik rahsia tersebut dan bersembunyi beberapa
ketika…..Selamat…..Panas…..Sunyi….

“Keriok……”, kedengaran bilik bawah tanah dibuka oleh seseorang dan kesemua sahabat ini keluar
dari situ sambil memerhatikan dunia yang sudah berubah menjadi padang jarak padang terkukur. Di
sana-sini mayat bergelimpangan di bawah runtuhan bangunan.

“Samad, bot kita dah musnah la….Macam mana nak balik nie ???”, pekik Murad. “Apa..!!!!”, kata
mereka serentak. “ Tidak….Tidak…Aku nak balik jugak…..Mama nak balik.”, pekik Man. “Woi, diam la
budak”, jerit Murad. “Ish….Macam mana nak buat nie…”, kata si Samad.

Keadaan menjadi tidak terkawal setelah mengetahui mereka kehilangan kenderaan untuk pulang.
Mahu tidak mahu, mereka perlu menyusun satu tindakan bagaimana hendak meneruskan hidup di
pulau ini. Mereka terpaksa membangunkan kembali pulau tersebut dengan menggunakan duit dan
bekalan yang mereka ada, iaitu RM 100,000 hasil simpanan bersama atau mereka mencipta sebuah
bot lalu berangkat pulang ke rumah masing-masing meninggalkan mayat-mayat dan pulau tersebut
tanpa ada sedikitpun rasa tanggungjawab.

Aktiviti 2 : Pembentangan

Masa : 1 jam 30 minit.

Objektif :

Menambahkan keyakinan peserta untuk berucap di khalayak ramai.

Memperlihatkan kemahiran berdebat.

Kaedah :

Fasi meminta setiap kumpulan untuk membentangkan hasil ciptaan mereka.

Masa yang diperuntukkan untuk setiap kumpulan adalah 10 minit.

MODUL 2

Aktiviti : Strategi dan Perancang

49
Masa : 2 jam

Bahan : Duit kertas

Objektif :

Menambahkan kemahiran peserta untuk mempertahankan hujahnya.

Menanamkan sifat tanggungjawab peserta untuk memelihara maruah kumpulannya.

Kaedah :

Masih menggunakan bahan Modul 1 (lakaran pembangunan pulau).

Setiap kumpulan dipecahkan kepada 2 kumpulan kecil (A dan B).

Kumpulan A: Strategi.

Kumpulan B: Perancang.

Tugas strategi adalah untuk merangka soalan berdasarkan kelemahan lakaran pembangunan pulau
kumpulan lain dan akan berhujah dengan kumpulan perancang dari kumpulan lain.

Manakala tugas perancang adalah sebagai pertahanan untuk mematahkan soalan dan hujuh
daripada kumpulan strategi (kumpulan yang berbeza).

Setiap ahli akan dibekalkan dengan duit kertas sebagai maruah kumpulan.

Mana-mana kumpulan atau ahli samada dari kumpulan strategi maupun perancang yang tewas
berhujah akan menyerahkan maruah kumpulannya.

MODUL RIADHAH

Aktiviti 1 : Pusingan Roda

Masa : 30 minit

Objektif :

Meningkatkan kefahaman peserta melalui kerjasama dalam kumpulan.

Meningkatkan keyakinan diri.

Kaedah :

Fasi meminta ahli kumpulan berdiri dan membentuk satu bulatan.

Dalam bulatan, peserta akan berpusing mengikut arah jam.

Fasi meminta peserta dihadapan duduk di atas peha peserta dibelakangnya.

Fasi kemudian mengarahkan peserta berjalan sambil duduk dalam bultan tadi.

Untik lebih menarik, aktiviti ini boleh dijalankan dalam kumpulan yang besar atau diadakan
pertandingan di antara kumpulan.

50
Aktiviti 2 : Berita Sensasi

Masa : 30 minit.

Bahan : Kertas yang ditulis dengan berita dimasukkan ke dalam sampul surat.

Objektif :

Menyedarkan peserta bahawa penyakit mudah percaya kepada khabar angin adalah gejala yang
perlu dihapuskan.

Maklumat yang disampaikan dari mulut ke mulut adalah tidak semestinya tepat.

Kaedah :

Fasi menyediakan potongan karangan.

Asingkan peserta di antara satu sama lain.

Fasi berikan petikan karangan kepada peserta yang pertama.

Beri penerangan sehingga ia benar-benar faham dan mengingati apa yang ditunjukkan.

Panggil peserta yang kedua untuk menerima mesej yang ingin disampaikan.

Setelah semuanya menerima mesej, peserta yang terakhir diminta untuk menulis kembali mesej yang
diterimanya.

Tanya kepada semua peserta mengapa mesej yang diterima berbeza-beza.

Petikan :

Dalam perjalanan saya ke bandar pagi semalam dalam hujan yang tidak berapa lebat saya nampak
sebuah kereta Datsun putih datang dengan laju dari utara. Kereta itu membelok ke kiri di
persimpangan jalan dan berlanggar dengan sebuah kereta Toyota merah yang hendak menuju ke
selatan. Sebuah lori tidak sempat berhenti lalu melanggar kereta Datsun tadi. Pemandu lori
dimasukkan ke hospital.`

Falsafah :

Berita yang disampaikan dari mulut ke mulut tidak tepat / semestinya tepat.

Jangan mudah percaya dengan khabar angin kerana ianya sangat merbahaya.

Bila merasakan keraguan apabila mendengar yang disampaikan, hendaklah mencari sumber yang
asal.

Jangan suka menyalahkan orang lain, lihat kelemahan diri sendiri dan cuba memperbaikinya.

Adalah lebih baik menyampaikan sesuatu maklumat itu secara bertulis.

Sila JANGAN bercakap dengan sesiapa atau melihat kertas orang lain. Buat kerja dengan cepat tetapi
berhati-hati. Anda hanya mempunyai masa 3 minit sahaja untuk menghabiskan ujian ringkas ini. Sila
baca dengan teliti dan jawab dengan berhati-hati.

51
1. Sila letakkan ibu jari tangan kanan anda di hujung hidung.

2. Kemudian, angkat tangan kiri anda setinggi yang boleh sambil menyebut perkataan Subhanallah
sebanyak 3 kali.

3. Letakkan tangan kanan anda di dada.

4. Urut perlahan-lahan dada anda sebanyak 5 kali sambil menyebut perkataan Alhamdulillah
sebanyak 5 kali.

5. Pegang tapak kaki kiri anda dengan tangan kanan sambil merungut “ Aduh…Lemahnya iman aku
hari ini.”

6. Kemudian, letakkan tapak tangan kiri anda di atas kepala sambil melafazkan kalimah Allahuakhbar
sebanyak 2 kali.

7. Sila pegang bahu kanan kawan di sebelah kiri anda.

8. Berapakah hasil darab 2 dengan 8.

9. Sebutkan nama rasul kita yang terakhir.

10. Sebutkan Masya-Allah sebanyak 5 kali sambil menggeleng-gelengkan kepala ke kiri dan ke kanan.

11. Duduk dalam keadaan tahiyyat awal dan sila sebutkan “Saya anak yang soleh”.

12. Sebutkan rukun Islam yang ketiga dan rukun Iman yang keempat.

13. Bisikkan ke telinga kawan di sebelah kanan perkataan “Aku kasih kepadamu sahabat”.

14. Campurkan 44 dengan 56.

15. Sila bacakan ayat tersebut, “Hari ini aku bertuah kerana dapat menunaikan sembahyang Maghrib
berjemaah.”

16. Sebenarnya, anda tidak perlu menjawab kesemua soalan. Anda hanya perlu berdiri tegak dan
lafazkan kalimah Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar sebanyak 3 kali sahaja.

17. Dimanakah terletaknya Bandar Diraja Kuala Kangsar.

Pengertian fasilitator

A Sebagai pemudahcara

A Sebagai seorang abang atau kakak

A Bukan sebagai seorang guru yang sedang mengajar

52
A Untuk berkongsi pengalaman

A Menjadikan diri sebagai seorang yang dipercayai

A Kalau boleh menjadi tempat rujuk,tempat mengadu hal peribadi dan seumpamanya.

Peranan seorang fasilitator

A Memperkenalkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang ada dalam diri pelajar.(contohnya
teknik belajar)

A Memberi alternative penyelesaian bagi masalah pelajar

A Mewujudkan nilai mulia dalam diri pelajar

A Memotivasikan pelajar

Tugas-tugas seorang fasilitator

A “ Ice-breaking” atau mewujudkan kemesraan dikalangan ahli dan juga fasilitator

A Mewujudkan kepercayaan di antara ahli dan juga fasilitator ( contoh, fasi terlebih dahulu sanggup
menceritakan pengalaman hidupnya kepada ahli)

A Mengambil berat terhadap kebajikan ahli

*Perlu diingat bahawa kemesraan dan kepercayaan adalah kunci utama dalam mewujudkan sebuah
kumpulan yang bermakna.

Kemahiran berkomunikasi

A Fasilitator dinasihatkan menggunakan gantinama seperti abang,kakak,adik-adik dan sebagainya.

A Jika hendak panggil nama seseorang ,panggillah dengan nama manja tersebut.

A Gaya pengucapan atau diskusi janganlah seperti gaya pengucapan seorang guru.

A Pengucapan mestilah seperti perbualan biasa di antara abang/kakak dengan adik-adiknya.

Perkara-perkara penting

1. A Fasilitator dinasihatkan agar tidak banyak berdiri dan mengelilingi bulatan kerana ia akan
mengganggu tumpuan ahli-ahli kumpulan.
2. A Jika boleh,tiada halangan fizikal diantara fasi dan ahli.
3. A Elakkan terlalu series,teka-teki dan banyak ketawa dengan ahli dan fasi mestilah pandai
dan bijak menyesuaikan diri dengan masa dan situasi.
4. A Jangan berceramah berlebihan
5. A Menyebut perkara penting berulang kali ( 3 kali)
6. A Menerima segala pandangan dan jawapan setiap ahli walaupun pandangan atau jawapan
itu salah.
7. A Jangan sesekali menyatakan bahawa pandangan dan jawapan yang dikemukakan ahli salah
kerana ianya akan melentur dan mematikan semangat pelajar.
53
8. A Menyesuaikan pertuturan,bahasa dan isi ucapan dengan tahap pendengar.
9. A Hendaklah menyesuaikan nada suara mengikut keadaan bercakap perlahan dan lembut
ketika menyelesaikan masalah.
10. A Jangan menunjukkan bahawa kita tidak tahu jika ditanya oleh ahli kumpulan kerana ia akan
menyebabkan hilangnya penghormatan ahli kepada fasi.
11. A Dalam perbincangan ,banyakkan mencungkil apa yang ada dalam minda pelajar supaya
diluahkan segalanya dan jangan sesekali tidak menghargai pendapat mereka.

CIRI-CIRI FASILITATOR

1. A Berpakaian kemas mengikut aktiviti yang dijalankan


2. A Mempamerkan peribadi yang kemas seperti rambut pendek dan berpakaian kemas
3. A Menunjukkan daya kepimpinan yang menyakinkan
4. A Mampu menggerakkan ahli kumpulan sebagai kumpulan yang berdaya maju dan aktif
5. A Mampu menyelami hati ahli kumpulan terutama yang berkaitan dengan masalah –masalah
yang ditimbulkan.
6. A Mempamerkan akhlak Islam yang baik.

54
7. A Sentiasa mendampingi adik-adik dengan tujuan penyampaian kefahaman Islam dapat
berterusan dan dufahami dengan lebih berkesan.
8. A Perlu aktif dan cepat dalam merumuskan dan menunjukkan jalan penyelesaian jika ahli-ahli
kumpulan mempunyai masalah.
9. A Sentiasa menjaga dan menepati waktu aktiviti
10. A Menghormati dan mengasihi ahli kumpulan seperti adik kandung sendiri.
11. A Menegur kesalahan-kesalahan ahli kumpulan dengan cara yang terbaik dan penuh hikmah.
12. A Bercakap dengan penuh lemah-lembut dan menggunakan perkataan yang mudah difahami.
13. A Sentiasa senyum dan berwajah manis walaupun banyak tugas dan masalah harus hadapi

55

Anda mungkin juga menyukai