Anda di halaman 1dari 1

Mengumumkan ketibaan yang paling kami kasihi, Tuan Pengarah IPG Kampus Raja

Melewar, Tuan Haji Baharom bin Mohd Noor, xxx (nama pegawai), Ketua Unit
Kokurikulum IPG Kampus Raja Melewar, Encik Jamhari bin Saari, para pensyarah dan
para penerima Anugerah Remaja Perdana Tahap Perak yang dihormati sekalian.
Selamat petang dan salam sejahtera. Selamat datang ke majlis penyampaian
Anugerah Remaja Perdana Tahap Perak.

Sekarang, majlis menjemput xxx (nama pegawai) bagi menyampaikan ucapan


beliau. Majlis dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ucapan sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan menjemput Tuan Pengarah IPG Kampus Raja Melewar ,
Tuan Haji Baharom bin Mohd Noor untuk menyampaikan ucapan beliau. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan yang diberikan oleh Tuan
Pengarah sebentar tadi.

Majlis sekarang menjemput Tuan Pengarah IPG Kampus Raja Melewar , Tuan Haji
Baharom bin Mohd Noor diiringi oleh Ketua Unit Kokurikulum IPG Kampus Raja
Melewar, Encik Jamhari bin Saari untuk menyampaikan Anugerah Remaja Perdana
Tahap Perak kepada para penerima.

Penerima pertama ialah YYY (Senarai nama)

Setinggi-tingginya ucapan terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengarah, xxx


(nama pegawai), para pensyarah dan para penerima Anugerah Remaja Perdana
Tahap Perak kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri majlis penyampaian
Anugerah Remaja Perdana Tahap Perak pada petang ini.

Majlis mengumumkan keberangkatan Tuan Pengarah, xxx (nama pegawai), para


pensyarah yang dihormati sekalian.

Anda mungkin juga menyukai