Anda di halaman 1dari 13

PENILAIAN DALAM KAUNSELING: ALAT UKURAN PERSONALITI

Oleh: Noor Hamizah Abdul Jalil

PENGENALAN

Freud mendefinasikan personaliti sebagai hasil integrasi sturuktur dalaman


seperti id, ego dan super ego. Freud juga melihat personaliti sebagai suatu yang
realiti dan bersifat stabil manakala Rogers dalam Zainuddin (1993) menyatakan
personaliti sebagai suatu yang berubah dan berkembang. Sidek Mohd Noah
(2002) mengatakan personaliti adalah unik dan dinamis yang dapat menentukan
dan menggerakkan tingkah laku individu. Ramai pengkaji yang berminat dalam
bidang personaliti telah menjalankan kajian mereka bertujuan untuk mencari,
mengukur dan menghuraikan pelbagai dimensi persoaliti manusia (Sidek Mohd
Noah, 2005)

Justeru bagi melengkapkan kajian-kajian yang dihasilkan, adalah penting


menggunakan alat ukuran personaliti yang berkualiti bagi mencari dan mengenal
pasti kepelbagaian tret-tret personaliti individu. Kathleen (1978)
mengklasifikasikan inventori personaliti kepada dua jenis utama iaitu i) Projektif
yakni alat ukuran yang menggunakan gambar atau lukisan dan respon yang
dinyatakan oleh responden tadi akan diukur; ii) Bukan Projektif iaitu alat ukuran
dalam bentuk pemilihan item-item pernyataan oleh responden akan diukur
untuk mengetahui tret personaliti yang dimiliki oleh seseorang individu itu.

Shertzer dan Linden (1979) menyatakan bahawa dalam pembentukan


sesuatu inventori itu memerlukan pendekatan-pendekatan yang tertentu seperti
yang dijelaskannya dalam Sidek (2005). Pendekatan-pendekatan itu adalah
seperti berikut:

Inventori Personaliti Pendekatan Rasional


Terdapat beberapa inventori yang terlibat dan dibina melalui pendekatan
rasional ini iaitu di antaranya adalah, Edwards Personal Preference Schedule
(EPPS), Myers-Briggs Typer Indicator (MBTI), Tennessee Self-concept Scale
(TSCS) dan lain-lain.

Inventori Personalti Pendekatan Empirikal


Terdapat beberapa inventori yang diasaskan melalui pendekatan ini iaitu seperti
The Minnesota Multiphasic Personality Inventory (MMPI) dan The California
Psychological Inventory (CPI).

Inventori Personalti Pendekatan Faktorial


Terdapat beberapa inventori yang diasaskan melalui pendekatan yang
menggunakan kaedah analisis faktor ini iaitu seperti Guilford-Zimmerman
Temperament Survey (GZTS) yang dibina oleh Guilford dalam tahun 1933,
Eysenck Personality Inventory (EPI), Maudsley Personality Inventory (MPI) dan
lain-lain.

Sehubungan dengan itu, perbincangan yang terperinci akan dibincangkan


dengan lebih lanjut mengenai beberapa inventori yang berasaskan pendekatan
yang telah dijelaskan di atas seperti Junior Eysenck Personality Inventory (JEPI),
Sidek Personality Inventory (SPI), California Psychological Inventory (CPI), dan
Tennessee Self-concept Scale (TSCS).
LATAR BELAKANG ALAT UKURAN

INVENTORI PERSONALITI EYSENCK JUNIOR (JEPI)


Pada tahun 1947, Hans Jurgan Eysenck telah memperkenalkan Inventori
Personaliti Eysenck Juniour (JEPI). Dalam usaha pembinaan alat ini, analisis
faktor telah mula dijalankan yang melibatkan psychiatric rating berdasarkan 30
pemboleh ubah ke atas 700 orang askar yang neurotik. Dua faktor yang
diberikan fokus utama ialah Neurotism (N) dan Ekstroversi (E). Faktor
Neurotisme (N) mempunyai kontinum bipolar yang skornya melebihi 12 mewakili
keadaan neurotis dan skor yang kurang daripada 12 mewakili keadaan yang
stabil. Manakala bagi Faktor Ekstroversi (E), sekiranya mempunyai bipolar skor
melebihi 12 mewakili ektroversi dan yang kurang daripada 12 mewakili introvert
Jika skor yang diperolehi oleh seseorang individu itu adalah N 12, individu
tersebut mempunyai kecenderungan untuk memiliki kedua ciri-ciri neurotisme
dan ekstroversi. Sehubungan dengan itu juga, individu berkenaan menunjukkan
ketidakstabilan serta ciri-ciri neurotik yang lemah secara bertukar-tukar dari
satu masa ke satu masa yang lain. Neurotism dan Stabiliti terdiri daripada
kontinum bipolar yang mana skor melebihi 12 mewakili keadaan yang tidak
stabil atau neurotis dan skor kurang daripadanya mewakili keadaan yang stabil.
Begtu juga keadaannya dengan kontinum bipolar Ekstroversi dan Introversi yang
mana skor melebihi 12 termasuk dalam golongan Ekstroversi dan skor kurang
daripada 12 termasuk dalam keadaan yang Introvert.

Eysenck telah mencipta item-item ujian untuk mengukur faktor-faktor


yang dikenal pasti bersama isterinya Sybil. Inventori yang pertama dikenali
sebagai Maudsley Medical Questionnaire (MMQ) dibentuk untuk mengukur faktor
neurotisme sebagai dimensi personaliti (Eysenck, 1952). MMQ telah dikaji
semula dengan menambah beberapa item. Melalui analisis item dan analisis
faktor, satu alat ukuran yang mengandungi 40 item yang dikenali sebagai
Maudsley Personality Inventory (MPI) dihasilkan. MPI mengukur dua faktor
utama iaitu Neurotisme dan Ekstroversi. MPI kemudiannya dikaji semula dan
diubah kepada Eysenck Personality Questionnaire (EPQ). Alat ukuran EPQ ini
juga akhirnya dikaji semula dan beberapa perubahan telah dibuat akhirnya
terbentuklah Junior Eysenck Personality Inventory (JEPI).

Namun begitu, penggunaan JEPI di Malaysia telah diubahsuai oleh Prof


Madya Dr Sidek Mohd Noah mengikut bahasa dan budaya yang bersesuaian
dengan rakyat Malaysia. Terdapat 60 item kesemuanyanya dan terdiri daripada
3 skala iaitu skala Ekstroversi, Neurotisme dan Penipuan. Skala Ekstroversi
mempunyai 24 item (19 item positif dan 5 item negatif) manakala skala
Neurotisme pula mengandungi 24 item yang semuanya menunjukkan item yang
positif. Selain itu, terdapat juga skala Penipuan yang mengandungi 12 item iaitu
6 item positif dan 6 item negatif.

Dari segi pentadbiran JEPI pula, masa untuk mengambil ujian ini tidak
ditetapkan, namun dicadangkan agar dapat menyelesaikannya dalam tempoh 20
hingga 30 minit. Seelok-eloknya ia ditadbir dalam bilik yang selesa dan kondusif
iaitu mempunyai peralatan-peralatan asas seperti kerusi, meja, kipas angin dan
jauh daripada kebisingan serta gangguan. Pengiraan skor dan pembentukan
profil ujian personaliti juga perlu dibuat dengan teliti dan berhati-hati serta
mengikut kaedah pengiraan yang standard yang telah ditetapkan. Rajah 1
berikut merupakan pentafsiran skor yang diperolehi berhubung dengan tret–tret
yang terkandung di dalam JEPI

Muram Kuadran II Mudah


Kuadran I 24 Tersinggung
Cemas Gelisah
Bimbang Agresif
MELANKOLIK KOLERIK
Tidak Fleksibel/Rigid Ghairah
Tidak Peramah Mudah Berubah
0 6 12 18 24
PHLEGMATIK SANGUIN Selesa
Jujur
Terkawal Bebas

Tenang Ekstrovert

Tenteram AIR TANAH

Boleh Diharapkan Bersemangat


Rajah 1: Panduan Pentafsiran Inventori JEPI

INVENTORI PERSONALITI SIDEK (IPS)


Dr Sidek Mohd Noah telah mebangunkan Inventori Personaliti Sidek pada tahun
1987 (Sidek Mohd Noah, 1998) menggunakan pendekatan rasional. Inventori ini
dibentuk dengan tujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri atau tret personaliti
seseorang individu. IPS mempunyai 15 skala dan 1 skala kejujuran yang
menerangkan tret personaliti IPS yang merangkumi Agresif, Analitikal,
Autonomi, Bersandar, Ekstrovert, Intelektual, Introvert, Kepelbagaian,
Ketahanan, Kritik Diri, Mengawal, Menolong, Sokongan, Struktur dan
Pencapaian.

Pembentukan IPS ini telah dikaji kesahan dan kebolehpercayaannya sama


seperti ujian inventori yg lain juga. Analisis item menggunakan analisis reliabiliti,
model alpha yang dijalankan oleh Sidek Mohd Noah (1998) telah menghasilkan
standardized item alpha yang bernilai lebih daripada .95. Keputusan yang
diperolehi itu menunjukkan item-item yang terkandung di dalam IPS ini adalah
homogenius dan sekaligus menunjukkan kandungan inventori ini adalah sah dan
signifikan dari sudut statistik. Manakala dari sudut kebolehpercayaan pula, IPS
telah menggunakan pendekatan Kuder-Richardson dan nilai kebolehpercayaan
yang diperolehi bagi keseluruhan inventori ini adalah .95. Oleh yang demikian,
berdasarkan nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang diperolehi tersebut
adalah jelas bahawa IPS merupakan satu alat pengukuran atau ujian yang baik,
bermutu dan mencapai nilai standard.

Terdapat empat asas andaian dalam pentafsiran profil IPS. Pertama ialah
tiada personaliti yang gagal dalam ertikata yang sebenar. Personaliti seseorang
individu hanya akan gagal jika dikaitkan dengan kerjaya-kerjaya tertentu.
Kedua, tiada individu yang personalitinya sempurna. Oleh itu, pentafsiran IPS
dinyatakan bahawa tiada individu memperoleh skor 100. Skor maksima yang
diperoleh ialah 99%. Ketiga, tiada individu yang personalitinya sifar atau kosong
iaitu tiada individu yang memperoleh skor 0 kerana skor minimum yang
diperoleh ialah 1%. Andaian yang terakhir adalah personaliti adalah kualiti
intrinsik manusia yang boleh berubah. Personaliti individu banyak dipengaruhi
oleh faktor-faktor persekitaran termasuklah pembelajaran baru yang diterima
oleh mereka dalam kehidupannya.

Dalam pentafsiran alat ukuran IPS, skor antara 1 hingga 30% markah
dianggap skor rendah, 40 hingga 60% dianggap sederhana, sementara skor 70
hingga 99% dianggap tinggi bagi semua tret yang dikaji. Tetapi, bagi
pentafsiran tret kejujuran pula, skor di bawah 50% dianggap rendah dan skor di
atas 50% adalah dianggap tinggi. Bagi tret agreasif dan kritik-diri pula, individu
yang memperolehi skor sederhana iaitu 40 hingga 60% dianggap baik bagi
mentafsir personaliti individu tersebut. Jadual 1 di bawah menunjukkan tafsiran
bagi setiap tret personaliti yang terkandung dalam alat ukuran IPS.

Jadual 1: Keterangan Tret Personaliti IPS


BIL SKALA KETERANGAN TRET PERSONALITI
1 Agresif Tret personaliti yang menunjukkan individu terlalu kritikal
terhadap orang lain, tegas, berani dan tidak suka
dimanipulasi
2 Analitikal Tret personaliti yang menunjukkan sangat sensitif dan
prihatin kepada persekitaran, suka membuat pemerhatian
dan akan menganalisi sesuatu perkara sebelum membuat
keputusan
3 Autonomi Tret personaliti yang menunjukkan individu lebih sukakan
kebebasan dalam tindakannya dan dapat mengawal dan
menentukan aktiviti-aktiviti hariannya
4 Bersandar Tret personaliti yang menunjukkan individu suka
bergantung kepada orang lain dan memerlukan orang lain
dalam membuat keputusan
5 Ekstrovert Tret personaliti yang menunjukkan individu suka dikelilingi,
berinteraksi dan bekerja dengan orang ramai.
6 Intelektual Tret personaliti yang menunjukkan individu berminat
kepada aktiviti-aktiviti yang memberi cabaran dari segi
intelektual
7 Introvert Tret personaliti yang menunjukkan individu suka mengelak
situasi yang memaksa mereka berkomunikasi di samping
suka bersendirian
8 Kepelbagaian Tret personaliti yang menunjukkan individu dapat
menghayati pelbagai situasi bagi mendapatkan pengalaman
yang baru
9 Ketahanan Tret personaliti yang menunjukkan individu yang cekal dan
bermotivasi untuk menyelesaikan semua tugas
10 Kritik- Diri Tret personaliti yang menunjukkan individu yang tidak
stabil dari segi emosi dan psikologi, rendah diri dan suka
menyalahkan diri
11 Mengawal Tret personaliti yang menunjukkan individu suka mengawal
orang lain atau lebih suka memimpin.
12 Menolong Tret personaliti yang menunjukkan individu yang
BIL SKALA KETERANGAN TRET PERSONALITI
berkeinginan unuk meluahkan simpati, ksih sayang,
memberi bantuan serta membuat kebaikan kepada orang
lain.
13 Sokongan Tret personaliti yang menunjukkan individu memerlukan
perhatian, simpati dan ingin dikasihi
14 Struktur Tret personaliti yang menunjukkan individu suka kepada
kekemasan, kebersihan serta perkara-perkara yang
berstruktur, berulang-ulang dan terperinci
15 Pencapaian Tret personaliti yang menunjukkan individu bermotivasi,
mahukan status yang tinggi dan sukakan persaingan
16 Kejujuran Skala ini bertujuan untuk mengesan tahap kejujuran
individu dalam menjawab item ujian.

INVENTORI PERSONALITI WARNA (IPW)

Inventori Personaliti Warna (IPW) telah dibangunkan oleh Dr Sidek Mohd Noah
pada tahun 1997 bersama-sama dengan pelajar Bacelor Pendidikan (Bimbingan
& Kaunseling) Universiti Putra Malaysia Terengganu dengan menggunakan
pendekatan rasional. Draf asal IPW mengandungi 200 item yang setiap jenis
personaliti warna diwakili oleh 50 item. Namun setelah proses pembinaan
selesai, hanya 100 item sahaja yang benar-benar bermutu dan signifikan yang
dimasukkan ke dalam borang akhir di mana setiap satu personaliti warna
diwakili oleh 25 item. IPW mempunyai format jawapan “Ya” atau “Tidak” dan
gerakbalas individu terhadap item-item yang terdapat dalam IPW dikatakan
dapat menerangkan ciri-ciri personaliti individu. Terdapat 4 jenis personaliti yang
mewakili skala IPW iaitu personaliti Emas, personaliti Hijau, personaliti Biru dan
personaliti Jingga.

Mengikut Falt (1999), sejarah penggunaan teori personaliti warna


dimulakan oleh Don Lowry melalui kad-kad aktiviti True Colors. Konsep True
Colors yang diperkenalkan oleh Lowry merupakan sejenis kad permainan yang
berasaskan personaliti yang melibatkan empat jenis warna iaitu Emas, Hijau,
Biru dan Jingga. Warna Emas melambangkan seseorang yang mengikut
peraturan, Hijau melambangkan seorang yang mementingkan intuisi pemikiran,
Biru melambangkan seorang yang mementingkan intuisi perasaan dan Jingga
melambangkan seorang yang gemarkan pengalaman dan kehidupan yang
mencabar. Dengan aktiviti menyusun kad-kad tersebut, individu akan
mengetahui personalitinya melalui warna kad yang paling sesuai dengan dirinya.

Bagi pengujian kesahan dan kebolehpercayaan IPW, sebanyak 5 siri


bengkel telah dijalankan untuk membina item, memurni item, membincangkan
dapatan kajian rintis dan pemilihan item yang bermutu dan signifikan. Hasil
daripada bengkel yang dijalankan dan kajian rintis yang telah dilakukan, analisis
item menggunakan analisis reliabiliti, model alpha yang dijalankan oleh Sidek
Mohd Noah pada tahun 1997 melalui data kajian rintis kedua telah menghasilkan
standardized item alpha yang bernilai lebih daripada .82. dan nilai pekali
kebolehpercayaan alpha cronbach .84. Hasil yang diperolehi menunjukkan item-
item IPW mencapai tahap kesahan dan kebolehpercayaan serta signifikan dan
boleh digunakan.

Dari segi pentadbiran pula, ujian ini mestilah ditadbir dalam bilik yang
selesa dan kondusif. Bilik mestilah mempunyai peralatan-peralatan asas seperti
kerusi, meja, kipas angin dan jauh daripada kebisingan dan lain-lain gangguan.
Masa untuk menyelesaikan IPS pula tidak ditetpkan tetapi adalah dicadangkan
dalam tempoh masa 20 hingga 30 minit. Perkara yang penting yang mesti
diterangkan kepada calon yang mengambil ujian adalah supaya mematuhi
segala arahan yang telah dinyatakan di dalam borang soalan dan jawapan
hendaklah dijawab di dalam borang jawapan yang disediakan. Rajah 2
menggambarkan pentafsiran umum IPW.
EMAS HIJAU
LENDIR HEMPEDU KUNING
Boleh Dipercayai Adat Tradisional Berdasarkan TeoriPanjang Akal

Keibubapaan Tradisional Ingin Tahu Tenang

Bertanggungjawab Konservatif Kompleks Sabar

Ikut Peraturan Sistematik FalsafahBerpengetahuan


RomantisUnik Tidak suka peraturan Berani

HarmoniBerseni Adventures Spontan

TulinEmpati Suka Pertandingan Berkemahiran

KerjasamaSetia Bahaya & Seronok Gopoh Gapah

DARAH
HEMPEDU
BIRUHITAM JINGGA

Rajah 2: Pentafsiran Umum Profil IPW

INVENTORI KONSEP KENDIRI TENNESSEE (TSCS)

Pada tahun 1965 Tennessee Self-Concept Scale (TSCS) telah dibina oleh William
Fits. TSCS mengandungi 100 item dan dibangunkan dengan menggunakan
pendekatan rasional yang terdiri daripada item positif dan negatif yang
memberikan respons jawapan berbentuk skala likert lima mata. Alat ukuran
TSCS boleh digunakan untuk tujuan kaunseling dan diagnosis terhadap kendiri
seseorang individu. Apa yang berbeza antara keduanya adalah dari segi stensil
pemarkatan. Untuk tujuan kaunseling, ia dapat mengenal pasti 8 komponen
yang membentuk konsep kendiri iaitu Identiti Kendiri, Kepuasan Kendiri,
Tingkah Laku Kendiri, Kendiri Fizikal, Kendiri Moral dan Etika, Kendiri Peribadi,
Kendiri Keluarga dan Kendiri Sosial. Ia juga mempunyai skala khusus yang
digunakan untuk mengukur Kritikan-Diri. Di samping itu nilai variabiliti yang
melibatkan jumlah keseluruhan variabiliti (Total V), jumlah nilai lajur variabiliti
(Column Total V) dan jumlah nilai baris (Row Total V) dapat memberi
keseimbangan konsep kendiri antara satu bahagian dengan bahagian yang lain.

Menurut Fitt, nilai perkali kebolehpercayaan uji dan uji-kembali alat


ukuran TSCS adalah antara .60 hingga .92. Nilai pekali yang diperolehi
menunjukkan TSCS mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Bagi kegunaan di
Malaysia pula, TSCS yang digunakan telah dialih bahasa oleh Prof Madya Dr
Sidek Mohd Noah. Kesahan dan kebolehpercayaan bagi TSCS dalam konteks di
Malaysia telah dijalankan oleh Chiam (1976; 1981) dan Kamaliah Abu (1993).
Keputusan yang diperolehi oleh mereka menunjukkan TSCS mempuna kesahan
dan kebolehpercayaan yang tinggi dan ia sesuai digunakan dalam konteks
Malaysia.

Dari segi pentadbiran TSCS pula, masa untuk mengambil ujian ini tidak
ditetapkan, namun dicadangkan agar dapat menyelesaikannya dalam tempoh 20
hingga 30 minit. Seelok-eloknya ia ditadbir dalam bilik yang selesa dan kondusif
iaitu mempunyai peralatan-peralatan asas seperti kerusi, meja, kipas angin dan
jauh daripada kebisingan serta gangguan. Calon yang mengambil ujian juga
perlu diingatkan untuk mematuhi segala arahan yang telah disediakan agar
keputusan ujian yang diperolehi kelak “tidak bias” dan bebas daripada
dipengaruhi oleh unsur-unsur yang boleh menjejaskan keputusan sebenar diri
calon semasa menjawab inventori tersebut. Pengiraan skor dan pembentukan
profil ujian personaliti juga perlu dibuat dengan teliti dan berhati-hati serta
mengikut kaedah pengiraan yang standard yang telah ditetapkan.

Bagi pengiraan skor dan pembentukan profil TSCS, ia perlu dilakukan


dengan cermat dan berhati-hati. Pentafsirannya pula boleh dilakukan secara
individu dan berkelompok. Markah yang diperolehi hendaklah dibandingkan
dengan skor min seperti yang terkandung dalam manual. Skor min adalah skor
yang setara dengan skor T dan skor Persentil 50.
Jadual 2: Pentafsiran Profil TSCS
BI SKOR MIN
SUBSKALA PENTAFSIAN
L SUBSKALA

1 Identiti Kendiri 127 Skor di atas Min – Identiti kendiri Individu


positif @ tinggi
Skor di bawah Min – Identiti kendiri individu
rendah @ negatif
(Individu memberikan gambaran tentang
identiti dirinya @ bagaimana ia melihat
dirinya).

2 Kepuasan 104 Skor di atas Min - kepuasan kendiri positif @


Kendiri tinggi
Skor di bawah Min - kepuasan kendiri
rendah @ negatif
(Mencerminkan tahap penerimaan individu
terhadap dirinya dan berpuas hati dengan
keadaan tersebut).

3 Kendiri 115 Skor di atas Min - Kendiri Tingkahlaku positif


Tingkahlaku @ tinggi
Skor di bawah Min - Kendiri Tingkahlaku
rendah @ negatif (Memberikan gambaran
tentang persepsi individu terhadap
perlakuannya dan bagaimana ia berfungsi).

4 Kendiri Fizikal 73 Skor di atas Min- Kendiri Fizikal positif @


tinggi. Skor di bawah Min - Kendiri Fizikal
rendah @ negatif.
(Pandangan tentang keadan fizikal badan,
kesihatan, wajah, perwatakan ,seksualiti
dan kemahiran yang dimiliki).

5 Kendiri Moral 71 Skor di atas Min - Kendiri Moral & Etika


& Etika positif @ tinggi. Skor di bawah Min - Kendiri
Moral & Etika rendah @ negatif
(Menyentuh mengenai harga diri,
perhubungan dengan Tuhan, kepuasan
dalam beragama).

6 Kendiri 65 Skor di atas Min - Kendiri Peribadi positif @


Peribadi tinggi. Skor di bawah Min - Kendiri Peribadi
rendah @ negatif (Perasaan dan
penilaiannya terhadap personaliti yang tidak
berkait dengan tubuh badan @ perhubungan
dengan orang lain).

7 Kendiri 71 Skor di atas Min - Kendiri Keluarga positif @


Keluarga tinggi. Skor di bawah Min - Kendiri Keluarga
rendah @ negatif. (Perasaan dan persepsi
terhadap kepentingan dan fungsi diri kepada
keluarga dan penerimaan keluarga terhadap
BI SKOR MIN
SUBSKALA PENTAFSIAN
L SUBSKALA

diri).

8 Kendiri Sosial 68 Skor di atas Min - Kendiri Sosial positif @


tinggi. Skor di bawah Min- Kendiri Sosial
rendah @ negatif. (Gambaran tentang diri
berdasarkan pandangan dirinya sendiri yang
menyentuh aspek perhubungan dengan
orang lain).

9 Kritik Diri 36 Skor di atas Min – Kurang stabil dan


mengalami konflik rendah diri. Skor di
bawah Min – Stabil dari segi psikologi.

Skor Min keseluruhan adalah 348 konsep yang dinilai secara menyeluruh
dan tidak spesifik dimana skor diatas min merujuk kepada konsep kendiri yang
positif dan sebaliknya apabila skor min yang diperolehi rendah.
Manakala nilai Variabiliti pula dikur seperti di dalam Jadual 3.

Jadual 3: Pentafsiran Nilai Kesahan TSCS


SKOR
BIL JUMLAH PENTAFSIRAN
MIN

1 Jumlah 48 Skor di atas Min - bermakna 8 komponen


Keseluruhan V yang membentuk keseluruhan konsep kendiri
adalah pelbagai.
Skor di bawah Min – Konsep kendiri adalah
seimbang (Menggambarkan keseimbangan
konsep kendiri antara satu bahagian dengan
bahagian yang lain).

2 Jumlah Lajur 29 Skor di atas Min – wujud kepelbagaian


V berkaitan dengan kendiri fizikal, kendiri moral
dan etika, kendiri peribadi, kendiri keluarga
dan kendiri sosial.
Skor di bawah Min – konsep kendiri seimbang

3 Jumlah Baris 19 Skor di atas Min – wujud kepelbagaian


V dengan identiti kendiri, kepuasan kendiri dan
tingkahlaku kendiri.
Skor di bawah Min – keadaan seimbang.

4 Sebaran D 120 Skor di atas Min – individu sangat pasti


dengan kenyataan yang diberikan mengenai
dirinya.
Skor di bawah Min – Kurang atau tidak pasti
tentang diri dan kenyataan yang
dikemukakan.

Anda mungkin juga menyukai