Anda di halaman 1dari 6

1.

0 Laporan Hasil Dapatan Inventori Minat Kerjaya Murid Tahun 6

Pemilihan pekerjaan adalah penglahiran perlakuan yang mencerminkan motivasi,


pengetahuan, personaliti dan kebolehan seseorang. Pekerjaan mengambarkan cara hidup
dan persekitaran, bukan semata-mata satu set fungsi kerja atau kemahiran yang berasingan.
Sebagai contoh, bekerja sebagai seorang tukang kayu bukan sahaja bermaksud
menggunakan alat-alat sahaja, tetapi ianya juga mewakili status tertentu, pernanan komuniti
dan cara hidup yang khusus. Holland telah memperkenalkan enam jenis personaliti dan
persekitaran (RIASEC) terhadap sesuatu pekerjaan. Berikut adalah enam konstruk tersebut
berserta contoh perkejaan yang bersesuaian:

Enam Kelompok Kerjaya Manusia

Oleh itu, saya telah memilih salah satu orang murid tahun 6 dari 6C SK Methodist
Anglo- Chinese, Sarikei, Sarawak untuk menjalankan ujian minat kerjaya dengan
menggunakan interpretasi 3 kod mata Holland.

Hasil dapatan ujian telah menunjukkan kategori Investigatif mempunyai peratusan


yang terbanyak di antara enam kategori iaitu sebanyak 21.69%. Murid-murid dalam kategori
investigatif merupakan individu yang suka kepada aktiviti-aktiviti simbolik, sistematik dan

1
kerja penyelidikan sains fizikal atau biologikal. Mereka suka membuat pemerhatian,
mempelajari, menyelidik, menganalisis,menilai dana menyelesaikan masalah melalui
penyelidikan .Mereka tidak suka melakukan sesuatu rutin yang diulangi setiap hari dan tidak
suka melibatkan diri dalam aktiviti sosial.

Dari segi personaliti, murid-murid mempunyai tingkahlaku yang cenderung kepada


kebolehan saintifik dan matematik, sebaliknya kurang kebolehan memujuk. Murid-murid
dalam kategori ini mempunyai sifat ingin tahu yang kuat, sentiasa melakukan sesuatu
dengan teliti, berfikiran kritikal serta lebih menginginkan kebebasan. Secara ringkasnya,
murid-murid dalam kategori investigatif ini suka berfikir untuk mendapatkan jawapan atau
jalan penyelesaian masalah. Mereka biasanya mempunyai kemahiran dalam bidang
matematik dan sains serta menganggap diri sebagai penyelidik dan golongan intelektual.

Dalam ujian ini, murid tersebut mempunyai kod tiga mata Holland “IAR”. Antara
contoh bidang pekerjaan yang sesuai untuk murid yang mempunyai kod “IAR” termasuklah
ahli ekonomi, penganalisa dan penyelidik, pemasaran dan sebagainya. Jika murid Tahun 6
tersebut mempunyai kod “ISE” pula boleh terlibat dalam bidang pekerjaan seperti jurutera
keselamatan produk, pakar import, aktuari, jururawat dan sebagainya.

Selain itu, terdapat 19.28% daripada murid tersebut berada dalam kategori artistic
dan juga kedua banyak. Biasanya, murid dalam kategori ini suka melibatkan dalam
kegiatan-kegiatan yang bebas, tidak bersistem dan melibatkan manipulasi bahan-bahan
fizikal, bahasa, dan kemanusiaan untuk mencipta bentuk-bentuk dan hasil seni. Apabila
menghadapi masalah, murid tersebut akan melepaskan perasaan atau menyelesaikan
masalahnya dengan cara melahirkan menerusi ciptaan ataupun karyanya. Justeru, murid
dalam kategori artistik mempunyai tingkahlaku cenderung kepada kebolehan dalam bahasa,
seni, muzik, drama dan penulisan. Mereka sangat benci kepada pekerjaan perkeranian dan
perniagaan. Antara contoh bidang pekerjaan yang sesuai bagi murid dalam kategori artistik
ialah pengarang, kartunis, pelukis papan iklan, penyanyi, dramatis, penerbit radio & TV ,
pencipta muzik, penulis lirik, pereka bentuk fesyen, guru seni halus, artis persolekan,
konduktor orkestra, juruhebah muzik, penjual toko muzik dan sebagainya.

Di samping itu, murid Tahun 6 tersebut mempunyai 18.07% dalam kategori realistik
dan juga ketiga banyak. Biasanya, murid dalam kategori ini merupakan individu yang
mempunyai kemahiran etletik atau mekanikal. Mereka lebih berminat untuk bekerja dengan
objek yang dapat disentuh seperti mesin, peralatan, tumbuhan, haiwan dan sebagainya.
Mereka lebih suka untuk bekerja di luar bangunan dan akan menggunakan kebolehan
kekuatan fizikal untuk menyelesaikan masalah. Individu yang realisitik turut menghargai
perkara-perkara yang konkrit seperti wang, kuasa dan status. Mereka sering bersifat pemalu,

2
tekun, jujur, materialistik dan suka ikut perintah. Antara contoh bidang pekerjaan yang
sesuai bagi kategori realistic ialah mekanik, jurugegas jentera, juruelektrik, jurufoto, jurutaip,
jurutera, juruukur am, pakar cap jari, ahli kaji logam, ahli optik, ahli penternak ikan, juru
kamera wayang gambar dan sebagainya.

Dalam ujian tersebut, murid tahun 6 mendapat peratusan yang sama iaitu 15.66%
dalam kategori sosial dan enterprising. Berdasarkan pernyataan berikut, murid tahun 6
tersebut memang tidak suka bergaul dengan orang di persekitarannya. Dia lebih suka
melakukan kerja bersendirian. Murid dalam kategori enterprising merupakan individu yang
suka kepada aktiviti yang boleh mendatangkan keuntungan. Biasanya, individu ini
mempunyai kebolehan untuk memimpin, boleh berhubung secara interpersonal dan pandai
memujuk. Mereka mempunyai kemahiran dalam bidang perniagaan dan mementingkan
status serta kepimpinan. Murid kategori ini bersifat suka bercakap dan bersosial, suka
menonjol diri, optimistik dan bercita-cita tinggi. Contoh kerjaya yang boleh diceburi oleh
murid ini adalah seperti eksekutif pengurus rumah, penyelia pemetaan, pengambil sampel
(mineral dan tanah), penyelia pemasangan perabot dan sebagainya.

Tambahan pula, hanya 9.64% murid tahun 6 tersebut berada dalam kategori
konvensional. Murid dalam kategori ini biasanya cekap menyusun data dengan sistematik
dan lebih mahir dalam bidang pengkeranian. Individu dalam kategori ini suka melakukan
kerja yang melibatkan angka,selalu melakukan kerja yang terancang terlebih dahulu serta
melakukan kerja dengan terperinci. Mereka juga suka mengelakkan diri dari persoalan-
persoalan atau masalah-masalah yang rumit. Murid yang konvensional bersifat mudah
menyesuai diri dan teliti, tekun, sentiasa patuh kepada arahan, cekap dalam melakukan
kerja dan sebagainya. Murid-murid kategori konvensional juga sesuai untuk menceburi
bidang kerjaya seperti perancang belanjawan, operator komputer, pegawai perangkaan dan
lain-lain lagi.

Secara keseluruhannya, murid Tahun 6 yang mengambil ujian ini mempunyai minat
dalam dalam kategori investigatif dan seterusnya kategori artistik, kategori realistik, kategori
sosial, kategori enterprising dan yang paling tidak minat ialah kategori konvensional. 3 kod
Holland yang diperoleh ialah “IAR”. Oleh itu, murid tersebut lebih sukakan pekerjaan yang
realistik dan mengelak daripada aktiviti sosial. Selepas temu bual dengan murid tersebut, ia
mendapati bahawa murid tersebut bercita-cita untuk menjadi seorang doktor haiwan kerana
dia cinta kepada haiwan dan suka membuat penyelidikan tentang apa sahaja yang berkaitan
dengan haiwan. Walaubagaimanapun, setiap bidang kerjaya ini akan melahirkan individu
yang berguna dan berdaya saing dengan syarat seseorang individu tersebut mesti berusaha
bersungguh-sungguh dalam melakukan setiap perkara.

3
Lampiran

4
Rujukan

5
3.0 Rujukan

Amla Mohd Salleh. (2010). Pendidikan Kerjaya dan Pembangunan ModalInsan.

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bandura, A. (1971). Psychologycal Modeling. Chicago: Aldine/ Atherton.

Betz, N. E., Klien, K., dan Taylor, K. M. (1996). Evaluation of short form of the

career Decision Making Self-Efficacy scale. Journal of Career Assesment

4,47-57

Brown, D. dan Brooks, L.(Eds) (1996). Career choice and Development (3rd Ed).

San Franscisco: Jersey-Bass.

Flouri, E. dan Buchanan, A. (2002). The role of work related skills and career role

model in adolescent career maturity. The Career Development Quarterly 51,

36 - 43.

Gehlert, K., Timberlake, D., dan Wagner, B. (1992). The Relationship between

Vocational Identity and Academic Achievement. Journal of College Student

Development, 33, 143–148.

Giannantonio, C. M., dan Hurley-Hanson, A. E. (2006). Applying image norms

across Super’s Career development stages. Career Development Quaerterly 54

(4), 318 – 330

Keller, B. K., dan Whiston, S. C. (2008). The Role of Parental Influences on Young

Adolescents’ Career Development. Journal of Career Assessment, 16(2), 198–

217.

Anda mungkin juga menyukai