Anda di halaman 1dari 60

BAB 1/MINGGU 1

Isu-Isu Etika dan Perundangan


dalam Kaunseling
COU 4800
PM Dr Zakaria Mohamad (K1) & Dr Siti Salina Abdullah (K2)
PM Dr Ruhani Mat Min (K1) & Dr Nor Ezdianie Omar (K2)
Bab 1: Pengenalan
Orientasi Professional
• Hubungkait antara konsep moral, nilai, etika,
undang-undang, profesionalisme dan amalan
terbaik
• Pandangan umum
– Etika, Moral dan Nilai : digunakan secara silih berganti
dan mempunyai maksud yang bertindih
– Ketiganya berkaitan dengan pertimbangan mengenai
apa yang baik dan buruk, betul atau salah, berkaitan
dengan kajian mengenai tingkahlaku dan hubungan
manusia
Moral
• Moral berkaitan dengan konteks budaya atau
masyarakat
• Tingkah laku moral individu berasaskan nilai-
nilai yang disokongnya
Moral
• Berasal daripada perkataan Latin “MORES”
yang bermaksud adat atau norma
• Sesuatu tingkahlaku adalah bermoral pada
seseorang individu dan tidak bermoral pada
individu yang lain
• Prinsip moral ‘tidak memudaratkan orang lain’
diterima oleh semua orang tetapi cara ianya
dilakukan berbeza antara individu serta budaya
Etika
• Satu disiplin dalam falsafah yang berkaitan
dengan tingkah laku manusia dan proses membuat
keputusan bermoral
• Mengikut Ahli Kesihatan Mental: Etika
bermaksud amalan terbaik mengikut peraturan
atau piawaian yang dipersetujui oleh badan
profesional
• Etika adalah tingkahlaku yang dinilai sebagai baik
dan sesuai bagi kaunselor sebagai ahli profession
• Etika bermaksud tingkahlaku dan interaksi
profesional
• Etika mesti diutamakan berbanding nilai
peribadi semasa perhubungan kaunseling
– Tujuan perhubungan kaunseling adalah untuk
kebajikan klien, elakkan daripada meletakkan nilai
peribadi kepada klien
Nilai
• Nilai menjadi panduan kepada tingkah laku
dan pilihan individu
• Setiap individu mempunyai nilai yang
diutamakan berbanding dengan nilai lain
• Nilai individu dipengaruhi oleh asuhan yang
diterima, budaya tempat tinggal dan pegangan
agama
• Persoalan: bagaimana nilai individu berkait
dengan amalan profesional?
Penting
• Kesedaran mengenai nilai individu dan
bagaimana nilai berkenaan mempengaruhi
keputusan dalam perhubungan kaunseling
Undang-undang
• Undang-undang berbeza daripada etika atau
moral
• Undang-undang dicipta oleh masyarakat
sebagaimana moral dan ia termaktub
sebagaimana etika
• Undang-undang adalah peraturan yang telah
dipersetujui oleh masyarakat dan dijadikan
prinsip asas dalam kehidupan bermasyarakat
• Undang-undang jenayah memegang individu
agar bertanggungjawab kerana melanggar
prinsip kewujudan bersama dan dikuatkuasa
oleh kerajaan
• Undang-undang sivil membenarkan anggota
masyarakat untuk menguatkuasa peraturan
hidup bersama
• Wujud konflik antara undang-undang dan etika
dalam kaunseling profesional.
• Undang-undang menentukan piawaian
minimum bagi sesuatu tingkahlaku yang
diterima oleh masyarakat
• Etika adalah piawaian ideal yang diharapkan
oleh profesion
Profesionalisme
• Profesionalisme mempunyai hubungan dengan
tingkah laku mematuhi undang-undang dan
beretika
• Profesionalisme berkaitrapat dengan amalan
terbaik
Model dalam Amalan Profesionalisme

• Rajah
• Elemen asas - Niat/intentionality
– Pengamal kaunseling perlu mempunyai niat yang
baik atau ingin melakukan perkara yang betul
• Kedua – Prinsip dan Kebaikan
– prinsip moral dan kebaikan adalah satu set
kepercayaan yang digunakan sebagai asas dalam
pemikiran beretika dalam kalangan ahli
profesional yang terlibat perhubungan menolong
– Prinsip moral asas
• Autonomi (bebas untuk memilih)
• Non malefience (tidak melakukan kemudaratan)
• Benefience (membantu)
• Justice (adil)
• Fidelity (setia)
• Veracity (jujur)
• Ketiga – Pengetahuan mengenai etika, undang-
undang dan piawaian profesional
– Mempunyai pengetahuan mengenai peraturan tidak
mencukupi
• Keempat - Perlu untuk mempunyai kemahiran
untuk mengaplikasi pengetahuan
• Akhir - Keberanian keyakinan
– Ketidakpastian sering berlaku
– Yakin mengenai kepercayaan yang betul
Teori Etika
• Teori Etika – kerangka (framework) dalam membuat
keputusan mengenai sama ada tingkah laku atau
cadangan tingkahlaku beretika
• Teori etika perlu – menyelesaikan dilema etika
(ethical dilemmas)
– dilema etika biasa berlaku dalam perhubungan menolong
– Teori etika boleh mempertahankan keputusan yang dibuat
– Keputusan beretika melibatkan kemahiran dan boleh
dikukuhkan melalui pengalaman
Beberapa Teori Etika
Ethical Absolutism vs Ethical Relativism

• Ethical Absolutism berprinsip mutlak


• Ethical Relativism berprinsip relativisme
• Ethical Absolutism
– Terdapat piawaian moral yang mutlak dan sesuai untuk semua
– Piawaian moral tidak mengambil kira kepercayaan individu
atau nilai budaya
– Piawaian moral telah wujud sebelum sesuatu peristiwa
berlaku ( these standards exist a priori)
– Piawaian moral adalah bebas dan tidak bergantung sama ada
individu mempercayainya atau tidak
• Ethical Relativism
– Tidak percaya bahawa wujud piawaian moral yang
mutlak dan sesuai untuk semua orang
– Ethical Relativism percaya bahawa sekiranya ahli
masyarakat percaya bahawa sesuatu tingkah laku
mempunyai moral yang betul, dan mereka
mempunyai moral yang betul melakukan tingkah
laku berkenaan dalam masyarakat mereka
• Kod etika kaunselor - Ethical Absolutism atau
Ethical Relativism ?
• Kod etika kaunselor ditulis dalam prinsip
mutlak
• Walaupun begitu, piawaian etika perlu
diintepretasi dalam prinsip relavitisme
– Ambil kira keunikan klien
– Situasi
– Isu-isu budaya yang wujud
Utilitarianism vs Deontology
• Utilitarianism
– Perkara berbangkit
– Tokoh: John Stuart Mill
– Individu perlu memilih tingkah laku yang paling
baik dan bilangan paling besar
– Tingkah laku dinilai berasaskan perkara berbangkit
• Deontology
– Bukan perkara berbangkit
– Tokoh: Emmanuel Kant
– Tingkah laku dijustifikasi bahawa ianya memang
betul (being inherently right)
– Tingkah laku adalah betul kerana berasaskan
prinsipnya
– Digunakan dalam kalangan kaunselor dalam
menentukan tingkah laku profesional beretika
Egoism vs Altruism
• Egoism
– Tindakan berasaskan kepentingan diri (self-
interest)
• Altuism
– Tindakan berasaskan kepentingan orang lain
(benefit others)
• Kaunselor – “kebajikan klien diutamakan”
• Altruism ?
• Walaupun begitu, egoism masih wujud dalam profesion
kaunseling
• Sesuatu tindakan akan difikirkan kesan daripada
keputusan yang dilakukan, iaitu kesan kepada diri
sebagai kaunselor dan klien
• Etika – menjaga kebajikan dan hak klien (altruism)
• Undang-undang – menjaga kebajikan kaunselor (egoism)
Hubungan Teori Dengan Amalan
Prinsip Etika
• Berasaskan prinsip moral, kepercayaan atau
andaian yang telah dipersetujui dalam
kalangan ahli profesion perhubungan
menolong
6 Prinsip Etika
• Menghormati Autonomi
• Mendorong penentuan kendiri (self- determination)
• Kaunselor menghormati hak klien untuk menentukan hala
tuju, bertindak mengikut kepercayaan mereka dan
mengawal kehidupannya
• Tugas kaunselor untuk mendorong kebebasan klien dalam
membuat keputusan dan mengurangkan pergantungan
• Nonmaleficence
– melakukan ketidakmudaratan
– Kaunselor bertangungjawab untuk mengelakkan
tindakan yang berisiko mencederakan klien
walaupun tanpa tidak sengaja
• Beneficence
– Ahli profesional bertanggunjawab untuk
menyediakan perkhidmatan yang memberi
manafaat kepada ahli masyarat
– Tugas kaunselor adalah membantu dan mendorong
kesejahteraan klien
• Justice
– Adil
– Komitmen kaunselor untuk berlaku adil dalam
perhubungan profesional
– Tindakan dan keputusan kaunselor perlu adil
kepada semua pihak
– Keadilan memerlukan persamaan, dan melibatkan
tidak wujud diskriminasi serta rawatan yang
saksama (equitable) kepada semua klien
• Fidelity
– Setia
– Bertanggungjawab terhadap kepercayaan dalam
perhubungan kaunseling
– Kaunselor perlu berusaha untuk setia kepada janji
yang telah dilakukan seperti menjaga kerahsiaan
klien
• Veracity
– Jujur
– Tangungjawab kaunselor untuk jujur dengan klien
dan orang lain yang berkaitan dengan tugasnya
sebagai ahli profesional
Tambahan dalam Prinsip Etika
• Menghormati individu
– Tanggungjawab menghormati orang lain dan hak
serta tanggungjawab mereka
• Reparation (pampasan)
– Tanggunjawab untuk melaksanakan pampasan
terhadap kesalahan yang dilakukan
– Asas kepada komitmen untuk keadilan sosial dan
advokasi
• Teorinya
– Kesemua prinsip adalah mempunyai nilai yang
sama dan perlu dipertimbangkan seiring dalam
membuat pertimbangan etika
• Realitinya
– Sesetengah prinsip boleh bersaing dengan prinsip
yang lain
– Kaunselor perlu berkorban satu prinsip dengan
tujuan menegakkan yang lain
• Contoh
– Klien ingin membunuh diri
– Apa yang boleh dilakukan oleh kaunselor?
– Rujuk ms. 11
Kod Etika
• Tujuan untuk melindungi dan mendorong kebajikan
klien
• Etika Wajib (mandatory ethics)
– individu berfungsi pada tahap pemikiran etika semata-mata
membolehkan mereka mematuhi piawaian minima
– Dengan mematuhi perkara asas melibatkan perlu dan tidak
perlu, mereka boleh memenuhi keperluan tetapi tidak
menghayatinya
– Kaunselor yang berpegang kepada prinsip ini
berkemungkinan menghadapi situasi yang menafikan,
mengabaikan atau menolak persoalan etika yang dihadapi
• Etika Aspirasi
– Piawaian tertinggi tingkah laku yang boleh
diinginkan oleh kaunselor
– Kaunselor memahami semangat disebalik kod dan
prinsip moral yang dijadikan asas
– Kaunselor tidak hanya mementingkan piawaian yang
telah diterimapakai tetapi merujuk kepada apa yang
dilakukan untuk kebaikan klien
– Etika aspirasi berkaitan dengan konsep amalan
terbaik
Tujuan Kod Etika
• Melindungi orang awam
• Mendidik ahli profesional mengenai kod etika
• Menyediakan cara untuk memastikan
akauntabiliti dengan penguatkuasaan piawaian
• Sebagai pemangkin untuk meningkatkan
amalan
• Memboleh profession mengawalselia dan
berfungsi secara autonomi
• Membantu mengawal perselisihan dalaman,
dan menggalakkan kestabilan dalam
profession
• Melindungi pengamal. Tingkahlaku ahli
profesional akan dinilai melalui pematuhan
kepada piawaian
Penting !!!
• Kod etika tidak dapat menyediakan jawapan
kepada setiap persoalan yang dihadapi
• Kod etika adalah sebagai sumber rujukan
Membuat Keputusan Beretika
• Keputusan beretika adalah melibatkan proses
yang kompleks dan bukan senang untuk dicapai
• Proses dalam membuat keputusan beretika
melibatkan;
– Mengenalpasti permasalahan
– Merujuk kod etika
– Mempertimbangkan kesan keputusan
– Memilih tindakan
Proses Membuat Keputusan Beretika
(Remley & Herley, 2014)
• Mengenalpasti permasalahan
– Ambil masa untuk berfikir dengan mendalam &
kumpul maklumat
– Fikirkan mengenai maklumat yang telah diketahui
dan maklumat yang perlu diketahuai
– Fikirkan mengenai prinsip etika yang bersesuaian
dan undang-undang yang bersesuaian
– Kaji permasalahan daripada pelbagai perspektif
dan elakkan daripada penyelesaian yang mudah
• Pertimbangkan prinsip dan nilai
– Semak bagaimana prinsip moral boleh digunakan
dalam permasalahan berkenaan
– Kenalpasti cara persaingan antaranya, dan susun
keutamaan dan permasalahan berkenaan.
– Pertimbangkan bagaimana nilai dapat digunakan
dalam situasi berkenaan
• Libatkan perasaan
– Penilaian melibatkan emosi
– Pertimbangkan emosi semasa memikirkan
permasalahan berkenaan serta kesannya
• Rujuk kepada pakar atau rakan
– Keputusan secara bersendirian berbeza dengan
keputusan dengan rujukan dengan pihak lain
• Libatkan klien dalam proses membuat
keputusan
– Klien adalah individu yang terlibat dalam proses
menolong
– Perlu berlaku sepanjang proses membuat
keputusan
• Kenalpasti hasil yang dikehendaki
– Setelah pertimbangan yang teliti, beberapa hasil
yang dikehendaki boleh berlaku
• Mempertimbangkan tindakan yang boleh
berlaku
– Senaraikan cadangan hasil dan tindakan yang
boleh dilakukan untuk mencapai hasil berkenaan.
– Fikirkan juga implikasi dan kesan setiap tindakan
kepada klien, orang-orang lain yang mungkin
terlibat dan juga kaunselor.
– Dicadangkan untuk semak tindakan berkenaan
dengan klien
• Pilih dan lakukan tindakan
– Setelah tindakan (boleh lebih daripada 1) dipilih,
semak keselarasan dengan prinsip moral yang
dipegang.
– Beri perhatian kepada perasaan terhadap pilihan
yang dilakukan
• Dalam proses membuat keputusan, kebanyakan
kaunselor sering bertanya “BAGAIMANA SAYA
TAHU BAHAWA TINDAKAN YANG TELAH
DILAKUKAN ADALAH TEPAT”
• Keputusan beretika
– Berasaskan kejujuran (peribadi dan profesional)
– Pentingkan kebajikan klien
– Tiada niat untuk tujuan peribadi
– Merupakan tindakan terbaik yang bersesuaian keperluan
semasa profesion
Kuasa dan Etika
• Hubungan kaunselor atau ahli profesional dan
klien melibatkan kuasa
– Pengetahuan dan kemahiran yang berbeza, dan
kaunselor mempunyai kelebihannya
– Klien perlu percaya bahawa kaunselor atau ahli
profesional melakukan amalan dengan tujuan
membantu dan tidak akan mencederakan mereka
– Orang ramai tidak tahu sama ada ahli profesional
atau kaunselor mengambil kesempatan dan mereka
tidak memahami proses kaunseling yang sebenar
• Matlamat kaunseling adalah mengurangkan
tekanan klien, membantu klien mencapai
matlamat yang ditentukan oleh mereka,
membantu klien menyelesaikan permasalahan
yang dihadapi dalam kehidupannya
– Kaunselor mempunyai pengetahuan dan kemahiran
untuk membantu klien dalam perhubungan
menolong
• Kaunselor boleh menggunakan kuasanya
dalam perhubungan menolong terhadap klien
– Utama keperluan dirinya berbanding dengan
keperluan klien
– Tingkahlaku yang bukan berasaskan kehendak
klien
• Ahli profesional dalam kaunseling mengetahui
bahawa klien lebih terdedah (vulnerable) dan
kaunselor mempunyai kuasa terhadap klien
– Tanggungjawab ahli profesional untuk memastikan
perkara ini tidak berlaku
– Lembaga Kaunselor Malaysia mensyaratkan
bahawa kaunselor perlu melakukan amalan secara
beretika dan akan mengambil tindakan sekiranya
berlaku tindakan tidak beretika
Isu undang-undang
Selaku kaunselor yang praktik kaunseling secara
professional, anda perlu:
• Faham sistem undang yang dipraktikkan
• Hak klien dari segi undang-undang
• Tanggungjawab kaunselor dari segi undang-
undang negara
• Contoh isu undang-undang kemungkinan
dihadapi oleh kaunselor dalam amalannya
– Mendapat sepina untuk menyerahkan laporan sesi
dan sebarang dokumen yang berkaitan dengan
klien semasa (contohnya kes juvana)
– Salah seorang klien ditahan kerana memiliki
dadah. Kaunselor mendapat sepina untuk hadir ke
mahkamah (saksi pembelaan)
Adakah isu undang-undang terlibat ?

• Ahli profesional dan menyediakan


perkhidmatan kaunseling dan sekiranya salah
satunya wujud;
– Terdapat prosiding undang-undang (hadir ke
mahkamah)
– Terdapat peguam di tempat kejadian (di organisasi,
sbg. klien ind. atau kelompok)
– Anda terdedah kepada menerima aduan mengenai
salah laku (malpractice)
• Isu undang-undang terlibat, peguam diperlukan
- sekiranya kaunselor bertugas sebagai kakitangan
awam/swasta, perkhidmatan peguam adalah
melalui organisasi berkenaan.

• Jika private practice, perlu kenalpasti peguam yang


dapat membantu sekiranya terlibat dengan tidakan
undang-undang
Kaunselor perlu memastikan…
• Klien berhasrat bunuh diri atu mencederakan
orang lain
• Menamatkan sesi kerana bantahan klien
• Tidak mempuyai kepakaran dalam merawat
klien tertentu
• Mengambil klien yang cenderung dengan
hubungan seksual dengan anda

Anda mungkin juga menyukai