Anda di halaman 1dari 52

BAB 2

IDENTITI PROFESIONAL
KAUNSELOR
COU 4800
PM Dr Zakaria Mohamad (K1) &
Dr Siti Salina Abdullah (K2)
PM Dr Ruhani Mat Min (K1) &
Dr Nor Ezdianie Omar (K2)
1
FALSAFAH ASAS PROFESION
KAUNSELING
 Empat kepercayaan dalam membantu orang
lain yang mempunyai masalah kesihatan
mental
 1-Perspektif yang terbaik dalam membantu
individu untuk menyelesaikan isu-isu dan
masalah emosi serta peribadi adalah model
kesejahteraan (wellness) kesihatan mental
 2-Kebanyakkan isu dan masalah yang dihadapi
oleh individu dalam kehidupan adalah bersifat
perkembangan,
 memahami dinamik pertumbuhan dan perkembangan
manusia merupakan satu perkara yang penting dalam
proses menolong.
2
 3-Pencegahan dan intervensi awal adalah jauh
lebih baik daripada merawat.
 4-Matlamat bidang kaunseling
 memberikan kuasa kepada klien, menyelesaikan
sendiri masalah mereka tanpa ahli-ahli professional
kesihatan mental
 mengajar mereka dalam mengenalpasti dan
menyelesaikan masalah mengikut kesesuaian sendiri
pada masa akan datang.

3
MODEL KESEJAHTERAAN
(WELLNESS MODEL)
 Myers, Sweeney, dan Witmer (2000) telah
membentuk satu model kesejahteraan yang
komprehensif khusus untuk bidang kaunseling
 Kebanyakan model utama yang digunakan
oleh ahli-ahli professional kesihatan mental
yang lain dalam menangani masalah-masalah
emosi adalah merupakan model kesihatan
atau model berasaskan penyakit (illness)
 satu pendekatan yang dibentuk oleh doktor-
doktor perubatan dalam menjaga klien yang
mengalami kesakitan fizikal.

4
 Terdapat bukti bahawa kaunseling daripada
perspektif wellness adalah merupakan satu
pendekatan yang berkesan dalam membantu
klien
 Matlamatnya adalah untuk setiap individu
mencapai kesihatan mental yang positif sehingga
ke tahap yang mampu dicapai
 Dari satu perspektif wellness, kesihatan mental
dilihat sebagai satu kesinambungan yang
berterusan (Smith, 2001)
 Di hujung skala ini adalah individu-individu yang
kesihatan mentalnya sangat sihat.
 Di hujung dimensi yang lain pula adalah mereka
yang tidak dapat berfungsi

5
 Maslow (1968) menggambarkan mereka yang
mana mental dan emosinya mampu berfungsi
sepenuhnya sebagai self-actualizing
 Orientasi wellness juga melihat kepada
kesihatan mental di mana ia melibatkan
beberapa skala pada kemampuan fungsi
mental dan emosi (Lihat Rajah 2-1)
 kesejahteraan mental dan emosi seseorang
individu di dalam beberapa aspek kehidupan

6
Fungsi Keseluruhan Aspek-aspek Mental dan Emosi

Ketidakfungsian (dysfunctional) Kesempurnaan diri (self-actualizing)

Aspek-aspek spesifik

-perhubungan kekeluargaan
-persahabatan, dan
-perhubungan lain
(kerja/komuniti/gereja, dll.)
-karier/pekerjaan
-kerohanian
-aktiviti-aktiviti masa lapang
-kesihatan fizikal,
-persekitaran kehidupan
-status kewangan dan
-seksualiti.

Rajah 2.1 Orientasi Kesejahteraan Kesihatan Mental

7
 Skala ini mewakili kesejahteraan mental dan
emosi seseorang individu di dalam beberapa
aspek penting kehidupan.
 Kaunselor-kaunselor menilai kemampuan
berfungsi seseorang klien di dalam setiap
aspek ini dan menentukan aspek yang perlu
diberikan perhatian semasa kaunseling
 Tujuan meningkatkan kesejahteraan (wellness).

8
 Kaunselor menilai situasi-situasi kehidupan
semasa klien dan membantu dalam
menentukan faktor manakah yang
mengganggu matlamat mereka dalam
mencapai potensi maksimum mereka
 Wujud limitasi kekurangan fizikal atau keadaan-
keadaan persekitaran yang tidak dapat diubah
 Dengan mengambil kira batasan-batasan ini
membantu klien dalam usaha untuk menjadi
berdikari dan berjaya di dalam kehidupan
mereka semampu yang boleh

9
PERSPEKTIF PERKEMBANGAN
(A DEVELOPMENTAL PERSPECTIVE)
 Kebanyakkan isu-isu emosi dan peribadi
boleh difahami melalui perspektif
perkembangan
 Kaunselor percaya bahawa kebanyakan
masalah yang dihadapi oleh orang ramai
adalah berbentuk developmental
(berkembang)
 Cabaran dan isu berkaitan kehidupan yang dilalui
adalah satu perkara yang semulajadi dan normal

10
CONTOH ISU BERSIFAT
PERKEMBANGAN
o Seorang kanak-kanak berusia 5 tahun
sedang menangis seolah-olah dalam
ketakutan apabila ibunya menghantar
beliau buat kali pertama ke kelas tadika
o Seorang gadis remaja berusia 11 tahun
yang kelihatan taksub dengan lelaki
o Seorang remaja yang bersungguh-sugguh
melanggar arahan ibubapanya
o Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun
menjadi tertekan setelah putus hubungan
dengan teman wanitanya
11
 Seorang ibu muda menjadi murung tidak
lama setelah melahirkan anak
 Seorang lelaki berusia 35 tahun yang
mulai minum arak dengan banyak
sehingga beliau mendapat masalah
selepas menghabiskan 15 tahun
mengamalkan ‘social drinking’ (minum
arak dengan tujuan bergaul dan bersosial)

12
 Dengan mengkaji tahap perkembangan di
dalam kehidupan ini dan memahami tugasan-
tugasan yang perlu dihadapi oleh semua
individu sepanjang kehidupan mereka,
kaunselor mampu menunjukkan kebanyakkan
masalah yang dialami oleh klien ini sebagai
satu perkara yang semulajadi dan normal

13
 Sesetengah masalah di kategori
psikopatalogikal oleh ahli professional
kesihatan mental yang lain
 Kemurungan yang teruk,
 Penyalahgunaan bahan
 Kerisauan melampau
 Merupakan isu bersifat transitory (bersifat
sementara) dan perlu ditangani dengan
berkesan jika individu mahu meneruskan
kehidupan mereka dengan lebih berjaya

14
PENCEGAHAN DAN INTERVENSI
AWAL
 Mencegah lebih baik daripada mengubati
masalah-masalah mental dan emosi
 Sekiranya pencegahan tidak dapat dilakukan,
intervensi awal perlu dan tidak hanya sekadar
menunggu sehingga satu-satu masalah itu
mencapai tahap yang serius
 Pendidikan adalah merupakan alat utama
dalam pencegahan

15
 Pendidikan adalah merupakan alat utama dalam
pencegahan
 Tugas sebagai guru, dan gunakan program
psikopendidikan
 Menyedarkan klien kepada bahagian yang
berkemungkinan menyebabkan tekanan peribadi dan
emosi
 sediakan mereka untuk berdepan dengan cabaran-cabaran
sebegini denga jayanya - halang masalah sebelum ianya
timbul
 program pendidikan keibubapaan, seminar-seminar latihan
assertiveness (tegas diri), kumpulan eksplorasi karier, dan
kaunseling pra-perkahwinan.

16
 Sekiranya pencegahan tidak dapat
dilaksanakan
 Sekiranyaklien mengalami permasalahan emosi
dan peribadi, kaunselor berjumpa klien secepat
mungkin bagi tujuan sesi kaunseling
 Intervensi awal dapat menghalang permasalahan
daripada menjadi semakin parah

17
MEMPERKASAKAN KLIEN
(EMPOWERMENT OF CLIENTS
 Matlamat kaunseling adalah
memperkasakan klien untuk berdikari
menyelesaikan masalah mereka
 Mengajar strategi menyelesaikan-masalah yang
bersesuaian kepada klien dan juga
meningkatkan pemahaman mereka terhadap
diri sendiri
 Memberi pemahaman kepada klien bahawa
meminta dan menerima bantuan bukanlah satu
tanda kelemahan mental atau emosi, malahan
ianya sering dilihat sebagai respons yang sihat
terhadap satu masalah kehidupan
18
 Menggalakkan klien untuk
bertanggugjawab terhadap kehidupannya
dan belajar untuk hidup dengan cara
yang mana akan memberikan mereka
autonomi dan sifat berdikari
(mengelakkan pergantungan)
 Kaunselor menyampaikan mesej – percaya
bahawa klien mampu memperkembangkan
kemahiran yang diperlukan untuk hidup
dengan bebas dan sejahtera

19
PERKHIDMATAN KAUNSELING
 Kaunselor perlu mempunyai pengetahuan
tentang jenis-jenis perkhidmatan yang
diberikan kepada orang awam, walaupun
perkhidmatan yang diberikan tidak
menjelaskan profesion tersebut
 Kunci kepada identiti professional yang utuh
terletak pada falsafah disebalik
perkhidmatan-perkhidmatannya, bukannya
pada perkhidmatan yang diberikan

20
o Perkhidmatan asas yang diberikan oleh
kaunselor ialah memberi kaunseling
o individu
o Pasangan
o keluarga
o Kelompok
o Ahli professional kesihatan mental juga
memberi kaunseling kepada pesakit

21
o Perbezaan besar antara kaunselor dengan
ahli professional kesihatan mental lain yang
memberi kaunseling ialah
o kaunseling merupakan perkhidmatan professional
utama yang diberikan oleh kaunselor
o perkhidmatan utama yang diberikan ahli psikiatri
ialah diagnosis dan rawatan perubatan terhadap
penyakit mental
o ahli psikologi secara utamanya membuat
penilaian
o pekerja sosial menghubungkan klien dengan
sumber dalam komuniti

22
 Bagi ahli professional kesihatan mental selain
daripada kaunselor, kaunseling mungkin
hanyalah perkhidmatan secondary atau
ancillary (tambahan/sampingan).
 Terdapat ahli professional lain di luar bidang
kesihatan mental memberikan gelaran
kepada perkhidmatan yang mereka berikan
kepada klien sebagai kaunseling
 Peguam - kaunseling undang-undang
 akauntan - kaunseling kewangan

23
TUGAS LAIN KAUNSELOR
 Kaunselor juga menjalankan tugas berikut;
 Penilaian
 pengajaran
 membuat diagnosis
 pengurusan kes
 Advokasi (sokongan)
 Identiti profesional - Tahu bila masanya
untuk berfungsi sebagai seorang kaunselor
dan bila untuk menjalankan peranan lain
yang berkaitan

24
PROGRAM PERSEDIAAN KAUNSELOR
 Menyediakan program pendidikan persediaan sebagai
kaunselor
 Mengikuti program ijazah lanjutan
 Perbezaan besar di antara psikologi kaunseling
dengan profesion kaunseling ialah, ahli psikologi
kaunseling mesti memiliki kelayakan kedoktoran untuk
dilihat sebagai seorang professional
 Untuk menjadi kaunselor memerlukan masters degree
 kemahiran kaunseling adalah fokus utama bagi
program-program latihan ijazah lanjutan kaunseling

25
PROGRAM PERSEDIAAN KAUNSELOR
 Kursus-kursus lain yang diperlukan dalam program
ijazah lanjutan, seperti kajian, penilaian, kaunseling
pelbagai budaya, dan kaunseling kerjaya adalah
bertujuan untuk menguatkan kemahiran kaunseling
bagi pelajar ijazah.

 Program-program ijazah kaunseling kebiasaannya


terletak dalam fakulti pendidikan di universiti

26
PROGRAM PERSEDIAAN KAUNSELOR
• Profesion kaunseling mempunyai asasnya di dalam
bidang psikologi, terutama sekali dalam psikologi
kaunseling dan pertumbuhan dan perkembangan
manusia.

• Kedudukannya yang wujud dalam fakulti pendidikan


menguatkan lagi program ijazah kaunseling kerana
pemahaman ini menekankan pedagogi, pertumbuhan
dan perkembangan manusia, kajian aplikasi, dan field
placements sebagai komponen-komponen penting
dalam kemahiran pembelajaran.

27
PROGRAM PERSEDIAAN KAUNSELOR
 Profesion kaunseling menghasilkan Council for
Accreditation of Counseling and Related Educational
Programs (CACREP) untuk menetapkan standard-
standard bagi persediaan kaunselor bertahap ijazah
lanjutan dan kedoktoran (CACREP, 2009).

 CACREP telah menetapkann standard bagi persediaan


kaunselor (CACREP, 2009)

28
PROGRAM PERSEDIAAN KAUNSELOR
• Standard ini memerlukan sekurang-kurangnya 2 tahun atau 48
hingga 60 jam semester dalam program ijazah lanjutan bagi
persediaan menjadi kaunselor.

• Program tersebut mestilah melibatkan arahan seperti di dalam


bidang berikut:
-Pertumbuhan dan perkembangan manusia
-Asas-asas sosial dan budaya
-Bantuan dalam memulihkan perhubungan
-kerja kumpulan
-Perkembangan kerjaya dan gaya hidup
-Appraisal
-Penilaian program dan kajian
-Orientasi profesional
29
PROGRAM PERSEDIAAN KAUNSELOR
 Contoh nama Ijazah untuk Sarjana Muda

Sarjana Muda Kaunseling

Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan


Kaunseling)

Sarjana Muda Sastera (Kaunseling)

Sarjana Muda Pendidikan Kepujian (Bimbingan


dan Kaunseling)

Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan


Kaunseling)

30
 Contoh nama Ijazah untuk Ijazah Sarjana
Sarjana Kaunseling

Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)

Sarjana Sains (Bimbingan dan Kaunseling)

Sarjana Sastera (Kaunseling)

Sarjana Sains (Kaunseling)

Master Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)

Master Sains (Bimbingan dan Kaunseling)

Sarjana Psikologi Kaunseling


31
 Peringkat Pengajian Minimum

Ijazah Sarjana Muda dalam bidang


kaunseling
• atau

Sarjana Muda dalam bidang bukan


kaunseling yang diikuti dengan pengajian di
peringkat Sarjana dalam bidang kaunseling

32
 Bilangan Jam Kredit

Peringkat Sarjana Muda-mengandungi


minimum 81 jam kredit komponen
kursus-kursus kaunseling yang meliputi
• kursus teras
• latihan amali atau praktikum
• Internship dan elektif

Sarjana-mengandungi minimum 48
jam kredit kursus-kursus dalam bidang
kaunseling
33
Bidang Kursus Pengajian tahap Sarjana Muda
Mengandungi Komponen berikut:
Komponen Jumlah Jam
Kredit
Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia 12

Perhubungan Menolong 15

Kepelbagaian Sosial dan Budaya 6

Kerja kelompok 6

Perkembangan Kerjaya 6

Pengujian dan Pengukuran Psikologi


6

34
Bidang Kursus Pengajian tahap Sarjana Muda
Mengandungi Komponen berikut:
Komponen Jumlah Jam
Kredit
Penyelidikan dan Penilaian Program 12

Isu-isu Profesional dalam Kaunseling dan 3


Psikologi
3
Latihan Amali atau Praktikum Kaunseling
6
Internship

Kursus-kursus Elektif yang berkaitan dengan 6


Bidang kaunseling atau Projek Penyelidikan 81
Jumlah 35
Bidang Kursus Pengajian tahap Sarjana
Mengandungi Komponen berikut:
Komponen Jumlah Jam
Kredit
Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia 3

Perhubungan Menolong 6

Kepelbagaian Sosial dan Budaya 3

Kerja kelompok 3

Perkembangan Kerjaya 6

Pengujian dan Pengukuran Psikologi 6

36
Bidang Kursus Pengajian tahap Sarjana
Mengandungi Komponen berikut:
Komponen Jumlah Jam
Kredit
Penyelidikan dan Penilaian Program 3

Isu-isu Profesional dalam Kaunseling dan 3


Psikologi
3
Latihan Amali atau Praktikum Kaunseling
6
Internship

Kursus-kursus Elektif yang berkaitan dengan 6


Bidang kaunseling atau Projek Penyelidikan 48
Jumlah 37
LEMBAGA KAUNSELOR

Akta 580

Badan yang mengawalselia perkhidmatan kaunseling

Kaunselor Berdaftar-Seumur hidup

Perakuan Amalan-setiap 2 tahun

38
PERKAMA

NGO dalam perkhidmatan


kaunseling

Semua orang layak untuk


menjadi ahli PERKAMA

39
RUJUKAN KAUNSELOR
Piawaian dan Kelayakan Latihan Kaunselor
-Lembaga Kaunselor (Malaysia)

Kod Etika Kaunselor-Lembaga Kaunselor


(Malaysia)

Akta Kaunselor 1998 (Akta 580)

Peraturan-peraturan Kaunselor- Kelakuan


dan Tatatertib Pendaftaran dan Perakuan
Amalan
40
Program Persediaan Kaunselor
(US)

Menyediakan program-program
pendidikan persediaan sebagai
kaunselor

Mengikuti program ijazah lanjutan

41
Program Persediaan Kaunselor
(US)

Profesion kaunseling mempunyai


asasnya di dalam bidang psikologi,
terutama sekali dalam psikologi
kaunseling dan pertumbuhan dan
perkembangan manusia

42
Program Persediaan Kaunselor
(US)
Profesion kaunseling menghasilkan Council for
Accreditation of Counseling and Related Educational
Programs (CACREP) untuk menetapkan standard-
standard bagi persediaan kaunselor bertahap ijazah
lanjutan dan kedoktoran (CACREP, 2009)

CACREP telah menetapkann standard-


standard bagi persediaan-persediaan
kaunselor (CACREP, 2009)

43
Program Persediaan Kaunselor
(US)
Standard-standard ini memerlukan sekurang-kurangnya 2 tahun
atau 48 hingga 60 jam semester dalam program ijazah lanjutan
bagi persediaan menjadi kaunselor

Program-program tersebut mestilah melibatkan arahan


seperti di dalam bidang-bidang berikut:
• Pertumbuhan dan perkembangan manusia
• -Asas-asas sosial dan budaya
• -Bantuan dalam memulihkan perhubungan
• -kerja kumpulan
• -Perkembangan kerjaya dan gaya hidup
• -Appraisal
• -Penilaian program dan kajian
• -Orientasi profesional

44
KELAYAKAN DAN PERLESENAN (US)

Jenis-jenis utama kelayakan kaunselor ialah


ijazah, lesen negara, sijil agensi
negara,pensijilan voluntary kebangsaan dan
akreditasi program

Ijazah
Kelayakan yang paling ketara ialah apabila
kaunselor itu memiliki ijazah lanjutan. Ijazah-
ijazah lain seperti pakar, atau ijazah
kedoktoran juga dilihat sebagai satu
kelayakan 45
KELAYAKAN DAN PERLESENAN (US)

Lesen Negara
Di kebanyakan Negara, lesen yang dikeluarkan oleh Negara
berkenaan adalah perlu sebelum seseorang itu dibenarkan
untuk menjalankan profesion kaunseling di Negara tersebut

Status berlesen dalam bidang kaunseling ini mempunyai


pelbagai gelaran

• berlesen
• bersijil
• berdaftar 46
KELAYAKAN DAN PERLESENAN

Pensijilan Secara Voluntary Peringkat Kebangsaan


Dua agensi pensijilan kebangsaan dalam profesion kaunseling
-National Board of Certified counselors (NBCC) dan
-Commision of Rehabilitation Counselor Certification (CRCC)

Profesion kaunseling telah membentuk NBCC pada tahun 1982


sebagai agensi kebangsaan bertujuan untuk memberikan sijil kepada
kaunselor yang telah pun memenuhi kelayakkan minimum di dalam
profesion berkenaan (Stone, 1985)

National Certified Counselor (NCC) adalah merupakan individu yang


telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh NBCC

47
KELAYAKAN DAN PERLESENAN

NBCC sekarang berfungsi sebagai satu pertubuhan yang


bertindak bersendirian dan mempunyai ahli-ahli
lembaga pengarahnya sendiri.

Adalah penting bagi profesion ini untuk membentuk


NBCC agar profesion ini boleh menentukan syarat-syarat
minimum untuk menjadi seorang kaunselor profesional,
dan bukannya terletak kepada peraturan setiap negeri

Dari pemahaman ini juga, adalah penting bagi kaunselor


untuk menyokong NBCC dengan menjadi seorang NCC
sebaik sahaja mereka layak untuk berbuat demikian
48
Menurut Nugent (1981), 6 kriteria yang digunakan
untuk menentukan kematangan profesional iaitu:

Mereka dapat menjelaskan peranan mereka dan


menjelaskan skop amalan pelaksanaan dengan jelas

Mereka menawarkan perkhidmatan yang unik


(melakukan sesuatu yang mana ahli dalam
profesion lain tidak akan mampu atau boleh
lakukan)

Mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran


khas (yang dilatih secara khusus untuk profesion
berkenaan)
49
Mereka mempunyai kod etika yang
ketara

Mereka mempunyai hak undang-undang untuk


menawarkan perkhidmatan (telah mencapai tahap
monopoli, menerusi lesen atau pensijilan terhadap
hak-hak dalam memberikan perkhidmatan)

Mereka mempunyai kemampuan untuk


memerhatikan amalan-amalan atau pekerjaan
dalam profesion berkenaan (mereka di dalam
profesion berkenaan mampu mengawalnya sendiri)
50
Badan Profesional Kaunselor
Pertubuhan-pertubuhan profesional dibentuk oleh kumpulan-
kumpulan profesional di atas 5 tujuan utama:

1- Pertubuhan-pertubuhan menyediakan satu forum bagi ahli


profesional untuk berkumpul dan membincangkan isu dan masalah
yang wujud di dalam profesion berkenaan. Sebuah pertubuhan boleh
memberikan peluang kepada ahli pertubuhan berkenaan untuk
menangani isu sebagai satu ahli kumpulan berbanding daripada
bekerja secara berasingan dalam mewakili profesion berkenaan

2- Pertubuhan profesional akan membenarkan seorang pemimpin


untuk bercakap bagi pihak profesion berkenaan ke atas isu-isu
undang-undang yang kritikal yang memberi kesan kepada profesion
berkenaan di setiap peringkat kerajaan.

51
Badan Profesional Kaunselor
3- Pertubuhan profesional juga menyediakan pendidikan yang
berterusan kepada ahli-ahlinya. Mendapatkan ijazah lanjutan hanyalah
permulaan kepada proses pembelajaran bagi kaunselor-kaunselor.
Tatkala didapati terdapat maklumat baru, kaunselor-kaunselor mesti
menghadiri perjumpaan dan bengkel untuk menambah kemahiran dan
kepakaran

4- Pertubuhan profesional memberikan peluang pembelajaran dan ia


juga menerbitkan jurnal akademik, teks, monograf, dan sumber media
yang lain dengan membekalkan pendidikan yang berterusan kepada ahli-
ahlinya

5- Pertubuhan profesional menerbitkan dan menerapkan kod etika ke


atas ahli-ahlinya. Kejayaan yang penting bagi ahli profesional ialah
dengan memiliki kod etika dan terus menerus memperbaiki diri

52

Anda mungkin juga menyukai