Anda di halaman 1dari 2

MICHAEL LOI CHEE KHING

950410-13-6111
PENDIDIKAN JASMANI SJK(C)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS RAJA


MELEWAR
PENULISAN JURNAL REFLEKTIF
JURNAL REFLEKTIF
MINGGU KEDUA
(10 JULAI– 14 JULAI 2017)

MASALAH :
Pada minggu ini,masalah yang saya hadapi adalah menguruskan kelas bagi murid
kelas akhir . Masalah timbul apabila murid merasa aktiviti yang dijalankan tidak
menarik dan mula membuat bising dan tidak mempedulikan arahan yang telah
diberikan. Seorang murid akan memulakan masalah dan mempengaruhi rakan sekelas
yang lain.

ANALISIS MASALAH :
Masalah yang timbul berkenaan kawalan kelas apabila murid diberikan alatan dan
bahan,murid mula bermain bermain dengan alatan. Apabila ditegur murid memberi
respons dengan meletakkan semula alatan ke tempat asal,namun setelah beberapa
minit kemudian murid bermain semula dengan alatan tersebut. Walaupun arahan telah
diberi, tetapi mereka tetap bermain-main dengan alatan. Ada juga ada diantara mereka
yang berebut-rebut untuk menggunakan alatan dan komponen yang telah diberi.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN :


Setelah merujuk kepada Model Disiplin Asertif Canter, saya telah merangka beberapa
cadangan atau langkah-langkah untuk mengatasi masalah pengurusan bilik darjah.
Antaranya ialah saya akan membentuk satu peraturan bilik darjah yang jelas dan
spesifik serta berkuatkuasanya sepanjang waktu Pendidikan Jasmani. Apabila terdapat
MICHAEL LOI CHEE KHING
950410-13-6111
PENDIDIKAN JASMANI SJK(C)

murid-murid yang mewujudkan masalah disiplin, saya akan merujuk kepada sistem
peraturan saya untuk memberi dendaan supaya bersifat adil dan saksama.

Seterusnya, saya harus sentiasa bersifat asertif sepanjang masa terutamanya


apabila terdapat murid-murid yang melanggar peraturan bilik darjah. Hal ini sangat
penting kerana kunci kawalan disiplin pelajar adalah penguatkuasaan peraturan dengan
kesannya. Menurut Canter (2002), seseorang guru tidak boleh berkompromi dengan
penguasaan peraturan dalam apa jua keadaan.

TEMPOH MASA TINDAKAN SUSULAN:


Saya akan cuba mengatasi masalah ini pada sesi pengajaran yang akan datang kerana
kawalan kelas yang baik memerlurkan masa dan sifat kreatif daripada guru itu sendiri
bagi menjalankan aktiviti yang menarik perhatian murid.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai